Tuesday, December 1, 2009

Selamat pulang ke tanah air YB KJ


Selamat kembali kepada YB Khairy Jamaludin serta jemaah haji Malaysia yang selamat pulang ke tanah air dengan selamat dari Tanah Suci setelah selesai menunaikan Rukun Islam Kelima.Ibadat haji merupakan detik yang amat menggembirakan pelbagai pihak. Semoga mereka yang menunaikan Rukun Islam kelima ini mendapat haji mabrur dan dirahmati Allah.


Di antara akhlak mulia yang ada pada diri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ialah sikap amat suka memberi kegembiraan kepada orang lain, termasuklah mendoakan orang.


Banyak hadis yang menceritakan tentang akhlak mulia Baginda dan salah satu daripadanya ialah mengenai kesukaan Baginda mendoakan orang yang baru selesai mengerjakan amal ibadat haji seperti yang penulis baca dalam newsletter ‘Al-Hadaf’ terbitan Jabatan Mufti Kerajaan.


Imam As-Suyuti dalam buku Al-Fatawanya merakamkan sebuah riwayat Ibnu As-Sunni dan At-Thabarani yang menceritakan tentang seorang sahabat yang bertemu dengan Baginda yang baru kembali daripada mengerjakan ibadat haji, lalu Baginda berkata yang maksudnya :


“Semoga (Allah) menerima ibadat hajimu dan mengampunkan dosamu serta mengganti semula perbelanjaanmu."


Apa yang telah dilakukan oleh Baginda ini telah dicontoh teladani oleh sahabat yang bernama Abdullah ibnu Umar, iaitu dengan mendoakan orang yang baru selesai mengerjakan haji sebagaimana yang diriwayatkan oleh Said bin Mansur dalam sunnahnya, bahawa apabila orang yang baru pulang daripada menunaikan haji bertemu dengan Abdullah bin Umar, dia akan berkata yang maksudnya :


"Wahai anak, semoga Allah menerima hajimu dan membesarkan ganjaran pahalamu dan menggantikan perbelanjaanmu."


Kesukaan Baginda mendoakan orang yang baru kembali menunaikan ibadat haji adalah sebagai tanda kecintaan terhadap orang Islam yang telah mendapat limpah kurnia daripada Allah dalam melaksanakan rukun Islam dan pada masa yang sama orang berkenaan baru saja menjadi tetamu Allah Ta`ala : Dia juga dianggap sebagai orang yang baru dilahirkan tanpa dosa sekiranya hajinya itu mabrur. Orang seperti ini memang sudah selayaknya diberi kegembiraan dengan menyambut kepulangannya dengan sambutan yang boleh menggembirakannya sebagaimana yang dilakukan Baginda.


Di samping itu adalah sunat melakukan tiga perkara berikut : Mengucapkan salam kepada mereka; menjabat tangan mereka dan meminta agar mereka sudi berdoa meminta dosa-dosa kita diampunkan sebagaimana hadis berikut yang maksudnya :


"Apabila engkau menemui orang haji, ucapkanlah salam kepadanya dan jabatlah tangannya serta suruhlah dia berdoa supaya engkau diberi keampunan sebelum dia masuk ke dalam rumahnya, kerana sesungguhnya diberi keampunan baginya. (Kan al-Ummal, 5.4).

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP