Pemuda Turun Padang Hargai Pengorbanan Polis, Bomba Dan Petugas HKL
Oleh Adnil Mohd
Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO hari ini meneruskan pendekatan turun padang menyampaikan sumbangan hari raya kepada anggota polis, pihak bomba, jururawat dan doktor di Hospital Kuala Lumpur serta orang ramai yang mahu pulang ke kampung di Perhentian Jalan Duta.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata sumbangan tersebut merupakan inisiatif Pemuda bagi menghargai komitmen dan pengorbanan petugas terutama polis, bomba, doktor dan jururawat yang tidak dapat pulang berhari raya di kampung.
"Program sumbangan hari raya Pemuda UMNO hari ini adalah sebahagian daripada pendekatan turun padang yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bagi saya setiap sayap UMNO di setiap peringkat mesti ikut jejak langkah Perdana Menteri yang sendiri telah turun ke Puduraya sampai dua kali dan tinjauan mesra di Ibu Kota ni dah banyak kali, kalau kita Pemuda Umno tidak mencontohi pendekatan Perdana Menteri maka saya rasa rakyat akan fikir Perdana Menteri seorang saja yang buat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada anggota polis yang sedang petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.
Selepas menyampaikan sumbangan kuih raya di IPD Dang Wangi, beliau dan rombongan ke Balai Bomba Hang Tuah sebelum ke Unit Kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur.
Khairy turut meninjau orang ramai yang pulang ke kampung di Hentian Bas Jalan Duta dan menyampaikan sumbangan kuih.
0 comments:
Post a Comment