Monday, April 13, 2009

Siapa PSU, Pen. Bendahari, Ketua Penerangan dan SUK Pemuda?


Peralihan kuasa telah sempurna. Dato’ Hisham telah pun meninggalkan Pemuda dan diganti dengan KJ. Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air pun telah selamat berlangsung.... Malah kabinet baru pun telah diumumkan di mana YB Dato’ Razali, Naib Ketua Pemuda dipertanggungjawab membantu Dato’ Shabery menjaga hal ehwal belia sebagai Timbalan Menteri.

Ini juga bermakna, Dato’ Rahman Dahlan, Datuk Hamid Nazahar, Dato’ Azimi Daim dan Shahrul Zaman Datuk Yahya akan meninggalkan kerusi PSU, Penolong Bendahari, Ketua Penerangan dan SUK Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Persoalannya....Siapa akan mengisi jawatan-jawatan tersebut? Difahamkan, petang nie Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melantik pegawai-pegawai baru untuk meneruskan agenda pergerakan Pemuda untuk terus menjadi mata dan telinga orang Melayu. LAGI

5 comments:

SameerKhan April 13, 2009 at 12:11 PM  

Sesiapa pun yang dilantik harus memberi komitmen yang penuh sepertimana YB KJ pada waktu beliau Exco, Naib Ketua Pemuda dan sekarang Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Salam Setiakawan.

ROSHATIKA April 13, 2009 at 1:58 PM  

Salam,

Kita berharap sesiapa pun yang dilantik akan memberikan komitmen 100% menarik golongan muda menyertai UMNO.

T. kasih

Anonymous,  April 13, 2009 at 9:49 PM  

mestilah orang yg BOLEH bekerja demi parti dan orang melayu!TANPA ADA SIFAT NAK MEMBOLOT PROJEK2 SAHAJA!

Anonymous,  April 14, 2009 at 1:38 AM  

salam

mari kita gerak kan Pemuda harapan bangsa....

salam setiakawan
-ahlang-

mozima April 14, 2009 at 10:22 PM  

Kepada barisan baru pemuda yg telah dilantik,kita berharap akan memainkan peranan sebagai sebuah pasukan yang benar-benar berteraskan ciri-ciri Setiakawan yang sejati serta berani berubah kepada yang lebih baik dari sebelumnya.
Walau bagaimanapun Pergerakan Pemuda harus melakukan sesuatu yang memberi manfaat serta faedah bagi keseluruhan jentera Pemuda Umno Malaysia bukan sekadar menarik minat golongan muda untuk menyertai Umno,malahan jauh lebih daripada itu Pemuda harus memikirkan bagaimana golongan ini akan sentiasa terus memberi undi kepada Umno khususnya BN.

SALAM SETIAKAWAN.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP