Saturday, August 1, 2009

ISA : KJ hanya mangsa keadaan yang dihitamkan untuk agenda tertentu!!!

Tidak dinafikan bahawa saya adalah salah seorang blogger yang menyokong ISA demi keselamatan dan keaman negara Malaysia. ISA penting bagi menjamin keselamatan negara dan malahan terbukti mampu menangani permasalahan yang boleh membahayakan ketenteraman awam dan keselamatan negara.



Suka atau tidak suka kita perlu menerima hakikat ini, apabila bermula satu agenda seperti ini, ruang menghentam kepimpinan Pergerakan Pemuda ini terus meletus bagaikan letusan gunung berapi yang akan mengeluarkan lavanya.

Kesempatan ini telah di ambil oleh penulis-penulis laman web dan juga blog-blog untuk terus memburukkan keadaan. Walaupun ketika ini hampir keseluruhan pemimpin UMNO berada dalam keadaan tersepit dan ramai pula yang mencari jalan selamat dengan mendiamkan diri dan berdiri di atas pagar.

Apa kata jika KJ berdiam diri? Sama juga, ada juga tomahan yang akan dilemparkan kepada beliau…

Apa kata jika KJ menyertai perhimpunan tersebut? Sudah pasti ada yang berkata… Tuh si KJ cuba nak tunjuk hero! KJ gangster… Kumpulkan pemuda menyertai perhimpunan haram!! Ada juga yang akan berkata kerana KJ tercetus perbalahan diantara penyokong pro ISA dan Anti ISA. Ada juga yang akan berkata perangai KJ tak ubah seperti pembangkang!!!

APA SEMUA INI ?

Tidak Adil bagi saya jika hanya KJ dipersalahkan!!!

Apa yang diseru oleh Khairy Jamaluddin kepada Pemuda UMNO adalah satu yang waras dan bijak. Kita bukan hanya mahu menjadi hero dijalanan. Pemuda bukan beridentitikan demonstartor jalanan. Pemuda bukan bangsat mencari publisiti murahan secara yang tidak waras. Pemuda bukan satu pertubuhan jalanan dan tidak berjuang dijalan raya.

KJ juga tidak perlu risau dengan kutukan sesiapa ke atas saranan ini , kerana mereka yang mengutuk ini adalah mereka yang sebenarnya mahu mencari publisiti murahan. Pemuda UMNO tidak turut serta menyokong budaya Anwar Ibrahim ini.


Untuk renungan pembaca sekalian, patuhilah Amanat yang dikeluarkan oleh PM Malaysia, Datuk Seri Najib Razak.


Najib: Tiada kebaikan berdemo, k'jaan kaji ISA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perhimpunan anti-ISA esok tidak membawa sebarang kebaikan kerana kerajaan telah mengambil pendirian untuk mengkaji semula akta tersebut.

"Saya telah umumkan perkara ini bila saya ambil tampuk kepimpinan (negara), bahawa ISA akan dikaji semula dan kita dalam proses ini," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat memberi cadangan dan idea yang bernas mengenai bagaimana hendak memperbaiki undang-undang tersebut.

"Kita dalam proses membuat perbincangan untuk mendapatkan maklum balas rakyat. Buat apa kita buat demonstrasi.

"Demonstrasi tidak menghuraikan apa-apa untuk dipertimbangkan oleh kerajaan. Pindaan ISA ini tidak harus dipolitikkan.

"Kita gubal undang-undng mengikut kehendak zaman dan citarasa aspirasi rakyat Malaysia," tambahnya.

Ditanya mengenai soal keselamatan esok, Najib berkata: "Kita serah kepada polis, kita tidak menguruskan pihak polis. Polis ada tanggung mereka nak mengawal keselamatan negara," tambahnya.

Dua kumpulan merancang untuk mengadakan perhimpunan di ibunegara esok esok - satu pro-ISA dan satu lagi anti-ISA.



ISA: Amaran KDN- Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghadiri perhimpunan menyokong atau membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Beliau juga mengarahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya segera bertindak terhadap mana-mana pihak yang menyertai perhimpunan yang dijadualkan Sabtu ini di ibu negara.

‘‘Polis perlu bertegas dan ambil tindakan bagi memastikan undang-undang dan Perlembagaan negara tidak dicabul sewenang-wenang.

‘‘Negara ini dibina berlandaskan acuan kita sendiri dan bukannya negara barat,” katanya selepas menyampaikan cek sumbangan saguhati khas kepada bekas polis yang berkhidmat semasa darurat bagi Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Sebelum ini pelbagai pihak termasuk Jawatankuasa Pusat Parti Rakyat Malaysia (OPRM) menyokong penuh Perhimpunan Mansuhkan ISA yang akan diadakan pada 1 Ogos.

Mengulas lanjut Hishammuddin berkata, penganjur perhimpunan tersebut sebenarnya mempunyai niat untuk menghuru-harakan negara.

Dalam hubungan ini katanya, pihak polis tidak pernah mengeluarkan sebarang permit untuk sebarang perhimpunan mansuhkan ISA.

Katanya, walaupun pihak polis difahamkan terdapat pihak tertentu yang berhasrat menganjurkan perhimpunan tetapi permit belum dipohon.

Hishammuddin berkata, pihaknya tidak akan berkompromi dengan sesiapa saja yang cuba mencabar atau menganggu-gugat kewibawaan polis.



Polis beri amaran batalkan perhimpunan ISA

Polis memberi amaran tegas terhadap pihak pro dan anti-ISA supaya membatalkan rancangan mereka untuk mengadakan perhimpunan Sabtu ini.

Ketika memberi amaran tersebut, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman (kiri) berkata, perhimpunan itu dikhuatiri menimbulkan ketegangan dan mengancam keselamatan awam.

Polis juga, tegasnya, akan mengambil tindakan mengikut Seksyen 141 Kanun Keseksaan atau undang-undang lain sekiranya ada pihak yang mengambil bahagian dalam perhimpunan tersebut.

Menurutnya, pihak polis telah bersedia dengan kekuatannya untuk memfokuskan kepada perhimpunan itu jika diadakan juga.

“Polis akan mengambil tindakan berhemah, kecuali tidak ada cara lain. Polis tidak ingin melihat berlakunya kecederaan, luka atau dalam keadaan yang terdesak,” tegas Datuk Muhammad Sabtu.

Ditanya sama ada polis akan membuat tangkapan awal bagi mengelak perhimpunan tersebut, beliau berkata:

“Sebagai langkah pencegahan, polis boleh mangambil tindakan awal mengikut Seksyen 105, Kanun Acara Jenayah, jika nampak niat, pergerakan walaupun sehari sebelumnya,”

http://www.brojinggo.blogspot.com/

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP