Wednesday, September 2, 2009

Politik Kekacauan Tak Bantu Rakyat Perak : Khairy

IPOH, 1 Sept Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata cubaan pembangkang untuk mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri Perak esok semata-mata bertujuan menimbulkan kekecohan politik.

Beliau berkata pembangkang mahu memecahbelah rakyat dengan memporakporandakan kedudukan politik negeri setelah rakyat Perak menerima pemerintahan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

"Mereka tidak ada hak dan bidang kuasa kerana sidang DUN yang dipanggil itu adalah oleh bekas speaker yang sudah tidak ada jawatan," katanya kepada pemberita di sini.

Anggota DUN Tronoh V.Sivakumar, yang juga bekas Speaker, mengeluarkan notis minggu lepas mengenai persidangan DUN yang akan diadakan esok dan ini memaksa Speakar Datuk R. Ganesan membuat kenyataan meminta semua Adun supaya mengabaikan notis berkenaan.

Khairy berkata pembangkang di Perak kini terdesak kerana banyak usaha yang dijalankan oleh pentadbiran negeri yang dipimpin oleh Zambry telah membawa momentum yang positif kepada BN.

"Politik kekacauan yang dilakukan pembangkang seperti ini tidak akan membantu rakyat Perak yang inginkan kestabilan politik demi pembangunan negeri," katanya.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP