Thursday, November 12, 2009

KJ akan menunaikan ibadah haji bersama keluarganya pada 17 Nov 2009

10 Nov – Kg Gadung Rembau, Majlis doa selamat dan bacaan Yasin berlangsung dalam suasana sederhana dan meriah di rumah Ketua Pemuda UMNO Malaysia bagi mendoakan agar perjalanan Sdr Khairy Jamaluddin ke tanah suci selamat dan semoga beliau dapat mengerjakan Haji Mabrur. Khairy akan berangkat ke Mekah bersama keluarga pada 17 hb Nov 2009. Majlis yang bermula pada jam 7 malam di mulakan dengan sembahyang maghrib.

Ramai ketua ketua Pemuda negeri, Pemuda UMNO dan juga rakan-rakan Facebook terutamanya dr KJFC (Khairy Jamaluddin Fan Club) yang turut hadir dalam majlis tersebut , Majlis berakhir pada jam 10 malam.

Kepada YB KJ dan keluarga yang turut menunaikan ibdadah haji tahun ini kami doakan agar Selamat selamat mengerjakan ibadah Haji, semoga selamat berangkat dan selamat kembali.. Amin






0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP