Khairy, Shahrizat dahului pencabar
Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang mendahului calon-calon lain, masing-masing bagi jawatan ketua Pemuda dan Wanita dalam pengiraan awal petang ini.
Pengiraan undi bagi jawatan-jawatan utama Pemuda, Wanita dan Puteri masih berlangsung. Difahamkan proses pengiraan berjalan lancar.
Pengundian bermula kira-kira jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira dua jam kemudiannya.
Ramai menjangka Khairy dan Shahrizat terpilih dengan majoriti yang selesa.
Naib ketua Pemuda Umno itu bersaing dengan exconya Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Manakala Shahrizat mencabar penyandang pergerakan Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz.
Jawatan ketua Puteri dipertandingkan enam penjuru antara
Datuk Shahaniza Shamsuddin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ida Rahayu Md Noor dan Saarah Ali Bashah.
Turut dipertandingkan, jawatan-jawatan naib ketua, exco, pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap ketiga-tiga sayap berkenaan.
Seramai 796 perwakilan Wanita, Pemuda (791 orang) dan Puteri
(789 orang) membuang undi.
Berdasarkan proses pengundian yang berjalan lancar pagi tadi, ramai yang beranggapan bahawa para perwakilan sudah tekad memilih calon masing-masing.
Proses pengiraan undi dijangka selesai lebih awal dan keputusannya juga akan diketahui lebih cepat bagi ketiga-tiga pergerakan tersebut.
Menurut jadual, keputusan rasmi persaingan sengit dalam sayap Pemuda dan Wanita akan diketahui jam 9 malam ini.
[Laporan penuh menyusul]
Malaysiakini
4 comments:
layari www.pemudaberani.blogspot.com
Alhamdullillah akhirnya terjawab semua persoalan siapa yang menjadi pilihan pemuda umno.Dengan berkat doa seluruh pemuda umno dan pemuda pemuda khairy telah mendapat mandat untuk memimpin pemuda umno.Ini adalah satu kemenangan kepada seluruh pemuda yang mahu kesinambungan pemuda itu dapat diteruskan oleh khairy.
Pemuda telah menunjukan semangat SETIAKAWAN itu penting untuk membawa pemuda itu kekelompok rakyat agar pemuda itu sendiri menjadi tonggak kekuatan untuk memertabatkan agama,bangsa dan negara.
Perkara paling asas dalam perjuangan politik adalah keikhlasan menjaga angkatan dan barisan kita. Setia kawan bermaksud kita pentingkan rakan-rakan bukan hanya diri sendiri. Saya berpegang kepada prinsip perjuangan semangat berpasukan. Jadi apa yang berlaku kepada rakan, akan beri kesan kepada kita.
Insyaallah dengan kesekapatan pemimpin pemuda marilah kita lupakan perebutan ini kerana pemuda ada tugas yang sungguh besar dalam pilihanraya kecil ditiga kawasan nanti.
Akhir sekali marilah kita bersatu ,ibarat buang yang keruh ambil yang jernih....
nampaknyer pemuda umno tak mahu berubah.still memilih khairy.mgkin x lame lagi umno akan berkubur kerana rata2 akar umbi tidak merestui khairy.hanya perwakilan pemuda yang kebuloq duit je yang sanggup berbuat begitu.sekali lagi kehendak akar umbi tidak dipedulikan..habisssllllllllaaaaa.
Salam, pemuda telah mbuat tindkn yg betul...memilih 'pemuda'! tahniah KJ
Post a Comment