Thursday, December 10, 2009

BerHati Busuk

By Hang Tegar



Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Maidah, ayat 2 : “Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran”.

Ayat di atas dengan terang mengajak kita semua supaya bekerja sama bagi membuat amal dan kebaikan dan menegah sebarang gerakan yang bertujuan untuk membuat jahat dan dosa. Di dalam konteks ini, kita harus melihat hubungan itu berdasarkan dua alam dan persekitaran hubungan iaitu Hablun Minallah (hubungan kita dengan Allah) dan Hablun Minannas (hubungan kita dengan manusia).

Hang Tegar memulakan artikel ini dengan Muqaddimah di atas kerana sudah agak lama tidak menulis dan atas refleksi daripada gabungan gotong royong pencacai di internet yang tidak habis-habis berusaha selagi mana boleh untuk menjatuh dan memburukkan manusia lain, dan dalam kes ini ke atas Khairy Jamaluddin.

Ini bermula daripada laporan muka 2 Utusan Malaysia pada 9 Disember lalu yang merujuk kepada satu tulisan di Malaysia-Instinct yang menyebut akan kemungkinan rombakan kabinet melibatkan perlantikan Khairy, dan di dalam artikel tersebut sebagai Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi.

Tak lama selepas itu, laju bak angin yang lalu dan bingkas umpama mata yang bekerdip maka berduyun-duyunlah satu gerakan blog yang di bawa oleh Parpu Kari, BigDog, Piggy Singh (antara lain), serta gerombolan komen di Facebook yang mengguna segala daya upaya, dan cebisan argumentasi (walaupun dangkal dan cetek) yang ada untuk menolak kemungkinan Khairy dilantik. Pelbagai omongan, tahyul dan cerita di guna pakai, di recycle bagi tujuan ini dengan lancaran bom anti kabinet pada KJ.

Sesiapa yang membaca pasti terasa jijik dan kesian dengan tahap kesihatan mental dan emosi mereka kerana tampak begitu taksub sekali serangan tanpa logik dan ketajaman akal yang di guna.

BigDog mengomel dengan temberangnya yang kata pengundi akan lari kalau KJ dilantik sebagai ahli kabinet. Apa buktinya? Apa hujahnya? Let me remind BigDog that KJ’s call for the Malays to get themselves escape from the siege mentality is a notion that is tenable, parallel and compatible with PM Najib’s 1Malaysia. Further, KJ’s speech for a magnanimous and inclusive leadership for all is a good narration of what 1Malaysia is about. That’s from the compatibility stand point, and if 1Malaysia, as observed by Merdeka Poll Centre and other research firms, have gained the traction of supports from the public – would it not wrong to argue that KJ’s statement and position are in actual fact, an asset for the PM.

Lagi pula, kalau kita kaji kekuatan pembangkang berbanding BN, hasil daripada kajian beberapa research firms adalah disebabkan oleh peranan mereka yang dianggap lebih membela rakyat dan jaguh di dalam isu kesamarataan dan keadilan sejagat. Tidak ada yang kata sebabnya adalah KJ.

BigDog mencacai lagi dengan kata PM Najib akan kelak penat nak dok menjawab-jawab pada rakyat – come on lah BigDog, if you are really Big as what BigDog name suggests, then I hope that such a size is true for your brain too. Apa yang BigDog et al buat adalah nak create persepsi huru hara dan pecah belah, supaya aka nada intervensi. Sebenarnya depa-depa inilah yang dok buat perpecahan dan bukannya rakyat. Depa yang sebenarnya tak setuju, wahai pembaca. Kenapa? Wallahu Alam dan saya harap Allah dapat menyelematkan mereka daripada tergolong dengan kelompok yang bergotong-royong membuat dosa dan perlanggaran serta perpecahan sesama umat.

Bukan sahaja rakyat, malahan mereka yang menyokong pembangkang juga akur KJ memang ada leadership material dan layak sangat berada di dalam kabinet. Rakyat tak heran kalau dia masuk jadi Menteri atau Timbalan Menteri, yang heran sebenarnya adalah depa – kerana depa tak kan senang melihat perkara yang macam ini.

Rasulullah SAW pernah ditanya apakah kita boleh berdengki kepada orang? Rasulullah kata dalam Islam boleh kita berdengki dengan cara kita berusaha untuk menjadi sama dan lebih baik dari orang yang kita observe itu. Ini suatu yang positive, sustainable dan membawa progress dan modernization pada society kerana menggalakkan persaingan dan perlumbaan untuk jadi baik. Tetapi dengki yang dikeji adalah PhD yang penyakit hasad dengkinya tidak lebih dari bermodalkan usaha menjatuh dan mentaik-kan orang.

Parpu Kari pulak menggunakan pendekatan character assination berdasarkan kepada Majalah Harper’s Bazaar. Come-on lah Parpu, Hang Tegar faham yang Parpu mungkin oversized atau bukan front-page or model-like material tetapi cara hentam sebegini low-class amatlah menjijikkan. Semua maklum bahawa akan ada hampir 4 juta pengundi baru dan 80% daripadanya adalah pengundi muda yang begitu kontemporari, kosmopolitan dan urbanite. Semua maklum bahawa kekuatan BN amat lemah di kawasan bandar. Ini semua menuntut pendekatan penuh segmented dari Pemuda dan juga pimpinan Pemuda. Tidakkah Parpu sedar, atau sudah tidak larat bangun kerana terlalu banyak makan ayam dan ikan masak kari, bahawa tindakan KJ adalah bagi memenangi niche segment majalah tersebut. Ia tindakan berani, mengalun ombak, melawan arus pada kacamata segilintir pihak, tetapi kita kena ada daya empati untuk melayan bacaan dan mood segmen orang muda yang pelbagai.

Juga, Hang Tegar nak tanya kalau nak hentam tindakan very unconventional KJ dalam Harper’s Bazaar, kenapa Parpu tak komen pula lakonan KJ dalam filem pendek 15Malaysia sebagai pemandu teksi yang banyak membawa mesej sarat sosial. File mini menampakkan bakat dan karisma KJ dalam bidang lakonan dan mendapat pujian tinggi orang ramai serta penggiat seni. Ini adalah salah satu vote-winning iniatives.

Seterusnya Piggy. Hang Tegar sedih juga sebab Piggy ni orang baik, alim lagi reasonable. Tapi nampaknya, dan saying sekali, beliau begitu giat menyerang KJ kebelakangan ini – bukan sahaja di laman blog malahan di dunia Facebook. Seperkara mengenai Facebook ini, ia adalah satu social instrument, bukan sahaja bagi utiliti peribadi, malahan juga komuniti, yang mempunyai ramai penyertaan. Ok, hold that thought.

Seperkara lagi adalah mengenai muka-muka. Hang Tegar sebut muka-muka sebab pastinya setiap orang mempunyai muka-muka yang suka atau menyokong dan juga muka-muka yang tidak gemar atau menentang. Itu lumrah, semua orang ada – baik dalam kelompok keluarga, pejabat, kampung etc. Jadinya, adalah lumrah bagi seorang pemimpin, apatah lagi pemimpin politik muda seperti KJ, mempunyai penyokong dan yang kurang atau tidak menyokong. Its so simple…. And hold that thought too.

Bila dah hold the two, combine kan with an analysis of Piggy’s compilation of Facebook comments. Semua yang komen tu adalah komen negatif pasal KJ. Come on lah, ini bukan teka teki tahap tadika tapi lawak tahap gaban. Mestilah ada yang kurang setuju with KJ, and mestilah ada bagi komen and mestilah kalau kita copy-paste and page-screenkan komen depa, yang keluar adalah a compilation of blended and biased comments. That’s it. Itu aja, so ini bukan cerita ramai yang kutuk KJ etc dan ada facebook profile and identity etc. Malah BJ telah membuktikannya dengan bukti komen-komen yang ada menyokong KJ.

Kalau nak tahu pasal sokongan KJ, beliau ada KJFC yang ada hampir 4 ribu ahli serta 2 Facebook accounts. Satu dah penuh (i.e. 5 ribu) and the other, menurut maklumatnya dah hampir penuh (so close to another 5k). Ini tak masuk facebook groups yang lain yang sokong KJ. Mungkin ada yang balas kata ada ramai juga yang tak sokong KJ di Facebook dan memberi stats and numbers of the members, well… so what? Memanglah hidup lagu tu, ada yang sokong and ada yang tak sokong. Depa ni nak buat kita heran pada benda yang tak ada menghairankan pun. Nak memelikkan menda yang tak pelik.

So, konklusinya: Hang Tegar nak balik semula pada seruan Allah SWT supaya kita semua bergotong royong ada perkara kebaikan dan jangan bergotong royong membuat dosa dan perbalahan. Hentikanlah…



http://hang-tegar.blogspot.com/

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP