Thursday, April 9, 2009

Barisan Kabinet Baru Kerajaan - KJ

Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, dan barisan jemaah menteri yang dilantik oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini. Di samping itu, saya berterima kasih di atas pengiktirafan yang diberi kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan perlantikan YB Dato' Razali Ibrahim, selaku Naib saya, sebagai Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan.

Saya percaya barisan jemaah menteri ini mampu membantu YAB Perdana Menteri dalam usaha beliau membawa perubahan berdasarkan pendekatan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. LAGI

36 comments:

Anonymous,  April 10, 2009 at 3:57 AM  

ini taktik kotor untuk menjatuhkan and mematahkan semangat KJ dan kuncu-kuncunya .... tabah and teruskan perjuangan !!!

Adibah,  April 10, 2009 at 4:02 AM  

Apabila timbalan anda dipilih tetapi anda sebagai ketua dikesampingkan, apa perasaan anda? Mungkin biasa jika anda seorang yang "luar biasa". Ini mungkin salah satu kaedah "halus dan lembut" bagi menyatakan mesej " you ain't wanted, either you lead or you follow, otherwise get out of the way".

Semasa pengundian jawatan dalam pergerakan pemuda , Khairy memperolehi 304 undi berbanding jumlah perwakilan seramai 791 orang. Mukhriz pula memperolehi 232 undi manakala seorang lagi calon Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo mendapat 254 undi.

Bagaimana pula perasaan 304 perwakilan pemuda yang telah mengundi Khairy untuk jadi ketua mereka?

Datuk Razali Ibrahim yang memperolehi 417 undi untuk jawatan naib ketua pemuda dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Mungkin Khairy akan diberi peluang yang mengatasi segala bentuk peluang yang mampu kita fikirkan, yang mampu mengubat segala duka nestapa dan sekaligus mengangkat beliau ke aras yang tidak terjangkau oleh fikiran kita.

Anonymous,  April 10, 2009 at 4:06 AM  

sdh tiba pemuda msia wat protes secara aman thdp najib

hamba allah,  April 10, 2009 at 4:15 AM  

Mengapa Khairy Tidak Boleh Jadi Menteri?Sudah Tentu Boleh.
Saya berpendapat KJ patut jadi Menteri.

Sekiranya mereka berkata Khairy terlibat dengan politik wang adalah tidak adil kerana Lembaga Disiplin mengambil tindakan berdasarkan aduan.Sepatutnya Lembaga Disiplin seharusnya menjalankan siasatan terhadap semua calon yang bertanding.Ramai yang tahu bahawa orang atasan Lembaga Disiplin adalah kenalan Tun M.Di atas kelebihan dan peluang ini digunakan oleh Tun M untuk memburukkan calon-calon yang dibencinya dan memberikan kelebihan kepada anaknya serta orang yang dia rasa adalah legasinya sedangkan parti keramat adalah satu dan tiada kem siapa-siapa.

Persoalan,mengapa Mukhriz patut diberi jawatan menteri sedangkan beliau kalah dalam pemilihan manakala KJ yang menang tidak perlu diberi tempat dalam kabinet Najib?Adakah disebabkan arahan Tun M?Adakah disebabkan dia tidak terlibat dengan politik wang?Adakah dia seorang ahli politik paling bersih?Saya CABAR Mukhriz bersumpah sekiranya beliau memang benar-benar bersih dan tidak terlibat dengan politik wang.Semua orang tahu apa yang berlaku semasa pemilihan Agung tempoh hari.Semua bukannya pekak dan buta.Ingat,rakyat sentiasa melihat.

Tun M pula sering melaung-laungkan kepada Najib bahawa Najib perlu melakukan perubahan dalam Barisan Nasional dengan tegas sekiranya mahu melihat BN menang kembali dengan jayanya.Pada masa yang sama Tun M sendiri tidak berubah untuk memberi peluang kepada Perdana Menteri menentukan hala tuju pentadbirannya yang tersendiri.Saya yakin Najib akan berasa tidak bebas dan sentiasa takut dalam setiap gerak geri.Perkara ini bukanlah perkara baru.Perkara ini telah pun menjadi sejarah kepada kita pada zaman Tun Abdullah dimana Tun M seolah-olah mahu Pak Lah sentiasa mengikut telunjuknya.Apabila tidak mengikut arahan ataupun kemahuannya mula lah melemparkan fitnah dan mengkritik pemimpin tertinggi tersebut.Ini sekaligus menyebabkan UMNO menjadi lemah.

Tun M juga menyatakan bahawa Najib perlu membentuk kabinet yang bersih daripada perasuah.Pernyataan tersebut seolah olah menggambarkan semasa pemerintahan Tun M kabinetnya adalah terbersih di dunia.Kita tahu dan Tun M mungkin lebih tahu siapa menteri yang dilantiknya adalah perasuah besar.Satu contoh nama besar Anwar Ibrahim.Tun tahu setiap tindakan Anwar tetapi akibat sayang Anwar pada ketika itu Tun M sanggup menutup sebalah mata.Hari ini Tun M membangkitkan soal BERSIH.Adakah Mukhriz bersih?Seperti yang saya katakan sebelum ini,saya cabar Mukhriz bersumpah menyatakan beliau bersih.Bagi Tun sudah pasti anaknya sahaja yang baik dan wangi belaka.Sama seperti dia menatang Anwar suatu ketika dahulu.Semuanya nampak molek dan tiada cacat celanya.

Tun M terlalu menyimpan perasaan dendam beliau terhadap Pak Lah sehinggalah sekarang meskipun peralihan kuasa yang beliau mahukan telah pun dijalankan.Masihkah kita ingat pada Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari,Tun M seolah-olah enggan memeluk Pak Lah.Selepas beberapa hari apabila ditanya Tun M menjawab dia tidak mahu memeluk orang yang hipokrit dan dia tidak akan memaafkan Pak Lah sampai bila-bila.Lihat dan buatlah rumusan sendiri.Ini bukanlah cerita yang saya reka.Ini adalah perkara yang benar.

Tun M seharusnya berubah.Bukan menyuruh dan mengarah orang sahaja untuk berubah.Khairy perlu diberi jawatan Menteri seiring dengan kerusi Ketua Pemuda yang disandangnya.

Saya sememangnya mengharapkan yang terbaik demi parti UMNO.Tetapi apalah gunanya sekiranya parti yang kita perjuangkan bermati-matian dirosakkan dengan celaan dan cercaan daripada ahli dan bekas pemimpin dalam parti sendiri.Lebih baik terus pegang jawatan sehingga ke akhir hayat.Berilah kebebasan kepada Najib dalam membuat keputusan dan tindakan untuk memajukan negara dan menjaga kebajikan rakyat.

Akhir kata,sekiranya kabinet yang bakal diumumkan terdapat nama Mukhriz dan nama Khairy tidak ada maka rakyat akan tahu Najib dikuasai oleh Mahathir.Rakyat sekarang sudah matang dan mereka akan menterjemahkan melalui PRU 13.Lihatlah apa yang berlaku di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.Adakah kita menang?Adakah Tun M tidak datang berkempen?Apakah Pak Lah masih Perdana Menteri?Fikirlah..!

UMNO dulu,kini dan selamanya!

http://permaidanidunia.blogspot.com

Amir Hj. Omar April 10, 2009 at 4:32 AM  

KJ nyata bukan liabiliti

Tun M (lagi)? Kembalinya anda ke dalam UMNO tidak menguatkan parti. Tapi saya rasalah, anda mempunyai agenda tersembunyi, untuk menyekat KJ dari terus menyerlah selepas Mukriz tewas dengan teruknya semasa pemilihan Pemuda. Mukriz dah besar lah! Biarlah dia berdikari. Dan KJ ada kekuatan sendiri. Walau disekat, dia tetap akan mara. Take my word!

Belia 4B,  April 10, 2009 at 4:44 AM  

Kami tetap sokong Khairy walaupun Khairy bukan menteri

mrf April 10, 2009 at 5:02 AM  

huh agak heran bila calon ketua pemuda yang kalah tercangkung dapat jawatan dalam kabinet..cis bedebah sungguh..habis orang2 paklah di sapu keluar dari kabinet.

kalau ini lah sikap dan perubahan yang dicanangkan najib, PRU13 nanti jangan terkejut kalau anwar diangkat naik PM ke 7..

ramai yang kecewa terutama org2 veteran di kampung,pesara2 kerajaan yang mahukan mat taib ada dalam kabinet. ramai yang heran bila mukhriz yang masih tidur dibawah ketiak mahathir boleh dilatik timbalan menteri..ramai yang kecewa bila shahir samad yang efektif dan aktif tak dilantik semula..ramai yang malu bila bekas ketua pemuda yang bacul dilantik menteri dalam negeri. makin huru hara la malaysia lepas ni. nak menghadap cendikiawan bahasa pun dah kelam kabut..

mereka buat parti umno macam parti mak bapak mereka sendiri..tengok la nanti, kalau mereka ingat mereka boleh kuatkan umno, tunggu saja pengajaran yang bakal mereka dapat masa PRU13 nanti..rakyat dan ahli umno dah muak..tak guna perjuangkan dan terus sokong parti jika keuntungannya nanti hanya puak2 yang tamak ni saja yang menikmati hasilnya..

kepada KJ..anda la nakhoda kami..kekiri anda, kekiri la saya, anda kona baring, kona baring la saya..

.,  April 10, 2009 at 5:05 AM  

Tindakan Najib untuk akur atas kehendak (Mahathir) itu, membawa masuk orang yang kalah dan meninggalkan orang menang satu keberanian. Tindakan ini jarang dilakukan perdana menteri sebelum ini. Tradisi ketua pemuda tidak dilantik menyertai Kabinet yang diamalkan Mahathir Mohamad tampaknya menjadi turutan Najib. Mahathir tidak melantik Zahid Hamidi ke dalam Kabinet walaupun Zahid menang ketua pemuda. Apakah ini juga pembaharuan dan perubahan glokal?

Sebenarnya tidak mengapa kalau ketua sayap parti tidak memegang apa-apa jawatan. Khairy boleh berkerja dan memfokuskan untuk menguat dan memperkasakan pemuda dan parti. Tetapi apabila ketua sayap Puteri dan Wanita serta Naib Timbalan Ketua dibawa masuk dalam Kabinet cara itu akan dianggap sengaja dilakukan untuk menghina Khairy.

Sekiranya Najib tidak berhajat untuk mengambil Khairy disebabkan tuduhan rasuah, (oleh Mahathir) maka beliau juga patut tidak mengambil ketua Wanita, Shahrizat Abdul Jalil, ketua Puteri, Rosnah Rashid Sirlin dan Naib Ketua Pemuda, Razali Ibrahim sebagai menteri dan timbalan menteri.

Pengguguran Syed Hamid Albar, Zulhasnan Rafique, Mohd Zain Mohamed, Azalina Othman Said, Muhamad Mohd Taib, Amirsyam Aziz, Ong Ka Chuan serta timbalan menteri Idris Harun, Noraini Ahmad mungkin tidak akan menimbul apa-apa kesan sebab mereka tidak menjadi ketua kepada mana-mana sayap parti.

Mereka boleh pergi begitu saja apabila dirasakan sudah tidak diperlukan lagi.

Tetapi Khairy adalah ketua pemuda. Walaupun tidak semua barisan kepimpinan Pemuda bersamanya namun suku daripada telah memilihnya. Cara Najib mencicirkan nama Khairy itu bukan saja memalukan menantu bekas PM ke-5 itu tetapi memalukan seluruh saf Pemuda.

Kesimpulanya penyusunan Kabinet baru Najib tadi, dari segi zahirnya ia diakui mempunyai roh dan ada komitmen untu membela rakyat dan melakukan perubahan dalam kerajaan. Tetapi malang sedikit Najib kurang memberi perhatian kepada soal-soal keadilan dan kesaksamaan di dalam partinya sendiri.

Apabila Najib menggugurkan orang tertentu serta merombak tradisi parti secara mendadak ia menjelaskan kepada dunia Najib tidak dapat membuang sentimen dan rasa benci kepada satu pihak lain. Sikap ini sesungguhnya tidak menguntungkan Najib kerana ia lama kelamaan boleh menimbulkan perpecahan dan timbulnya fraksi dalam partinya.

Anonymous,  April 10, 2009 at 6:01 AM  

kami di belakang anda, pemuda umno megutuk sekeras-kerasnya tindakan menanaktirikan anda, segala tindakan anda dimasa depan, kami akan sentiasa di belakang anda.

Anonymous,  April 10, 2009 at 6:03 AM  

kj. berfikirlah sedalam dalamnya. tindakan yang dibuat keatas anda, munkin ada udang di sebalik batu. anda harus buat langkah pertama mulai dari sekarang

Anonymous,  April 10, 2009 at 6:47 AM  

politik2. masa TAB jadi pm. ramai dok selindung blakang kj, dah pencen kawan tuu, ramai lari. kawan masa senang, merata kalau nak cari, masa susah........lu fikirlah sendiri

Anonymous,  April 10, 2009 at 6:48 AM  

KJ Rasuah Rasuah Rasuah
Mukhriz tulin bersih

Anonymous,  April 10, 2009 at 6:49 AM  

x dpt jd menteri pun nak kecoh ker oiiii

cap kapak April 10, 2009 at 6:50 AM  

kelakar..kelakar ada orang nak ajar kj jadi pejuang tulin, berani kerana benar, pegecut kerana salah.

Anonymous,  April 10, 2009 at 6:51 AM  

pelik2 dan juga meragukan. no 3 diplih. no 1 diketepikan. hak rakyat juga diketepikan. kj dibuat cam tunggul atau kuda kayu. kj kena buat sesuatu.

Anonymous,  April 10, 2009 at 6:52 AM  

pemimpin yang adil harus ditaati, pemimpin yang zalim harus di tentang.

Muhammad Azli Shukri,  April 10, 2009 at 6:55 AM  

Secara peribadi, saya amat yakin dengan Kabinet Baru DS Najib ini, malah ketiadaan kelibat Khairy Jamaluddin - secara tidak langsung membuktikan bahawa DS Najib benar-benar mahu melihat senarai ahli Kabinetnya dalam kalangan orang yang ikhlas mahu bekerja, di samping bersih daripada tanggapan negatif masyarakat. Kesimpulannya, semua ramalan ala-Nostradamus yang kita bina dan dengar sebelum ini jauh tersasar daripada realiti. Dan DS Najib mempunyai pertimbangannya yang tersendiri. Harapan kami, semoga UMNO dan BN kukuh kembali.

Kepada Khairy, saya yakin ini merupakan peluang yang diberikan oleh DS Najib, agar beliau membersihkan imejnya kembali, dan InsyaAllah apabila api fitnah telah reda, maka tidak mustahil Khairy akan diterima semula oleh masyarakat. Kepada semua yang dilantik, saya ucapkan tahniah dan selamat bekerja, manakala kepada TS Muhyiddin, saya sangat berbangga dan pinta saya hanya satu, agar beliau bertekad membersihkan Dewan Bahasa dan Pustaka daripada dibelengu dengan "unsur-unsur" kotor dan tangan-tangan yang tidak ikhlas untuk memartabatkan Bahasa Melayu. Wallahualam.

Ditulis Oleh Muhammad Azli Shukri

Anonymous,  April 10, 2009 at 6:56 AM  

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Anonymous,  April 10, 2009 at 6:57 AM  

hidup dato mukhriz
hidup dato mukhriz
hidup dato mukhriz
hidup dato mukhriz
hidup dato mukhriz
hidup dato mukhriz

Anonymous,  April 10, 2009 at 7:01 AM  

Mahathir berbuih-buih kat mulut mintak Khairy Jamaluddin jangan dijadikan Menteri sebab dia rasuah kat pemilihan UMNO.

Tapi Ali Rustam pulak rasuah jugak, kat pemilihan UMNO, lagi teruk sampai dia terus diharamkan daripada menyertai pertandingan

Kalau Mahathir benar-benar ikhlas la kan nak majukan Malaysia,

kenapa Mahathir tak mintak Najib singkirkan Ali Rustam dari memegang pangkat Menteri Besar Melaka?

kenapa Mukhriz harus dijadikan Menteri padahal dia takde pangkat apa-apa di dalam UMNO kecuali cuma MP biasa manakala Khairy tu ada banyak pangkat termasuk Ketua Pemuda UMNO?

Kalau Mukhriz jadi Menteri, kita tahu la Mahathir ni kangkung.

Kalau Ali Rustam terus menjadi Menteri Besar Melaka, kita tau la Mahathir ni pikir pasal diri dia dan keluarga dia saja, bukan rakyat Malaysia.

din

budakghombau,  April 10, 2009 at 9:29 AM  

KJ, simpati...anda kehilangan 'hak' anda sbg KP yg sepatutnya diberi Portfolio Menteri Penuh. Perjuangkanlah hak anda. Jgn cepat mengalah.

cik sumie April 10, 2009 at 12:39 PM  

saya bukan penyokong mukriz @ KJ.. saya hanya lah ahli UMNO yg sgt sygkn parti ini.. melihat situasi politk skrg khusus nyer dlm UMNO,sy rasa sgt sedih.. sudah2 laa mengutuk, mengkritik, memfitnah tnpa bukti, menjaja cerita2 yg buruk..mengkritik tk salah tp jgn sampai menghasut minda org lain.. kita yg mendengar pula jgn percaya 100%.. cuba laa kaji & selidik betul2..kalau berterusan mcm ni, mcm mane UMNO nk tawan hati rakyat semula.. ape yg dh jd biarkan..utk KJ & kengkwn nyer, KJ tk jd menteri pn tkpe.. jgn rasa terhina.. anggap ia 1 cabaran.. tumpukan pd misi anda merapatkn semula saf pemuda.. buktikan segala tomahan yg di lemparkn tidak benar..BUKTIKAN... baru org lain akn buka mata dan sedar..

shamkarim,  April 10, 2009 at 1:01 PM  

benarkah KJ rasuah?...benarkah yang lain tu tak rasuah? siapa yang pastikan ahli lembaga displin umno tu sendiri tak rasuah? ingat rasuah bukan hanya merujuk kepada duit dan harta benda...salahgunak kuasa juga termasuk dlm definisi rasuah...sekiranya ahli lembaga disiplin membuat berdasarkan arahan org tertentu & hanya memilih kes maknanya alhli lembaga disipkin juga rasuah (salahguna kuasa)...sapa yang yang tentukan ketelusan lembaga disiplin....nampaknya tugas & tanggungjawab lembaga disiplin umno adalah sebagai satu lembaga yang digunakan untuk membunuh politik seseorang...kalau ini la gayanya, jahanam la umno....

azilah dan sirul,  April 10, 2009 at 1:52 PM  

saya anak jati rembau sangat tak kesah K.J tak jadi pak menteri sebab biasalah umno memang macam tu, kalau nampak org yang ambitious sikit mesti di cantas, macam tengku razaleigh..apa nak susah? kalau giler kan pangkat memang macam tu, to khairy, ni anak jati rembau yang tak pangkah ekau waktu pru12 hari tu, mengucapkan tahniah pada anda yang masih lagi berdiri teguh di bawah pucuk pimpinan PM (pembunih monggolia) tu, kalau den jadi kau, mengajuk den....ponek yo ko melolong kek bukit gantang hari tu, paneh, den tgok muko ko pun hitam...tapi penghinaan yang ko dapek...org semuo ketawo kan kau..sian2

Anonymous,  April 10, 2009 at 2:04 PM  

gua fikir ini mahathir sama najib sudah main belakang khaily
tak boleh bikin apa apa lagi...sudah potong tangan..tak de kuasa........

Anonymous,  April 10, 2009 at 2:06 PM  

ini semua pasal wang la..
khairy tak pilih pasal dia KOTOR..main wang.
itu rumusan keputusan perlantikan kabinet baru...
muka muka dalam kabinet baru..semua BERSIH..amanah
tapi KHAIRY..kotor...
habis...tak boleh buat apa apa...letak jawatan aje........tak de kuasa la..selagi dr m ade....khariy tak boleh naik

zedmagel April 10, 2009 at 3:35 PM  

Salam Bro-bro Blogger semua,

Bagi yang pro khairy janganlah kita semua melatah, kita menari ikut gendang dan rentak. Bukannya songsang mengikut lantai tari. Ini Khairy Jamaludin, beliau seorang yang berminda tajam dan bijak. Sikap beliau sangat saya puji.

YB KJ jika mungkin kita mengikut cubitan rakan-rakan blogger, kita akan kecundang di tengah jalan. Saya percaya pada YB KJ. Teruskan perjuangan kita. Kita baru melangkah, bukannya tapak terakhir. Bro-bro semua saya seru bersabar, jangan ikut nafsu amarah kita.Jalan kita cuma sedepa lagi, percayalah, Bro Jinggo cool kan sahabat-sahabat kita....!

Kita tetap menyokong KJ sebelum dia menjadi menteri lagi, sekrangpun dia bukan menteri. Sokongan tetap padu.

Anonymous,  April 10, 2009 at 4:45 PM  

saya setuju KJ jadi menteri kalo dia bagi saya RM10 juta...

no 2 way abt it.

KJ tau only money matters...

kek rembau tu hah... batang idung pun tak nampak! apo nak cakap.

Bro Jinggo April 10, 2009 at 5:04 PM  

Salam

Jangan terpedaya dengan agenda jahat pihak lawan yang mahu memecahbelahkan umno!!!!

Saya berharap penyokong KJ boleh bersabar dan terima keputusan yang dibuat oleh YAB PM

KJ mahu Pemuda akan menjadi sebuah pertubuhan yang tidak terikat dan bebas untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang diperjuangkan kerana beliau tidak terikat didalam kerajaan dan beliau berharap Pemuda akan menjadi sebuah sayap yang digeruni oleh kawan dan lawan seperti di zaman Datuk Harun Idris dahulu.

Untuk mencapai matlamat ini pemuda perlu bersatu dan memupukan semangat setiakawan.

Beliau juga berharap agar semua yang hadir untuk menyampaikan apa yang telah beliau nyatakan dan berharap semua ahli Pemuda memahami akan pendirian beliau .

Salam Perjuangan
Salam Setiakawan

BJ

pemuda-pemudi,  April 10, 2009 at 7:01 PM  

bro jinggo and zed magel ko mesti salah seorang pemuda yang terpekik terlolong nama k,j kat perhimpunan agong umno tukan..korang jer yang sokong, pemuda lain dah malas nak layan korang dah..tah apa2..masa mengundi jer datang, masa hari lain ko ngampukan..citt...malu jadi anak jantan

Anonymous,  April 10, 2009 at 9:01 PM  

salam.

semasa Paklah jadi PM dulu blog yg sama melaungkan agar 'menghormati' sebarang keputusan Presiden...so sekarang DSNR dah pun jadi PM dan Presiden UMNO,jadi hormatilah beliau,walau di katakan ikut telunjuk Tun M atau telunjuk sesiapa pun,saya percaya DSNR lebih arif memikirkan apa yg baik untuk UMNO/BN.

Yg nyata disini pengaruh dan tuduhan rasuah politik terhadap YB KJ nyata mempengaruhi keputusan PM untuk TIDAK memilih beliau sebagai Menteri.Ya mungkin ramai penyokong YB KJ yg mengatakan itu adalah konspirasi politik,tetapi JIKA YB KJ TETAP TERPILIH KE JAWATAN MENTERI,APAKAH PERSEPSI RAKYAT YG SECARA UMUMNYA AMAT JELAS MENGETAHUI TENTANG KEPUTUSAN LEMBAGA DISIPLIN TERHADAP BELIAU...sebagai penyokong kerajaan,termasuk di era Tun Abdullah,saya juga berpendapat ADALAH TIDAK SESUAI UNTUK MELANTIK YB KJ DI KALA TUDUHAN RASUAH POLITIK TERHADAPNYA MASIH 'PANAS'..

sekian

jerryally April 24, 2009 at 1:32 PM  

Pening-pening baca korang punya komen terhadap kj. Ada menyokong ada tak. Biasa lah tu..politik. Apa apa pun semua nya dah tersurat, jadi menteri ke! tak jadi ke!. Jadi ketua ke tak jadi ke! semuanya kehendak allah jua. semuanya berusaha tapi tuhan juga yang menentukan. Walau apa apa pun, yang tak dapat apa apa tu..sabar je lah. Banyak hikmah di sebalik semua ini. Yang penting hidup ini kena usaha. Kalau tak dapat tu sebenarnya itu lah nasib anda yang telah tersurat. Jadi jangan nak komplen banyak2, buat lah kerja tu dengan iklas, nescaya akan di balas juga dengan keiklasan. Jangan lah kita cepat sangat putus asa. Terus kan usaha. Buat saudara kj, perbaiki segala kelemahan, kita ini semua manusia biasa tak lepas dari cubaan dan dugaan. Tiada sesiapa pun yang sempurna kecuali Allah SAW.

Anonymous,  April 27, 2009 at 3:38 PM  

kok yo bona nak borsih an umno n krajaan,apolak ali rustam dapek jd pengerusi badan perhubungan melako?dah sabit dah salah aghitu kan??nampak bona hai...bonci lak den...

Anonymous,  June 10, 2009 at 2:12 PM  

biasa lah tu...itulah yg dinamakan politik....yg penting skrg KJ adalah Ketua Pemuda dan harus hormat dia..walau pun ada cacat celanya biasa lah tu..itu namanya manusia...Kalau tak puas hati dgn KJ jgnlah kutuk2 lagi....pemilihan umno akan datang pangkahlah...saper yg difikir layak dan selayaknya....
one more thing i nak tanya yg kutuk2 KJ tu anda ahli UMNO ker..or atas pagar jer...dan anda ahli pemuda ker....kalau bukan seperti yg disenaraikan di atas...jgnlah lebih sudu dari kuah...lu pikirlah sendiri

Anonymous,  June 27, 2009 at 3:30 AM  

den suko caro kau kerry,, bijak dan berani.. tapi jgn lah lupo ugama....

Anonymous,  September 13, 2009 at 2:46 PM  

Politik memang begitu, kadang-kadang rakyat di bawah lagi tahu cacat-celanya. Bila pemimpin menganggap dirinya terlampau besar maka rakyat melihat yang baik pun dikatakan salah.Kepada YB KJ, jadilah pemimpin yang diletakkan oleh rakyat, kerana pemuda UMNO memerlukan YB. Jika pemuda yang berjiwa macam YB. hilang dalam bahtera UMNO, maka tak syak lagi UMNO akan hancur tanpa dikenang jasanya oleh rakyat. Peliharalah semangat 'setiakawan', kerana kawan adalah kawan, lawan pun akan jadi kawan. Fikir-fikirkan lah...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP