Thursday, November 1, 2007

Khairy Ada Daya Tarikan

By : jinggo & Otai










Dalam kesibukan Kementerian Belia dan Sukan mengadakan sambutan Rumah Terbuka dan Majlis Aidilfitri, tiba-tiba semua mata tertumpu apabila seorang anak muda yang bersuite hitam melangkah masuk ke Stadium Putra Bukit Jalil kira-kira jam 3.30 petang.

Tanpa disedari, ramai yang menyebut nama Khairy Jamaluddin apabila mata mereka terpandang pada anak muda ini.

Lantas seorang Pegawai Khas kepada Dato' Seri Azalina menyambut Khairy beserta orang kuatnya iaitu Deck untuk dibawa bertemu dengan Dato' Seri Azalina.

Mereka bersalaman sambil mengucapkan Selamat Hari Raya manakala dalam masa yang sama semua mata tertumpu kepada. dua pemimpin muda ini.

Kedengaran ada yang membisikkan , “Aduh hebat dua gandingan pemimpin muda yang sama bijak dan sama berpelajaran ini”.

Jika kedua pemimpin muda ini berganding bahu dan menyatukan idea - idea mereka untuk membangunkan negara, pasti negara ini akan mendapat curahan idea yang bernas dalam usaha memantapkan ekonomi dan kepimpinan negara.

Tentu sekali negara kita akan disegani, dan bangsa melayu akan dihormati dimata dunia asing.

Setelah menghabiskan masa selama sejam berada di majlis Hari Raya ini, Khairy yang mahu melangkah pulang dikerumuni pula oleh mereka yang mengkagumi dan meminati beliau.

Beliau umpama seorang bintang yang amat terkenal lantas tiada siapa ingin melepaskan peluang untuk bergambar bersamanya.

Jelas di sini kita dapat membuat satu kesimpulan, hanya mereka yang tidak mengenali dan iri hati kepada pemimpin muda ini yang mengutuk dan cuba menjatuhkannya. Namun ramai yang masih memuja anak muda ini atas semua kebaikan yang dibawa olehnya dan tidak dinafikan, beliau mempunyai tarikan tersendiri.

26 comments:

Anonymous,  November 1, 2007 at 12:18 PM  

Siapa yang tak kenal Khairy, Khairy memanglah seorang pemimpin yang disegani.
Khairy sudah pasti menjadi tumpuan sekiranya menghadiri mana-mana majlis.
Ini membuktikan bahawa Khairy mendapat sokongan yang padu dari rakyat Malaysia.

Anonymous,  November 1, 2007 at 12:22 PM  

Saya setuju jika Azalina digandinkan dengan Khairy sudah pasti negara kita akan mendapat keuntungan dan kejayaan yang besar.

Mereka masih muda dan pemikiran mereka juga masih segar, dan mampu menjana ekonomi dengan baik.

Saya sentiasa menyokong pucuk kepimpinan Azalina dan Khiry.

Anonymous,  November 1, 2007 at 12:25 PM  

Saya penyokong kuat Azalina memang menyokong penuh sekiranya Azalina digandingkan bersama Khairy.

Memang patut Azalina menjadi ketua Wanita untuk mengantikan injin yang dah lama digunakan oleh Wanita.

Harap-harap Azalina dapat memberi sedikit perubah dalam Wanita UMNO.

Anonymous,  November 1, 2007 at 12:25 PM  

mmg la menjadi tumpuan sebab dia ader sijil nikah dengan anak pak lah ...

cubalah dia tak de sijil nikah tu ... ader sesiapa peduli?

hishamuddin pun org tak berapa peduli masa dia jadi timbalan dulu ... cuma masa kes anwar dulu baru org kenal sebab dia gantikan zahid hamidi ...

Anonymous,  November 1, 2007 at 12:29 PM  

Saya amat mengkagumi dengan Khairy kerana setiap kali saya bertemu dengan Khairy umpamakan ada aura yang menarik untuk saya bertemu dengannya.
Harap-harap Khairy akan membawa Malaysia sebagai sebuah negara yang terbilang.
Dan telah namapak kini bahawa kKhairy mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi pemimpin yang berjaya.

Anonymous,  November 1, 2007 at 12:39 PM  

>>>mmg la menjadi tumpuan sebab dia ader sijil nikah dengan anak pak lah ...

cubalah dia tak de sijil nikah tu ... ader sesiapa peduli?

hishamuddin pun org tak berapa peduli masa dia jadi timbalan dulu ... cuma masa kes anwar dulu baru org kenal sebab dia gantikan zahid hamidi ...>>>

Hahaha...
Kesian, inilah padahnya pada orang yang sentiasa mengharapkan sesuatu pada Khairy.Tiada keiklasan dalam perjalanan politik.

Bukalah minda anda...

Kenalilah Khiry dengan sebaik adanya.

Memang banyak orang mengata Khairy, tp adakah itu semuanya benar-benar belaka.

Kerana mempunyai sifat cemburulah yang mendorong mereka untuk mengutuk Khairy./ tp, berani kat belakang ajer... tak de telo.


Salam hurmat.

Anonymous,  November 1, 2007 at 12:43 PM  

Memang benar Khairy ada tarikan...
Saya juga menghadiri majlis semalam amat teruja apabila melihat Khairy dikerumuni oleh orang ramai.
tak putus-putus orang datang untuk mengambil kesempatan bersalaman dan mengambil gambar dengan Khairy.
Tak kisah la Khairy ada sijil nikah dengan anak pak lah ke tak, saya sentiasa berada dibelakang beliau untuk terus menyokong beliau.

Anonymous,  November 1, 2007 at 1:10 PM  

bukan masalah keikhlasan ke tak ... itulah budaya umno ...

lihat sahaja apa yg jadi kepada tun ... dah berapa kali menang pihanraya umum semasa dia berkuasa?

tapi bila dah tak de kuasa ... pemilihan G7 pun boleh kalah!

itu yg aku persoalkan ... adakah mereka yg berkerumun nak bersalaman dengan KJ tu, betul2 mengagumi KJ atau pun kerana KJ ader sijil nikah dengan anak pak lah?

Anonymous,  November 1, 2007 at 1:12 PM  

Ingatan Kepada Perwakilan Agar jangan Membahaskan isu sensitiviti kaum.

Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung pada bulan November ini. Saya amat bersetuju dengan peringatan Tuan khairy kepada para perwakilan agar tidak membahaskan perkara-perkara yang berkaitan isu sensitiviti kaum . Peringatan ini merupakan satu nasihat bermakna kepada semua perwakilan supaya mereka dapat menumpuhkan perbahasan isu-isu ekonomi, agama dan perdidikan . Tiga isu tersebut wajar dibahaskan demi untuk memartabatkan ahli-ahli UMNO dalam semua bidang sejajar dengan keperluan semasa.

Selaku salah seorang ahli UMNO, saya berharap para perwakilan lebih menumpuhkan isu-isu ekonomi,agama dan pendidikan seperti yang disarankan oleh Tuan.

Sekian terima kasih,

Ikhlas daripada,

MOHD ABTAHI BIN HJ BAYANI
pemuda UMNO Cawangan Kg Air Hujung Dua,Semporna,Sabah.
email pemuda : mab7@pemuda .com.my

Anonymous,  November 1, 2007 at 1:45 PM  

Haha lawak tol la...

Tarikan apernya plak. Standard lah tu kalo ada org yang biasa kita dengar namanya, biasa kuar kat tv pastu plak ada jawatan. Kalo kite tber2 ataupn jpe die kat luar mmg la semua nak salam. Artis pun mcm tu ni kan plak pemimpin ataupun ahli politik. Takder apa sangatlah. Tak payah la nak kecoh2 pasal tarikan. Aku pun kalo jpe khairy ni dpn2 aku nak pg jpe dier salam. Tp tak bermakna aku kagum atau tertarik dengan kepimpinan atau kredibiliti dia. Bagi aku tu perkara biasa je.

Dalam kes ni kemungkinan tarikan tu pun ditambahkan lagi serinya sebab dia menantu pak lah. Kalau stkt menantu pak lat atau pak leh kurg sket kot.

Kesimpulannya, takder aura sgt pn...biaser je...standard...

Anonymous,  November 1, 2007 at 1:56 PM  

Nampaknya makin menjadi-jadi Laman Web Pro Khairy dan
Anti Khairy ini. Macam baca majalah sensasi, tetapi
tidak ada kesudahannya. Sebagai anak muda N.Sembilan
kita berpendapat ianya hanyalah sekadar untuk
melepaskan emosi dan perasaan.

Kalau betul Pro Khairy nak membela Khairy, kalau betul
Anti Khairy anak Jati Rembau, jenguk-jenguklah daerah
Rembau ni. Berilah idea yang bernas, cadangan yang
bernas bagaimana kita anak muda di Rembau ini tak
kiralah dari UMNO ke, PAS ke, Keadilan ke, Mat Rempit
ke dapat membangunkan sosia budaya dan sosia ekonomi
di Rembau ini.

Janganlah menang sorak kampung tergadai. Tengok
sajalah projek pembinaan IKM (Institut Kemahiran MARA)
di Pilin dalam Parlimen Rembau yang dah lama
terbengkalai atau mungkin sudah siap atau tertangguh.
Bukankah tujuan pembinaan IKM untuk membantu belia
Melayu ?

Banyak lagi perkara yang Khairy sebagai Ketua Pemuda
UMNO Bahagian Rembau yang perlu beliau lakukan. Banyak
lagi AJK-AJK Pemuda UMNO Rembau boleh lakukan, selain
daripada memecah belahkan bukan sahaja di kalangan
pemuda UMNO Rembau, tetapi memecah belahkan pemuda
Rembau dan Negeri Sembilan secara amnya.

chikuano November 1, 2007 at 2:21 PM  

Saya setuju dengan ali_pemuda untuk Azalina digandakan dengan KJ sebab Azalina itukan gadis lagi. Bukan maksudnya berkahwin. Gila ke kan KJ tu dah ada bini. Kerjalah.
Saya ada cadangan lain.
1. Azalina Othman patut dicalonkan sebagai Ketua Wanita UMNO seperti yang dicadang kan oleh ketua UMNO Cheras Dato Syed kerana dia lebih berwibawa dari pimpinan sekarang
2. Mencalonkan KJ sebagai Ketua pemuda UMNO mengantikan Dato Hisham yang telah lari dari perjuangan Pemuda kerana memberi perhatian yang lebih kepada pemilihan Naib President UMNO.

Anonymous,  November 1, 2007 at 2:39 PM  

cantik tuh ... Seorang Ketua Pemuda dan seorang ketua wanita............ GO KHAIRY GO AZALINA.. LAGI ANGINLAH MEREKA YANG MEMPUNYAI PHD KAT MEREKA2 YANG MUDA2 NI....

Anonymous,  November 1, 2007 at 5:10 PM  

daya tarikan? khairy? ahahahahak? gila talak ke apa? kalau ada tokoh perompak tu boleh le? ala jangan nak ampu sangat-sangat le! khairy tu bukan boleh bayar kamu tu selalu!

Anonymous,  November 1, 2007 at 6:01 PM  

Anonymous November 1, 2007 1:45 PM,

Aku setuju cakap ko ...

Kalo KJ dtg tempat aku pun aku nak salam ... jangan kata KJ ... kalo Pak Lah, Tun, Najib, Husam Musa, Anwar Ibrahim,Nik Aziz, Ezam datang pun aku nak salam ...

Org terkenal, mmg la nak salam ... tak de aper yg luar biasanya ...

atalamat al wasim November 1, 2007 at 10:26 PM  

Kedengaran ada yang membisikkan , “Aduh hebat dua gandingan pemimpin muda yang sama bijak dan sama berpelajaran ini”.

*speechless*

Kamalkamal November 2, 2007 at 9:01 AM  

Memang budaya orang politik tak kira UMNO, PAS, PKR, etc. bila seorang pemimpin itu ada kuasa...maka beliau akan sentiasa di kerumuni oleh pengikut-pengikut dan rakyat marhaen.

Apa nak di hairan kalau KJ di kerumuni...buat masa ini sahamnya tengah naik.

Saya bukan cemburu kepada KJ tetapi tindak tanduknya dalam politik keterlaluan. Sanggup pijak kepala kawan, cantas mencantas.

"MANDIKAN DIA"

Anonymous,  November 2, 2007 at 10:28 AM  

"Sesungguhnya azab Allah amatlah pedih"

Anonymous,  November 2, 2007 at 10:33 AM  

aku rasa jinbara, ali_pemuda, mat cheras dgn airforceone ni mcm org yg sama....gaya tulis sama, lepas tu each posting selang 3-4 minit satu

aku kesian sebenarnya kat kj ni...takde sape sokong dia kat cyberspace...terpaksa laa upah ulat tolong buat blog BODOH ni utk tunjuk konons-kononsnya ada org yg sokong dia....tu blogmaster....kau ni pathetic laa!

Anonymous,  November 2, 2007 at 7:10 PM  

Saya sokong Azalina merampas tahta Ketua Wanita. Sudah tiba masanya pemimpin muda diberi peluang untuk menerajui Wanita UMNO.Kerana Azalina seorang pemimpin muda yang berdisiplin dan berbakat besar dalam kerjayanya.
Saya sokong Azalina.

Anonymous,  November 2, 2007 at 11:32 PM  

hahaha ...a ah kan aku pon baru perasan yang beza pos diorg dalam 4 minit camtu je.tak sabar kot nak post komen sbb ada idea dalam kepala.haha

kesiannye...huhu

betul kata korg semua...aku mmg teringin nak salam ngan pemimpin2 kita ni.kalo Paklah atau Najib atau TUN datang tpt aku,aku nak salam pastu amik gambar.pastu aku nak letak kt frnster bg kwn2 tgok.bgga tuuu..hehe.kalo khairy pn camtu gak aku salam dan letak kt frnster.Kalo Anwar Ibrahim atau Nik Aziz apatah lagi....mesti aku bangga gler sbb dpt jmpe ngan pmimpin sbnr...huhu

Anonymous,  November 5, 2007 at 2:12 PM  

khairy ada aura yang seakan akan aura mawi.. bravo khairy...

Anonymous,  November 5, 2007 at 11:48 PM  

Memang Khairy ada tarikan...tarikan buat duit bagi pembodek2 yang pandai cock sucking dia!

Cepat2 pergi cium tangan cium kaki Khairy sebelum projek2 habis. Bangsa kita memang terkenal dengan puji memuji yang sungguh menjijikkan!

Jangan mudah terpukau dengan manusia Khairy kelak kita akan terpedaya. Dia ni kaca bukan permata. Percayalah...Tun Mahathir dah bagi amaran bahwa manusia ini kelak akan menghancurkan negara..."you have been warned!".

Anonymous,  November 7, 2007 at 11:44 AM  

..lebih baik tak ada telo dari pada jilat telo KJ apa yg hampa dapat.. penyakit. jilat la jilat...nak projet jilat telo KJ to...cuba dok saja2 cermin diri sendiri...salahkan diri sendiri bila tuhan turunkan bala kat kita.

Anonymous,  November 8, 2007 at 10:14 PM  

saya juga harap dia akan jadi pemimpin masa hadapan negara

Anonymous,  November 26, 2007 at 5:13 PM  

Tarikan apa? Mamak kedai roti canai lagi handsome.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP