Saturday, August 8, 2009

Pemuda Pas dicabar bersama Pemuda UMNO tentang pihak hina Islam



Pemuda UMNO hari ini mencabar Pemuda Pas yang selama ini ini mendakwa mereka memperjuangkan Islam supaya sama-sama menyertai pergerakan itu mengutuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pihak-pihak tertentu dalam ceramah perdana yang akan diadakan di Shah Alam pada 14 Ogos.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya ingin melihat sejauh mana pendirian dan keberanian Pemuda Pas dalam mengutuk sikap lantang pihak tertentu termasuk rakan sekutu mereka DAP yang semakin berani menghina agama Islam akhir-akhir ini.

“Pemuda UMNO akan menganjurkan satu ceramah perdana secara besar-besaran di Shah Alam Selangor pada hari Jumaat untuk kita menentang penghinaan agama Islam itu dan saya jemput Pemuda Pas untuk bersama dengan kita atas pentas Pemuda UMNO pada malam tersebut.

“Ini bukan soal muzakarah, ini bukan soal wacana, ini bukan soal kerajaan perpaduan...kita masih lagi ada pendekatan berbeza, tetapi atas isu tersebut yang mana saya percaya ramai orang Melayu, orang Islam merasa tersinggung perasaan dengan perangai mereka (hina agama Islam) dan ini perlu kepada satu usaha bersama,” katanya.

4 comments:

hang ganyang,  August 8, 2009 at 12:52 AM  

ayuh pemuda Pas serta UMNO !bersama kita menentang DAP yang cuba menjatuhkan kredibiliti agama islam.jgnn kita biarkan mereka ini mempermainkan agama kita.tindakan mereka ini sudah melampaui batas agama serta kesabaran

Anonymous,  August 8, 2009 at 1:58 PM  

Yo bro terima kasih memasukkan banner Rembau Times dalam blog bro.
GO BJ!

Bro Jinggo August 8, 2009 at 2:26 PM  

Terima Kasih kembali Wenger,
Ini adalah satu perubahan yg baru..

Melayu perlu bersatu baru kuat, skrg melayu dah terbahagi kpd 3 kumpulan.. dalam hal sebegini, tidak ada salahnya klu kita sesama melayu berganding bahu, perbuatan mereka sudah melampaui batas dan sebagai orang islam kita berhak menuntut hak kita!

jom ganyang!!!

Anonymous,  August 10, 2009 at 8:29 AM  

Tuan,

Saya memohon akhbar2 milik UMNO tidak memperkecilkan Islam dengan menyiarkan keputusan2 NOMBOR EKOR(JUDI)dan HOROSKOP dalam akhbar2 tersebut kerana saya adalah pembaca setia dan tidak mahu bersubahat dengan perkara2 mungkar/haram.

Mungkin juga difikirkan untuk edaran dikawasan majoriti Melayu/Islam, ruangan untuk NOMBOR EKOR tersebut di"gelapkan" agar tidak menyinggung perasaan pembaca MUslim.

Terima kasih atas perhatian Tuan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP