Sunday, September 27, 2009

Rakyat Malaysia tidak minat membaca – Khairy

REMBAU 24 Sept. – Tabiat membaca di kalangan rakyat negara ini dikatakan masih jauh ketinggalan berbanding dengan negara-negara maju.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kajian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 1996 dan 2005 mendapati purata setiap rakyat negara ini membaca hanya dua buah buku setiap tahun.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau memberitahu, jumlah itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan rakyat Jepun yang membaca purata dua buah buku sebulan.

‘‘Pemerhatian saya sendiri mendapati tidak ramai rakyat Malaysia yang membaca semasa menggunakan sistem pengangkutan awam. Sebaliknya, mereka lebih gemar termenung, bermain pesanan ringkas menerusi telefon bimbit, tidur atau bersembang,” katanya di sini baru-baru ini.

Tambah Khairy, kerajaan disaran memberi tumpuan terhadap usaha menterjemahkan buku-buku yang ditulis dalam bahasa asing kepada bahasa Melayu.

Menurut beliau, hanya 191 judul buku bahasa asing yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu sepanjang 1998 hingga 2001.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP