Sunday, February 15, 2009

Malaysiakini : Perlu bersemuka – Khairy

KUALA LUMPUR 14 Feb. – Lima calon Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda UMNO yang bakal bertanding pada pemilihan parti Mac ini perlu mengadakan mesyuarat khas sebagai persiapan awal bagi menghadapi dua pilihan raya kecil April depan.

Naib Ketuanya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, mesyuarat itu penting supaya sesiapa sahaja yang terpilih menyandang kedua-dua jawatan berkenaan mampu mendapat sokongan rakan-rakan sekali gus memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam kedua-dua pilihan raya kecil itu.

Beliau berkata, tarikh dua pilihan raya kecil yang bakal berlangsung beberapa hari selepas Perhimpunan Pemuda UMNO akan menyebabkan jentera sayap di bawah kepimpinan baru tersebut kesuntukan masa untuk mempersiapkan jentera pilihan raya.

“Selaku Naib Ketua dan dengan mandat daripada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, saya memanggil semua calon Ketua Pemuda dan naibnya bermesyuarat lebih awal untuk memastikan persiapan jentera pilihan raya,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

“Ini bagi memastikan kesinambungan dan kelancaran kerja institusi Pemuda UMNO pada kedua-dua kempen pilihan raya berkenaan tidak terjejas kerana pemilihan parti,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Justeru beliau bercadang menjemput Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo; Exco Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir selain beliau yang bakal bertanding jawatan ketua sayap itu untuk mengadakan mesyuarat khas berkenaan.

Khairy turut bercadang memanggil Ketua Pemuda UMNO Johor, Datuk Razali Ibrahim dan Presiden Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Datuk Reezal Merican Naina Merican yang bakal bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda untuk menghadiri mesyuarat itu.

2 comments:

mn February 15, 2009 at 2:25 PM  

1. Itu menujukkan Khairy lebih mengutamakan kepentingan PARTI daripada kepentingan peribadi beliau.

2. Soalnya adakah calon-calon yang lain itu bersetuju?

3. Jika mereka tidak bersetutju, ini menunjukkan mereka semua lebih mementingkan peribadi masing-masing, bukannya parti.

Generasi Pejuang Bangsa February 15, 2009 at 2:40 PM  

saya menyambut baik saranan KJ mahu bersemuka dengan semua calon Ketua Pemuda dan Naib bagi membincang mengenai perancangan Pemuda untuk PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

ini menunjukkan KJ concern mengenai pilihanraya ini kerana selepas pemilihan ini ,masa tidak cukup untuk Ketua Pemuda baru menyusun jentera dan perancangan menghadapi pilihanraya ini. Kita harapa Khir dan Muhkriz ,Razali dan Reezal dapat duduk semeja berbincang perkara ini demi kebaikan UMNO /BN .

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP