Sunday, February 22, 2009

Malaysiakini : Jangan salahkan Ibrahim Ali - KJ

PASIR MAS 21 Feb. – Pas perlu menghormati tindakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang memberikan pandangan dalam beberapa isu kerana beliau adalah calon Bebas yang tidak mewakili mana-mana parti.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebagai anggota Bebas, Ibrahim tidak terikat kepada mana-mana parti dalam memperkatakan sesuatu isu yang dianggapnya wajar disuarakan.

“Pas boleh menyuarakan pandangannya tetapi kita juga perlu menghormati pendirian Ibrahim walaupun dia bertanding atas tiket Pas tetapi sejak mula lagi, jelas dia adalah calon Bebas.

“Bagi saya kalau tiba-tiba Pas mendesak Ibrahim meletak jawatan kerana tidak bersetuju dengan pandangannya, saya rasa itulah risiko yang mereka tanggung sejak awal lagi.

“Jangan salahkan dia kerana awal-awal lagi, dia tidak memihak kepada sesiapa pun, berkecuali dan tidak memihak kepada Pas,” katanya kepada pemberita selepas mengada kan pertemuan dengan anggota pergerakan itu di sini hari ini.

Beliau mengulas desakan Pas Kelantan agar Ibrahim melepaskan jawatan berikutan sikapnya yang semakin lantang mengkritik parti itu.

Setiausaha Perhubungan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, Pas tidak lagi menganggap Ibrahim mewakili parti itu dan telah mengambil keputusan melantik pe nyelia Parlimen di kawasan tersebut.

Bagaimanapun Ibrahim menegaskan beliau tidak akan berundur kecuali didesak oleh semua pengundi dan mempertahankan pendiriannya yang dikatakan tidak mengkritik parti itu tetapi menegur, tanpa mengecam pimpinan Pas.

Menurut Khairy, dalam keadaan sedemikian terserah kepada Ibrahim untuk akur kepada desakan Pas atau menegakkan pendiriannya.

“Terpulang kepada Ibrahim sama ada menghormati perjanjian dengan Pas semasa pilihan raya umum lalu.

“Saya dengar ada kontrak yang dimeterai antara beliau dengan pemimpin Pas, Datuk Husam Musa tetapi kita tidak tahu apakah syarat-syaratnya, sama ada boleh hentam Pas atau tidak,” ujarnya.

1 comments:

Unknown February 22, 2009 at 1:04 PM  

bagi peluang ibrahim ali join mana yang dia suka. dia kan pakar strategi. s46, umno, pas adalah sebahagian dari strategi beliau. pernah jadi menteri lagi. so, kenapa tak gunakan saja kepakaran beliau untuk membuat strategi menjahanamkan PKR dan PR? Fikirkan sendiri..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP