SIAPAKAH PALING LAYAK MENJADI PENGERUSI PEMUDA BARISAN NASIONAL!!!
Petikan dari : renovation
Pada pendapat saya masalah utama perwakilan UMNO ialah mereka memilih pemimpin yang mereka merasaka akan menjadi pemimpin terbaik bagi UMNO tanpa memikirkan jika pemimpin itu baik untuk Barisan Nasional atau tidak.
Dalam posting ini saya ingin mefokus kepada pertandingan untuk Ketua Pemuda UMNO, tiga orang sedang bertanding untuk jawatan tersebut dimana yang menang nanti akan secara otomatiknya menjadi Pengerusi Pemuda Barisan Nasional.
Barisan Nasional adalah sebuah gabungan parti-parti politik yang kononnya bila bersatu dapat mewakili semua kaum. Maka secara idealnya jika Penegerusi Pemuda BN mempunyai sikap dan semangat untuk berjuang bagi semua kaum, maka tidak ada sebab mengapa semua kaum tidak dapat menerima Barisan Nasional sebagai sebuah entiti yang ada kredibiliti.
Melihat kepada SLOGAN dan FALSAFAH serta VISI ketiga-tiga calon Ketua Pemuda UMNO, maka kita dengan sendirinya dapat menilai siapa yang paling sesuai. Saya harap perwakilan tidak membuat kesilapan dengan memilih seseorang hanya kerana persepsi, memilih secara tikam atau kerana habuan.
MEREKA HARUS MEMILIH MELALUI PENELITIAN VISI DAN FALSAFAH SERTA SLOGAN YANG DIKEMUKAKAN DAN CALON YANG MENANG KELAK HARUS DIPASTIKAN MEREKA MEMEGANG KEPADA JANJI UNTUK MEMENANGKAN BN APABILA DIHADAPI SEBARANG CABARAN.
Untuk tatapan umum mari kita kembali meneliti slogan dan falsafah setiap calon;
KJ - SETIAKAWAN (visinya - untuk membawa konsep 'inclusivity' yang membawa maksud berkerjasama dan menghormati keperluan semua pihak baik pemuda UMNO, pemuda BN dan juga rakyat Malaysia keseluruhanya)
KT - Pemuda Berani (visinya untuk bersuara lantang, menegakkan kebenaran, setakat ini beliau menyatakan beliau akan memastikan pemuda ini harus lebih melayu dari melayu untuk mendapatkan balik sokongan dari semua orang melayu, beliau menyatakan kekurangan ini merupakan antara punca UMNO Selangor ditewaskan oleh PR)
MM - Berani Berubah (visinya adalah untuk mengubah pemuda UMNO supaya lebih lantang bila perlu, termasuk mengkritik kepimpinan tertinggi parti bila perlu)
YANG PENTING DARI PEMERHATIAN DIATAS. SESIAPA SAHAJA YANG DIPILIH HARUS DAPAT MEMBANTU PENGERUSI BARISAN NASIONAL UNTUK MENGUATKAN BN ITU SENDIRI. SELEPAS ITU INDIVIDU ITU HARUS BOLEH MEMENANGI HATI RAKYAT UNTUK MENYOKONG BN DAN AKHIR SEKALI DAPAT MEMILIKI RASA HORMAT RAKAN-RAKAN DALAM UMNO.
Saya tidak akan berdolak-dalik, sebagai seorang yang menyokong BN, selepas mengamati slogan, falsafah dan visi ketiga-tiga calon, SAYA AKAN MEMILIH KHAIRY JAMALUDDIN sebagai calon terbaik yang ada setakat ini.
by Stephen Doss
3 comments:
mudah-mudahan segala ini akan dipermudahkan dan kita dapat pemimpin peringkat atasan yang benar2 mampu merealisasikan visi dan misi mereka..
TAHNIAH untuk PRO-KJ kerana mempertahankan KJ dengan cara yang tersendiri..
Terima kasih diatas sokongan dari nong, semoga semangat setiakawan akan berkekalan tak kiralah dimana pun jua kita berada...
Salam Perjuangan
BJ
ada satu lagi slogan
politik wang
Post a Comment