Thursday, March 19, 2009

Keputusan Lembaga Disiplin ada hikmah buat Khairy



Ibarat ketam di dalam bakul yang mahu naik ke atas terpaksa menarik kawan lain yang telah berada di atas. Sifat ini sememangnya telah kita warisi dari zaman zaman kerajaan lama sedari zaman kerajaan melayu Melaka lagi. Kesah Hang Tuah di fitnah , kesah Hang Nadim yang bijak di fitnah kerana kebijaksanaan mereka. Pendek kata orang Melayu tidak boleh tenguk orang melayu lain lebih dari mereka. Mereka adalah terbaik.

Inilah yang berlaku sekarang, terlalu banyak rintangan dan dugaan serta terlalu banyak fitnah di taburkan kepada Khairy Jamaluddin dan beliau adalah mangsa kepada kelebihan yang beliau ada sebagai anak muda yang berpotensi untuk naik dan menjadi pemimpin yang dihormati satu masa kelak. Alasan beliau baru dan beliau menantu Pak Lah adalah satu alasan yang tidak boleh kita terima kerana penilaian terhadap seorang pemimpin bukanlah siapa dia , anak siapa menantu siapa atau baru atau lama dalam kumpulan berkenaan, Apa yang kita perlu lihat dan nilai adalah bakat kepimpinan, Idea - idea dan visi membawa sesebuah kumpulan atau persatuan ke peringkat yang lebih maju dan boleh menghadapi sebarang cabaran.

Keterampilan dan kepimpinan yang ada pada Khairy sebenarnya lebih menonjol dari dua calon yang ada sekiranya kita ketepikan semua usaha-usaha negatif yang cuba memburukkan beliau. Berbagai cara dilakukan untuk menafikan kredibiliti Khairy sehingga beliau terpaksa dihadapkan ke muka pengadilan Lembaga Disiplijn UMNO Malaysia. Sedang Khairy terpinga-pinga tidak tahu apa kesalahan yang telah beliau lakukan , beliau dihukum sebagai bersalah dan syukur kerana beliau dibenarkan bertanding. walau ada penafaian bahawa ada konspirasi yang mahu memburukkan Khairy , Namun nama Khairy agak terjejas dengan tuduhan ini dan hampir melumpuhkan kempen Khairy tentu sekali mereka yang menyusun strategi ini merasakan mereka berjaya untuk menjatuhkan Khairy dengan tuduhan yang telah berjaya memerangkap Khairy.

Benih baik campak ke laut akan menjadi pulau. jentera Khairy tidak berputus asa dan kini mengandakan usaha untuk memastikan Khairy akan berjaya mempertahankan kerusi yang sepatutnya menjadi milik beliau dari di rampas kerana secara haraki, kerusi Ketua Pemuda UMNO milik Naib Ketua Pemuda UMNO kerana sebagai naib Ketua Pemuda UMNO belialah yang banyak membantu Pemuda UMNO. Lakukanlah apa saja , anak muda ini tidak gentar dan akan terus bersaing dan menghadapi pemilihan ini dengan tabah dan tenang. Menurut bancian , Khairy kini berada di tangga atas dan peluang untuk menang adalah cerah. Simpati kepada beliau banyak diluahkan oleh ketua pemuda UMNO Negeri dan bahagian. Ada hikmah dalam apa yang diputuskan oleh lembaga disiplin UMNO buat Khairy Jamaluddin, beliau banyak mendapat simpati dari Perwakilan. Mereka bukan bodoh dan mereka tahu apa yang sedang berlaku.

8 comments:

ONE March 19, 2009 at 1:29 PM  

salam,

semoga yang terbaik dipilih..
allahualam

PR March 19, 2009 at 2:00 PM  

Salam YB,

Perjuangan yang belum selesai. Kesabaran adalah ibu segala kejayaan.

Sham Rembau March 19, 2009 at 2:22 PM  

Salam BJ

Kami akan tetap bersama YB KJ walau apa pun jua rintangan yang mendatang,
akan kami tempuhi bersama YB KJ.

Teruskan perjuangan mu YB KJ

Bro Jinggo March 19, 2009 at 2:30 PM  

Salam PR, terima kasih diatas sokongan PR...

Sedikit pembetulan

Laman ini bukanlah laman rasmi YB KJ , laman ini adalah laman yang cipta tanda sokongan kami penyokong YB KJ yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau .


Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB KJ kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Laman web rasmi YB KJ ialah http://www.rembau.net.my/

Anonymous,  March 19, 2009 at 3:16 PM  

Sahabat semua

Apa pendapat korang semua pasal politik wang di Malaysia skarang ni..cukupkah sekadar diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin Parti tertentu sahaja ataupun SPRM wajib ambil tindakan juga?..komen skit..(kalu tak apa guna ada SPRM kan?bukankah politik wang itu RASUAH??)

gapodio March 19, 2009 at 5:07 PM  

Pada pendapat aku,

Ali dan Khairy kalau betul-betul sayangkan parti, kamu patut letak semua jawatan yang berkaitan...Tak kisahlah kamu berdua salah ke, tak salah ke, salah sikit je, tikam sikit ke tikam banyak tetapi apabila kamu sudah didapati bersalah mengamalkan politik wang oleh lembaga disiplin kamu patut letak jawatan demi kepentingan parti di masa hadapan...persepsi masyarakat susah nak diubah..buat macam Isa, terima segala-galanya dengan redha...sekali lagi punya pemilihan kamu masuk la balik...kalau kamu menang memang itu rezeki kamu...tapi buat masa sekarang kamu berundurlah dulu dari kancah politik negara...

Itu saranan aku....nak terima ke tak aku tak kisah tapi aku ikhlas...

Anonymous,  March 20, 2009 at 9:51 AM  

ALA... ITU PUN DAH BERJUTA SOGOJ SPRM UTK BERTANDING. KALAU TIDAK PENCALONAN PUN TAK CUKUP. PIRAHHH

Anonymous,  March 20, 2009 at 5:49 PM  

kena tukar slogan

politik wang

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP