Monday, February 23, 2009

Malaysiakini : BerSETIAKAWANlah semua ~ Hisham

Dato' Seri Hishammuddin telah menyarankan kesemua calon bagi jawatan Ketua Pemuda dan Naib Ketua Pemuda UMNO untuk BerSETIAKAWAN, tak kira menang atau kalah, selepas 25 Mac ini.

Molek sungguh saranan tersebut kerana dengan SETIAKAWAN, barulah perpaduan utuh dan pengisian bermakna dapat dibuat bersama.

Sokong Ketua Pemuda baru - Hishammuddin


HISHAMMUDDIN Tun Hussein berganding tangan bersama Mukhriz Tun Mahathir (dua dari kanan), Khairy Jamaludin (tiga dari kiri) dan Mohd. Khir Toyo (dua dari kiri) selepas mesyuarat ringkas dengan tiga calon Ketua Pemuda di Menara UMNO, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 18 Feb. - Semua ahli dan pemimpin Pemuda khususnya calon yang kalah pada pemilihan UMNO bulan depan diingatkan supaya memberi sokongan padu dan tidak berbelah bagi kepada ketua mereka yang baru.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, mesej itu amat penting kerana kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan rakyat hilang hormat kepada UMNO.

Sehubungan itu beliau berkata, semua pihak terutama mereka yang bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO perlu sedar bahawa kepentingan parti perlu diutamakan lebih-lebih lagi ketika Barisan Nasional (BN) bakal berhadapan dengan pilihan raya kecil di Perak dan Kedah.

''Kita harus sedar, tidak guna kita memegang jawatan dalam parti tetapi parti tidak dihormati. Sebab itu sesiapa yang memegang Pemuda selepas saya, penting bagi pemimpin ini mendapat sokongan padu daripada semua pihak.

''Tidak lama lagi kita akan berhadapan dengan dua pilihan raya kecil iaitu sehari selepas pemilihan parti. Kita perlu buktikan komitmen kita, persepakatan kita dalam usaha untuk memenangkan BN di kedua-dua kawasan ,'' katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat ringkas dengan tiga calon Ketua Pergerakan Pemuda yang akan bertanding iaitu Datuk Mukhriz Tun Mahathir, Datuk Seri Dr. Mohd. Khir Toyo dan Khairy Jamaluddin.

Terdahulu beliau mempengerusikan mesyuarat Pemuda bagi menghadapi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.

Hishammuddin juga yakin bahawa semua calon Ketua Pemuda mempunyai keikhlasan dan kesepakatan untuk memacu Pemuda ke arah kedudukan yang lebih mantap sesuai dengan peranannya sebagai sayap utama parti.

Berhubung persiapan Pemuda bagi menghadapi dua pilihan raya kecil itu, Hishammuddin berkata, jarak yang terlalu hampir antara pemilihan parti dan pilihan raya kecil tidak akan menjejaskan jentera Pemuda.

''Kita telah menggerakkan jentera pilihan raya mulai sekarang dan saya sendiri bersama tiga calon Ketua Pemuda dan dua calon Naib Ketua Pemuda akan bersama-sama membantu mereka.

''Untuk peringkat permulaan saya dan semua calon yang bertanding akan mengadakan perjumpaan dengan semua Ketua Pemuda Bahagian di Perak dan Kedah.

''Ia bertujuan untuk kita mempersiapkan diri menghadapi dua pilihan raya kecil itu. Saya juga telah meminta kepada calon Ketua Pemuda yang terpilih supaya mengekalkan jawatan Ketua Pemuda Perak dan Kedah bagi memudahkan kerja-kerja persiapan pilihan raya dijalankan,'' ujarnya

By : Hang Tegar

3 comments:

gotahlantun February 23, 2009 at 12:18 PM  

SAPA2 PUN YANG MENANG,HARUSLAH MERAPATKAN SEMUA PIMPINAN TAK KIRA PERINGKAT.

JANGAN ADA SIKAP MEMBUANG MANA2 PEMIMPIN DI SEMUA PERINGKAT, KERANA MEREKA DIPILIH OLIH AKAR UMBI.

JIKA DIBUANG SEBAB BUKAN KRONI,AKAN MENGAKIBATKAN STRUKTUR UMNO AKAN RUNTUH.

JADI KEKALKAN APA YANG ADA DAN TERUSKAN PERJUANGAN UNTUK RAKYAT.

ONE February 23, 2009 at 1:37 PM  

salam,

Ketua pemuda adalah penting kerana merupakan antara tunjang di dalam UMNO,malahan Dato najib juga merupakan bekas ketua pemuda.

Oleh itu adalah amat penting agar ketua yang dipilih merupakan seorang yang berwibawa dan tidak bersikap pendendam.

Bro Jinggo February 23, 2009 at 2:23 PM  

Khairy Jamaluddin telah melaksanakan tugas beliau sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO dengan baik dan telah menjalinkan hubungan yang rapat dengan ahli-ahli Pemuda UMNO Malaysia .

Tidak ada sebab beliau yang berjaya melaksanakan tanggungjawab walaupun terpaksa menempuh berbagai dugaan dalam kerjaya piolitik beliau tidak mampu untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Kepada semua calon-calon perwakilan pemuda buat lah pilihan yang bijak dalam menentukan siapakah bakal ketua anda… jangan nilaikan anak siapa.. menantu siapa… anda sendiri menilaikan pucuk kepimpinan… dan saya yakin lagi cukup percaya.. pewakilan adalah daripada golongan yang cerdik pandai dalam menilai siapakah yang bakal akan menjadi ketua mereka.. ketepikan lah buat sementara budaya bodek membodek dalam memilih siapakah yang bakal menerajui pemuda UMNO Malaysia…

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP