Tuesday, March 3, 2009

Banjir di Rembau, enam keluarga dipindahkan…

[Kemaskini-3.3.09-12:00PM]

Oleh : Bro Jinggo

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin semalam turun melawat kawasan yang dilanda banjir kilat disekitar Rembau, beliau turut merakamkan rasa simpati kepada penduduk dikawasan tersebut.

Menurut penduduk di Kampung Paroi hujan lebat selama dua jam malam semalam menyebabkan beberapa buah rumah dipenuhi air dan lumpur hingga ke paras yang membimbangkan, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 9.30 malam.

Manakala di Lubuk Cina, enam keluarga terpaksa dipindahkan dibalairaya Kampung Semin kerana air banjir dikawasan tersebut masih belum surut.

Didalam lawatan tersebut, Khairy mengingatkan kepada mangsa banjir supaya membuat persiapan awal dan bersedia sekiranya berlaku lagi bencana seperti ini lagi, mereka tahu apa tindakan yang harus diambil bagi memastikan keselamatan anak-anak terjamin dan barangan keperluan harian tidak rosak.

Katanya lagi, langkah tersebut perlu diambil kira kerana beliau bimbang berkemungkinan perkara seperti ini akan berulang lagi diatas faktor cuaca dunia sekarang ini tidak menentu.

Beliau juga akan berbincang dengan Majlis Perbandaran bagi mengenal pasti punca dan menyelesaikan masaalah yang berlaku dikawasan yang ditimpa banjir tersebut.

Khairy juga turut menyampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan makanan kepada 31 keluarga di kawasan Kampung Paroi, 32 ahli keluarga di kawasan Kundur dan 35 keluarga di kawasan Lubuk Cina yang dilanda banjir.

Beliau berharap sumbang tersebut sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan bebanan mangsa banjir.



Lain-lain berita banjir kilat di Rembau :

Banjir kilat landa 4 kampung di Lubuk Cina

Redah banjir

KHAIRY - AHLI PARLIMEN REMBAU YANG PRIHATIN DENGAN NASIB MANGSA BANJIR ~ Malaysiakini

Sekitar Kampung Paroi













Balairaya Kundur Hilir, Pedas







Balairaya Kampung Semin, Lubuk Cina






0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP