Monday, September 14, 2009

Pemutihan keahlian UMNO perlu disegerakan…

Oleh: LUKMAN ABDULLAH


Biarpun keahlian UMNO dikatakan mencecah lebih 3 juta orang tetapi satu usaha pemutihan perlu dilakukan segera bagi memastikan keahlian sebenar, aktif dan tidak keluar parti disamping tidak terdapat ahli parti yang menentang UMNO mahupun Barisan Nasional (BN).

Perkara tersebut dianggap penting sekiranya usaha penghapusan kuota dalam pemilihan kepimpinan parti hendak dilaksanakan kerana memerlukan keahlian yang aktif dan tidak terpesong dari arus perjuangan parti UMNO.

Pandangan tersebut disuarakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditemui di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur petang Sabtu selepas mengagihkan bubur lambuk dan melawat bazaar Ramadhan Jalan Raja Alang.

Menurut Khairy, UMNO pada keseluruhannya mesti bertindak melakukan usaha pemutihan ini dan ianya tidak memerlukan masa yang lama.

“Saya sudah dimaklumkan banyak UMNO Bahagian telah menyerahkan senarai keahlian kepada ibu pejabat parti untuk mengeluarkan nama-nama individu tertentu kerana kesalahan yang membabitkan menyokong parti pembangkang dan telah menyertai parti pembangkang namun masih terdapat beberapa perkara yang belum diselesaikan,” tambahnya.



Mengulas tentang daftar pemilih yang disyaki bukan penduduk asal sesuatu kawasan pilihan raya, Khairy berharap semua pihak dalam UMNO serta komponen parti BN bertindak membuat bantahan awal terutama ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempamerkan senarai pengundi sesuatu kawasan pada setiap suku tahun.

Khairy berkata, “UMNO dan BN perlu peka dengan perkembangan ini dan perlu memastikan setiap anggota berdaftar sebagai pemilih. Kita kena pastikan bukan saja kita daftarkan pemilih yang baru tetapi pastikan setiap kali senarai pemilih dipamer pada umum, kita boleh buat bantahan sekiranya ada nama yang kita syaki bukan penduduk di kawasan atau alamat berkenaan."

SPR baru-baru ini mendedahkan parti DAP paling ramai mendaftarkan pemilih baru manakala UMNO berada di tempat ketiga di kalangan parti politik di negara ini.

Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau turut mengesyaki bahawa pendaftaran pemilih di pihak pembangkang bukan semata-mata pendaftaran pengundi baru tetapi melibatkan pemindahan pengundi lama dari kawasan tertentu ke kawasan yang menjadi tumpuan pembangkang.



Menurut Khairy, setiap UMNO Bahagian telah diarah oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi perhatian kepada pendaftaran pengundi, di samping memastikan anggota Pemuda turut mendaftar dengan SPR.

"Tidak guna cari pemilih kalau anggota kita sendiri tidak mendaftar, jadi kita akan pastikan supaya setiap anggota Pemuda didaftarkan sebagai pemilih dalam setiap program yang akan kita adakan," katanya.

"Kira-kira 30 peratus anggota Pemuda UMNO masih belum mendaftar sebagai pemilih, tetapi angka itu sentiasa berbeza memandangkan pergerakan itu sentiasa mendapat anggota baru dan ada anggota yang keluar apabila berumur 40 tahun. Bukan saja pengundi baru tapi keahlian juga kita perlu semak, siapa ahli-ahli yang aktif dan yang benar-benar menyokong UMNO kerana ia penting dalam usaha kita untuk memberi lebih banyak kuasa kepada akar umbi dalam membuat pemilihan pemimpin."

Khairy sifatkan program bersama rakyat seperti mengagihkan bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru dan lawatan ke bazaar Ramadhan adalah cara terbaik mendekati rakyat tanpa memerlukan pentas khas, banner, protokol, kompang, bunga manggar dan karpet merah.



“Usaha ini adalah untuk menafikan bahawa Pemuda UMNO tidak mendekati masyarakat dan terlalu elit, kita mahu bersama rakyat dengan pendekatan bertanya khabar atau menyampaikan sesuatu kepada mereka,” ujarnya.

Beliau yang ditemani Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar, beberapa orang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pemimpin Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa menemui orangramai yang membeli juadah dan beliau juga turut membeli juadah berbuka puasa disamping berbual mesra dengan peniaga di situ.

Sumber Aganda Daily


0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP