Thursday, June 25, 2009

Program Pemuda Prihatin Di Manik Urai Jumaat Ini


Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur -- Pemuda UMNO mempunyai jadual yang padat bersama penduduk di Manik Urai sempena program prihatin pergerakan itu yang akan bermula Jumaat ini.

Menerusi program tersebut, Exco-exco Pemuda UMNO pusat akan bermalam di rumah keluarga angkat masing-masing dan akan terlibat dengan pelbagai program yang telah diatur bersama penduduk setempat.

Antara program berkenaan ialah bengkel khas membaiki motosikal bersama bekas juara Cub Prix Kebangsaan, Wazi Abdul Hamid, ziarah peti-peti undi serta gotong royong membersihkan surau di sekitar perkampungan berkenaan.

Selain itu, turut diadakan ialah pelancaran jentera Pemuda Barisan Nasonal (BN) yang akan disempurnakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapha Mohamed.

Dalam pada itu, Pemuda UMNO Malaysia turut mengadakan perlawanan bolasepak persahabatan dengan Belia Manik Urai.

Pada sebelah malam pula, Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin akan bersama penduduk setempat dan akan turut dimeriahkan dengan kehadiran jemputan khas, mantan Ketua Pemuda UMNO yang juga Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Program Pemuda prihatin akan berakhir pada hari Sabtu sejurus selesai gotong royong membersihkan surau serta jamuan makan tengah hari.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP