Wednesday, November 21, 2007

Persetankan cabaran Pas dan PKR N.Sembilan

By : jinggo

Khairy digesa mengabaikan dan tidak perlu akur dengan cabaran dari Ketua Pemuda Pas Negeri Sembilan, Mohd Taufek Ghani, yang dilihat cuba untuk memancing undi dan mempopularkan dirinya bagi menarik perhatian pihak-pihak tertentu agar menyenaraikan dirinya sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Selain Taufek, cabaran daripada Ahli Majlis Tertinggi Keadilan, Badrul Hisham Shaharin, juga tidak harus dipadang serius oleh Khairy. Ini kerana kedua-dua insan itu boleh dikatakan hanya sekadar berani berkata-kata dihadapan penyokongnya sahaja.

Sebaliknya, akan menikus bila berhadapan dengan rakyat Negeri Sembilan kerana mereka menyedari hakikat bahawa para pengundi sudah mengenali siapa mereka yang sebenarnya dan pasti akan menolak kepimpinan beliau.

Walaupun mereka sedar mereka tidak mampu melawan Khairy tetapi kedua insan ini tetap juga berlakun dengan harapan mampu untuk meyakinkan para pengundi dan penyokong yang mereka ini juga turut mempunyai pengaruh yang besar.

Status sebagai anak jati Negeri Sembilan yang sering meniti dibibir dan menjadi senjata utama mereka untuk meraih simpati rakyat sebenarnya masih tidak mampu untuk berhadapan satu lawan satu dengan Khairy.

Jika mereka merasakan mereka mampu berhadapan dengan Khairy, ternyata mereka silap besar. Ini kerana, kekuatan seseorang ahli politik itu adalah bergantung rapat dengan keperibadian dan sumbangan ikhlas untuk membangunkan bangsa, agama dan negara. Dan, itulah yang sebenarnya mereka tidak ada.

Rasa-rasanya mereka berdua ini perlu menarik balik kenyataan tersebut, sebelum mereka berdua memalukan diri mereka sendiri.

Kedengaran juga desas desus dari pemuda Rembau mengatakan, Taufek tidak layak menjadi pemimpin di Negeri Sembilan kerana sikapnya yang angkuh dan mementingkan diri sendiri. Sikapnya itulah yang secara tidak langsung telah menyebabkan dirinya kini tidak disukai ramai.

Malahan penduduk Negeri Sembilan kini sudah bosan dan mula jijik mendengar ceramah yang disampaikan oleh Ketua Pemuda Pas itu yang dilihat sering memainkan isu-isu kotor yang bertujuan untuk menjatuhkan Kerajaan Malaysia dengan fitnah-fitnah yang tidak munasabah.

Kalau kita lihat pada kejadian perhimpunan haram pada 10 November yang lalu sudah cukup membuktikan bahawa Parti Pas tidak amanah dan tidak jujur. Setiusaha Agung Pas, Datuk Kamaruddin Jaafar dalam satu kenyataannya telah menipu rakyat yang kononnya penyerahan memorandum tersebut telah mendapat perkenan dari Seri Paduka Yang DiPetuan Agung.

Sebaliknya Seri Paduka Yang DiPertuan Agung menjelaskan bahawa baginda dan Istana Negara tidak pernah memperkenankan atau memberi apa-apa sokongan kepada mana-mana pihak yang menganjurkan perhimpunan haram dan kegiatan lain yang menyalahi undang-undang.

42 comments:

ayorsejuk,  November 21, 2007 at 3:03 PM  

Kalau dia nak bertanding apa salahnya ? Bukankah negara ini negara demokrasi ?
Biar rakyat saja yg menentukan jatuh-bangunnya seseorang pemimpin..bertandinglah secara anak jantan !!! tak gitu jinggo ?

bro_jinggo November 21, 2007 at 3:04 PM  

Taufek n Badrul Hisham, kau tak layak mencabar Khairy. Kau tak setaraf dengan Khairy.

nikko,  November 21, 2007 at 3:11 PM  

ala dah dasar penakut tu penakut juga...knp dah tggu SPR bagi jaminan kawasan mana KJ selamat bertanding hahahaha...

ckp org lain beruk lagi....last2 diri sendiri yg jadi beruk hahahaha....

dah la dgn Kj n Nazri aziz dimalukan masa temubual secara live dgn al jazeera...hahahaha bijak sgt la KJ ko tu jwb...

mcm tu dah ketar...jwpn lari dari soalan..mcm tu ko kata hebat....hahahaha.

KJ tu bertanding kat mane2pun dia pasti kalah la weiiii( melainkan SPR tolong dgn undi pos/hantu)...rakyat Malaysia tak sabar nak aibkan beruk tu...

KaptenMalaysia,  November 21, 2007 at 3:12 PM  

memang taufek dan badrul tak layak cabar KJ...sbb apa nak tau!!

sbb buang masa je cabar org takde telur.

matchemor,  November 21, 2007 at 3:13 PM  

Aku sokong ayorsejuk..
Bertanding secara anak jantan..dapat sokongan pun dari cara yg gentlemen..bukan mcm khairy..tumpang populariti pak mentua!!!!
Ingatlah khairy..awak tu naik pun sebab pak mentua PM!!!Pak lah pun berapa lama sangat boleh bertahan ?
Ditakdirkan satu hari nanti Pak Lah jatuh, ko ingat org yg mengampu ko selama ini nak tolong ke?
Ambil contoh TDM..walaupun aku tak sokong dia namun banyak juga jasa yg dia lakukan pada negara ini tapi bila dia sudah "step down"..lihat apa yg dah jadi ngan dia ? Nak jadi perwakilan kubang pasu pun org tak kasi..mcm anjing kurap korang buat dia..memang melayu mudah lupa..Apalah sangat Pak Lah jika nak dibandingkan dengan TDM..renung-renungkan khairy..

monkhery,  November 21, 2007 at 3:58 PM  

betul la matchemor..kesian aku kat TDM...dah tak der kuasa sapa pun tak heran...sedangkan bnyk juga la jasanya pd pembangunan Mesia...aku tak dpt bayangkan la camna Pak Lah nanti bila dah hilang kuasa...dah la takder sumbangan apa pun...jadi "Bapa Inflasi" ada laa...

matchemor,  November 21, 2007 at 4:13 PM  

Monkhery..salam buat anda..
Aku bukan aper..saja nak kasi ingat ngan spesis-spesis khairy ni supaya bila berada ditempat yg tinggi, sekali-sekala tengok-tengoklah kebawah..
Kan org tua-tua kata semakin tinggi kita naik semakin sakit kalau jatuh..
Macam khairy.. nama aje belajar sampai oxford..kelakuan..masyallah..
Habis semua pembangkang dia panggil beruk pastu apalagi..kaki ampu..kaki kipas..kaki bodek senada aje ikut boss mereka..ntah-ntah blog ni khairy yg support kot?
Oooo..patutlah..khairy ko kasilah jinggo ngan isteri dia ni (aper namanya ct must are u ?)projek sikit..letih tangan dia org kipas tau...kah..kah...kah...

monkhery,  November 21, 2007 at 4:25 PM  

mesti la matchemor...ingat diaorg nie penat kipas tak dpt apa2 ker...mesti la dpt projek..kurang2 projek besarkan kandang beruk kat zoo negara...kah kah kah...

FARREL November 21, 2007 at 4:58 PM  

Badrul Hisham mungkin hanya layak bertanding dgn Hishamuddin tp bukan Khairy..

Ketua Pemuda PAS NS.. hehehe.. no komen............

Mungkin hanya Ezam dan Salahuddin Ayub tandingan Khairy...

Wanperkasa,  November 21, 2007 at 5:50 PM  

Amboi tak cukup ke tempoh yang diberikan oleh SPR? Nampaknya diorang ni dah kalut... UMNO steady, khidmat kepada rakyat sepanjang masa, maka tak perlula kalut dengan penubuhan bilik gerakan pilihan raya awal-awal, Wan percaya kepada pertimbangan para pemimpin UMNO yang mempunyai strategi tersendiri yang tak perlu kalut2 nak tunjuk sibuk macam puak2 Pas ni.

labah-labah November 21, 2007 at 6:06 PM  

Bukan soal takut atau tak takut... Sepatutnya Taufek tak perlu cabar KJ, Kalau berani tunggu sajalah nanti.Bukan begini caranya untuk mencari publisiti murahan.

Sapa kata Khairy akan kalah jika bertanding dimana-mana pun, korang silap la.

Khairy ada pengaruh yang kuat. Kalau tak takan kau orang berhempas pulas nak jatuhkan dia.

Disitu sahaja kita sudah dapat melihat kekuatan Khairy, Kalau Khairy lemah sudah lama Khairy tenggelam... tak payah tunggu Pak Lah berundur.

Dan kehadirann kami disini bukan untuk mengipas KJ, kami adalah penyokong setia KJ seperti kamu jua mempertahan pemimpin kamu.Cuma perjuangan kita berbeza.

parangsasau November 21, 2007 at 6:17 PM  

Kau jangan nak perasanla taufek!!!! tak de sapa nak sokong kau selagi kau tak ubah perangai kau yang ego,sombong dan bongkak tu.

Orang ramai pun tak nak dengar ceramah kau.. kalau setakat seratus orang sahaja yang pergi dengar ceramah kau baik kau lupakan sahaja la niat kau nak lawan Khairy.

orang rembau,  November 21, 2007 at 6:19 PM  

Sape Taufek tu labah-labah ? tak pernah dengar pun nama dia. Pencacai najis ketua pemimpin Pas ke? ye la kot.

raja_pena,  November 21, 2007 at 6:21 PM  

fikirlah... siapa yang menghancurkan golongan muda sekarang...

kau tengok je masa perhimpunan bersih tu...

betapa ghairahnya Pas membodhkan golongan muda... mempergunakan budak2 dengan politik kotor...

macam anjing liar, tak der rumah... ader rumah duduk je la... xkco org lain...

den,  November 21, 2007 at 6:25 PM  

Kami menyokong penuh kepimpinan Khairy. Taufek cuba lagi pada pilihanraya yang akan datang. Kami tak berminat untuk menyokong orang Pas. Pas banyak menyusahkan rakyat.

Demokrasi cara malaysia,  November 22, 2007 at 1:09 AM  

Bro Jinggo dan pencacai kera jadian(KJ) yg korang kalut ni knp?Takut kerr..Tu baru 50 ribu org hadir program bersih tapi ada kacau sini sana.Tak ada kedai kena rompak tak pun bendera kena bakar.Tapi yg jelas di Trengganu UMNO kecut perut sampai guna polis,tv kata program bersih tu tak ada permit.Tapi yg lawak tu ceramah tak ada yg ramai anggota polis.Buat malulah..Medan food court ditutup oleh pihak polis.Sampai business kawasan sekeliling rugi beribu2 ringgit.Tapi yg paling best bila pas buat ceramah kat kawasan itu perniagaan laku ramai org singgah kat medan food court before pergi dan balik.Tapi lepas kes polis tembak org dengar ceramah lagi org datang tanya betul ker perkara ni berlaku..Tak masuk paper pun...Kesian ini demokrasi malaysia

labah-labah November 22, 2007 at 1:16 AM  

Kesihan Taufik tiada siapa pun yang mahu mencalonkannya untuk bertanding di pilihanraya akan datang.

Oleh kerana Taufek kurang menonjol atau kurang diberi perhatian beliau mengambil langkah untuk memberanikan dirinya melakukan perkara yang luar biasa.

Mencabar Khairy adalah salah satu strategi untuk Taufek menempah tiket ke pilihanraya.

Tetapi sayangnya Taufek kurang mendapat sokongan oleh penduduk Negeri Sembikan, Setiap kali ceramah yang beliau adakan, bilangan pengundinya tidak lebih dari seratus orang.

Kalau ini lah orang yang mencabar Khairy, langsung tidak tergugat pun.

Apa tidaknya bukan sahaja pengundi Negeri Sembilan yang tak suka Taufek, penyokong Pas sendiri pun tidak memberi sokongan kepada beliau.

Lupakan sahajalah Taufek... perjalanan hidupmu masih jauh lagi, Kau boleh pergi jauh laggi. Belum tiba masanya untuk kau menunjukkan taring kau lagi... masih belum cukup tajam lagi. Adakah kau mahu menamatkan kereer kau diusia muda ini.

Anonymous,  November 22, 2007 at 9:16 AM  

Ada banyak orang muda dalam puteri umno support umno tapi bukan support Khairy. Meraka tak suka dia kerana dia memalukan orang melayu.

Anonymous,  November 22, 2007 at 10:10 AM  

Layak atau tak KJ... kami org Nogore bonci bonar pado PAS ko, KEADILAN ko... haram jadah mongutok jo kejo ehh... moyampah den... pakai soroban tapi mencarut2apo nak jadi...

Ikutkan hati den lompung jo borok duo ekor tu.. menyusahkan jo...
pogi mamuih la ko Keadilan dan PIS

kakitidur November 22, 2007 at 4:52 PM  

bro_jinggo, layang-layang,Labah-labah
Macam-macam alasan. Tak layak lah. Tak setaraflah. Yang sebenar nya dan dah diketahui oleh semua orang UMNO termasuk aku sendiri klik Khairy termasuk Khairy sendiri semua tak punya telor. Semuanya hanya ada telor tembelang. Dah busuk tak guna. Aku ingat korang pun semua dah tahukan pasal projek besar nak kenakan Khairy kat N.S. tu kan. Itu pasallah banyak alasan. Tanyalah Khairy pasal apa dia tak bising lepas BERSIH buat demonstrasi jalanan tu? Dia dah tahu ada orang dalam yang kenakan dia dan suruh Polis lepas orang-orang tu pergi Istana Negara. Dia pun dah malu yang sebenar lepas kasi amaran dan cakap berkobar-kobar orang buat deek aje. Kah,kah,kah.... Habis lah budak hitam tu.

ct.must.are.u November 22, 2007 at 5:37 PM  

kakitidur u ni memang kuat tidur yer. Em bukala minda u sikit. Yang polis buat siasatan tu aper. Tak lama lg ke penjara la dia org tu.

Klu polis tak bertindak cekap pd 10 Nov hr tu dah pasti peristiwa Batu Buruk berulang kembali.

Berani kerana benar, jgn jadi dayus.

ct.must.are.u November 22, 2007 at 5:45 PM  

22 November, 2007 17:09 PM

Tindakan Penganjur Perhimpunan Haram Untuk Wujud Demonstrasi Jalanan

MELAKA, 22 Nov (Bernama) -- Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata hari ini tindakan penganjur perhimpunan haram semata-mata untuk mewujudkan demonstrasi jalanan yang tidak baik untuk ekonomi negara.

Beliau berkata ada "tujuan tertentu" pihak penganjur perhimpunan berkenaan selepas kali pertama dilakukan pada 10 November lepas.

"Pada saya, (perhimpunan haram) ini akan menggugat bukan saja keselamatan, tetapi juga ekonomi negara. Kalau nak menunjukkan negara hura-hara, ini tak betul," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau mengulas perhimpunan Hindu Rights Action Force (HINDRAF) yang dirancang diadakan depan pejabat Suruhanjaya Tinggi Britain, Kuala Lumpur, Ahad ini.

"Saya nasihat orang ramai jangan terlibat dengan perhimpunan ini, kita akan ambil tindakan tegas," katanya.

Beliau berkata berdasarkan maklumat yang diterima, perhimpunan Ahad ini menyentuh perasaan kaum lain yang boleh menimbulkan pergaduhan kaum dan difahamkan kumpulan kongsi gelap akan digunakan.

Musa juga berkata bahawa kanak-kanak ditegah untuk menyertai perhimpunan itu dan ibu bapa boleh didakwa sekiranya mereka menyertai perhimpunan berkenaan.

Katanya di bawah akta kanak-kanak, mereka tidak harus dimanupulasi untuk sesuatu tujuan tertentu yang membawa kesalahan di bawah aspek undang-undang.

-- BERNAMA

Reformer,  November 23, 2007 at 10:10 AM  

UMNO parti bangsat dan penipu bangsa melayu...siapa yg mengundi BN memang sanggup ditipu hidup2.

Anonymous,  November 23, 2007 at 1:51 PM  

hai takkan bila dicabar, terus tak nak sahut! dulu cabar rakyat, sekarang rakyat telah sahut cabaran, katalah perhimpunan haram! ini tak nak sahut cabaran pembangkang pula! khairy kau nie anak jantan ke atau pondan! cakap berdegar-degar bila orang cabar sikit terus sembunyi dekat kelangkang bini? Jantan jenis apa nie? Aku tau sejenis aje, Dayus!!! jantan dayus!!! Hahaha!!! Pengecut rupanya! berselindung di sebalik malaun-malaun seperti polis, FRU, SB! Menyemak aje! Ptuih!

Anonymous,  November 23, 2007 at 1:55 PM  

hai Khairy, kejantanan kau hanya di atas katil aje rupanya! Tahu buat anak aje! Tentu seronok dengan si Maya ye! Tapi kau lembiklah di pentas politik! Berselindung di sebalik kuasa bapak mentua kau! Apasal takut sangat dengan pembangkang nie! Malulah! Cita-cita nak jadi PM pula tu! Kalau macam nie nak jadi PM, kehormatan Malaysia akan dipijak-pijak macam kain buruk di peringkat antarabangsa! Hahaha! Khairy memang bodoh! Nama aje ke Oxford tapi perangai tak ubah macam mat rempit yang dah high tu! Buat malu aje!

Anonymous,  November 23, 2007 at 1:57 PM  

Khairy tu memang bodoh! Dia ingat orang akan dengar apa dia cakap! Orang UMNO pun dah meluat dengan si bengong nie! Tunggu hari kena nyah keluar aje! Tunggu bapak mentua kau tu kena terajang keluar aje! Lepas tu aku nak tengok siapa sepak muka kau yang tak tahu malu tu!

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan November 23, 2007 at 3:18 PM  

sorry bro jinggo, semua manusia ni setaraf la bro..so aku xsetuju la ko ckp semua xsetaraf...kalah menang belakang cerita kan?.nama pun demokrasi..so kalau xde sapa2 yg ko rasa yg layak cabar khairy,thats mean khairy ni ada tred autoritarian leadership?..kan?..ye la semua org xlayak,samada xlayak atau dia yg xmelayak kan org cabar dia...sebab dari pandangan aku,selama ni pun khairy xpernah bertanding dlm apa2 jawatan pun,semua menang FREE..hihihih...pemimpin karismatik kah tu?...hmmm....ok la,pada pandangan enta la kan,sapa yg enta rasa layak cabar hairy ni?...xkan ko rasa semua org xlayak kot?...steady sikit..hmm lagi satu,pada aku la kan..ikhlas ni,SI KHAIRY NI SEBENARNYA LEBIH BANYAK BERKOKOK KAT PODIUM DARI APLIKASI REALITI YG SEBENAR....just pendapat aku la...

Anonymous,  November 24, 2007 at 12:27 AM  

kaki penjilat kaki khairy, anda semua akan terbakar dalam neraka bersama dengan khairy sekali! Rosakkanlah aspirasi rakyat, lagi teruklah kamu! binatang!

bro_jinggo November 24, 2007 at 7:08 PM  

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan, pemikiran kau terlalu cetek! Kau tak buka minda kau kealam politik yang sebenarnya.

Siapa Taufek aku tannya kau? Kau kenal ke? Tak de sapa kenal dia. Memang dia boleh bertanding tapi mahukah Pas mencalonkan dia menentang Khairy.

Jawapannya tidak! Taufek tak mampu lawan Khairy satu lawan satu.Dah pasti Taufek kena bungkus.

Taufek cabar Khairy kerana mahu cari publisiti murahan. Dia guna nama Khairy sebagai batu lonjatannya di PR akan datang.

Kekalahan Taufek nanti akan merugikan Pas dan Taufek sendiri. Ada lebih baiknya beliau bertanding di tempat yang lebih selamat.

Jangan jolok sarang tabuan jika tak cukup ilmu.

Berbalik pada Khairy,

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan, sedarlah sikit. Hakikatnya Khairy ini bukan calang-calang orangnya, mempunyai pengaruh yang besar dan bukan cakap kosong sahaja.

Kalaupun Khairy menang free, ini bermakna Khairy seorang pemimpin yang disegani dan berpengaruh. Kau tak payah la nak ubah pendapat yang mengarut-ngarut Syeikhryz. Jangan jadi budak-budak lagi.

Anonymous,  November 25, 2007 at 9:12 AM  

bro_dinggo & ct.must.die...tak payah la nak jilat lebih2 bontot si beruk hitam tu...tak kemana dia tu...nanti korang jer yg nyesal abih je air liur dok jilat...

Syeikhryz Ibnu Al-Haymdan November 26, 2007 at 3:20 PM  

salam bro jinggo..kenapa perlu anda membalas polemik dgn cara menyerang peribadi?...ko kena fhm,aku just ckp manusia semua sama,dlm demokrasi(yg puak2 ko ckp nak pertahankan tu)semua org equal....pengaruh besar khairy bersifat temporarily dan relatif...satu masa nanti dia akan kena jgk...al-farabi ckp,pemimpin yg bertongkatkan kepalsuan akan jatuh suatu masa.hanya masa dan keadaan yg menntukan...aku xberniat nak serang PEMIMPUIN PUJAAN ko tu..just nak sanggah yg ko ckp xde org layak cabar dia..then itu bermakna khairy ni ada tred autokratik+despotik...betul x?...saya berbahas berlandaskan rasional akal,tapi anda pula berbahas bersandarkan emosi kepada PEMIMPIN PUJAAN anda...sebenarnya anda yg bersifat kebudak-budakan betul x?...

bpr,  November 26, 2007 at 4:34 PM  

Sejak bulan Mac 2004, secara kasar, pendapatan yang sudah dan akan diperolehi oleh Khairy Jamaluddin melalui kegiatan rasuah dan penjualan aset-aset strategik negara adalah seperti berikut:

1.Komisen daripada penjualan 5% saham TM kepada Temasek Holdings Singapore – RM 16 juta.

2.Komisen daripada pembelian saham M1 oleh Khazanah dan TM – RM 6 juta.

3.Jangkaan komisen daripada penjualan 5% penjualan saham TM kepada Temasek Holdings Singapore – RM 17 juta.

4.Jangkaan komisen daripada penjualan aset Danaharta – RM 85 juta.

5.Jangkaan komisen daripada penjualan aset sampingan FELDA kepada Temasek Holdings dan DBS Bank – RM 30 juta.

6.Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputera dalam syarikat milik asing – Syarikat 1- RM 15 juta.

7.Jangkaan komisen daripada peruntukan saham Bumiputera dalam syarikat milik asing – Syarikat 2- RM 20 juta.

Jumlah keseluruhan rasuah dan penyelewengan aset-aset strategik negara yang berjaya diperolehi oleh Khairy Jamaluddin dianggarkan bernilai RM 189 juta. Ini merupakan nilai yang dapat dilihat oleh umum.

Jadi sekarang siapa yang rasuah? Masih mahu mempertahankan pemimpin korup sebegini?

lulusan oxford,  November 26, 2007 at 4:42 PM  

Laporan akademik Khairy Jamaluddin dari suatu sumber yang dipercayai melaporkan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pemimpin yang disifatkan intelek dan bijak ini hanya lulus di Oxford dgn CGPA 2.26 sahaja.

diulangi 2.26!

lulusan oxford,  November 26, 2007 at 4:43 PM  

Laporan akademik Khairy Jamaluddin dari suatu sumber yang dipercayai melaporkan bahawa Khairy Jamaluddin Abu Bakar, pemimpin yang disifatkan intelek dan bijak ini hanya lulus di Oxford dgn CGPA 2.26 sahaja.

diulangi 2.26!

putera keling mahapura,  November 27, 2007 at 12:40 PM  

2.26?..alhai bodoh gila...di ulangi BODOH GILA si khairy ni..hihihihhihi..bodoh tapi nak berlagak pandai..memang tak guna....ni la pemimpin yg ko pertahankan..PONDAN...dpt 2.26 je?...megah berlajaq politik oxford...tapi BODOH!...

Pak Lah,  November 27, 2007 at 5:14 PM  

Haii.... penulis blog ni dah kepanasan ke?? Tajuknya menunjukkan mcm ada tekanan aje. Relaklah bro. Nak bertanding pun kecoh. Ingat KJ, musuh awak bkn d luar aje tp dlm Umno tu pun ramai yg meluat dgn awak.

zikri,  November 29, 2007 at 5:57 PM  

x kisah lah dia tu dpat 2.26.tp yg penting bukan senang bro nak masuk oxford tu.bukan calang2 org yg boleh ke situ.bukan mcm masuk LIM KOK WING,asal ada duit boleh ke sana.

aku tak kisah sesapa nak tanding ngan Khairy,walaupun aku tak kenal Taufik tu(penyanyi taufik batrisya org singapore tu aku kenal),Badrul Hisyam ke,tp yg pastinya cabaran dia nak bertanding melawan KJ adalah salah satu marketing bg mempopularkan dirinya.

walaupun mereka tahu keputusan nya mereka akan kalah pd KJ,tp dr sudut lain mereka pemenang kerana berani menonjolkan diri mereka,nama mereka untuk bersaing.

nama untuk menang memang x da lah.bila KJ menang,mereka akan berkokok pula katakan ada undi hantu.SPR tak telus.tp yg pasti nama mereka akan popular selepas ni.heh....!!!
sebab bukan bertanding melawan KJ,tp kalah menentang KJ kerana faktor SPR DAN UNDI HANTU.

*sogo hilir*

umno07 November 30, 2007 at 6:34 PM  

oi jinggo,,ko tutup je blog ni...mjority comment x suka kt kj n umno...so drpda mghabiskan duit rakyat bayar kat ko yg menegakkan kbatilan ni,,baik gna duit slesaikan msalah tol....

Siasah Islamiyah,  February 8, 2008 at 4:27 AM  

woi apa yg kj mampu buat.belom ada apa2 jawatan dlm parti sudah mau jadi hero. kj manusia perosak.dia cuba mengapikan sentimen kaum supaya bangsa melayu yg sememangnya sudah meluatt dengan umno akan terpikat. kalau berani lawan berdepan. beri pas ceramah dlm tv.atau berdebat antara kj dengan nik aziz dalam tv. sama2 kita saksikan. kalau berani aku cabar kj berdebat dalam tv dengan nik aziz.
ajak fight konon... lawan di ikat kaki tangan,senjata tidak ada. kj guna semua kemudahan kerajaan. tv akhbar semua diorg guna.

vk linggam ngan chua soi lek pon belom selesai. kalau chua soi lek dgn linggam ni pro kerajaan dah lama kena tangkap..

islam hadhari(islam bertamadun)
bahasa pon tak reti..
hadharah islamiyah (tamadun islam)
islam pendidikan :)))

Pengecut,  February 8, 2008 at 4:41 AM  

orang cerdik ialah org yg boleh mengawal emosi ketika marah. tp kj terlebih cerdik sampai kalau korang tgk peristiwa IJOK kj tak ubah beruk2 di hutan negeri sembilan.
contoh pemimpin hadhari konon..lantang bercakap nak terap nilai islam dgn bijaksana. judi masih ada.arak terbesar asia tenggara.bandar kl penuh maksiat.
apakah gejala ini hanya kerja jabatan agama..
buat pembangunan.. buat jalan raya huna duit kerajaan tp diniagakan.. kami terpaksa membayar untuk menggunakan jalan2 yg dibuat kerajaan.

Anonymous,  February 8, 2008 at 4:49 AM  

lihat beruk terlepas dari sangkar memburu mangsa di IJOK.

http://youtube.com/watch?v=3jluRm2a4YQ&feature=related

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP