“Mengangkasa Tamadun Bangsa” Satu Lontaran Cabaran Kepada Bangsa Melayu
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata apa yang lebih penting ketika ini ialah menterjemahkan cabaran serta harapan tersebut kepada satu tindakan yang bersungguh-sungguh.
Jelas beliau tindakan tersebut perlu disahut khususnya bagi meneruskan perjuangan agenda Melayu dalam suasana dunia global ketika ini.
"Bagi saya penekanan kepada itu merupakan satu perjuangan dan bagi saya kita dalam Pemuda bersama-sama dengan harapan dan cita-cita Timbalan Presiden Parti, Datuk Seri Najib.
"Yang paling penting sekarang bagaimana Pemuda dapat menterjemahkan harapan itu kepada satu bentuk tindakan yang bersungguh-sungguh supaya kita diberikan seluas-luasnya dalam agenda Melayu", katanya kepada laman webPemuda di sini, Isnin malam.
Selain itu kata beliau lagi ucapan tersebut juga berhubungkait dengan pilihan raya terutama persediaan ketiga-tiga sayap dalam memenangi hati rakyat dan seterusnya memastikan kemenangan parti
"Kita dalam Pemuda sejak dari dulu lagi berada dalam kaedah pilihan raya dan selepas ini untuk memastikan barisan yang kita mantapkan sebelum ini dimantapkan lagi", ujarnya.
Jelas beliau ucapan Datuk Seri Najib sebagai satu mesej motivasi yang cukup penting untuk memberi keyakinan kepada bangsa Melayu.
Katanya, "Samaada kita boleh melakukan lonjakan...apa yang dimaksudkan mengangkasakan bangsa bahawa tidak ada sebarang cabaran yang terlalu besar untuk kita mengatasi sebagai satu bangsa.
"Ini adalah satu mesej motivasi yang cukup penting dan dalam hal ini saya nampak perhimpunan kali ini apabila bermula dengan ucapan TPM, bukan merendahkan bangsa kita tetapi sebenarnya untuk memberi keyakinan kepada bangsa kita bahawa tidak ada sebarang cabaran yang tidak boleh diatasi oleh bangsa Melayu itu sendiri".
Beliau turut bersependapat dengan Datuk Seri Hishammuddin berkaitan pilihan raya iaitu tidak ada alternatif lain di kancah politik tanah air melainkan Barisan Nasional.
"Datuk Seri Najib telah memperjelaskan sejelas-jelasnya bahawa parti-parti pembangkang tidak mengutamakan satu perjuangan, satu wawasan dan juga perjuangan yang relevan dengan rakyat yang berbilang kaum", katanya.
2 comments:
angkaswan apa kalau hanya dia memang buku yang berwarna hijau sepanjang pelancaran roket tersebut? angkasawan apa kalau hanya membuat eksperimen bermain yo-yo? angkasawan apa pula kalau bermain meniup buih-buih sabun laksana budak-budak di sekolah tadika? Inikah angkasawan yang patut dibanggakan kerana nama gelaran yang diberi oleh rusia? sedangkan dia tidak tahu-menahu tentang pengendalian penerbangan itu langsung? Sejak bila pula penumpang kapalterbang dianggap sebagai pemandu kapal terbang? Mengapa fikiran kerajaan telah pun songsang?
anonymous...aku tetap bangga dgn pencapaian dr muszapar.walaupun dia x pandu kapal terbang tu,tapi cabaran yg diterima sebelum terpilih utk turut serta dlm misi ke angkasa tu tak semua org boleh lepas.
hanya org yg benar2 tahan lasak dan berkeyakinan tinggi sahaja yg mampu menerima cabaran seperti tu.
aku dgr talk dr salah seorang dr calon angkasawan malaysia,dan in person bertanya pd nyer,dan aku akui aku sendiri tak mungkin mampu melakukan seperti mana dr muszapar dan dr faiz.
aku hormati kebolehan mereka2 yg tlh lulus ujian dan cabaran sehingga tinggal 4 org calon dan yg 2 terakhir spt yg kita semua ketahui dlm misi pemilihan calon angkasawan Malaysia Ke Rusia.
Pada aku itu sudah cukup membuktikan kehebatan mereka dan negara.
semoga pada misi yg akan dtg dr faiz akan mengendalikan pula misi penerbangan ke angkasa.
Kepada Khairy...
kami menyokong usaha membawa Dr Muszaphar jelejah ke seluruh negara bg memberi penerangan dan motivasi kpd msyarakat bhw dgn azam,yakin dan tekad kita semua mampu berjaya dlm apa jua bidang yg kita terokai dan ceburi.
semoga ianya akan membawa sinar yg lebih gemilang kpd anak2 muda kita dan rakyat Malaysia khasnya.
Post a Comment