Tuesday, March 31, 2009

Khairy tolak dakwaan jejas peluang Barisan Nasional

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menolak dakwaan mengatakan kehadirannya ke Bukit Gantang akan menjejaskan peluang Barisan Nasional (BN) untuk menang di kawasan itu.

Sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai tidak berasas kata Khairy, tumpuan seharusnya diberikan terhadap isu-isu sebenar seperti soal mempertikaikan hak raja-raja dan perlembagaan negeri, bukan melakukan serangan peribadi.

''Saya rasa ada banyak lagi isu yang perlu dijelas dan diterangkan. Ini bukan soal saya seorang, saya harap kita dapat tumpu pada isu sebenar'' katanya kepada pemberita di Pusat Penamaan Calon kerusi Pilihan Raya Parlimen Bukit Gantang di Dewan Perbandaran Taiping di sini hari ini.
LAGI

Read more...

Khairy Sedia Terima Teguran Demi Matlamat Pemuda



Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata beliau sedia menerima teguran semua peringkat kepimpinan UMNO agar matlamat pergerakan sayap di bawah kepimpinannya tidak tersasar dari landasan sebenar.

LAGI

Read more...

Saturday, March 28, 2009

[Video] KJ Dinobatkan Sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia

[Dikemaskinikan]

Perhimpunan Agung Umno - KJ KJ KJ KJ




LAGI

Read more...

Friday, March 27, 2009

Kembali rapatkan barisan Pemuda – Khairy


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang baru, Khairy Jamaluddin mahu seluruh ahli pergerakan itu terutama para penyokong dua pesaingnya merapatkan kembali barisan untuk mengukuhkan sayap kanan tersebut.

Beliau menyifatkan pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO hari ini berlangsung dalam suasana demokrasi yang cukup matang.

‘‘Yang menang tidak menang semua, yang kalah tidak kalah semua. Saya dapat 304 undi daripada 793 perwakilan yang ini bukan satu majoriti. Ini hanya majoriti calon tiga penjuru.

‘‘Walaupun (saya) bertanding atas (slogan) Setiakawan, ada Berani Berubah (slogan dibawa oleh Datuk Mukhriz Mahathir) dan Pemuda Berani (oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo), kita sebenarnya berani menuntut perubahan demi setiakawan Pemuda UMNO,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangannya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung Pemuda UMNO di sini malam ini.

Difahamkan dalam pertandingan itu, Mohamad Khir memperoleh 254 undi manakala Mukhriz meraih 232 undi.

Dalam ucapannya pada majlis yang turut dihadiri Mukhriz tanpa kelibat Mohamad Khir itu, Khairy mengungkapkan:

‘‘Dalam kepimpinan Pemuda baru ini, ada Berani Berubah, jadi saya rayu supaya Berani Berubah berdiri bersama saya untuk berdepan dengan kubu-kubu pembangkang pada tiga pilihan raya kecil nanti (Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai).

‘‘Kepada Pemuda Berani, apabila pikul amanah seperti mana kata Timbalan Presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) semalam kalau tidak berubah, kita rebah, maka tuan-tuan kena bersama-sama saya.’’

Kepada Pemuda Setiakawan (para penyokongnya), Khairy secara sentimental mengungkapkan:

‘‘Satu ketika dulu ada yang tulis kata saya tidak ada masa depan tanpa Yang Amat Berhormat Perdana Menteri (bapa mertuanya)...habis, pencalonan (yang diterima saya) nyawa-nyawa ikan.

‘‘Bila turun ke bawah, arus menentang (kata mereka) tapi saya kembali kepada asas perjuangan, kalau tidak kerana Setiakawan (para penyokongnya), lama dah kita tinggalkan (UMNO).’’

Read more...

Thursday, March 26, 2009

We are the Champion - KJ Ketua Pemuda UMNO Malaysia

Gambar oleh Bro Jinggo & Zikry








































Salam Setiakawan

Read more...

KJ Ketua Pemuda UMNO Malaysia 2009


Tarikh 25 March 2009,merupakan tarikh yang penuh bersejarah bagi Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dimana YB Khairy Jamaluddin Abu Bakar ahli parlimen Rembau telah diishtiharkan dengan rasminya sebagai Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang baru bagi menggantikan Ketua Pemuda Umno Malaysia yang sebelumnya iaitu Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Khairy mendapat 304 undi, Dato Sri Khir Toyo (254) dan Dato Mukhriz Mahatir (232).

Kemenangan Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali dengan nama KJ telah berjaya mengenepikan pencabar-pencabar beliau yang tidak kurang hebatnya iaitu Dato Mukhriz Mahathir dan Dato Seri Khir Toyo yang juga turut bertanding sebagai calon Ketua Pemuda Umno Malaysia. Tidak syak lagi kemenangan beliau sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia yang baru menepati kehendak sebilangan besar generasi muda Malaysia yang sememangnya mahukan seorang pemimpin muda yang berani serta lantang dalam memperjuangkan kepentingan agenda Melayu.

Dewan Merdeka PWTC telah menjadi saksi laungan "Setiakawan"terus bergema dan bergema membuktikan Aura KJ berbisa...

Dikesempatan ini Team Setiakawan Blogger dan ahli ProKJ Fan Club, mengucapkan tahniah dan syabas YB KJ diatas perlantikan jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia...

Salam Setiakawan

Read more...

Wednesday, March 25, 2009

Khairy, Shahrizat dahului pencabar

Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sedang mendahului calon-calon lain, masing-masing bagi jawatan ketua Pemuda dan Wanita dalam pengiraan awal petang ini.

Pengiraan undi bagi jawatan-jawatan utama Pemuda, Wanita dan Puteri masih berlangsung. Difahamkan proses pengiraan berjalan lancar.

Pengundian bermula kira-kira jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira dua jam kemudiannya.

Ramai menjangka Khairy dan Shahrizat terpilih dengan majoriti yang selesa.

Naib ketua Pemuda Umno itu bersaing dengan exconya Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.

Manakala Shahrizat mencabar penyandang pergerakan Wanita, Tan Sri Rafidah Aziz.

Jawatan ketua Puteri dipertandingkan enam penjuru antara

Datuk Shahaniza Shamsuddin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ida Rahayu Md Noor dan Saarah Ali Bashah.

Turut dipertandingkan, jawatan-jawatan naib ketua, exco, pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap ketiga-tiga sayap berkenaan.

Seramai 796 perwakilan Wanita, Pemuda (791 orang) dan Puteri
(789 orang) membuang undi.

Berdasarkan proses pengundian yang berjalan lancar pagi tadi, ramai yang beranggapan bahawa para perwakilan sudah tekad memilih calon masing-masing.

Proses pengiraan undi dijangka selesai lebih awal dan keputusannya juga akan diketahui lebih cepat bagi ketiga-tiga pergerakan tersebut.

Menurut jadual, keputusan rasmi persaingan sengit dalam sayap Pemuda dan Wanita akan diketahui jam 9 malam ini.

[Laporan penuh menyusul]
Malaysiakini

Read more...

Khairy: Halang media baru 'strategi salah'


Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata tindakan Umno mengharamkan media baru daripada membuat liputan perhimpunan agung Umno sebagai "satu strategi yang salah".

"Kita (Umno) sepatutnya mengalu-alukan media baru. Ini adalah trend masa depan.

"Kita perlu buka pintu kita, jika tidak (kita) akan dibanjiri khabar angin dan surat layang.

"Apa salahnya dengan penulis blog dan media baru. Kita tidak mengadakan mesyuarat tentang perkara rahsia, malah kita merupakan parti yang paling terbuka.

"Saya akan meminta pihak parti supaya menimbang semula keputusan tersebut untuk memboleh media baru membuat liputan perhimpunan esok," katanya kepada pemberita.

Sekurang-kurangnya enam media internet, termasuk Malaysiakini, gagal mendapat pas media daripada Umno untuk membuat liputan perhimpunan agung parti itu yang bermula malam tadi.

Perhimpunan kali ini akan menyaksikan pemilihan sengit bagi jawatan tertinggi parti - daripada timbalan presiden, naib presiden, Majlis Tertinggi serta pucuk pimpinan utama Pemuda, Wanita dan Puteri Umno.

Tiada alasan rasmi diberikan mengapa parti itu enggan mengeluarkan kad media kepada pertubuhan berkenaan untuk membuat liputan perhimpunan agung selama lima hari itu.

Pertubuhan media lain yang gagal mendapatkan pas media dari Umno antaranya The Nut Graph, Malaysian Insider, Siasah dan Merdeka Review.

Read more...

Laungan KJ KJ KJ Bergema lagi


Suasana gamat dengan laungan Hidup KJ dan teriakkan Setiakawan ketika waktu rehat Persidangan Tiga Sayap Umno.




Read more...

Buku Siapa KJ jadi rebutan



SIAPA KJ? Itulah tajuk buku tulisan Mohd. Hanafiah Yusof yang diedarkan di ruang legar Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) semalam.

Buku setebal 91 muka surat itu yang menyingkap, mengulas dan mengupas dengan terus-terang mengenai calon Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sememangnya menjadi rebutan apatah lagi ia diberi percuma.

"KJ nombor 3, KJ nombor 3,'' jerit beberapa anak muda ketika mengedarkan buku itu kepada orang ramai yang melintasi mereka. Nombor 3 merujuk kepada nombor pencalonan Khairy untuk perwakilan memangkah.

Inilah aura KJ yang bergelombang selama 2 hari di PWTC.

Read more...

Aura KJ




Perhimpunan Agung Umno 2009 - Penyokong KJ mengamatkan PWTC

Laungan KJ KJ KJ KJ KJ KJ yang begema di PWTC semalam jelas membayangkan bahawa KJ kini berada di tangga atas mengatasi kedua calon Pemuda UMNO Malaysia. Penyokong KJ yang berbaju putih dan kelihatan bersih dengan tulisan setia kawan dan nombor 3 berkliaran di PWTC . Pemilihan Ketua Pemuda UMNO esok pasti sengit dan hanya strategi stretagi terakhir yang pasti akan merubah apa jua keputusan pada malam ini. Perasmian serentak Pemuda Wanita dan Puteri UMNO di adakan serentak dan telah dirasmikan oleh bakal Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak di dewan Merdeka.



Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP