Monday, June 8, 2009

Muzakarah Umno, Pas diharap dapat diteruskan: Khairy

KUALA TERENGGANU: Pergerakan Pemuda Umno berharap muzakarah di antara Umno dan Pas akan dapat diteruskan berikutan kejayaan Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, mengekalkan kedudukannya sebagai orang nombor dua dalam pemilihan parti itu, semalam.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin, berkata pemuda Umno bersikap terbuka untuk mengadakan kerjasama dengan Pas kerana sejak selepas pilihan raya umum lalu soal muzakarah atau perbincangan di antara kedua-dua parti itu sudah mula dibincangkan.

"Dengan kemenangan Ustaz Nasharudin, agenda muzakarah ini dapat diteruskan," katanya selepas Majlis Progran Dana Bakti Remaja Terengganu 2009, di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.

Program itu dianjurkan bersama Kerajaan Negeri dan Umno Negeri Terengganu.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau, berkata muzakarah berkenaan mungkin tidak sampai ke suatu tahap hendak membentuk pakatan atau membentuk kerjasama yang rasmi.

Mengenai kerajaan perpaduan, Khairy berkata, percanggahan ideologi di kalangan pakatan pembangkang sebenarnya sudah sampai ke suatu tahap kritikal, seolah-olah tidak ada perbincangan tentang dasar pakatan pembangkang.

"(Presiden Pas) Abdul Hadi (Awang) kata idea tersebut diterima komponen lain, tetapi komponen lain mengatakan mereka tidak setuju.

"Jadi kita dapat melihat bahawa sebenarnya percanggahan ideologi di kalangan pakatan pembangkang begitu kritikal," katanya.

Khairy berkata, keadaan itu berlaku kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai dewan tertinggi seperti Umno untuk membincangkan soal dasar di kalangan pemimpin mereka.

"Kalau dalam Barisan Nasional (BN) kita ada dewan tertinggi Barisan Nasional di mana kita bincang dasar Barisan Nasional," katanya.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP