Friday, November 9, 2007

Pemuda cadang sistem subsidi petrol dirombak


KERAJAAN dicadang merombak sistem subsidi bagi memastikan pengagihan lebih adil dan hanya rakyat yang benar-benar layak serta berhak, menikmati keistimewaan itu, bukannya golongan kaya.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, berkata sistem subsidi yang diamalkan sekarang bukan saja tidak adil kepada golongan miskin, malah satu pembaziran kerana turut dinikmati golongan kaya.

"Subsidi ialah untuk rakyat yang memerlukan subsidi, yang betul-betul miskin dan berpendapatan rendah. Tapi bayangkan kalau kita pergi ke stesen minyak kita nampak pak cik dengan (motosikal) kapcai nak isi minyak, dia bayar RM1.92 sen seliter.

"Lepas tu tiba-tiba datang pula Mercedes Benz tauke besar, dia bayar RM1.92 juga. Mengapa kita perlu bagi (subsidi) kepada yang sudah kaya yang membawa kereta jenama besar dan enjin berkuasa tinggi. Sepatutnya subsidi untuk rakyat biasa, untuk yang bawa kapcai," katanya ketika membahaskan usul Ekonomi dan Pendidikan.

Khairy berkata, dalam konteks harga petrol, golongan kaya boleh membayar mengikut harga pasaran atau kurang sedikit daripada harga pasaran seperti RM2 untuk seliter petrol.


Beliau yakin rakyat akan lebih sayang kepada Umno dan kerajaan jika dapat mengurangkan subsidi atau kekalkan hanya untuk rakyat yang memerlukan, manakala penjimatan wang boleh disalurkan untuk membangunkan jalan kampung dan sekolah.

Katanya, tahun ini saja kerajaan berbelanja RM35 bilion bagi bantuan subsidi, iaitu 25 peratus daripada hasil kerajaan. “Dengan RM35 bilion itu, kita boleh membina dua Putrajaya, sembilan jambatan baru di Pulau Pinang dan 500,000 rumah kos rendah.

Harga minyak yang terlalu murah menyebabkan ramai yang membazir serta membebankan negara pada masa depan kerana mungkin terpaksa menanggung hutang, katanya.

Beliau berkata, generasi muda sekarang tidak mahu menanggung beban hutang pada masa depan terutama menjelang 2011 Malaysia akan menjadi negara pengimport minyak.

Mengenai kemungkinan harga petrol dinaikkan, Khairy berharap kerajaan membuat pengumuman awal jika memutuskan mahu menaikkan harganya.

"Kita semua tahu kerajaan berjanji tidak akan menaikkan harga minyak tahun ini. Tahun depan, saya tak tahu kerana tekanan harga minyak pasaran dunia hampir mencecah AS100 dan kerajaan mungkin perlu menaikkan harga.

"Tapi saya minta kalau nak naikkan harga bagilah notis awal sikit. Jangan naikkan harga mendadak. Jangan umum hari ini, esok harga naik," katanya. Khairy juga berkata, isu rantaian pembekalan bahan pembinaan dan industri adalah antara faktor paling penting bagi menjayakan agenda Melayu kerana ia dimonopoli bangsa lain.

"Dalam sektor pembinaan, bahan binaan dikuasai bukan Melayu. Jadi, bila kontraktor Melayu beli harga lebih tinggi daripada harga kontraktor yang bukan Melayu dapat," katanya.

Beliau memberi contoh bagaimana isu monopoli dalam rantaian bekalan memberi kesan sehingga beberapa akhbar utama yang sepatutnya menyiarkan ucapan Presiden dalam edisi semalam, tidak dapat mencetak akhbar kerana masalah vendor atau pengedar bercuti sempena Deepavali.

"Pada hari ini, inilah kali pertama dalam sejarah Perhimpunan Agung Umno yang sudah 58 kali diadakan, ucapan Presiden tidak dapat dibaca rakyat umum," katanya yang menyifatkan ia contoh kegagalan Melayu menguasai rantaian bekalan kerana menganggap vendor atau pengedar akhbar tidak penting

36 comments:

Anonymous,  November 9, 2007 at 12:07 PM  

It is good to think that the poor need the sub petrol. But not just the poor need the sub petrol, we average income people also need the sub petrol too.

We have no choice but have to use car to travel to work. Our transportation system such as LRT, KTM, Bus and others in Malaysia don;t have the standard.

Barisan Rakyat,  November 9, 2007 at 2:24 PM  

BN menang minyak naik 70 sen.Barisan Rakyat menang mionyak turun 50 sen.

mat bond,  November 9, 2007 at 2:51 PM  

Memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, polis tidak akan teragak- agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu daripada diadakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka di sini Sabtu ini kerana ia mampu mencetuskan kekecohan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya, memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu dari diadakan.

bro_jinggo November 9, 2007 at 3:05 PM  

PERHATIAN KEPADA ORANG PAS DAN PKR, JIKA MAHU BUAT ARTIKEL SILA POSTING KELAMAN WEB ATAU BLONG ANDA SENDIRI.ADAKAH RUANG DILAMAN WEB ATAU BLOG ANDA TIDAK CUKUP BESAR ATAU KURANG PERHATIAN PEMBACA2.

DISINI BUKAN TEMPAT POSTING ARTIKEL.

JANGAN MARAH JIKA POSTING ANDA DIPADAM.

SALAM HURMAT.

Pejuang rakyat,  November 9, 2007 at 5:03 PM  

haitt penakut juga bro jinggo kata berani sangat,,,UMNO pondan,bacul.. jagalah perut dan kocek kamu

parangsasau,  November 9, 2007 at 7:34 PM  

Pembangkang memang bodoh... tak tau menggunakan peluang yang dah diberi.

Orang suruh buat komen diorang posting artikel pulak kat sini.

Bengap betul.

UMNO bukan penakut, Tapi kata Pak Lah... pantang dicabar.

bro_jinggo November 9, 2007 at 7:54 PM  

Usul yang dibawa oleh Khairy mendapat pujian dari Najib dan Pak Lah.

Tindakan bijak Khairy tersebut, sedikit sebanyak dapat menyumbang kearah pembangunan negara.

Inilah pemimpin yang kita mahukan... berfikir secara bijak, bukannya, bertindak tidak mengunakan otak.

Sikit-sikit refomasi, bakar jalur gemilang, rosakkan kegunanan awam.

Beruk2 jalan ini seharusnya disumbat kedalam penjara. Biar padan muka diorang. Perosak bangsa.

Anti Perkauman,  November 10, 2007 at 12:53 AM  

Yg bakar bendera tu ialah pemuda umno sendiri.Hingga sekarang knp tak dakwa org yg bakar bendera tu..Yang kena dakwa ialah org join himpunan.Sah yg bakar bendera tu UMNO Barua

MR. November 10, 2007 at 3:57 AM  

Bagus jugak tu ... org yg pakai merc dan JUGAK VOLVO cam Khairy se-elok2nya tak diberikan subsidi langsung betul tak??

ORg yg middle-class cam kami ni yg memerlukan subsidi sebab kene gi kerja naik keta ...

org miskin juga memerlukan subsidi, tetapi jumlah minyak yg mereka perlukan kurang sedikit dari kami yg perlu pergi ke kerja setiap hari menggunakan kereta ..

org bisness termasuk khairy ni sepatutnya tak payah subsidi langsung ... semua duit kos minyak dah masuk dalam quotation ... bukannya keluar duit sendiri pun!!

Anonymous,  November 10, 2007 at 5:00 AM  

mat bond said...
Memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, polis tidak akan teragak- agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu daripada diadakan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengingatkan orang ramai supaya tidak menyertai perhimpunan yang dirancang di Dataran Merdeka di sini Sabtu ini kerana ia mampu mencetuskan kekecohan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

Katanya, memandangkan perhimpunan yang bakal diadakan tidak mendapat permit, polis tidak akan teragak-agak untuk bertindak tegas bagi menghalang perhimpunan itu dari diadakan.

November 9, 2007 2:51 PM

Alangkah dayus BN sedangkan perhimpunan setiap kali anjuran pemuda UMNa yg sekelumit itu diberi permit kenapa yang perhimpunan anjuran BERSIH tidak diberi permit. Ini adalah gambaran dwi standard amalan ala2 yahudi kerajaan kepada rakyat Malaysia. Pertubuhan sah dan berdaftar seperti pembangkang dinafikan hak dan kebebasan media, peluang menerangkan kepada rakyat, salah laku ahli politik rasuah, pemberian projek ala kroni dan pelbagai kebobrokan yang akan mendapat pembalasan di akhirat kelak. Justeru diucapkan mereka bahawa demokrasi hanya mengundi pada setiap 5 tahun itu pun macam perlantikan ketua darjah sekolah rendah.

Kalau berani dan jantan ! kenapa tidak dianjurkan perhimpunan UMNO mendesak agar dibatalkan terus pilihanraya dan kita akan dipandang sebagai negara secara authoritarian.. kan lebih senang..

Kalau permilihan UMNO pandai pulak tak boleh berkempen, menganjurkan jamuan, membawa melancong dan pelbagai etika bagi memilih kepimpinan parti yang busuk dan berulat dan parti yang penuh dgn rasduah TETAPI apabila memilih kerajaan rakyat disogok bagaikan memberi habuan dan hadiah dengan segala sumber harta yang haram hatta kalau masa itu kalau diminta sungai pun dapat...

Bangunlah wahai bangsaku....
Jangan jd pengecut kerana bersendikan kuasa..
Neschaya tidak lama..
balasan mungkin di dunia...
tapi yang lebih ditakuti akhirat jua..
kekal dan tidak mampu dihindari walaupun sebesar zarah cuma..
bertaubatlah AHLI-AHLI UMNO..
Pintu taubat masih terbukaa.. Kerana dosa dgn ALLAH TAALA.. senang selagi nyawa belum dikeronkongnyaa..
NAMUN DENGAN MANUSIA ... DITAKUTI AKAN MUFLIS DI AKHIRAT JUA...
..ikhlas dari saudara seagama...

Anonymous,  November 10, 2007 at 8:32 AM  

Siapa bermenantukan BERUK?
Posted on Saturday, November 10 @ 07:02:32 MYT by Webmaster


Oleh Bekas Pemuda UMNO

Heboh panggilan beruk terhadap mereka yang akan berhimpun di jalan raya pada 10hb Nov 2007. Apabila dipersoalkan mengenai tindakan beliau sewaktu membantah kehadiran Condoleezza Rice’s di Malaysia, beliau menjawab mereka ada permit. Dengan itu membezakan antara beruk atau tidak beruk adalah permit polis dan bukan perkara – perkara lain.

Namun sesuatu yang pasti ialah apabila sesuatu demonstrasi mahu dilakukan maka beberapa perkara seperti halangan jalan raya, tempat awam dan sebagainya perlu dikaji sebelum meluluskan permit.

Oleh itu permit polis mungkin di peroleh oleh Khairy Jamaluddin selaku Pemuda UMNO untuk berhimpun dan berarak di KLCC menuju ke kedutaan Amerika dan polis dapati perhimpunan itu tidak akan menghalang jalan raya atau mengganggu lalu lintas. Sebenarnya mungkin kenyataan Khairy bahawa dia ada “protection” seperti yang tertera pada kenyataan beliau dalam Akhbar The Star 03 November 2007 adalah alasan yang lebih konkrit untuk polis mengeluarkan permit.

Apa pun alasan sebenarnya adalah sekiranya mahu membuat sebarang demonstrasi dan membolehkan untuk permit dikeluarkan adalah seperti berikut:

1. Demonstrasi itu MESTILAH tidak membantah sebarang dasar atau tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

2. Demonstrasi itu MESTILAH membantah perkara-perkara lain atau dasar negara lain.

3. Permit akan dikeluarkan biarpun melintasi jalan sesak dan mengganggu jalan raya sekiranya ia dipohon oleh Pemuda UMNO dan khususnya Khairy Jamaluddin.

4. Permit tidak akan dikeluarkan sekiranya ia dianjurkan oleh pembangkang atau NGO yang menyokong pembangkang.

5. Beruk tidak boleh memohon permit kecuali menyokong kerajaan dan sekiranya beruk menyokong kerajaan maka statusnya bukan lagi beruk tetapi jadi Pemuda UMNO.

Mungkin inilah yang dikatakan demokrasi. Mungkin inilah membuat kita tertanya-tanya siapa itu beruk dan siapa bukan. Mungkin yang dapat pisang itu beruk atau mungkin yang takut itu beruk? Entah satu persoalan yang agak sukar di Malaysia, menentukan siapa berok dan siapa yang mungkin bermenantukan beruk. Payah benar negara kita ini.

kiriman bekas Pemuda UMNO

Anonymous,  November 10, 2007 at 11:55 AM  

People like Khairy must pay more for petrol. They should pay more then the normal price. Maybe like RM4 per litter. Then people like us who is in the middle class who need to travel then pay for average maybe RM2. That is call fair cause the wealth from natural resources should be share for the people like us, not people like Khairy who get all the benefits.

zikri,  November 10, 2007 at 2:18 PM  

saya setuju dgn cadangan KJ agar subsidi petrol ini dikhususkan pada org2 yg benar2 memmerlukan subsidi,org2 yg berpendapatan rendah.tapi dari segi perlaksanaannya saya berpendapat agak sukar.

khuatir mungkin akan ada golongan individu yang akan mengeksplotasikan petrol ini untuk mengaut keuntungan yang lebih.ini juga akan merugikan negara.

Seperkara lagi tentang subsidi yang perlu kita lihat dari pinjaman pelajaran dan perubatan.hanya pelajar2 yang benar2 dtg dari keluarga yg berpendapatan rendah sahaja wajar diberikan pinjaman.dgn cara ini akan mendidik keluarga2 org melayu yg agak stabil kedudukan kewangan mereka memulakan disiplin menabung demi masa hadapan anak2 mereka."PERLU ADA MISI" untuk anak!!

yg ada amik pinjaman dr dana PTPTN pun skrg liat nak byr.x kan nak suruh kerajaan tanggung lg.ini tdk adil bg mereka yg kemudiannya nak guna tabung tersebut.

begitu juga perubatan di hospital kerajaan.kita boleh mengurangkan subsidi dgn mengenakan separuh bayaran perubatan bg pegawai atasan kerajaan,swasta.sementara yg berpendapatan rendah dikecualikan.

duit ini td boleh kita gunakan untuk meningkatkan lg taraf kemudahan dan perkhidmatan hospital kerajaan agar setanding dgn hospital2 swasta yg lain di negara.


Apa plak nak turun kan harga minyak 50sen.sapa nak tanggung rugi.

zainal abidin bin muhamat ringai,  November 10, 2007 at 6:42 PM  

kepada encik zikri....

kalau minyak diturunkan... kita cover balik duit tu kat mana tau.... kita tak payah buat benda yg membazir seperti bayar komisen rm400juta kt razak baginda... tak payah hanta pelancong angkasa rm100juta...

tu belum sebut lg rasuah itu ini yg berbilion ringgit... yerr encik zikri kat situla kita topup duit yg turun hrga petrol tu... ddgn ringkasnya kita pulangkan balik duit tu kt rakyat... bukan ke rakyat membayar cukai encik zikri

sekian

Anonymous,  November 10, 2007 at 9:56 PM  

The tasks of defending lies
and weak leaders/systems are getting extremely harder.

They are not defending "ketuanan melayu" crap except their position and pocket. All these talk are suitable only to kampung folks who doesn't even have an internet account.

Cara Zainudin Maidin di-temu bual oleh Al Jazeera amat memalukan.
Betul2 haprak punya menteri.Rakyat dah kenal yang mana hak yang mana bathil.

Tak kan semua nak spin kot? Matlamat menghalalkan cara gitu?
Berdosa tau...anyway BERSIH has fulfilled their task successfully.
Bravo.

Anonymous,  November 10, 2007 at 11:27 PM  

perhimpunan telah berjaya mencapai matlamat! baik kamu gulung tikar lah bersama budak-budak terencat akal di tingkat 4 lah! Hai Khairy tak payah bazir lagi wang! Berambuslah! Karier politik kamu yang sangat kebudak-budakan itu dah tamat! Hahaha! macam roti yang telah expired! Booh!

Anonymous,  November 10, 2007 at 11:41 PM  

Apa pemuda ingin merompak rakyat lagi? Wah ! Hebat ye! Dah ketua serta naib pun memang terkenal sebagai perompak! Ini nak perkenalkan ilmu perompak pulak! Wah ! Tahniah khairy kerana menjadi perompak nombor satu negara! Yelah nanti geng mat rempit kamu tu kebulur pulak ye! Race motor pun nak pakai petrol ye tak? Hisham nak beli Hummer kedua ke? Azeez pula? Rolls Royce? Huuih Ganas sungguh nafsu kamu bertiga ye! Geng perompak negara rupanya!

Anonymous,  November 11, 2007 at 1:07 AM  

Tindakan polis, FRU cetuskan kekecohan di Masjid Jamek
___________________________________

Salmiyah Harun | Foto Nasir Sudin
Sat | Nov 10, 07 | 7:10:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 10 Nov (Hrkh) - Belumpun Perhimpunan Aman Rakyat dimulakan, pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) mengepung lebih 5 ribu peserta yang berhimpun di Masjid Jamek dekat sini.

Tiga trak water canon dan 50 anggota FRU memenuhi sepanjang jalan di bawah stesen LRT Masjid Jamek jam 2.30 petang.

Jalan Tun Perak yang biasanya mengalami kesesakan sepanjang hari, ditutup polis dari kedua-dua arah.

Suasana pada awalnya agak terkawal apabila kira-kira 100 anggota Unit Amal PAS yang membuat barisan ditengah-tengah jalan terbabit untuk mengawal para peserta himpunan supaya tidak dikacau oleh pihak polis.

Selepas itu, tiga trak water canon mengambil posisi di hadapan simpang Dataran Merdeka dan terus mara di tengah-tengah himpunan.

Keadaan menjadi lebih kecoh, apabila FRU mengeluarkan arahan menghalau para peserta himpunan yang mula mara ke Dataran Merdeka.

Dengan laungan takbir 'Allahuakbar; Lailahaillah berulang-ulang kali,dengan tidak menghiraukan arahan polis itu, menyebabkan FRU melepaskan semburan asid kepada orang ramai yang berada di hadapan bangunan bank OCBC, setesen LRT, dan kedai-kedai yang berada di sepanjang jalan bawah LRT.

Hampir setiap sudut dan kedai-kedai di sepanjang masjid jamek di sembur oleh FRU, keadaan menjadi kelam kabut dan masing-masing peserta berlari bertempiaran mengelak daripada terkena semburan asid.

Walaupun dalam keadaan hujan yang amat lebat, orang ramai tidak putus asa sambil mengarahkan kumpulan mereka supaya terus mara ke Dataran Merdeka sementara FRU tidak memuntahkan semburannya.

Bagaimanapun, ramai di kalangan peserta yang kena semburan air agak keletihan dan tidak terdaya dengan mata dan kulit muka kemerah-merahan akibat terkena semburan air yang mengandungi bahan 'Chemical'.

Ketika ini kedengaran para peserta himpunan menjerit 'cepat.. bergerak' berulang kali meminta para peserta terus mara ke Dataran Merdeka.

Bendahari PAS Pusat, Dr Hatta Mohd Ramli yang merupakan ketua peserta himpunan di Masjid Jamek terus meminta semua peserta mara ke Dataran Merdeka.

Dalam keadaan para peserta sedang mara ke Dataran Merdeka, FRU sekali lagi menghala semburan kepada mereka menyebabkan keadaan menjadi kecoh dan kelam kebut dan mereka berlari bertempiaran sambil menjerit-jerit.

Beberapa minit kemudian, para barisan FRU yang terdiri daripada 10 orang sekali gus melepaskan tembakan gas pemedih mata di hadapan Stesen LRT Masjid Jamek dan di celah lorong ke Masjid India menyebabkan para peserta himpunan lari menyelamatkan.

Malah ada beberapa peserta yang memberanikan diri mengambil semula peluru gas pemedih mata yang jatuh di hadapan mereka dan membalingkan semula ke arah pasukan FRU walaupun berhadapan dengan risiko sesak nafas dan pedih mata.

Ekoran daripada tindakan ganas FRU yang melepaskan sepuluh peluru gas pemedih mata sekali gus menyebabkan para peserta himpunan seperti putus asa dan undur semula ke arah perkarangan Masjid Jamek.

Ada di antara peserta yang terpaksa kembali ke masjid untuk mengelak dari terkena gas pemedih mata malah ada di kalangan mereka terbahak-bahak sehingga termuntah kerana terhidu gas pemedih mata.

Segerombolan FRU mengejar para peserta himpunan menyebabkan mereka terpaksa berlindung di kawasan masjid, di samping itu kira-kira 20 orang FRU berbaris sambil memegang perisainya di hadapan pintu pagar masjid menyebabkan para peserta himpunan tidak dapat keluar.

Hampir setengah jam, para peserta tidak kira tua, muda, remaja, bahkan kanak-kanak terpaksa berlindung seketika di dalam Masjid Jamek sambil membersihkan muka yang terkena semburan asid dari FRU.

Akhirnya peserta himpunan berunding dengan pihak FRU untuk keluar dari kawasan masjid dan memberitahu mereka para himpunan akan bersurai.

Kelihatan para peserta memecat semula baju kuning mereka sebagai taktik untuk keluar dari perkarangan masjid kemudian selepas itu mereka memakai semula 'T-Shirt Bersih untuk sama-sama berarak ke Istana Negara. - mr

Anonymous,  November 11, 2007 at 4:02 PM  

saya cadangkan khairy dan geng dia letak jawatan segera! Rakyat dah tak pedulikan kamu! Dollah baik bungkus ler tikar kamu tu! Dah tak boleh pakai ler temberang kamu tu! Rashid kau tu pun sama! Berambus ler! Boo! Boo!

bro_jinggo November 12, 2007 at 9:01 AM  

Perhimpunan bersih memalukan negara. Seluruh negara melihat akan kebodohan yang dilancarkan oleh parti pembangkang. Orang yang bodoh dan beruk saja yang menyertai perhimpunan bodoh tersebut. Buat malu saja.

Kecekapan polis dan FRU memantau keadaan supaya tidak menjadi ganas perlu diberi pujaan.

Jika pihak polis dan FRU tiak memainkan peranan pada hari tersebut maka beruk2 jalan pasti naik kepala, merosakkan harta kerajaan dan yang memalukan sudah pasti berlakunya pertumpahan darah.

Beruk2 jalanan ini sepatutnya tidak harus diberi muka. Perosak bangsa.

Rakyat tidak mahukan refomasi lagi. Rakyat sekarang sudah tahu yang mana baik dan buruk. Rakyat sudah tidak terpedaya dengan sendiwara Anwar lagi.Rakyat mahukan keamanan bukannya keganasan.

Sedarlah...

parangsasau,  November 12, 2007 at 9:15 AM  

>>>>Apa pemuda ingin merompak rakyat lagi? Wah ! Hebat ye! Dah ketua serta naib pun memang terkenal sebagai perompak! Ini nak perkenalkan ilmu perompak pulak! Wah ! Tahniah khairy kerana menjadi perompak nombor satu negara! Yelah nanti geng mat rempit kamu tu kebulur pulak ye! Race motor pun nak pakai petrol ye tak? Hisham nak beli Hummer kedua ke? Azeez pula? Rolls Royce? Huuih Ganas sungguh nafsu kamu bertiga ye! Geng perompak negara rupanya!
----------------------------------

Inilah sifat orng yang kecewa denganm UMNO dan orang yang lembap fikirannya.

Mungkin orang diatas tidak faham misi yang diutarakan oleh Khairy kerana otaknya sudah beku dan tidak boleh berfungsi langsung. Kesihan sungguh.

Sila baca dengan teliti artikel "Pemuda cadang sistem subsidi petrol dirombak" dan fahamkan.

ANAKomak,  November 12, 2007 at 10:12 AM  

Tips dan Pesanan mereka yang taat dengan BERSIH.
Pesanan oleh: ANAKomak


Wah…dahsyat sungguh promosi BERSIH yang punyai hasrat untuk mengadakan Perhimpunan Aman dan Bersih di Dataran Merdeka 10 November ini. Rasa kagum dengan usaha mereka tetapi harus di ingat kepada mereka yang bakal meramaikan Dataran Merdeka nanti.

Disini penulis berkongsi pendapat dengan seorang hamba Allah yang turut sama memberi tips dan pesanan buat mereka yang menyertai perhimpunan itu nanti:-

1) Hati-hati dijalanraya jangan berdiri tengah jalan takut kena langgar.

2) Datang awal supaya wajah mudah di cam SB.

3) Makan kenyang-kenyang dan sedap-sedap takut masuk lokap tak dapat makan.

4) Pakai seluar ‘boxer’ sebab kalau kena bogel ada seluar boxer.

5) Jangan bawa senjata merbahaya sebab polis dengan FRU dah bawa dah, jadi tak perlu bawa.

6) Kereta letak tempat mudah nak keluar sbb senang lari dan tak perlu bayar parking.

7) Yang berbadan besar jangan pakai baju kuning, cukup ikat kepala sahaja dengan kain kuning sebab nanti ingat tengah buat iklan DIGI pulak?
8) Gosok gigi dan senyum sentiasa sebab wajah anda akan di rakam polis.

9) ‘Training’ joging 2-3 hari sebelum sebagai pemanas badan apabila lari di kejar polis dan anjing anti rusuhan.

10) Pagi-pagi tak payah mandi sebab FRU dengan polis akan mandikan anda dengan menyimbah air berwarna khas berfungsi sebagai bukti anda berada di situ menyertai perhimpunan haram.

11) Kalau kena belasah polis diam saja dan jangan melawan, kalau tak lagi teruk kena, jadi senyum je sebab memang dah buat salah.

12) Jangan bawa beg sebab susah nanti hendak bawa sama sewaktu berlari dari polis dan beg juga meningkatkan kebarangkalian anda ditangkap.

13) Pakai ‘sun-block’, mana tau yang putih bertukar gelap muka nak masuk surat khabar nanti, polis ambil jadi kenalah berseri-seri sikit.

14) Mana-mana yang kerja kerajaan dan swasta yang nak ‘join’ perhimpunan, sebelum pergi, siap-siap hantar surat letak jawatan dan ‘training bussines @ kerja sendiri. Sebab kalau kena tangkap ‘sure’ kena buang kerja. Merana anak bini...

15) Sebelum keluar rumah untuk ke perhimpunan, cium dan sayang anak dan isteri puas-puas kerana takut tak jumpa dah, kalau nak jumpa pun dekat lokap atau kubur...

16) Kalau polis lontar pemedih mata, bertahan... buat-buat macam kita di Cameron Highland, berkabus... macam cerita Hindustan.

17) Kalau kena tangkap dan kena bawa ke balai... puji dulu polis sebab hebat, berjaya jalankan tugas, kacak... kemudian kata “saya tak ‘join’ tapi tengok-tengok sahaja...” InsyaaAllah anda tetap kena dakwa...

18) Sebab perhimpunan ni ISLAMIK jangan ada pula geng-geng anda yang berpegang tangan lelaki dan perempuan apatah lagi dengan orang kafir... kerana Hadi Awang ada kata dalam amanat dia... " kalau kita bersekongkol dengan orang kafir, kita pun kafir..!!" Macam mana ya... kafir ke kita? ke ada pertimbangan khas... kira kita buat boleh orang lain tak boleh, harammm.....

19) Jangan pakai topeng atau topi kaledar...nanti andalah orang pertama yang menjadi mangsa kalau FRU bertindak merempuh perusuh....

20) Pastikan ada mahir dengan selok belok bangunan dan jalan dengan lakukan ‘survey’ siap-siap. Kalau tak mahir baik jangan datang sebab nanti tak tahu mana nak lari....

Orang PAS jangan lupa tema warna kuning? Nanti tersilap sangka, siang-siang tengahari buta ada bulan mengambang

semoga berjaya... pulang dengan selamat dan pulang tanpa menggadaikan negara...

wanperkasa,  November 12, 2007 at 3:21 PM  

Emm... rupanya, KJ ni bernas pendapatnya, apa la nasib orang dengki sangat kat dia ni ye? Pemimpin muda sebeginilah yang sepatutnya di pertahankan untuk menyuarakan suara daripada rakyat, dah rezki dia jadi menantu Pak Lah, pakej yang hampir lengkap menjadikannya seorang pemimpin muda yang popular kini...

Dr. Stein,  November 12, 2007 at 4:52 PM  

beruk jinggo opss bro jinggo sorry....

usul yg dibawa khairy mendapat pujian dari najib dan paklah hahahaha...hebat sgt ke mereka berdua tu....dpt pujian dari rakyat tu ok la jugak...ini dpt pujian dari kaki tido dgn kaki perempuan...maknanya KJ tu lagi lah beruk....

woi....KJ tu lah perosak bangsa bodoh...dia tu dulu jadi beruk dulu masa perhimpunan jalanan sebelum nie kutuk US dulu...

org yg g melancung guna duit rakyat tak payah bagi subsidi...

org yg bergerak ke sana ke mari guna duit rakyat tak payah bagi subsidi....

korang cakap senang...lepas tu korang bagi kroni2 ko jek subsidi petrol...mcm ketua2 kg bagi PPRT kpd anak menantu mereka..

weiiii p jahanam la dgn cadangan bodoh KJ tu...

weiii kalau nak bantu bantu semua la bangang..sbb semua rakyat bayar cukai bodoh...

KaptenMalaysia,  November 12, 2007 at 4:58 PM  

parti paling dayus dalam dunia UMNO la...

takde telur...belum umum pilihanraya dah kempen dulu...

pastu usul rasuah dan sensitif tak bleh bincang dlm perhimpunan UMNO...apa punya parti la weiii...aku rasa Parti komunis lagi telus drpda UMNO ni hahahahaha...

perhimpunan UMNO serupa mcm perhimpunan beruk je...kosong dan takde makna...penuh dgn kelentong dan angan2 mat jenin je

bro_jinggo November 12, 2007 at 6:00 PM  

KAH!!!KAH!!KAH!!
SUNGGUH MEMALUKAN

Komen dibawah adalah artikel yang disiarkan didalam blog antykhairy.blogspot.com.

Kemungkinan artikel yang boleh diibaratkan sampah ini di muatkan didalam ruangan komen ini,untuk mencari publisiti murah.
Tak payahlah berselindung sebagai nama bekas pemuda UMNO.
----------------------------------
Anonymous said...
Siapa bermenantukan BERUK?
Posted on Saturday, November 10 @ 07:02:32 MYT by Webmaster


Oleh Bekas Pemuda UMNO

Heboh panggilan beruk terhadap mereka yang akan berhimpun di jalan raya pada 10hb Nov 2007. Apabila dipersoalkan mengenai tindakan beliau sewaktu membantah kehadiran Condoleezza Rice’s di Malaysia, beliau menjawab mereka ada permit. Dengan itu membezakan antara beruk atau tidak beruk adalah permit polis dan bukan perkara – perkara lain.

Namun sesuatu yang pasti ialah apabila sesuatu demonstrasi mahu dilakukan maka beberapa perkara seperti halangan jalan raya, tempat awam dan sebagainya perlu dikaji sebelum meluluskan permit.

Oleh itu permit polis mungkin di peroleh oleh Khairy Jamaluddin selaku Pemuda UMNO untuk berhimpun dan berarak di KLCC menuju ke kedutaan Amerika dan polis dapati perhimpunan itu tidak akan menghalang jalan raya atau mengganggu lalu lintas. Sebenarnya mungkin kenyataan Khairy bahawa dia ada “protection” seperti yang tertera pada kenyataan beliau dalam Akhbar The Star 03 November 2007 adalah alasan yang lebih konkrit untuk polis mengeluarkan permit.

Apa pun alasan sebenarnya adalah sekiranya mahu membuat sebarang demonstrasi dan membolehkan untuk permit dikeluarkan adalah seperti berikut:

1. Demonstrasi itu MESTILAH tidak membantah sebarang dasar atau tindakan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia.

2. Demonstrasi itu MESTILAH membantah perkara-perkara lain atau dasar negara lain.

3. Permit akan dikeluarkan biarpun melintasi jalan sesak dan mengganggu jalan raya sekiranya ia dipohon oleh Pemuda UMNO dan khususnya Khairy Jamaluddin.

4. Permit tidak akan dikeluarkan sekiranya ia dianjurkan oleh pembangkang atau NGO yang menyokong pembangkang.

5. Beruk tidak boleh memohon permit kecuali menyokong kerajaan dan sekiranya beruk menyokong kerajaan maka statusnya bukan lagi beruk tetapi jadi Pemuda UMNO.

Mungkin inilah yang dikatakan demokrasi. Mungkin inilah membuat kita tertanya-tanya siapa itu beruk dan siapa bukan. Mungkin yang dapat pisang itu beruk atau mungkin yang takut itu beruk? Entah satu persoalan yang agak sukar di Malaysia, menentukan siapa berok dan siapa yang mungkin bermenantukan beruk. Payah benar negara kita ini.

kiriman bekas Pemuda UMNO

November 10, 2007 8:32 AM
-----------------------------------
Artikel diatas adalah kiriman dari moderetor antikhiry.blogspot.com
sungguh memalukan.

Kesian!!! tak pelah bro_jinggo takkan padam tulis anda biarlah kebodohan anda terserlah disini.

Sampah pun sampah la.

ujang_ NS,  November 12, 2007 at 6:08 PM  

Apo bangang eh kau jang.. Orang buek komen kau tulis artikel bangang dalam ruangan komen ni apo pasal. Kau gilo ko.

Blog kau tak do orang nak baco ko??
gilo sakan kau promot cito bodoh kau tu dalam ruang komen ni.

Apo bangang eh kau ni jang. kau tak pui sokolah ko dulu, jang.

Nampak sanggat kau ni bangang boto la... antikhairy konon...
sudahla jang lupokan sajo lah niat burok kau tu...

Kalau macamni la caro kau buek cyber war kau... buek malu jo.
dah la tak yah la tekoncing dalam seluar lagi.Baik kau buek blog baru. Sokong Khairy ko. buang maso jo kau nak antikhairy ni... tak baik memfitnah orang.

Anonymous,  November 13, 2007 at 4:13 PM  

Salam perjuangan,

Kepada Pemimpin yang mencadangkan rombak sistem subsidi petrol.

1. Setakat bagi cadangan semua org boleh bagi... sebelum tu sebagai pemimpin jadilah bijak sikit, jangan jadi pemimpin cakap berdegar2 tapi kosongggg...

2. Kenalah fikir prosedur... cara nak implement... penguatkuasaan... setakat cadangan yg tak boleh buat baik tak payah cakap...

3. Macam mana nak define org susah dpt dan org kaya tak... nak bezakan tu... prosedur dan implimentasi... sistem nak buat macam mana... complicated bro... 75% takkan boleh... ada ke negara berjaya buat camtu.... yg buat ada tp byk yg salah gunakan...

4. So bro lain kali jadilahpemimpin yg berilmu... matang dan berfikiran jauh... jgn pandai cakap je.. keje pun kene jugak panadai... khairy kata smart thingking... keje kuat je tak tentu boleh berjaya... contoh khairy keje sikit tapi smart tu naik cepat...

ok... renung2 kan selamat berjuang

KaptenMalaysia,  November 13, 2007 at 4:39 PM  

kepada beruk2 pro_KJ....

apa korang ingat paklah chairmain pekida rakyat takut ke...weiii brp ramai org pekida yg ada kat Malaysia ni...boleh tahan ke pelempang/penyepak 100K lebih rakyat jelata...

UMNO parti bacul la weii....

confirm bacul sbb manusia dia berani sembur air tapi babi kat melaka jgn kata nak pindahkan nak sebut nama penternak babi pun terketar-ketar...

memang ketua2 korang bacul la weii...

sudah2 la tu.........insaflah

cari la pemimpin yg tak takut dgn penternak babi...

aku takut lama2 korang bertukar dari beruk terus jadi babi hahahahaha

edenha_za,  November 13, 2007 at 7:54 PM  

anonymous....aku suka komen ko pasal subsidi petrol...

kita mahu cadangan2 yg bernas...maybe ko ada cadangan mcmana nak laksanakan program tu...

idea mmg nak buat subsidi tu bagus...

edenha_za,  November 13, 2007 at 8:21 PM  

saya bukan sekadar bersetuju dgn subsidi petrol,malahan penggunaan semula bahasa melayu bg mata pelajaran sains dan metamatik juga adalah sgt bertepatan.

jika diteruskan penggunaan bahasa inggeris bagi kedua2 subjek tersebut saya berpendapat org2 melayu generasi yg akan dtg akan tidak mengenali lg istilah2 nombor,darab,bahagi,campur,tolak dll dlm bahasa melayu.sebaliknya istilah2 tersebut hanya dikenali dgn nama2 inggeris.

seperkara lg,bg pelajar2 melayu yg tdk mahir menguasai bahasa inggeris,akan turut sama terjejas penguasaan ilmu mereka bg kedua2 matapelajaran tersebut.

ini akan melemahkan lg bangsa kita.walau apapun,bukanlah saya menolak bahasa inggeris itu sbg bahasa yg penting dlm dunia hari ini.bahasa inggeris harus dipelajari dan dikuasai oleh semua org terutama org2 melayu agar mereka tdk terus ketinggalan.

saya mencadangkan agar Dewan Bahasa Dan Pustaka memacu dgn lebih kuat lg setiap tahun dlm menghasilkan buku2 ilmiah atau buku2 tentang sains,perubatan,kejuruteraan dll yg ketika ini bnyk terdpt dipasaran dlm bahasa inggeris agar diterjemahkan dlm bahasa melayu.(Bahasa Malaysia)

Saya fikir kemajuan org2 melayu dpt dipertingkatkan lg dgn lebih cepat apabila bnyk buku2 rujukan ini terdpt dlm bahasa melayu.

Jika kita perhatikan di kebanyakkan toko2 buku ketika ini,majalah,atau buku2 yg berbahasa melayu lebih kpd bercorak hiburan tentang artis,mistik,novel2 cinta yg tah apa2...

inilah yg menyebabkan org2 melayu leka dan dungu.

Saya harap sebelum negara kita mencapai negara maju sepenuhnya menjelang 2020,di setiap rak buku-buku sprt MPH,KONIKUNINYA atau apa2 aje kedai buku akan dipenuhi dgn buku2 ilmu berbahasa melayu.


*org sogo

bro_jinggo November 14, 2007 at 9:59 AM  

Semangat perjuangan yang macam inilah yang kita mahukan.

Saya setuju dengan pendapat yang diberikan oleh edenha_za, *org sogo .

Majukan bangsa kita sendiri dahulu, bukannya bunuh orang melayu sendiri demi kepentingan parti dan hak individu.

Dr. Stein,  November 14, 2007 at 10:58 AM  

Kepada yg kutuk perhimpunan BERSIH dan penyokong setia UMNO tahniah anda terbukti seorang yang begitu tinggi semangat cintakan Paklah dan menantu beruknya . Namun begitu boleh diperincikan anda juga seorang yang disenaraikan seperti berikut:

1) suka makan pisang (mcm beruk)
2) rela diperbodohkan UMNO setelah mendapat habuan pisang tersebut.
3)tak tahu undang2 hak asasi manusia
4)matematik fail( UPSR)
5)taksub dgn pemimpin yg kuat tidur mcm paklah.
6)pengkhianat bangsa melayu
7) muslim dgn mahzab imam Hadhari (mahzab ni lebih suka anjur konsert2 dan pesta2)
8)fitnah pembangkang kafir sedangkan dia tak tau dia tu yang dia dah lama kafir.
9)tak sayang keturunan dia masa hadapan kelak (suka tgk anak cucu dia merempat masa akan dtg)
10)minda bukan setakat cetek malah dungu.(tak bleh nak beza samada diri dia dikelentong atau tidak oleh BN)
11)tak tahu warna kuning itu warna di Raja sbb tu rakyat membawa tema warna kuning.
12)selalu percaya kelentong dan fitnah ketua2 UMNO mereka terhadap pembangkang.(org jenis ni kalau ketua2 diorg ckp lembu boleh berkata2 pun silap2 diorg percaya)
13)tak emosional langsung walaupun kena tipu berkali-kali(org jenis memang takde perasaan malu)
14)suka menyokong membuta tuli ketua2 dungu mereka (kalau sokong membuta tuli ketua2 pembangkang yang berwibawa takpe asalkan jgn ketua2 dungu mcm UMNO)
15)berpendidikan tapi dungu dan tahap kebodohan menyamai org tak habis sekolah rendah.
16)tak suka langgar undang2(kononnya) tapi bodoh pasal undang2.
17)suka berkawan dgn penternak babi
18) memandang babi lebih mulia dari manusia.
19) tak rasa bersalah bila tertembak manusia tapi kecut telur tgk babi
20) suka harga barang2 naik sbb mereka2 ni jenis berduit dan tak kisah sbb tiap2 bulan tokey judi dan penternak babi sponsor duit poket.
21)yang ketara suka sebut slogan HIDUP MELAYU masa perhimpunan tapi kat belakang kasi jahanam bangsa MELAYU.

kakitidur November 14, 2007 at 2:06 PM  

parangsasau.
Kau ni dungu ke. Kan aku kata nama kau tak masuk book. Tak payah nak bodek lagi kan aku ada.Aku boleh buat tu semua. Apa akaun no. kau aku bank-in 10 sen.

Anonymous,  November 15, 2007 at 10:04 AM  

Salam Perjuangan

Nak tau fakta tak?

tau cerita angan-angan mat jenin? tau sapa reka? org inggeris la... dia reka cerita tu sebab takut org melayu memasang angan-angan... jadi dia buat cerita betapa bahayanya berangan sbb akan mendatangkan malapetaka dan kecelakaan. Macam cerita tu lah sbb angan-angan mat jenin jatuh pokok... sbb depa nak kita org melayu patah nemangat awal-awal dan tak berusaha mencapai angan-angan tu...

Tapi sebenarnya... inggeris tak mahu kita berangan-rangan. Sbbnya bermula dengan angan-angan
menjadi impian...
kemudian jadi cita-cita... kemudian jadi satu azam... kemudain jadi satu usaha... dan akhirnya yang dulunya angan-angan jadi satu eknyataan kerana usaha keras gigih dan tekad yg membara...

apa yg inggeris takut dan akhirnya menjadi kenyataan? org melayu berjaya tuntut kemerdekaan...

Percayalah setiap suatu perkara dan kisah kejayaan bermula dengan angan-angan kosong yg di usahakan dan dikembangkan di sertakan usaha gigih serta tekad akhirnya mencapai kejayaan.

macam cerita minyak nie... angan-angan nak bagi subsidi mengikut taraf hidup... senang citer susah dapat subsidi klu dah senag tak dapat... baguslah angan-angan nie.. idea dah ada... usahakan hingga mencapai kejayaan... amin...

renung-renungkan, selamat berjuang

zikri,  November 15, 2007 at 1:26 PM  

kepada zainal abidin bin muhamat ringai

kalau minyak diturunkan... kita cover balik duit tu kat mana tau.... kita tak payah buat benda yg membazir seperti bayar komisen rm400juta kt razak baginda... tak payah hanta pelancong angkasa rm100juta...

tu belum sebut lg rasuah itu ini yg berbilion ringgit... yerr encik zikri kat situla kita topup duit yg turun hrga petrol tu... ddgn ringkasnya kita pulangkan balik duit tu kt rakyat... bukan ke rakyat membayar cukai encik zikri

sekian

November 10, 2007 6:42 PM

pelancong kat angkasa tu satu pencapaian hebat utk negara.itu bukan satu pembaziran,tp kemajuan.

ilmu yg sdrmuazpfar dpt tu boleh dibukukan...

dulu masa kerajaan buat putrajaya pun org kata membazir,skrg ni geng2 korang siap bwk rombongan cik kiah gi sana.

sama hal gak dgn klcc,kl tower,klia,litar sepang, suma geng korang ckp membazir,tp tgk brp bnyk peluang pekerjaan dah dihasilkan dr projek2 tu..

berapa ramai rakyat dpt limpahan dr projek tersebut.contoh spt F1,bynk tajaan yg kita dpt dr penaja,siaran langsung,hotel2 penuh,kedai mkn,baju,cenderahati,teksi dll.

awak harus pandang perkara2 yg dilakukan dr sudut positif.ianya adalah marketing utk negara,promosi di mata dunia tentang negara kita.

ini akan menarik minat org2 luar kpd negara yg bernama malaysia.ini juga akan mendorong pelabur2 luar utk dtg mengetahui lebih lanjut tentang malaysia serta melabur disini.

hasil dr situ ianya akan membuka lebih bnyk lg peluang pekerjaan kpd rakyat.

program keangkasa juga adalah program yg amat tinggi nilai nya kpd negara.bukannya lawatan sambil blaja seprti sekolah dulu2.dgn adanya program spt ini akan menarik minat masyarakat utk mengetahui lbh mendlm tentang ilmu2 alam angkasa.dan akan mendorong negara utk memperkasakan kan lg industri aero angkasa.ini juga akan mewujudkan lebih bnyk peluang perniagaan dan pekerjaan.

fikir2kan lah....

*org sogo*

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP