Monday, April 27, 2009

Khairy : Semua Ketua Pemuda Negeri Bakal Diterajui Muka Baru

Mohamad Hasan bersama Khairy Jamaluddin melawat sekitar kawasan Kampung Paroi yang sebelum ini sering dilanda banjir ketika hadir pada Majlis Gotong Royong Perdana di Kampung Paroi, Seremban, kelmarin.



Oleh S.A Najmuddin

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata barisan kepimpinan Pemuda UMNO setiap negeri yang bakal diumumkan minggu depan adalah terdiri di kalangan muka baru.

Jelasnya pelantikan muka baru bagi menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri itu dibuat berikutan semua penyandang jawatan berkenaan sudah tidak layak disebabkan ada kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.

"Kita akan membuat pengumuman itu selepas semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri bersetuju dan merestui nama yang akan dicadangkan.

"Saya perlu mendapatkan pandangan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sebelum mengumumkan senarai ketua Pemuda negeri", katanya.

Tambah beliau lagi memandangkan ada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri baru diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak maka kepemimpinan baru Pemuda itu hanya dapat diumumkan minggu depan.

"Pelantikan muka baru ini adalah seiring dengan perubahan dalam Umno dengan memilih kalangan pemimpin yang berwibawa dan mampu memperkasakan lagi sayap kanan parti ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Gotong Royong Perdana di Kampung Paroi Senawang, di sini Sabtu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lepas, lapan Badan Perhubungan UMNO negeri mendapat Pengerusi baru dengan Datuk Seri Najib Razak mengetuai Selangor, manakala Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui Wilayah Persekutuan.

Najib sebelum ini mengetuai Badan Perhubungan Umno Perak, tetapi melepaskan jawatan itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir, bagi mengambil alih kepemimpinan Badan Perhubungan Selangor menggantikan Muhammad yang kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti, bulan lalu.

Muhyiddin pula menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, manakala tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein masing-masing mengetuai Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.

Ahmad Zahid menggantikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, manakala Shafie (bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid) dan Hishammuddin (Menteri Besar, Datuk Ahmad Said).

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu mengambil alih kepemimpinan UMNO negeri itu daripada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, manakala Datuk Mustapa Mohamed yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan anggota MT, bulan lalu, kini mengetuai UMNO Kelantan menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Lima lagi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri - Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang dikekalkan.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP