KJ Tiada Kaitan Dengan Ejen-Ejennya - Rithaudeen
Ini kata Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen - HANYA TUHAN YANG TAHU ?
“Kami adalah entiti yang bebas dan tidak ada seorangpun harus kacau dan campurtangan urusan kami. Sama ada keputusan yang kami buat itu adil atau tidak, terpulang. Kami mesti telus dan terperinci dalam melakukan siasatan.
“Kami akan siasat setiap aduan yang diterima, tanpa mengira dari sesiapa atau mengenai sesiapa,” tegasnya.
Beliau berkata, jawatankuasa telah memanggil semua orang yang dituduh, termasuk Datuk Seri Mohd Ali Rustam ketika menjalankan siasatan berhubung aduan rasuah.
Sidang media yang berlangsung hari ini agak panas apabila wartawan berebut-rebut mengajukan soalan.
Wartawan bertalu-talu bertanyakan mengenai hukuman berbeza yang dikenakan terhadap Mohd Ali Rustam dan calon Ketua Pemuda UMNO, Khairi Jamaluddin walaupun kesalahan mereka adalah sama.
Rithaudeen berulangkali menjelaskan Mohd Ali dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden selepas ejen-ejennya didapati bersalah melakukan rasuah dan sogokan politik dan Mohd Ali dilihat mempunyai kaitan secara langsung di atas kesalahan ejen-ejennya, berbanding Khairi yang didapati tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan tindakan ejen-ejennya.
“Kami telah menyoalsiasat ejen-ejennya, termasuk Setiausaha Politiknya Haji Saadun dan mendapati beliau serta beberapa ejen lain bersalah melakukan rasuah dan sogokan wang,” katanya dengan menambah kesalahan itu dilakukan sebelum dan selepas penamaan calon Perhimpunan Agung UMNO.
4 comments:
gua sokong khairi tak kira apa pun yang berlaku. gua percaya ni semua mainan kotor nak mencemar nama baik khairi.. kesannya pun dah nampak, penyokong ali ristam tak puas hati kenapa khairi boleh lepas. timbul persoalan kelak adakah kerana khairi menantu PM maka hanya diberi amaran saja? dan ini akan menjejaskan undi khairi. kemudian jika khairi menang ketua pemuda orang akan berkata khairi menang kerana politik wang. tindakkan mereka yang cuba memburukkan khairi memang tak bermaruah!!!
gua sokong khairi!!
LEMBAGA DISIPLIN ditubuhkan bagi meningkatkan intergriti dan etika,memerangi rasuah dan aktiviti yg tidak beretika yg lain,ini pendapat sayalah!
Tetapi keputusan baru-baru ini sedikit sebanyak mengakibatkan 'hakisan' ke atas tujuan penubuhan itu.
Saya faham yg mereka sangat komited tetapi siasatan perlu dilakukan tanpa mengorbankan aspek 'ketelitian' dan 'keadilan'-justice and fairness
Melihat tajuk diatas,saya tertanya-tanya,apakah maksudnya?Ini semua salahfaham atau mangsa fitnah?
Bagi saya ini adalah satu 'dosa' yg telah merosakkan segala-galanya!
Bila keadaan telah berlaku..dan dlm keadaan yg sukar diterima apa yg perlu dilakukan?
Jom kita semua melihat masa depan,jangan tumpu pada masalah ini lagi,lihatlah ke hadapan yg kita impikan..menjadikan YB KJ sebagai KETUA PEMUDA.Itu fokus kita kini..
Team Setiakawan perlu tarik pengunjung seramai mungkin ke blog mereka.Agak keras bunyinya,tapi inilah praktikalnya.
Team Setiakawan perlu 'menaiki tangga'bersama-sama,mencipta idea bersama-sama dan mencipta kejayaan bersama-sama YB KJ.
Saya perlu lebih bertenang,bukan seperti pihak yg sebelah sana,muka dah jadi merah,telinga dah berdesing!.
Team Setiakawan,suruhlah mereka disana bertenang..walau dlm keadaan dada mereka berkocak,kekalkan muka yang 'muda dan 'manis'..jangan mengerut dahi!
Bermula mlm ini,INSYAALLAH,saya akn berkongsi kata-kata yg dipetik dari blog yg saya selalu 'singgah' dan 'lawat' bila ada kesempatan!Antaranya:
BJ-'Tidak ada sebab beliau yg berjaya melaksanakan tanggungjawab,terpaksa menempuh berbagai dugaan dlm kerjaya politiknya tidak mampu utk memenangi kerusi KETUA PEMUDA UMNO MSIA.'
SP-'Pemilihan KPU perlu dinilaikan dgn pemikiran yg terbuka dan perlu dilihat akn kemampuan calon yg bertanding.Ketepikan semua unsur2 yg tidak menguntungkan parti'.
Hang Tegar -'Pandangan dan Hujah yang dilontarkan oleh YB KJ merupakan yg paling inklusif dan forward looking bagi UMNO dan PEMUDA.
Akan ada banyak lagi bakal menyusul..
SALAM SETIAKAWAN
Kat mana ejen-ejen KJ dapatkan $$$$$ untuk rasuah politik. Takkan keluar duit sendiri.
Kalau kat Tanah Besar China orang-orang seperti KJ, Datuk Mohd Ali Rustam dan seangkatan denganya dah lama kena hukum tembak mati. Kat Malaysia boleh pulak buat rayuan ...…macam mana le UMNO nak bebas rasuah.
Malaysia Bolehland.
Syabas sikhin... teruskan usaha murni sdri, saya hargainya.
Post a Comment