Tuesday, December 11, 2007

Mohamad Sabu dan Tian Chua didakwa di mahkamah…




Mohamad Sabu (kiri) dan Tian Chua antara yang didakwa atas tuduhan menyertai perhimpunan Bersih di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, semalam.

Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan seorang lagi pemimpin kanan PKR, N. Gobalakrisnan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyertai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) di ibu kota pada 10 November lalu.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Turut didakwa atas tuduhan sama dan pertuduhan pilihan ialah pemandu, Mohamad Zad Abdullah, 39; penoreh getah, Taib Abdullah, 33; dua remaja masing berusia 17 dan 16 tahun; penganggur Mohamad Abi Salam Arifin, 24, dan pekerja kampung, Ishak Othman, 33.

Lelaki-lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu di sebelah bangunan Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini pada kira-kira pukul 1 tengah hari 10 November lalu.
Lapan lagi didakwa atas pertuduhan yang sama di Jalan Raja Laut di sini pada kira-kira 3.50 petang hari yang sama.

Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail sendiri mendakwa mereka di mahkamah.
Selain tuduhan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan, Mohamad Sabu, Tian Chua, Gobalakrisnan dan para penyokong pembangkang itu juga didakwa di bawah pertuduhan pilihan kerana ingkar perintah untuk bersurai yang diberikan oleh Cif Inspektor Riduan Khalid di Jalan Istana Baru di sini pada pukul 3.05 petang.

Bagi pertuduhan itu mereka didakwa di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara sehingga setahun jika disabitkan kesalahan.

Mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Rozana Ali Yusoff.

Rozana menetapkan kes itu dibicarakan selama empat hari bermula 11 Februari depan.
Antara peguam yang mewakili para pemimpin dan penyokong parti pembangkang itu ialah Mohamed Hanifah Maidin, Ranjit Singh, C.H. Lai, G.K. Ganesan, Rajpal Singh dan S. Kartigesan.

Sementara itu, lima peguam dan empat aktivis hak asasi manusia dihadapkan ke sebuah lagi Mahkamah Sesyen di sini, juga dengan Abdul Gani sendiri mengetuai pasukan pendakwaan, atas pertuduhan menyertai perhimpunan haram ‘People’s Freedom Walk’ sempena Hari Hak Asasi Manusia di sini pagi semalam serta menghalang penjawat awam daripada menguatkuasakan undang-undang.

Lima peguam yang didakwa itu ialah K. Sivarasa, Latheefa Beebi Koya, Amer Hamzah Arshad, N. Surendran dan Edmund Bon.

Empat aktivis pula ialah Johny Andu @ Abu Bakar Adnan, Eric Paulsen, Noorazah Othman dan seorang warganegara India, Ashraf Ali Sadakatullah.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim S.M. Komathy Suppiah.

Empat peguam termasuk Sivarasa, Latheefa, Amer Hamzah, Surendran dan empat aktivis didakwa bersama-sama sebagai ahli perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan tujuan melakukan mudarat awam di hadapan bangunan Kamdar, Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini antara pukul 8.10 pagi dan 8.50 pagi, semalam.

Seorang lagi peguam, Edmund Bon, 33, pula didakwa atas tuduhan menghalang penjawat awam iaitu penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada menurunkan kain rentang di hadapan bangunan Majlis Peguam, Jalan Leboh Pasar Besar di sini pada kira-kira pukul 12.15 tengah hari semalam.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan dan denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Para peguam yang mewakili mereka antaranya ialah P. Puravelan, Tommy Thomas dan K. Ragunath.

Bagi pertuduhan pilihan, mereka didakwa di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 atas tuduhan mengambil bahagian dalam perhimpunan yang menyalahi undang-undang pada masa dan tempat yang sama.

Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) akta yang sama iaitu hukuman didenda tidak melebihi RM10,000 dan penjara maksimum setahun.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh terus menyertai perhimpunan yang menyalahi undang-undang dengan mengetahui perhimpunan itu telah diarahkan bersurai.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 145 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Bagi pertuduhan pilihan, mereka didakwa di bawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 sebagai anggota perhimpunan yang menyalahi undang-undang dan telah mengingkari perintah untuk bersurai oleh Supritendan Che Hamzah Che Ismail pada waktu dan tempat yang sama.

Abdul Gani yang mengetuai pendakwaan membantah sebarang jaminan terhadap kesemua tertuduh di kedua-dua Mahkamah Sesyen itu.

Beliau berhujah bahawa perbuatan menyertai perhimpunan haram serta enggan mematuhi
arahan pihak berkuasa boleh mencetuskan huru hara dan mengancam keselamatan negara.

Peguam Negara berpendapat sekiranya tertuduh dalam kedua-dua kes itu dibebaskan dengan ikat jamin, mereka akan mengulangi perbuatan yang sama dengan menyertai perhimpunan haram pada masa akan datang.

Beliau berkata, nama Mohamad Sabu dan Tian Chua tersenarai dalam satu laman web sebagai antara orang yang akan menyertai perhimpunan di hadapan Parlimen, esok.

(Perhimpunan itu dikatakan akan diadakan bagi membantah pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi menaikkan had umur bersara anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dari 65 kepada 66 tahun.)

Bagaimanapun, mahkamah membebaskan Mohamad Sabu dan Tian Chua masing-masing dengan ikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

Tertuduh yang lain termasuk lima peguam dan aktivis masing-masing dibenarkan jamin antara RM1,000 dan RM3,000.

Komathy kemudian menetapkan perbicaraan kes yang dikendalikannya selama tiga hari bermula 3 Mac 2008.

8 comments:

Anonymous,  December 11, 2007 at 9:40 AM  

Nampaknya Pas Kelam Kelibut dek penangkapan Mat Sabu ni, ye la kan dia *****a jurusibok jer, dah 'master mind' sebenar masih lepas bebas...sapaikan harakah daily hari ini hanya disiarkan liputan tentang penangkapan pemimpin kanan Pas ini saja...

Wah...! glamor lagi la Mat Sabu selepas kes khalwat dulu tu yer...

Anonymous,  December 11, 2007 at 9:42 AM  

Hari ni ramai orang kat Mahkamah tapi xder r kecoh...mmmm...bab mat sabun ngn tian cuak kena tahan ni gua salute kat PDRM coz tegas n telus even kita suma dah tahu dalang 10 nov tu..mereka duo orang ni..tp PDRM jgn pulak biarkan KEPALA GENGTERS diorang ni???

SApo lagi kalau bukan Anwar dgn gundik dia RPK

Anonymous,  December 11, 2007 at 10:09 AM  

Tu la degil lagi!!! Khairy kata jangan. Ko buat jugak Mat Sabu kan dah kena dakwa. Inilah padah membuat kepandaian sendiri, Bahana engkar dengan undang-undang, akhirnya menjerat diri sendiri.

Anonymous,  December 11, 2007 at 10:48 AM  

Bagus la Mat Sabu dan Tian Chua dah kena cekup.

Lepas ni Anwar dan Hadi Awang pula akan diserat kemakamah. Kita tangkap mereka.

Tangkap beruk Jalanan.

Anonymous,  December 11, 2007 at 12:07 PM  

MAT SABU TIDAK MAHU MEMBERIKAN KERJASAMA KEPADA ANGGOTA POLIS. BELIAU BERGERAK SEHINGGA DITAHAN DI TOL TAMBUN PULAU PINANG.MENGAPA?KERANA DISEPANJANG PERJALANAN BELIAU TELAH SIAP MENGHUBUNGI SEMUA AHLI DAN KEPIMPINAN PAS DI UTARA PERAK, PULAU PINANG DAN KEDAH SUPAYA BERKUMPUL DI IPD SEBERANG PERAI SELATAN.INILAH TUJUAN ASAL MAT SABU YANG SUKA MEMBUAT PROVOKASI KEPADA PIHAK PDRM.

MAT SABU PERNAH BERKATA BAHAWA, DIA BERANI KERANA BENAR DAN RELA DIRINYA DITAHAN DAN AKAN BEKERJASAMA DENGAN PDRM SEKIRANYA DI TAHAN. TAPI DALAM HAL INI TERNYATA MAT SABU BACUL, MUNAFIK DAN PEMBOHONG. MAT SABU PENAKUTTTT!!!!!!

Anonymous,  December 11, 2007 at 2:58 PM  

korang ni aku tgk mcm org bodoh pun ada...

bos ko tu patut kena tangkap...

dahlah muka gelap hati pun gelap...

pengikut dia pun lagi hangus dah hatinya hahaha...

ada ke suka ulama mcm Hj Hadi kena tangkap dan korang kata beruk jalanan....bwk mengucap wahai beruk2 kafir sekalian....sbelum terlewat...

Anonymous,  December 12, 2007 at 3:58 PM  

ye ops padam dah dilaksanakan atas hasil usaha khairy dan budak-budak hingusan tingkat 4. tapi ada sikit aje masalah, rakyat dah semakin tak percaya lar! seperti juga kau suruh mereka jangan berak, mandi, kencing, seks! bukankah perhimpunan itu juga adalah hak asasi juga! ish! macam mana nak cover nie khairy? tak boleh berak, kencing, makan dan minum dan buat seks nie! tolonglah khairy! macam mana nak cover nie! polis dan peguam negara dah tak larat nak cover nie!

Anonymous,  December 19, 2007 at 8:28 PM  

budakjahat said...
Hari ni ramai orang kat Mahkamah tapi xder r kecoh...mmmm...bab mat sabun ngn tian cuak kena tahan ni gua salute kat PDRM coz tegas n telus even kita suma dah tahu dalang 10 nov tu..mereka duo orang ni..tp PDRM jgn pulak biarkan KEPALA GENGTERS diorang ni???

SApo lagi kalau bukan Anwar dgn gundik dia RPK

-----------------------------------

Kau ingat kau punya PDRM banyak baik, tiap tiap kali nampak kereta Singapore, minta duit jajan. Agaknya kerja sambilan lah tu, minta duit jajan dari rakyat Singapore. Selain daripada tu, gelihati aku tengok PDRM boleh digunakan oleh VIP untuk tujuan tertentu, kes letupankan orang, jadi gangster dan bermacam macam lagi.

Korang lupa keh si Bapak Anjing yang pukul Anwar?????

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP