Wednesday, April 29, 2009

REMBAU NEWS: DIARI TURUN PADANG KJ DI REMBAU 25 APRIL 2009


Berita: Rizuan
Gambar: Shaharizan

9.00 pagi - Hari Anugerah Kecemerlangan Sek. Men. Agama PedasHari Anugerah Kecememerlangan Sek. Men. Agama Pedas telah diadakan untuk memberikan pengiktirafan kepada para pelajar cemerlang SPM (9A-12A) dan PMR (9A) tahun 2008 yang lalu di sekolah tersebut serta anugerah pelajar yang aktif dan cemerlang dalam ko-kurikulum. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Y.Bhg. Datin Hjh Naemah Bt Ahmad Dahalan, Pegawai Pelajaran Daerah Rembau, Tuan Haji Nur Nikman Bin Haji Zubair, Pengerusi PIBG SMKA Pedas serta Pengetua Cemerlang SMKA Pedas selaku tuan rumah, Datin Hjh Zakiah Bt. Kasim. LAGI

Read more...

Monday, April 27, 2009

In Defense of Rashid Yusof

Who is RashidYusof?

Encik Rashid Yusof is an ex journalist. He started with NST as a stringer in one of the northern states. He is a graduate in journalism from ITM. It is now UITM. He has also been a press secretary to Tun Daim Zainudin. TDZ is the closest confidante to Dr Mahathir. Encik Rashid thus has the distinction of being PS to TDZ who was arguably the alter ego of TDM. READ MORE

Read more...

Khairy : Semua Ketua Pemuda Negeri Bakal Diterajui Muka Baru

Mohamad Hasan bersama Khairy Jamaluddin melawat sekitar kawasan Kampung Paroi yang sebelum ini sering dilanda banjir ketika hadir pada Majlis Gotong Royong Perdana di Kampung Paroi, Seremban, kelmarin.



Oleh S.A Najmuddin

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata barisan kepimpinan Pemuda UMNO setiap negeri yang bakal diumumkan minggu depan adalah terdiri di kalangan muka baru.

Jelasnya pelantikan muka baru bagi menyandang jawatan Ketua Pemuda UMNO negeri itu dibuat berikutan semua penyandang jawatan berkenaan sudah tidak layak disebabkan ada kalangan mereka yang berusia lebih 40 tahun.

"Kita akan membuat pengumuman itu selepas semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri bersetuju dan merestui nama yang akan dicadangkan.

"Saya perlu mendapatkan pandangan semua Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri sebelum mengumumkan senarai ketua Pemuda negeri", katanya.

Tambah beliau lagi memandangkan ada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri baru diumumkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak maka kepemimpinan baru Pemuda itu hanya dapat diumumkan minggu depan.

"Pelantikan muka baru ini adalah seiring dengan perubahan dalam Umno dengan memilih kalangan pemimpin yang berwibawa dan mampu memperkasakan lagi sayap kanan parti ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Program Gotong Royong Perdana di Kampung Paroi Senawang, di sini Sabtu yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pada Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Jumaat lepas, lapan Badan Perhubungan UMNO negeri mendapat Pengerusi baru dengan Datuk Seri Najib Razak mengetuai Selangor, manakala Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerajui Wilayah Persekutuan.

Najib sebelum ini mengetuai Badan Perhubungan Umno Perak, tetapi melepaskan jawatan itu kepada Menteri Besar Perak, Datuk Zambry Abd Kadir, bagi mengambil alih kepemimpinan Badan Perhubungan Selangor menggantikan Muhammad yang kalah dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti, bulan lalu.

Muhyiddin pula menggantikan Datuk Seri Zulhasnan Rafique, manakala tiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein masing-masing mengetuai Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Kedah dan Terengganu.

Ahmad Zahid menggantikan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, manakala Shafie (bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mahadzir Khalid) dan Hishammuddin (Menteri Besar, Datuk Ahmad Said).

Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu mengambil alih kepemimpinan UMNO negeri itu daripada bekas Menteri Besar, Datuk Seri Shahidan Kassim, manakala Datuk Mustapa Mohamed yang mendapat undi tertinggi dalam pemilihan anggota MT, bulan lalu, kini mengetuai UMNO Kelantan menggantikan Tan Sri Annuar Musa.

Lima lagi Pengerusi Perhubungan UMNO negeri - Sabah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang dikekalkan.

Read more...

Wednesday, April 15, 2009

Jangan buat spekulasi saya tidak dilantik - KJ




RAWANG 10 April - Pergerakan Pemuda UMNO di semua peringkat diminta tidak membuat sebarang spekulasi serta sangkaan buruk ekoran langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menyenaraikan Khairy Jamaluddin menganggotai Kabinet.

Sebaliknya Ketua pergerakan itu mahu semua pihak menganggap langkah tersebut sebagai satu hikmah terutama dalam konteks menguatkan semula UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Tegas Khairy, sebagai pemimpin nombor satu parti, Najib mempunyai visi untuk menarik semula sokongan golongan muda kepada parti dan untuk itu Pemuda dipertanggungjawabkan melaksanakan tugas berkenaan.

"Saya menerima keputusan ini dengan hati terbuka dan percaya tanpa penglibatan saya dalam Kabinet ia akan memberi lebih peluang kepada saya untuk bekerja lebih kuat bagi memantapkan semula parti,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Kesyukuran dan Program Exco Turun Padang dan Perasmian Pasukan Gerakan Khas Pemuda Selayang di sini malam ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Selayang, Abdul Shukor Idrus dan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang, Sohaimi Shahadan.

Dalam pada itu, Khairy dalam sidang akhbar selepas itu berkata, Pemuda akan menukar strategi menyuarakan masalah rakyat dengan lebih mendampingi mereka.

"Sudah tiba masanya Pemuda berbuat demikian kerana kami mahu berkhidmat dan membela rakyat khusus golongan yang memerlukan bantuan di semua tempat termasuk bandar dan luar bandar," tegasnya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Najib kerana memilih Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan selain melantik bekas exco Datuk Mukhriz Mahathir sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Menurut Khairy, pelantikan itu merupakan satu pengiktirafan kepada Pemuda yang selama ini tidak pernah ketinggalan membantu kerajaan membangunkan negara.

Read more...

Monday, April 13, 2009

Tahniah kepada pemegang-pemegang amanah yang baru

Barisan Transformasi..….Barisan Baru Pegawai Pentadbir Pemuda UMNO Malaysia Mengangkat Sumpah Taat Setia Dan Menyimpan Rahsia Parti Di Hadapan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Serta Naibnya, YB Datuk Razali Ibrahim Di Pejabat Pemuda Di Sini, Isnin Petang. Empat Pegawai Baru Terbabit Ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).

Khairy Umum Empat Pegawai Lantikan Baru

Oleh Kazman Kamal

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan perlantikan empat pegawai baru bagi menggantikan pentadbir sedia ada dalam struktur organisasi pergerakan itu.

Empat pegawai sebelum ini iaitu Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan, Bendahari, Datuk Abd Hamid Nazahar, Ketua Penerangan, Datuk Azimi Daim serta Setiausaha Kerja Pergerakan itu, Shahrul Zaman Datuk Yahya telah melepaskan jawatan masing-masing.
Manakala empat muka baru yang mengisi jawatan tersebut ialah Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja).

Dalam ucapan ketika majlis ringkas petang tadi, Khairy mengucapkan setinggi-inggi peghargaan kepada mereka yang telah berkhidmat dan menyumbang tenaga kepada pergerakan itu sebelum ini.

"Setinggi-tinggi tahniah dan ucapan terima kasih kepada mereka yang akan meninggalkan Pemuda. Segala ilmu dan jasa yang dicurahkan akan digunakan sebaik mungkin untuk meneruskan lagi misi Pemuda hari ini.

"Dan kepada muka baru yang dilantik hari ini, berkhidmatlah dengan sebaik mungkin bagi menjayakan transformasi di dalam UMNO khususnya sayap Pemuda", katanya.

Terdahulu sebelum itu empat pegawai berkenaan, Megat Firdaus Tan Sri Megat Junid (Setiausaha Pemuda), Datuk Rozabil Abdul Rahman (Bendahari), Datuk Reezal Merican Naina Merican (Ketua Penerangan) dan Shaiful Hazizy Zainol Abidin, (Setiausaha Kerja) mengangkat sumpah memegang amanah dan menjaga rahsia parti di hadapan Khairy Jamaluddin serta Datuk Razali Ibrahim.

Khairy seterusnya berkata dengan perlantikan itu juga, Jawatankuasa Pengurusan Pemuda UMNO yang akan dipengerusikan oleh Naibnya, Datuk Razali Ibrahim dapat bekerjasama dalam satu pasukan yang mantap.

"Saya berharap seluruh barisan ini dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha mengembalikan sokongan orang Melayu khususnya golongan muda kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi kenyataan", katanya.

Read more...

Siapa PSU, Pen. Bendahari, Ketua Penerangan dan SUK Pemuda?


Peralihan kuasa telah sempurna. Dato’ Hisham telah pun meninggalkan Pemuda dan diganti dengan KJ. Pilihanraya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air pun telah selamat berlangsung.... Malah kabinet baru pun telah diumumkan di mana YB Dato’ Razali, Naib Ketua Pemuda dipertanggungjawab membantu Dato’ Shabery menjaga hal ehwal belia sebagai Timbalan Menteri.

Ini juga bermakna, Dato’ Rahman Dahlan, Datuk Hamid Nazahar, Dato’ Azimi Daim dan Shahrul Zaman Datuk Yahya akan meninggalkan kerusi PSU, Penolong Bendahari, Ketua Penerangan dan SUK Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Persoalannya....Siapa akan mengisi jawatan-jawatan tersebut? Difahamkan, petang nie Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia akan melantik pegawai-pegawai baru untuk meneruskan agenda pergerakan Pemuda untuk terus menjadi mata dan telinga orang Melayu. LAGI

Read more...

Sunday, April 12, 2009

Maaf kesulitan melayari laman Prokhairy.com

Anda boleh melayari laman ini melalui http://prokhairy.blogspot.com/
Terima Kasih kerana melayari blog kami.
admin: Bro Jinggo

Read more...

[Video] KJ launches new Youth unit



Read more...

Saturday, April 11, 2009

SEGALANYA TELAH SELESAI DAN BERJALAN DENGAN BAIK

Semuanya telah berjalan dengan selamat, Perhimpunan UMNO dengan pemilihan semua jawatan semuanya terungkai dan yang menang tidak menang semua dan yang kalah tidak kalah semua , itu kata-kata UMNO bagi memujuk hati kita kembali. Namun tidak semua yang dapat menerima bait-bait ungkapan ini dengan ikhlas hati . Apa-apa pun kita terpaksa terima demi kebaikan dan perpaduan UMNO .

Pilihan raya telah selesai , kita gagal merampas kembali satu DUN dan satu kawasan Parlimen tetapi kita berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan negeri , Datuk seri Najib dan Tan seri Muhyiddin Yassin telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri dan juga Timbalan Perdana Menteri. Barisan Kabinet juga telah disusun dan yang digugur juga telah mengosongkan pejabat untuk diisi oleh penyandang yang baru. Kabinet lama ini hanya bertahan hanya setahun sahaja. LAGI

Read more...

Kita akan bantu KJ sebagai Ketua Pemuda...


Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ketika diminta mengulas mengenai Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang tidak dilantik di dalam kabinet berkata, Ahli Parlimen Rembau itu masih lagi Ketua Pemuda UMNO dan berpendapat ia tidak menjadi masalah kepada Ketua Pemuda itu. " Kita akan bantu dia perkasakan Pemuda,"katanya. Sementara itu Khairy pula dalam SMSnya ketika diminta mengulas soal berkenaan berkata beliau terima dengan hati terbuka dan tetap sokong penuh Perdana Menteri walau tak dilantik dalam kabinet.”Tahniah pada rakan-rakan yang dilantik”,katanya

Read more...

Khairy akui program Pemuda Umno 'syok sendiri'




Oleh : Muda Mohd Noor

Ketua Pemuda Umno yang baru, Khairy Jamaluddin berkata pihaknya kini menyedari bahawa program-program yang dianjurkan oleh pergerakan itu sebelum ini adalah ‘program syok sendiri'.

"Kita buat program untuk orang yang sama, orang yang sudah totok sokong Umno dan BN," katanya ketika melancarkan program exco turun padang di Rawang malam tadi. LAGI

Read more...

Friday, April 10, 2009

Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri


Satu pertemuan dan majlis ringkas minum pagi telah diadakan pagi tadi di mana YB Khairy Jamaluddin telah menjemput penyokong beliau dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia untuk bersama beliau bagi bertukar pendapat dan mendengar pandangan dari ahli-ahli Pemuda. Dalam ucapan ringkas YB Khairy telah menjelaskan kedudukan sebenar dan menyeru agar semua penyokong beliau untuk menerima keputusan Kabinet dan membantu beliau untuk melaksanakan kerja parti yang telah di amanahkan oleh Perdana Menteri. Beliau juga menyeru agar ahli UMNO tidak melabelkan diri mereka sebagai orang-orang pemimpin pemuda tertentu dan perlu membuang anggapan berkenaan kerana semuanya adalah Pemuda UMNO . Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.

YB KJ juga menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO untuk memberikan sokongan padu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan terus setia dan memberikan sokongan yang padu kepada YAB Perdana Menteri. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu dan menyokong beliau semasa pemilihan dahulu dan baliau benar-benar berharap semua penyokong beliau jangan merasa kecewa… Meminjam kata-kata Ali Rustam , Dunia Belum Kiamat, Esok Masih Ada.

Beliau juga mengucapkan Syabas kepada dua pemimpin pemuda yang telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan beliau amat berbangga kerana pemuda diwakili oleh dua orang Timbalan Menteri. Beliau berkata , beliau sebenarnya tidak meletakkan harapan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ketika bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO dan kerana itu beliau tidak merasa kecewa apabila dipanggil oleh Perdana Menteri sehari sebelum penamaan senarai kabinet.

Pemuda akan menjadi sebuah pertubuhan yang tidak terikat dan bebas untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang diperjuangkan kerana beliau tidak terikat didalam kerajaan dan beliau berharap Pemuda akan menjadi sebuah sayap yang digeruni oleh kawan dan lawan seperti di zaman Datuk Harun Idris dahulu. Untuk mencapai matlamat ini pemuda perlu bersatu dan memupukan semangat setiakawan. Beliau juga berharap agar semua yang hadir untuk menyampaikan apa yang telah beliau nyatakan dan berharap semua ahli Pemuda memahami akan pendirian beliau . Ucapan beliau telah disambut dengan penghormatan berdiri oleh lebih dari 300 ahli dan pemimpin pemuda dengan laungan KJ KJ KJ KJ . Majlis selesai pada jam 12.00 tengah hari sebelum mereka semua beredar menunaikan solat Jumaat di masjid Putra Jaya.

Read more...

Thursday, April 9, 2009

Barisan Kabinet Baru Kerajaan - KJ

Saya mengucapkan tahniah kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, dan barisan jemaah menteri yang dilantik oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak hari ini. Di samping itu, saya berterima kasih di atas pengiktirafan yang diberi kepada Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dengan perlantikan YB Dato' Razali Ibrahim, selaku Naib saya, sebagai Timbalan Menteri Kementerian Belia dan Sukan.

Saya percaya barisan jemaah menteri ini mampu membantu YAB Perdana Menteri dalam usaha beliau membawa perubahan berdasarkan pendekatan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapaian diutamakan. LAGI

Read more...

Tahniah Diucapkan Kepada Barisan Angota Kabinet Baru


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini kecuali Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kesemua ketua sayap dalam Umno dilantik menganggotai barisan kabinet baru yang diumumkan hari ini. LAGI

Read more...

Wednesday, April 8, 2009

Khairy tetap laksanakan tanggungjawabnya di Bukit Gantang dan Selembau

KJ mempunyai Karisma yang tersendiri

Gambar oleh Laman Web Pemuda UMNO Malaysia



LAGI

Read more...

BN kekalkan kerusi DUN Batang Ai

Isu semasa




Maklumat rasmi

BN Menang besar di Batang Ai, BN menang lebih dari 806 majoriti undi yang pernah mereka perolihi pada pilihan raya 2006. Jelas PKR tidak boleh bertapak di Sarawak.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan sehingga pukul 6.40 petang ini, Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 2,605 undi berbanding Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan 1,281 undi.

PAS memenangi kerusi Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 1,789 undi. Calonnya, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi manakala calon BN, Ismail Saffian mendapat 19,071 undi. Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), S. Manikumar menang pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dengan meraih 12,632 undi menewaskan calon Barisan Nasional (BN), S. Ganesan dan 13 calon Bebas lain, dengan memperolehi majoriti 2,403 undi.

Read more...

Tuesday, April 7, 2009

KJ - Jentera Pemuda BN berdisplin, Pilihanraya kecil Bukit Selambau, Batang Air dan Parlimen Bukit Gantang .





Proses pengundian bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang di Perak dan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau di Kedah dan Batang Ai, Sarawak berlangsung serentak hari ini setelah pusat-pusat pengundian dibuka pukul 8 pagi ini.

Ahli-ahli Pemuda Barisan Nasional (BN) sentiasa menjaga disiplin sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Batang Air dan Parlimen Bukit Gantang. LAGI

Read more...

KJ Arahkan Pemuda Pertahankan Maruah BN di Bukit Gantang

"Billboard", Poster, Bendera BN Hilang Dan Dirosakkan



Menjelang tempoh 24 jam sebelum hari pengundian kempen pilihanraya kecil di Bukit Gantang terus dicemari tindakan kotor pihak tertentu.

Tidak cukup dengan tindakan ganas penyokong pembangkang yang menghalang jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) memasang bendera dan poster, menjelang pagi tadi puluhan "billboard" BN didapati dirosakkan selain kehilangan lebih ratusan bendera yang dipasang di sekitar jalan Simpang, Changkat Jering dan Trong. LAGI

Read more...

Monday, April 6, 2009

Petugas Pas Bukit Gantang Ganas!!!


Ganas…..Jentera Pemuda BN, Abd Rahman Hasan Menunjukkan Kesan Kecederaan Yang Dialaminya Setelah Ditendang Oleh Petugas Pas Ketika Beliau Memasang Poster Dan Bendera BN Di Sungai Petai Kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin Yang Mengunjunginya Di Sini, Ahad. Selain Ditendang, Beliau Turut Menerima Ancaman Bunuh Daripada Individu Lain Yang Turut Dipercayai Petugas Pas. Kelihatan Dr Rao Daripada Aman Malaysia Sedang Memeriksa Keseriusan Kecederaan Terbabit. Ekoran Kejadian Itu, Mangsa Membuat Laporan Polis Di Balai Polis Changkat Jering.
(Sumber Laman Web Pemuda UMNO Malaysia)

Read more...

KJ Selar Pas Guna Politik Konfrontasi - Bukit Gantang




Oleh Haris Razali

Pemuda UMNO hari ini melahirkan rasa dukacita terhadap tindak-tanduk petugas parti pembangkang ketika berkempen Pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang yang disifatkan sebagai politik konfrontasi.

Justeru, Ketua Pemudanya YB Khairy Jamaluddin mengingatkan seluruh petugas pergerakan tu agar tidak terperangkap dengan sebarang provokasi serta politik konfrontasi tersebut. LAGI

Read more...

KJ memangkin semangat rakyat agar sayangkan UMNO dan BN.



Petang tadi kami bersama di kem Gerakan Umno Cawangan di salah satu kampung di Bukit Gantang. KJ begitu bersemangat dan amat komited terhadap perjuangan parti serta tegas bahawa UMNO tidak boleh diperlekehkan oleh Pakatan Rakyat yang sekarang ini amat taksubkan ideologi pemimpin mereka yang suka mengekspoitasikan konsep kuasa rakyat demi kedudukan dan pangkat dalam politik.

Sekiranya PAS benar-benar memperjuangkan kuasa rakyat dan memperjuangkan Islam, mereka tiada cara lain selain daripada bergabung dengan kerajaan dan BN bagi merealisasikan apa yang mereka impikan. Sejak dari dulu lagi UMNO sentiasa memujuk mereka untuk bersama memperjuangkan Islam dalam barisan nasional, tetapi PAS terlalu angkuh dan sombong. LAGI

Read more...

Sunday, April 5, 2009

Muhyiddin, 'memacu' di Bukit Gantang, KJ juga muncul




Khairy Jamaluddin yang dipilih Ketua Pemuda Umno, hari ini menafikan andaian bahawa beliau tidak dialu-alukan dengan turun gelanggang berkempen untuk calon Barisan Nasional (BN) di kerusi Parlimen Bukit Gantang.

Sekurang-kurangnya lapan program telah diaturkan untuk dihadiri beliau. LAGI

Read more...

Pemuda Umno tak akan desak PM untuk jawatan Kabinet - KJ




Pemuda Umno akan menghormati sesiapa saja yang akan dilantik untuk menganggotai Kabinet baru yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak minggu depan.

Ketuanya Khairy Jamaluddin berkata pergerakan itu juga tidak akan mendesak dan menuntut Perdana Menteri agar melantik wakilnya untuk menganggotai Kabinet baru itu.

“Soal pelantikan itu adalah hak mutlak Perdana Menteri dan Pemuda Umno memberi kebebasan kepada beliau untuk melantik sesiapa yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan dan kedudukan dalam kerajaan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pesta Adat Homestay Batang Nyamor anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTNS) ,semalam. LAGI

Read more...

Thursday, April 2, 2009

Khairy, Khir dan Mukhriz bersatu dalam barisan perjuangan




Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menyanjung tinggi sokongan dua bekas pesaingnya, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir demi perjuangan pergerakan itu dan UMNO.

Malah, beliau menyifatkan kesediaan Mohamad Khir dan Mukhriz memberi sokongan melambangkan kematangan dan kebijaksanaan mereka kerana sanggup mengetepikan kepentingan peribadi .

LAGI

Read more...

Wednesday, April 1, 2009

Berilah saya peluang - Khairy



Mukadimah

Biarpun kejayaan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memenangi jawatan Ketua Pemuda dilakukan melalui proses demokrasi yang menyaksikan beliau memperolehi 304 undi menewaskan dua calon lain iaitu Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dan Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr.Mohamad Khir Toyo tetapi kemenangan beliau seolah-olah tidak dialu-alukan oleh ahli-ahli UMNO. LAGI

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP