Pemuda UMNO sokong dengan bersyarat
Pemuda UMNO menyambut baik cadangan mewajibkan calon-calon lulus mata pelajaran Bahasa Inggeris dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi secara bersyarat.
Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, bagaimanapun, pergerakan itu akan mengumumkan syor-syor tambahan terhadap cadangan itu esok.
"Langkah menyambut baik ini melibatkan beberapa syarat dan cadangan yang akan diumumkan selepas mesyuarat Exco Pemuda UMNO esok," katanya
Khairy mengulas mengenai pengumuman Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang ramai memberi pandangan berhubung syarat mewajibkan calon lulus Bahasa Inggeris dalam SPM.
Muhyiddin ketika mengumumkan perkara ini kelmarin berkata, satu lagi perkara yang memerlukan pandangan orang ramai ialah pengajaran Bahasa Inggeris di sekolah pada masa ini tidak melibatkan tatabahasa tetapi hanya untuk berkomunikasi.
Setakat ini pelbagai maklum balas diterima daripada pelbagai pihak berhubung cadangan tersebut.
Ini termasuk pelaksanaan cadangan itu secara bersyarat, meminta cadangan itu diteliti dan mencari kaedah lain untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris.
0 comments:
Post a Comment