Monday, November 5, 2007

PWTC Menjadi Tumpuan Rakyat Malaysia




Di pusat pendaftaran perwakilan Pemuda, kini mula dibanjiri oleh ahli UMNO yang akan memulakan persidangan pada malam ini, bermula dengan persidangan sayap Pemuda UMNO Malaysia.

Menjelang Majlis Perasmian Serentak Pemuda, Wanita & Puteri malam ini di Dewan Merdeka, PWTC mula dihadiri para perwakilan UMNO yang mula berdaftar .


Mengikut jadual petang ini akan berlangsung taklimat presiden diikuti Majlis Perasmian serentak sayap-sayap UMNO.

Esok Pemuda, Wanita dan Puteri akan memulakan persidangan masing-masing, manakala Persidangan Agung UMNO 2007 bermula pada 7 November ini.



5 comments:

shh,  November 5, 2007 at 6:15 PM  

apabila melayu islam tidak suka membaca buku, tidak mempunyai kerja tetap yang profesional etc. eng, doc, acc, law, maka mereka akan "melacurkan" pemikiran dan tenaga mereka untuk yang mempunyai kuasa dan wang ringgit walaupun mereka ini bukan org yang tidak bijak (grad in political science in oxford? hahhaa..) dan tiada kualiti.

what d hell is this blog for? adakah kau melayu yang sesat cita cita dan terlebih tenaga?

BN,  November 7, 2007 at 1:08 AM  

Itulah dia sifat pembangkang yang suka tidak tahu menilai sesuatu yang baik atau buruk. Mereka akan membangkang dan mengutuk habis-habisan pada pemimpin BN.

Oleh kerana pemikiran mereka yang bengap membuatkan mereka tamak kuasa dan bercita-cita tinggi untuk menguasai negara ini.

Tetapi sayangnya allah tidak pernah membenarkan mereka ini berkuasa dinegara ini kerana pemimpin mereka adalah penipu besar,bahlol dan tamak haloba.

Blog ini wujud bukan dasar bodek tetapi untuk menjatuhkan dan melenyapkan parti pembangkang yang hipokrit terutamanya PKR dan Pas.

blog ini juga akan menetang segala tomahan palsu yang dilemparkan oleh B.A (beruk jalanan) yang sentiasa cuba merosakkan akidah rakyat.

Pemimpin kami tak selemah yang anda sangkakan.

PKR kau bukan lawan BN, selamat jalan.

Anonymous,  November 7, 2007 at 10:58 AM  

saudara bn, memandangkan saudara ada menyentuh soal Tuhan dan Allah.. sila cari dalil ini yang mengatakan sikap sombong dan angkuh itu hanya menjadi selendang kepada Allah...

Sedangkan saudara berbunyi begitu angkuh dalam menghina mareka parti pembangkang yang sudah tentu satu agama dengan saudara...

Bagi saya, tidak perlu untuk berparti politik atau apa untuk menjadi hamba-Nya yang soleh dan mendapat rahmat di Syurga...

Kalau terus-terusan membenci sesama agama, apa nak jadi?...

ANAK UMNO,  November 8, 2007 at 1:11 PM  

>>>> Kalau terus-terusan membenci sesama agama, apa nak jadi?...
-----------------------------------

Tepuk dada tangya selara.

KENAPA PAS BENCI ORANG UMNO. BUKAHKAH ORANG UMNO JUGA SAUDARA ISLAMNYA.

HARAKAH DAILY BANYAK KUTUK ORANG.

INIKAH PEMIMPIN ISLAM.

INIKAH PEJUANG ISLAM.

HENAPA HARUS DIPERSALAHKAN UMNO!!!!!!!

KENAPA TAK SALAHKAN PAS !!!!!

JAWAB SAUDARA.

Anonymous,  November 9, 2007 at 12:13 PM  

Siapa beruk di jalan dan siapa pula beruk di PWTC?
Murtadza Ibrahim
Fri | Nov 09, 07 | 7:47:17 am MYT
Analisis Samsuri Roslan dalam laman Detikdaily.net mengenai calon-calon Ketua Pemuda Umno bagi menggantikan Dato' Seri Hishamuddin Hussein, menarik perhatian saya, terutama apabila bekas Pengarang Rencana akhbar Watan itu meletakkan Dato' Shahrir Abd Samad, Pengerusi PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Awam) sebagai tokoh paling layak meskipun umurnya tidak lagi "pemuda".



Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Mungkin Samsuri mempunyai alasan dan analisis sendiri tetapi ramai berkongsi pendapat bahawa menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin sememangnya kurang layak mengetuai Pemuda, malah anak Tun Dr Mahathir Mohamad, Mukhriz dikira lebih matang untuk mengemudi sayap kanan Umno itu.

Dalam perhimpunan agung Pemuda Umno di PWTC baru-baru ini, Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda Umno diberi peluang untuk berucap dalam sesi penggulungan. Beliau berucap agak lantang dengan sedikit angkuh. Dalam ucapannya itu, antara lain Khairy menyebut: "Pada masa akan datang, siapa saja (ahli-ahli Pemuda Umno) yang tidak berani menghunus keris dan menjulang keris Panca Warisan, mereka adalah pengkhianat kepada bangsa dan parti."

Selain itu beliau juga mengingatkan parti pembangkang supaya menggunakan gelanggang yang betul iaitu pilihan raya umum jika mahu "melawan kerajaan" dan bukannya cuba menjadi hero dengan menganjurkan perhimpunan haram: "Jangan keluar di jalan raya, jangan cuba jadi hero di jalan raya, jangan buat seperti beruk di jalan raya."

"Kalau betul nak lawan, lawan dalam gelanggang sebenar, lawan seperti jantan dalam gelanggang sebenar, pilihan raya umum akan datang, kita lawan," tegas menantu Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi ini dengan penuh semangat berapi-api. Khairy juga meminta agar polis menangkap dan mengambil tindakan tegas terhadap sesiapa sahaja yang hadir di Dataran Merdeka, 10 November 2007, dalam perarakan raksasa menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Khairy menuduh dan mencerca rakyat prihatin, pemimpin pembangkang dan aktivis NGO sebagai "beruk-beruk" di jalan raya hanya kerana mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong bagi memulihkan proses demokrasi yang teruk tercemar. Maka, apabila Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang turut hadir, malah mengetuai perhimpunan aman itu nanti, maka bagi Khairy, mereka juga umpama "beruk-beruk" di jalan raya.

Begitulah hebatnya "keberanian" Khairy membuat tuduhan dan cercaan kepada sesiapa sahaja yang dilihat bakal menggugat kerajaan pimpinan bapa mentuanya.

Jika menantu Presiden Umno ini begitu celupar menuduh pemimpin-pemimpin pembangkang, aktivis NGO dan rakyat prihatin sebagai "beruk-beruk", bagaimana pula dengan pergerakan Pemuda Umno itu sendiri?

Dalam persidangan yang lalu, wakil Pemuda Umno Negeri Sembilan semasa berucap mengucapkan tahniah di atas perlantikan Khairy sebagai Timbalan Presiden FAM. Bagaimanapun, ketika begitu bersemangat memuji menantu Presiden Umno itu, ia disambut dengan suara lantang, "bodek!!", daripada kalangan pemerhati perhimpunan. Seolah-olah mahu menunjukkan mesej tertentu, tepukan gemuruh diberikan kepada ucapan Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien.

Apakah suara-suara yang "mengherdik" perwakilan yang memuji Khairy itu juga boleh dikategorikan sebagai "beruk-beruk" di PWTC kerana menganggu perwakilan Negeri Sembilan berucap? Kenapa "beruk-beruk" di PWTC ini hanya "mencerca" perwakilan yang memuji menantu Abdullah itu tetapi tidak kepada pemimpin Pemuda Umno lainnya?

Pada tahun 2004, dalam persidangan tahunan Pemuda Umno juga, para perwakilan "boo" sebanyak dua kali apabila nama Khairy disebut Pengerusi Tetap ketika itu, Tan Sri Khalid Yunus. Apakah "beruk-beruk" dalam dewan ketika itu menjelma kembali pada tahun ini, dan mahu melakukan perangai yang sama? Soalnya, siapa "beruk dan siapa pula menjadi "bapa beruk-beruk"?

Sebagai pemimpin pelapis yang mahu menunjukkan kehebatannya, Khairy tidak perlu berucap dengan nada "mencerca" terutama dalam majlis-majlis yang formal yang dihadiri oleh para Pemuda Umno dari seluruh negara dan menjadi tumpuan media dan orang awam. Carilah istilah-istilah yang lebih sesuai walaupun untuk menzahirkan satu perasaan marah atau bertujuan untuk menunjukkan dirinya sebagai hero Umno bagi berdepan dengan pembangkang.

Mungkin kerana mahu menunjukkan lagi kehebatannya, Khairy menyebut "bonda baru" yang ditujukan kepada isteri baru bapa mentuanya, Datin Seri Jeanne Abdullah yang turut hadir dalam dewan persidangan Pemuda Umno itu. Jenaka ini disifatkan agar keterlaluan dan mungkin kurang manis sebagai adab anak dengan ibu sehingga Khairy terpaksa menyebut Jeanne sebagai "bonda' sahaja. Itu pun setelah beliau mendapat teguran salah seorang anggota Exco Pemuda yang berada di atas pentas bersamanya.

Walaupun Khairy mungkin mahu berjenaka dengan "bonda barunya" itu tetapi ia menggambarkan peribadi sebenar menantu Presiden Umno ini yang kini begitu ghairah mengatur strategi untuk bukan sahaja menjadi bakal Ketua Pemuda tetapi mahu mencipta sejarah sebagai Perdana Menteri Malaysia pertama yang berumur di bawah 40 tahun!

Khairy mahu membuktikan bahawa dirinya begitu hebat, berpengaruh, sekali gus penuh kontroversi dan berani untuk berdepan dengan apa saja asakan pembangkang, walaupun pada hakikatnya beliau terlalu mentah dari segi pengalaman dan kematangan.

Beliau mahu membuktikan segala-galanya dalam waktu singkat dengan tergesa-gesa dan berlari (sebenarnya terbang) pantas menjulang naik semasa bapa mentuanya, Abdullah masih mengungguli puncak kuasa. Tetapi pada waktu sama dia ibarat "tin yang diisi separuh air". Bila digoncang memang berbunyi walaupun isinya hanya separuh sahaja.

Khairy mungkin tidak menghadapi masalah besar untuk dipilih sebagai calon BN di mana-mana kawasan yang selamat, dan seterusnya dilantik Abdullah ke jawatan strategik dan berpengaruh. Malah tanpa bertanding pun, Khairy masih boleh dilantik sebagai Senator dan kemudiannya boleh menyandang posisi hebat sebagai persiapan menggantikan Abdulah sebagai Perdana Menteri kelima nanti.

Namun begitu, mampukah Abdullah mampu mengulangi kejayaan besar yang diraihnya dalam pilihan raya umum Mac 2004 lalu? Jika Abdullah gagal menunjukkan prestasi cemerlangnya, mungkinkah ada gerakan dalaman Umno untuk menyingkirnya?

Hanya rakyat yang boleh menunjukkan jalan kepada Abdullah dan Khairy siapa sebenarnya yang akan menjadi "beruk" nanti. Apa pun, memetik kata-kata penulis buku politik, Yahya Ismail, bahawa persidangan "raja-raja beruk" sudahpun bermula baru-baru ini, yang membabitkan 'bapa beruk, anak beruk dan menantu beruk"! Pak Ya, Pak Ya ...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP