Monday, January 19, 2009

Faktor calun bukan sahaja punca kekalahan BN - KJ

Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata kekalahan calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kuala Terengganu semalam perlu dilihat daripada pelbagai sudut dan bukan faktor calon semata-mata.

Beliau berkata semua pihak dalam Umno dan BN perlu berhenti menuding jari mencari kesalahan pihak lain dan sebaliknya perlu sama-sama memikul tanggungjawab itu seperti perumpamaan “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.“Dalam Umno dan Barisan Nasional, berat mesti dipikul bersama dan ringan mesti dijinjing bersama juga, dalam hal ini banyak faktor menyumbang kepada keputusan pilihan raya kecil Kuala Terengganu.”

Najib tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengetuai jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu tidak harus dipersalahkan bagi kekalahan BN, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata kekalahan BN dalam pilihan raya kecil itu semalam adalah kerana faktor calon.

“Sebahagian daripada sebab mereka (pengundi) tidak menyokong BN ialah kerana mereka tidak suka kepada calon,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Selamatkan Rakyat Palestin anjuran Gabungan Badan Bukan Kerajaan Malaysia di Kompleks Sukan Bangsar di sini hari ini.

Nota : Apa lah guna kita persalahkan satu sama lain dan kita perlu menerima dan menghormati keputusan rakyat. Biarlah Tun nak cakap apa, Terengganu juga tewas dan di rampas oleh PAS sewaktu zaman pemerentahan beliau. Fikirlah sendiri.

KPMU

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP