Monday, December 7, 2009

Bahang Kabinet Menanti KJ

by Wenger J Khairy

Tuan - tuan dan puan puan,

Dewasa ni ruang alam maya dipenuhi dengan pelbagai spekulasi bahawa Ketua Pemuda UMNO, iaitu Tuan Haji Khairy Jamaluddin bakal diberi tanggungjawab besar sebagai anggota Kabinet Kerajaan Malaysia. Yakni, kalaulah tiada arang yang melintang, kita haraplah ianya akan termakbul dalam jangka masa yang terdekat.

Sekarang sudah lebih 7 bulan YAB Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak menerajui kerajaan sebagai Perdana Menteri Yg ke 6. Berdasarkan pungutan suara yang dikelokan oleh pelbagai pihak, sudah jelas bahawa Dato Seri Najib mendapat kepercayaan yang besar dari semua kaum. Progam 1Malaysia yang dilancarkan beliau bersifat inklusif, dan berteraskan konsep keharmoniaan dan konsep keadilaan kepada semua tanpa mengira bangsa, warna kulit mahupun agama.

Pendekataan sebegini adalah teras kepada perjuangan Barisan Nasional, yang telah memerintah negara selama lima puluh tahun. Pengundi tegar BN sekian lama tidak terkhusus kepada kaum Bumiputera, malah juga merangkumi kaum Cina, kaum India dan lain - lain. Malah pada PRU 10, apabila rata rata orang Melayu menolak kepimpinan Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad, sehingga BN kecundang teruk di negeri pantai timur, dan hampir kecundang di negeri Kedah, kaum bukan Melayulah yang telah memastikan gelombang hijau tidak sampai ke Putrajaya.

Maka, berdasarkan senario sebegitu, Perdana Menteri YAB Dato Seri Najib Tun Razak mengambil langkah yang berani dan bijak dengan cuba mendampingi kaum bukan Melayu yang rata rata telah menolak BN pada PRU 12. Pelbagai pembahuraan dalam segi aspek kerajaan diperkenalkan dengan matlamat untuk memenangkan kembali sokongan golongan tersebut.

Diantara pembahruaan yang difikirkan wajar adalah pembahruaan di progam BTN. Kita kena sedar, sejarah negara bukannya berakhir pada 1957. Boleh dikatakan apa yang berlaku hari ini akan dikategorikan sebagai sejarah dihari esok. Maka kalau kita sentiasa melihat kepada situasi di zaman pra merdeka sebagai titik mula dan akhir perjuangan kita, saya yakin, apa yang bakal berlaku adalah fikiran kita akan tetap pada pemikiraan yang lapuk dan tidak progesif. Maka dengan erti sama, kita bersia-sialah membangunkan projek mega seperti MSC, KLCC, Cyberjaya dan sebagainya kerana pemikiraan kita masih kepada melihat diri kita sebagai penghuni asal dan kawan kita sebagai 'pendatang'.

Hujah saya bukan sekadar teori. Lihatlah kepada mereka mereka yang kononya memperjuangkan nasib orang Melayu di alam maya. Hampir kesemua diantara mereka gemuk, bodoh dan kerap kali terpaksa mengungkit semangat perkauman untuk mendapat sokongan kepada pandangan songsang masing masing.
Kalau tiada semangat perkauman ni, orang akan dapat melihat perjuangan mereka sebagai perjuangaan individu ataupun dengan kata lain, Perjuangan Periuk Nasi Individu atapun dengan singkatan PPNI.

Dan kita tahu, bahawa hampir kesemua yang mengusahakan Perjuangan PPNI ni adalah pihak musuh dalam selimut . Mereka bersungguh sungguh mendalangi pelbagai usaha untuk menjatuhkan nama baik Tn. Haji Khairy Jamaluddin dengan memfitnahnya melalui blog. Mereka cuba sedaya upaya untuk mencetuskan gelombang anti KJ yang diharap dapat melumpuhkan semangat kental YB Khairy.

Akan tetapi, hasrat mereka sia sia dan menemui jalan yang buntu. Yang diangkat sebagai pemimpin kecundang, bah boleh dikatakan tergolek hilang deposit, dan gelombang tsunami yang diwar warkan hanyalah sekadar percikaan air jamban terkena ketulan taik yang terjatuh kedalamnya!

Disini, kita terkilan kerana apabila pembahruaan kepada progam BTN ni diumumkan oleh Kerajaan, tiba tiba golongan ni bersuara. Mereka berkata BTN tetap elok dan tak payah dibahrui. Mereka berpendapat adalah elok kalau pogram yang menganak tirikan kawan kawan kita tetap diteruskan dan mereka mungkin akan bertepuk tangan apabila klip video pogram BTN ni diedarkan secara meluas melalui Youtube dan Facebook. Lepas tu, konteks tersebut akan disalah faham oleh para penonoton bukan Melayu dan pola penghijrahaan pengundi bukan Melayu kepada pihak pembangkang akan kekal seperti sedia kala, malah ianya mungkin akan menjadi lebih teruk lagi. Dan kemudiannya, jikalau Pilihanraya Kecil terpaksa diadakan, dan kalaulah calon BN tu kalah kerana undi Bukan Melayu masih ditangan pembangkang, maka Perdana Menteri akan dikritik secara senyap dan kedudukannya dalam parti akan tergugat.

Kita sudah sedar taktik tersebut. Ianya adalah permainan politik bertujuaan untuk bukannya untuk memeperkukuhkan parti UMNO dan Barisan Nasional tetapi untuk memastikan anak dan kroninya akan mendapat tempat yang lebih kukuh melalui percaturan kerusi tertinggi dalam parti dan dalam kerajaan.

Kalaulah mereka begitu bersungguh sungguh mempertahankan pogram BTN, mengapa tidak bersuara sewatku perbincangan dikabinet. Mengapa duduk diam dan berkata 'Yes bos, saya sokong' tetapi sejurus kemudiaan cuba memperlekehkan keputusan tersebut dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan akhbar yang bakal ditafsirkan oleh ramai pihak bahawa kerajaan tak serius dalam pekara tersebut ataupun sekadar bermain wayang kulit.

Dalam hal ni, kita kagum dengan Ketua Pemuda.

Walaupun tidak diberi sebarang kerusi dalam kerajaan, beliaulah diantara para pemimpin muda yang begitu kuat memberi makna kepada konsep 1Malaysia dengan mengadakan dialog dan perbincangan dengan semua pihak tak kira mereka tu ultra, chauvenis dan sebagainya. Kerana hanya dengan berbincang mahupun dengan seteru, barulah kita dapat menyampaikan konsep kerajaan dan mendapat kembali sokongan yang telah luntur. Dan hanyalah Tuan Haji Khairy ni kalau ditemuramah, jawapannya cukup mendalam dan dapat dikupas oleh pelbagai pihak. Lebih lebih lagi, pada peringkat Pergerakkan Pemuda Barisan Nasional, kita lihat, walaupun MCA bergolak, walaupun MIC bergolak, tapi tak pernah ada krisis besar yang melanda Pergerakkan Pemuda BN setelah YB Khairy Jamaluddin mengambil alih tampuk pemerintahaan.

Ini kerana dialah salah satu pemimpin yang dapat menerapkan semangat muhibbah dan semangat setiakawan diantara semua kaum. Boleh dikatakan, dialah role model yang paling berkesan untk pogram 1Malaysia nie.

Lebih lebih lagi, ketrampilan KJ sebagai pemimpin muda diakui tiada tandingannya. Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan, tak kira di mana pun, nama Tuan Haji Khairy Jamaluddin dikenali oleh semua orang.

Tuan tuan dan puan puan,


Berakit rakit ke hulu
Berenang renang ke tepian,
Bersakit sakit dulu
Bersenang senang kemudian..

Dan saya yakin sebelum tahun 2009 ni menutup tirai,
kesusahan dan kesengsaraan yang kita alami ekoran perbuataan khianat dan fitnah melampau yang dilemparkan oleh golongan yang tak erti menerima kekalahan akan disusuli dengan pengiktirafaan yang sewajarnya.

Kita serahkan kepada budi bicara YAB Perdana Menteri.

Terima Kasih

Hidup KJ!
Hidup KJ!
Hidup KJ!

Sila layari WENGER KHAIRY RETURNS

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP