Sunday, January 11, 2009

Malaysiakini - Khairy Sifatkan Pas Parti "Kluk-Klek"


Gambar : Bro jinggo

Oleh Lukman Abas

Kuala Terengganu -- Timbalan Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), YB Khairy Jamaluddin menyifatkan Pas sebagai sebuah parti “kluk-klek” ekoran pendirian parti itu yang sering berubah-ubah khususnya dalam soal hudud.

Menurutnya ideologi perjuangan mereka yang didokong selama ini seolah-oleh tenggelam timbul mengikut gendang yang dipalu oleh rakan-rakan mereka di dalam pakatan rakyat.

"Perkara ini terbukti menerusi pertikaian terbaru berhubung isu berkenaan di kalangan pakatan rakyat setelah Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu sedia melaksanakan hukum berkenaan jika memerintah negara kelak.

"Namun kenyatan tersebut berubah menerusi kenyataan beberapa pemimpin tertinggi mereka yang lain setelah diasak oleh DAP. Ada yang kata Pas sanggup tunggu 30 tahun untuk memerintah dan hudud bukanlah keutaman parti terbabit.

"Adakah ini kita mahu pilih Pas sebagai sebuah parti pilihan kerana amat jelas mereka tidak konsisten dan tidak berprinsip demi mendapatkan kuasa. Inilah parti 'dok rok cetong' dan tidak bermaruah", katanya ketika berceramah di Bilik Gerakan BN Cawangan Gelugor Raja di sini, Jumaat.

Datuk Husam Musa baru-baru ini menegaskan bahawa pakatan pembangkang akan tetap melaksanakan hukum hudud sekiranya berpeluang memerintah di peringkat Pusat.

Husam berkata demikian ketika membalas cabaran Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mencabar Naib Presiden Pas itu supaya menyatakan pendirian mengenai hudud jika pembangkang membentuk kerajaan pada satu sesi debat di Kota Bharu baru-baru ini.

Namun begitu, DAP menafikannya dan menyatakan hudud tidak termasuk dalam manifesto pakatan pembangkang.

Khairy seterusnya menegaskan Pakatan Rakyat sebenarnya retak menunggu belah ekoran prinsip mereka yan berlainan dan tidak wujud tolak ansur sepertimana BN.

"Kita menerusi parti-parti komponen yang lain telah lama duduk semeja dan bernaung di bawah satu payung. Kita di dalam BN pun ada wujud perbezaan pendapat dan sebagainya, namun akhirnya kita mencapai satu kata putus bersama demi kepentingan rakyat.

"Justeru bila keluar mengundi 17 Januari nanti, jangan fakir banyak-banyak terus pangkah BN untuk kepentingan penduduk Kuala Terengganu", ujarnya.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP