Tuesday, March 3, 2009

Tidak Wajar Nik Aziz Pertikai DEB - Khairy




SEREMBAN, 2 Mac - Kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz kononnya Dasar Ekonomi Baru (DEB) seolah-olah telah mengenepikan hak kaum lain yang bukan Melayu adalah kurang wajar, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata DEB merupakan dasar penting dalam pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum di negara ini.

"Saya rasa kenyataan Nik Aziz itu kurang tepat, mungkin beliau disalah maklum oleh para pegawainya," katanya kepada pemberita di sini hari ini selepas menyampaikan sumbangan wang tunai untuk 31 keluarga yang dilanda banjir kilat semalam di Kampung Paroi.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan semalam melahirkan rasa tidak puas hati kerana perkataan "bumiputera" dalam DEB seolah-olah memberi petunjuk bahawa kaum-kaum lain di negara ini telah diketepikan.

Khairy yang juga anggota Parlimen Rembau berkata DEB tidak pernah mengasingkan pemberian bantuan kepada orang bukan Melayu dan pendekatan yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini telah terbukti membantu semua tanpa mengira kaum.

Dalam pada itu, Khairy juga mengingatkan pembangkang supaya tidak lagi mempertikaikan perkara-perkara yang sudah termaktub dalam Perlembagaan negara seperti berkaitan institusi raja, pembentukan kerajaan dan hak keistimewaan bumiputera.

"Saya nak beri amaran kepada pembangkang, jangan tiupkan sentimen perkauman, jangan bertindak dengan satu cara yang tidak bertanggungjawab...kita dalam BN hendak jaga keharmonian negara," katanya.

Khairy turut kesal dengan kenyataan anggota Dewan Undangan Negeri Skudai Dr Boo Cheng Hau di Dewan Undangan Negeri Johor minggu lepas bahawa amalan "bumiputeraisme' atau pemikiran membantu golongan Bumiputera yang diamalkan di negeri itu menyamai ideologi aparteid.

"Kita (kerajaan BN) tidak pernah tindas atau menzalimi bangsa-bangsa lain, awalnya dulu kita memberi keutamaan kepada kaum bumiputera kerana kaum inilah yang paling miskin ketika itu," katanya.

Sumber: BERNAMA

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP