‘Pembaharuan melalui sikap terbuka’- KJ
Naib Ketua Pemuda UMNO yang merupakan salah seorang calon yang menawarkan diri untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin berkata sesi berkenaan menafikan tanggapan sesetengah pihak bahawa pemilihan UMNO sebagai satu pemilihan yang ada unsur-unsur negatif seperti politik wang, ugutan, sabotaj dan sebagainya.
Menurut beliau sesi perjumpaan calon dengan para perwakilan itu menunjukkan satu keterbukaan parti itu dengan memberi ruang sepenuhnya kepada perwakilan untuk memilih pemimpin yang akan menerajui parti kelak.
"Saya ingin tegaskan di sini bahawa janganlah memandang serong pemilihan UMNO ini. Mungkin kalau ada aduan, itu sebahagian kecil.
"Sebenarnya apa yang sedang berlaku adalah satu keterbukaan untuk semua calon berjumpa dengan perwakilan. Jadi kita tidak ada apa-apa nak disembunyikan.
"Inilah sebenarnya UMNO, kita terbuka dan kita beri peluang kepada calon untuk berjumpa setiap perwakilan dan perwakilan akan pilih berdasarkan kepada penelitian dan penilaian mereka terhadap calon dan juga kelebihan calon tersebut", katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis pertemuan calon Pemuda, Wanita dan Puteri dengan perwakilan UMNO Negeri Sembilan di sini, Selasa malam.
0 comments:
Post a Comment