[Video] Majlis Berbuka Puasa KJFC
This is an open group... Anyone can join and invite others to join. KJFC (KHAIRY JAMALUDDIN FAN CLUB)
Mengapa YB memilih slogan 'setiakawan' bagi persaingan ini.
KJ : Perkara paling asas dalam perjuangan politik adalah keikhlasan menjaga angkatan dan barisan kita. Setia kawan bermaksud kita pentingkan rakan-rakan bukan hanya diri sendiri. Saya berpegang kepada prinsip perjuangan semangat berpasukan. Jadi apa yang berlaku kepada rakan, akan beri kesan kepada kita. Selanjutnya KLIK DISINI
ECM LIBRA
KJ : ECM Libra telah sejak sekian lama membuat beberapa opsyen penggabungan sebelum saya membuat keputusan bagi membeli saham syarikat berkenaan selaras dengan pilihan yang diberikan kepada saya selaku eksekutif syarikat tersebut. selanjutnya KLIK DISINI
ECM LIBRA
KJ : I have explained this countless times before but since you either missed my earlier explanations (e.g. The Edge, 16 JANUARY, 2006) or have chosen not to accept them, I shall do so once again. First, let me correct some of your facts. The ECM Libra shares that I bought were valued at RM9.2 million - at the prevailing market price of 71 sen per share - and not RM13 million. READ MORE
THE FOURTH FLOOR
Coming back to Dr M, he seems to link you to a lot of Pak Lah’s decisions and so ‘The Fourth Floor’ was created and has now become part of the Malaysian lexicon. Say, ‘Budak Tingkat Empat’ and people know what you’re talking about. Here is your chance to set the record straight about The Fourth Floor.
KJ : (sighs) The Fourth Floor, my goodness. Where do I start? The Fourth Floor obviously has a physical explanation to it because it’s actually the fourth floor of the Prime Minister’s Office, where the Cabinet office is, and that’s actually where the decisions are made. But unfortunately, behind the Cabinet office is a set of offices which houses the press secretaries, the head of communications, and all the policy guys, including the foreign policy staff as well. READ MORE
This is an open group... Anyone can join and invite others to join. KJFC (KHAIRY JAMALUDDIN FAN CLUB)
Beliau berkata apa yang penting sekarang ialah persiapan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil di kawasan itu 11 Nov ini dan Pemuda Umno kini dalam proses mengenal pasti pengundi muda.
“Bagi soal pencalonan, kami serahkan kepada pucuk pimpinan dan tidak perlu dibahaskan lagi.
“Bagi jentera Pemuda Umno tiada masalah dan bagi diri saya, Pemuda di Teluk Kemang memang bersatu,” katanya kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Aidilfitri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.
Katanya beliau telah berbincang dengan Pemuda MIC untuk saling bekerjasama dengan BN, bukan sebagai parti komponen tetapi sebagai jentera pilihan raya tunggal. -
Bernama
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kajian Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada 1996 dan 2005 mendapati purata setiap rakyat negara ini membaca hanya dua buah buku setiap tahun.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Rembau memberitahu, jumlah itu terlalu sedikit jika dibandingkan dengan rakyat Jepun yang membaca purata dua buah buku sebulan.
‘‘Pemerhatian saya sendiri mendapati tidak ramai rakyat Malaysia yang membaca semasa menggunakan sistem pengangkutan awam. Sebaliknya, mereka lebih gemar termenung, bermain pesanan ringkas menerusi telefon bimbit, tidur atau bersembang,” katanya di sini baru-baru ini.
Tambah Khairy, kerajaan disaran memberi tumpuan terhadap usaha menterjemahkan buku-buku yang ditulis dalam bahasa asing kepada bahasa Melayu.
Menurut beliau, hanya 191 judul buku bahasa asing yang diterjemahkan kepada bahasa Melayu sepanjang 1998 hingga 2001.
Kelmarin, Pemuda UMNO Bahagian Rembau, Negeri Sembilan mengadakan majlis berbuka puasa bersama media di negeri ini bagi merapatkan hubungan dengan media.
Majlis yang yang di hadiri oleh Ketua Pemudanya, Khairy Jamaluddin turut beramah mesra bersama pengamal media selain bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa.
Di akhir majlis berkenaan, beliau turut menyampaikan sumbangan kuih raya kepada 30 pengamal media di negeri ini sebagai tanda terima kasih pihak Pemuda UMNO Rembau terhadap kerjasama media yang berterusan.
Hadir sama pada majlis itu ialah Presiden Kelab Akhbar Negeri Sembilan (Kelana), Razali Pilus.
Oleh Adnil Mohd
Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO hari ini meneruskan pendekatan turun padang menyampaikan sumbangan hari raya kepada anggota polis, pihak bomba, jururawat dan doktor di Hospital Kuala Lumpur serta orang ramai yang mahu pulang ke kampung di Perhentian Jalan Duta.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata sumbangan tersebut merupakan inisiatif Pemuda bagi menghargai komitmen dan pengorbanan petugas terutama polis, bomba, doktor dan jururawat yang tidak dapat pulang berhari raya di kampung.
"Program sumbangan hari raya Pemuda UMNO hari ini adalah sebahagian daripada pendekatan turun padang yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Bagi saya setiap sayap UMNO di setiap peringkat mesti ikut jejak langkah Perdana Menteri yang sendiri telah turun ke Puduraya sampai dua kali dan tinjauan mesra di Ibu Kota ni dah banyak kali, kalau kita Pemuda Umno tidak mencontohi pendekatan Perdana Menteri maka saya rasa rakyat akan fikir Perdana Menteri seorang saja yang buat," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan sumbangan hari raya kepada anggota polis yang sedang petugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini, hari ini.
Selepas menyampaikan sumbangan kuih raya di IPD Dang Wangi, beliau dan rombongan ke Balai Bomba Hang Tuah sebelum ke Unit Kecemasan Hospital Besar Kuala Lumpur.
Khairy turut meninjau orang ramai yang pulang ke kampung di Hentian Bas Jalan Duta dan menyampaikan sumbangan kuih.
Khusus kepada pembaca blog saya, serta sesiapa yang mengikuti perkembangan politik saya melalui platform yang lain, saya menyusun jari memohon ampun maaf sekiranya ada sebarang kesilapan yang diperlakukan atau terserlah mana-mana kekurangan saya selaku hamba Allah yang biasa. Semoga Syawal ini akan membawa kepada perpaduan di antara kita rakyat 1Malaysia - memperkasakan ummah demi kesejahteraan semua.
Dalam sesi soal jawab antara KJ dengan tetamu pada malam berbuka puasa KJFC beliau telah ditanya dengan berbagai bagai soalan yang spontan oleh bloggers dan juga ahli KJFC dan beliau juga menjawab soalan soalan dengan selamba. Antara soalan yang ditanya oleh bloggers adalah tentang perasaan KJ terhadap Tun Mahahthir Mohammad yang selalu menekan beliau. Menurut bloggers yang memberikan soalan , jika kita lihat , politik KJ tidak kurang juga hebatnya, kerana bagi orang yang ditekan oleh Tun Mahahthir jarang sekali dapat survive tetapi KJ terus mendapat sokongan.
Menurut KJ sewaktu dia mula pulang ke tanah air , sekitar masa kebangkitan Reformasi , kebanyakan pelajar pelajar IPTA dan IPTS ketika itu ramai yang memilih untuk menyertai kumpulan reformasi dan memilih Anwar Ibrahim dari pada memilih Tun Mahahthir. Sebagai seorang pelajar dari kumpulan pelajar pengajian tinggi Khairy bebas untuk membuat pilihan beliau pada masa itu bagi memilih Tun Mahahthir atau Anwar Ibrahim. Tanya Khairy kepada hadirin pada malam itu. Saya pilih siapa? Saya pilih untuk menyertai UMNO dan ketika itu Tun Mahahthir adalah Presiden UMNO. Kenapa saya memilih Tun Mahathir dan bukan Anwar Ibrahim ? diikuti dengan tepuk gemuruh para hadirin.
Ayah saya seorang pegawai kerajaan yang bertugas diluar negara, kami banyak berpindah dari satu negara hingga lah ke satu negara. Sewaktu di Jepun , Ketika itu saya telah bertemu dengan Mukhriz Mahahthir yang mana ketika itu usianya dalam jangkaan belasan tahun dan sedang menuntut di Jepun.Keluarga saya juga berpeluang bertemu dengan Tun Mahathir dalam usia yang muda itu dan ayah saya adalah antara pegawai kerajaan dibawah pemerintahan Tun Mahathir. Saya mengenali Mukhriz sebelum perwakilan pemuda UMNO mengenali beliau lagi. Itulah setiap kali beliau mem,buka mulut dan bercakap mengenai saya , saya tidak akan memberikan respons dan menterjemah kan apa saja yang keluar dari mulut beliau adalah merupakan kata kata orang yang lebih dewasa dan merupakan satu teguran orang yang berpengalaman dan pangkat ayah kepada beliau.
Beliau juga menyeru kepada bloggers bloggers di tanah air ini agar berhenti bertelagah sesama sendiri dan ini merupakan satu kerugian dan simpan tenaga dan idea idea untuk digunakan bagi melawan pihak pembangkang. Kita memerlukan tenaga dan sumbangan bloggers pada pilihan raya Bagan Pinang . Apa gunanya kita bertelagah sesama sendiri dan yang menafaatkan pertelagahan kita adalah pembangkang.
Khairy yang begitu simple pada malam itu berbangga kerana dapat bersama dengan satu kumpulan yang lain, satu kumpulan dari alam siber dan kini bersua dalam dunia realiti. Beliau kagum dengan usaha beberapa pengerak yang telah mengerakkan KJ Fan Club kerana menurut beliau yang ada fan club ini hanya lah artis dan ahli sukan sahaja , bukan ahli Politik. Beliau juga tidak mencampuri langsung majlis malam berkenaan dan juga usaha penubuhan KJFC dan pada malam berkenaan beliau telah diundang untuk menjadi tetamu kehormat majlis pertama KJFC. Sumber ~ KJFC
Perkara tersebut dianggap penting sekiranya usaha penghapusan kuota dalam pemilihan kepimpinan parti hendak dilaksanakan kerana memerlukan keahlian yang aktif dan tidak terpesong dari arus perjuangan parti UMNO.
Pandangan tersebut disuarakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika ditemui di perkarangan Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur petang Sabtu selepas mengagihkan bubur lambuk dan melawat bazaar Ramadhan Jalan Raja Alang.
Menurut Khairy, UMNO pada keseluruhannya mesti bertindak melakukan usaha pemutihan ini dan ianya tidak memerlukan masa yang lama.
“Saya sudah dimaklumkan banyak UMNO Bahagian telah menyerahkan senarai keahlian kepada ibu pejabat parti untuk mengeluarkan nama-nama individu tertentu kerana kesalahan yang membabitkan menyokong parti pembangkang dan telah menyertai parti pembangkang namun masih terdapat beberapa perkara yang belum diselesaikan,” tambahnya.
Mengulas tentang daftar pemilih yang disyaki bukan penduduk asal sesuatu kawasan pilihan raya, Khairy berharap semua pihak dalam UMNO serta komponen parti BN bertindak membuat bantahan awal terutama ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempamerkan senarai pengundi sesuatu kawasan pada setiap suku tahun.
Khairy berkata, “UMNO dan BN perlu peka dengan perkembangan ini dan perlu memastikan setiap anggota berdaftar sebagai pemilih. Kita kena pastikan bukan saja kita daftarkan pemilih yang baru tetapi pastikan setiap kali senarai pemilih dipamer pada umum, kita boleh buat bantahan sekiranya ada nama yang kita syaki bukan penduduk di kawasan atau alamat berkenaan."
SPR baru-baru ini mendedahkan parti DAP paling ramai mendaftarkan pemilih baru manakala UMNO berada di tempat ketiga di kalangan parti politik di negara ini.
Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau turut mengesyaki bahawa pendaftaran pemilih di pihak pembangkang bukan semata-mata pendaftaran pengundi baru tetapi melibatkan pemindahan pengundi lama dari kawasan tertentu ke kawasan yang menjadi tumpuan pembangkang.
Menurut Khairy, setiap UMNO Bahagian telah diarah oleh Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memberi perhatian kepada pendaftaran pengundi, di samping memastikan anggota Pemuda turut mendaftar dengan SPR.
"Tidak guna cari pemilih kalau anggota kita sendiri tidak mendaftar, jadi kita akan pastikan supaya setiap anggota Pemuda didaftarkan sebagai pemilih dalam setiap program yang akan kita adakan," katanya.
"Kira-kira 30 peratus anggota Pemuda UMNO masih belum mendaftar sebagai pemilih, tetapi angka itu sentiasa berbeza memandangkan pergerakan itu sentiasa mendapat anggota baru dan ada anggota yang keluar apabila berumur 40 tahun. Bukan saja pengundi baru tapi keahlian juga kita perlu semak, siapa ahli-ahli yang aktif dan yang benar-benar menyokong UMNO kerana ia penting dalam usaha kita untuk memberi lebih banyak kuasa kepada akar umbi dalam membuat pemilihan pemimpin."
Khairy sifatkan program bersama rakyat seperti mengagihkan bubur lambuk Masjid Jamek Kampung Baru dan lawatan ke bazaar Ramadhan adalah cara terbaik mendekati rakyat tanpa memerlukan pentas khas, banner, protokol, kompang, bunga manggar dan karpet merah.
“Usaha ini adalah untuk menafikan bahawa Pemuda UMNO tidak mendekati masyarakat dan terlalu elit, kita mahu bersama rakyat dengan pendekatan bertanya khabar atau menyampaikan sesuatu kepada mereka,” ujarnya.
Beliau yang ditemani Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Rizalman Mokhtar, beberapa orang Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dan pemimpin Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa menemui orangramai yang membeli juadah dan beliau juga turut membeli juadah berbuka puasa disamping berbual mesra dengan peniaga di situ.
Sumber Aganda Daily
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata sebelum ini tidak ada sebarang had umur diletakkan sebagai syarat untuk bertanding merebut jawatan tertinggi pergerakan itu.
"Kita cadangkan supaya diadakan had umur untuk jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia. Ya, hari ini tak ada... tapi sekarang kita hendak cadangkan had umur tidak lebih 45 tahun kerana ini selaras dengan aspirasi orang muda," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu di sini petang Rabu.
Selain itu Khairy berkata, kelayakan minimum untuk bertanding bagi jawatan ketua Pemuda atau naib ketua juga dipermudahkan iaitu hanya mensyaratkan supaya calon berkenaan perlu menjadi exco Pemuda ataupun ketua Pemuda bahagian selama satu penggal.
"Cadangan asal yang kita terima, adalah dua penggal, kalau dua penggal untuk jadi ketua Pemuda, maka tidak ada siapa yang dapat melawan saya selepas ini.
"Selain itu bagi jawatan exco Pemuda, calon mestilah menjadi ahli Umno selama tiga tahun dan ahli jawatankuasa Pemuda bahagian baru dia boleh bertanding.
"Ada cadangan kata mesti jadi ketua Pemuda bahagian, saya kata tidak," ujarnya lagi.
Sehubungan dengan itu, Khairy berkata, Pemuda mencadangkan supaya sistem kuota yang menjadi amalan Umno selama ini dihapuskan bagi memberi peluang kepada lebih ramai ahli di peringkat akar umbi untuk bertanding.
"Kami telah mencadangkan supaya syarat kelayakan untuk bertanding dilonggarkan, maksudnya kita menyokong supaya sistem kuota dimansuhkan...tidak ada lagi kuota, kita memudahkan ahli untuk bertanding," katanya.
"Sebagai contoh untuk bertanding (jawatan) ahli jawatankuasa Pemuda bahagian, ia perlu menjadi ahli selama setahun dan lepas itu boleh bertanding. Tidak perlu bertanding jawatan ketua Umno cawangan atau AJK cawangan terlebih dahulu," katanya.
Selain itu, bagi jawatan ketua Pemuda Umno bahagian pula, Pemuda mencadangkan agar calon yang menawarkan diri untuk bertanding mesti menjadi ahli selama tiga tahun dan menjadi ketua Pemuda cawangan atau AJK pemuda bahagian terlebih dahulu.
Dalam pada itu, Pemuda juga mencadangkan supaya proses pemilihan jawatan di semua peringkat parti ditentukan oleh lebih 100,000 perwakilan berbanding 2,600 sekarang.
Khairy berkata, pergerakan itu meminta supaya perwakilan di peringkat bahagian ditambah sekurang-kurangnya 30 peratus daripada jumlah sedia ada.
"Pertambahan jumlah itu merangkumi ketua Pemuda cawangan, wanita cawangan dan Puteri cawangan sebagai perwakilan bahagian yang akan menentukan jawatan Majlis Tertinggi (MT) dan jawatan-jawatan tertinggi dalam Umno," katanya.
Tambah Khairy, pada dasarnya Pemuda menyokong supaya beberapa peruntukan dalam Umno dipinda untuk memberi lebih banyak kuasa kepada ahli akar umbi menentukan kepimpinan peringkat nasional serta sayap parti.
"Kita juga nak pastikan supaya Pemuda Umno diberi lebih banyak peluang untuk memainkan peranan dalam parti di peringkat induk.
"Oleh sebab itu Pemuda menyokong supaya pemilihan Umno dibuat di peringkat perwakilan bahagian dan bukannya di Perhimpunan Agung," katanya.
15Malaysia - "Meter" Head of UMNO youth Khairy Jamaluddin plays a taxi driver in this surprising social comedy. Jason Lo, Amber Chia, Matthew George, Namewee and Baki Zainal are amongst the cameos.
Sumber http://hang-tegar.blogspot.com/
Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar, Ahli Parlimen Rembau telah hadir di Masjid An-Nur Pekan Rembau untuk menyampaikan sumbangan kurma kepada 54 buah Masjid di dalam kawasan Parlimen Rembau. Majlis ringkas tersebut yang berlangsung selepas solat Asar dimulakan dengan ucapan doa oleh Imam Masjid An-Nur.
Dalam ucapan beliau, beliau meminta maaf kepada para hadirin yang hadir di atas sedikit kelewatan kerana telah singgah sebentar untuk melawat jenazah Allahyarham YB Azman Mohd Nor, ADUN Bagan Pinang yang meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban pada jam 2.30 petang yang menurut pihak hospital akibat jangkitan dalam darah. Beliau dalam pada itu mengajak semua yang hadir menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa agar rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. READ MORE
Beliau berpendapat sesiapa yang ditahan mengikut ISA boleh mendapat keadilan melalu satu mekanisme kehakiman yang dicadangkan itu.
"Ini juga supaya Menteri Dalam Negeri dilihat tidak membuat satu keputusan penahanan di bawah ISA berdasarkan kepentingan politik," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa anjuran pergerakan itu di Sekolah Anak Yatim Sultan Salahuddin di Pantai Kundur di sini malam Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bahawa pembentangan pindaan ISA dijadual dilakukan semasa sesi Dewan Rakyat Oktober ini tertakluk kepada input yang diterima.
Hishammuddin dilaporkan berkata kerajaan masih menerima cadangan daripada pelbagai pihak dan sedia memberi pertimbangan dari sudut kepentingan rakyat dan keselamatan negara dan hal sivil individu.
Khairy berkata Pemuda Umno akan menyerahkan satu memorandum kepada Hishammuddin minggu hadapan yang akan mengusulkan beberapa perkara yang perlu dipinda.
"Kita juga akan mencadangkan supaya tempoh tahanan oleh polis selama 60 hari dipendekkan," katanya.
The results of Permatang Pasir by-election which saw PAS retain the seat with its sizeable majority intact exposes certain voting patterns which speak more of people’s dislike for BN than any active favouritism for Pakatan Rakyat, or at least, PAS.
This is especially so in the case of ethnic Chinese voters, which made up over a quarter of the total voting population in Permatang Pasir. With the ethnic Malay vote likely split between BN and PAS, the latter could not have won in the way it did without garnering most of the Chinese votes – in fact, analysis of the ballot boxes or “peti undi” in the by-election showed that the PAS candidate won handsomely in Chinese-dominated areas. READ MORE
Read more...Apa pun perdebatan mengenai tarian Pendet atau mana-mana lagi isu berbangkit antara kedua-dua negara ini, yang pastinya ada sedikit ketidaksefahaman yang sudah lama wujud dalam perhubungan dua hala Malaysia-Indonesia – kalau tidak di peringkat Kerajaan pun, tetapi di peringkat warga biasa.
Di sini saya terpanggil mengulangi apa yang saya sebut sewaktu mengetuai delegasi Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia ke Jakarta bulan lepas, iaitu peri pentingnya hubungan istimewa atau "special relationship" antara Malaysia dan Indonesia ini diperkuatkan demi persefahaman yang lebih jitu antara dua negara dan dua bangsa serumpun.
Kelebihan yang boleh dikecapi dari “special relationship” ini tidak terhad kepada perhubungan dua hala kita sahaja. Dengan persamaan tradisi, sejarah, budaya, bahasa, agama dan rumpun bangsa, persefahaman Malaysia-Indonesia yang baik juga boleh menjadi asas kepada ASEAN yang lebih bersatu. Perlu ditegaskan bahawa kedua-dua negara kita kini melangkah masuk ke era globalisasi yang menuntut lebih kerjasama serantau bagi menjana kebaikan bersama, terutamanya dari sudut kemajuan ekonomi. Untuk itu, peranan ASEAN yang lebih mantap amat diperlukan, dan hubungan Malaysia-Indonesia mampu merangka ASEAN menjadi badan serantau yang berdaya saing dan lebih berintegrasi dan bukan semata-mata perkumpulan yang longgar.
Dalam konteks kontroversi-kontroversi kebelakangan ini - baik dari segi isu Tenaga Kerja Indonesia (TKI), Ambalat, Manohara mahupun tarian Pendet - hubungan unik ini perlu diberi perhatian sewajarnya agar penularan nasionalisme sempit dan agresif di kalangan rakyat kedua-dua negara dapat dibendung.
Apa tidaknya, semangat nasionalisme yang agresif dan negatif dari sebahagian warga dan pemimpin Indonesia ini terserlah melalui pelbagai kenyataan dan perbuatan yang hanya mengundang rasa marah dan benci dari kedua-dua belah pihak Malaysia dan Indonesia, semuanya akibat satu salah faham mengenai tarian pendet dipaparkan dalam iklan Discovery Channel seakan berasal dari Malaysia, walhal pihak Malaysia tidak terbabit pun dalam penghasilan iklan tersebut.
Tambahan lagi, soal pencurian budaya ini tidak wajar dilemparkan sewenang-wenangnya oleh pihak Indonesia, terutamanya apabila kedua-dua negara berkongsi tamadun dan warisan, serta banyak mempengaruhi antara satu sama lain semenjak berkurun-kurun dahulu. Saya tidak mempersoalkan hakikat tarian Pendet itu berasal dari Bali, tetapi mana mungkin kita dapat melabel sesuatu aspek budaya itu sebagai 100% Indonesia, atau 100% Malaysia, sedangkan perkongsian budaya itu sudah lama berlaku sebelum lahirnya konsep negara-bangsa atau wujudnya persempadanan ‘negara’ kesan kolonialisme? Maka mereka yang begitu gah menuduh Malaysia mengamalkan ‘pencurian budaya’ inilah sebenarnya yang perlu mengkaji semula sejarah dan warisan rantau ini.
Sesudahnya Kerajaan Malaysia menjelaskan kesilapan yang tidak sengaja atas isu pendet ini demi meredakan keadaan, perasaan marah dan benci dari dalam Indonesia dilihat masih berkobar-kobar. Meskipun Malaysia sanggup berkompromi dengan harapan menutup episod ini, “hackers” Indonesia bertindak menggodam laman-laman web Malaysia pada ulangtahun kemerdekaan ke-52 Malaysia, kutukan dan cacian terhadap Malaysia sebagai ‘negara pencuri’ diteruskan di forum dan platform maya, manakala demonstrasi agresif dianjurkan oleh para mahasiswa Indonesia di Kedutaan Malaysia sehinggakan kehadiran pelajar Malaysia di kampus Universitas Gadjah Mada di Yogyakarta pun membawa kepada protes yang sudah berbaur diskriminasi.
Rakyat Indonesia perlu memahami bahawa kami di Malaysia juga sensitif dan marah apabila melihat dan mendengar negara kami ini dilabel dengan deskripsi negatif dan kata-kata kesat, disamping bendera kebanggaan kami dibakar tanpa sedikit pun rasa hormat. Kami di Malaysia pun sedar bahawa banyak yang perlu dipelajari dan difahami mengenai sensitiviti orang Indonesia, tetapi di pihak Indonesia pula saya berharap warganya tidak terus bertindak mengujikesabaran rakyat Malaysia kerana ini jua akan mengundang kembali semangat nasionalisme yang sama agresif dari pihak kami.
Perlu ditegaskan di sini bahawa saya memahami tindakan-tindakan anti-Malaysia melampau yang dilaporkan ini tidak menggambarkan perasaan seluruh warga Indonesia. Namun, jangan kerana sikap dan sentimen sebahagian dari warga Indonesia, orang Malaysia di sini mula menanam benih-benih kebencian terhadap Indonesia sekaligus mengorbankan tradisi hubungan istimewa antara Malaysia dan Indonesia dan merugikan sesama kita. Yang paling nyata, kebergantungan ekonomi antara Malaysia dan Indonesia masih cukup penting. Peluang pekerjaan dan perniagaan yang menjadi pemangkin pertumbuhan aktiviti ekonomi bagi Malaysia dan Indonesia sendiri sudah cukup menunjukkan betapa kita saling memerlukan – Malaysia tidak mungkin mencapai potensinyatanpa kerjasama dari Indonesia, dan begitu juga sebaliknya.
Maka, saya berharap bahawa suara rasional dari kedua-dua belah pihak boleh memainkan peranan untuk memastikan kontroversi ini tidak berlanjutan sehingga mendatangkan perkara atau insiden yang lebih buruk. Saya menyeru kepada pimpinan muda di Indonesia, baik dari parti politik mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Himpunan Pengusaha Muda Indonesia (HIPMI) agar bangkit bersuara untuk menghentikan sengketa ini, demi kebaikan Malaysia, Indonesia dan rantau ASEAN amnya.
Read more...Beliau berkata pembangkang mahu memecahbelah rakyat dengan memporakporandakan kedudukan politik negeri setelah rakyat Perak menerima pemerintahan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
"Mereka tidak ada hak dan bidang kuasa kerana sidang DUN yang dipanggil itu adalah oleh bekas speaker yang sudah tidak ada jawatan," katanya kepada pemberita di sini.
Anggota DUN Tronoh V.Sivakumar, yang juga bekas Speaker, mengeluarkan notis minggu lepas mengenai persidangan DUN yang akan diadakan esok dan ini memaksa Speakar Datuk R. Ganesan membuat kenyataan meminta semua Adun supaya mengabaikan notis berkenaan.
Khairy berkata pembangkang di Perak kini terdesak kerana banyak usaha yang dijalankan oleh pentadbiran negeri yang dipimpin oleh Zambry telah membawa momentum yang positif kepada BN.
"Politik kekacauan yang dilakukan pembangkang seperti ini tidak akan membantu rakyat Perak yang inginkan kestabilan politik demi pembangunan negeri," katanya.
Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.
Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.
Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.
Kumpulan Pro Khairy.
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP