Susilo terima gelaran Tun
SHAH ALAM: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono akan dianugerah gelaran tertinggi negara yang membawa gelaran Tun sebagai pengiktirafan kepada keakraban Malaysia dan Indonesia.
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Mizan Zainal Abidin akan menyampaikan anugerah itu di Istana Negara pada Khamis ini sempena lawatan kerja tiga hari presiden republik itu ke Malaysia.
Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, berkata anugerah itu melambangkan hubungan baik kedua-dua negara bukan setakat hubungan antara kerajaan dengan kerajaan, malah hubungan secara peribadi.
Katanya, anugerah itu sebagai balasan kepada Kerajaan Indonesia memberi anugerah tertinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Februari tahun lalu.
Abdullah menerima anugerah tertinggi Bintang Republik Indonesia Adi Pradana dan anugerah tertinggi pergerakan pramuka iaitu pengakap Indonesia, Lencana Tunas Kencana. Beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama menerima dua anugerah tertinggi itu bagi menghargai jasa yang disifatkan sangat luar biasa kepada Indonesia.
"Anugerah tertinggi kepada Presiden Indonesia sangat penting dan membawa makna besar kepada hubungan baik kedua-dua negara termasuk hubungan peribadi Perdana Menteri dan Susilo," katanya pada sidang akhbar selepas menjadi pembicara khas pada hari terakhir Dialog Malindo 2008, di sini semalam.
Dialog dwi tahunan anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI) bertemakan Memperkukuhkan Hubungan Generasi Muda Malaysia-Indonesia Melalui Kerjasama Ekonomi dan Sosio Budaya itu disertai 400 peserta.
Dalam lawatan itu, Abdullah dan Susilo akan mengadakan rundingan tahunan bagi membincangkan perkara kepentingan bersama meliputi bidang ekonomi, sosial dan isu politik serantau serta antarabangsa.
Khairy juga berkata, anugerah kepada Susilo menandakan Malaysia di bawah pimpinan Abdullah amat menghargai hubungan baik kedua-dua negara.
"Inilah masanya Malaysia dan Indonesia memperkukuhkan hubungan baik di bawah kepemimpinan dua tokoh ini," katanya.
Beliau berkata, hubungan baik dan akrab Malaysia-Indonesia tidak pernah terjejas walaupun negara jiran itu mengalami banyak perubahan politik dan bertukar pucuk pimpinan serta parti pemerintah.
Katanya, pada sekitar 1990-an, kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya menjalin hubungan dengan parti Golkar tetapi selepas berlaku perubahan politik, BN turut menjalin hubungan dengan parti lain termasuk Demokrat.
"Kita melihat perubahan ini secara sihat dan kita menerimanya," katanya.
4 comments:
mana tak bagi...
masa PRU nanti bolehlah guna mat/minah indon jadi pengundi hantu..bodeklah tu!!!!
jinggo
kat indon parti politik dia bertukar ganti... so lepas pilhanraya nnti kt malaysia pun bertukar jugak pemerintahan dr umno ke barisan alternatif
kira umno bungkuslah PRU ke 12 ni...
KEPADA JINGGO
AKU BACA TAKDE PUN KOMEN MENYOKONG BLOG BODEK KAU NI... SIAPA YG NAK SOKONG KHAIRY JAMALUDDIN YG ANGKUH DAN BONGKAK TU... TAKDE PUN ANAK MUDA MELAYU YG SOKONG DIA... YG MENYOKONG KJ TU ADALAH PENGAMPU2 DIA YG MENDAPAT UPAH SPT KAU JINGGO
KALAU KAU NK TAU REALITI... KAU PEGI LA BUAT SURVEY KAT ANAK MUDA MELAYU KAT LUAR SANA TU... TANYA LA DIORG "APAKAH PENDAPAT ANDA TENTANG KHAIRY JAMALUDDIN"... MAKA KAU AKAN MENDAPAT JAWAPAN YG SEBENAR BAHAWA BETAPA MAJORITI YG BEGITU MELUAT DENGAN KHAIRY NI...
PALING KOMAN PUN KAU AKAN MENDAPAT JAWAPAN..."SIAPA KHARY?"
INSAFLAH WAHAI JINGGO... MARILAH KITA BERDIRI DI SAF BARISAN ALTERNATIF, BARISAN RAKYAT MALAYSIA
TQ
hahaha jinggo dah kena suap dgn kj la wei...nak mampus kalo dia sokong BA...bukannya ada telur mamat tu...
silap2 jinggo pernah gangbang dgn KJ kot hahahaha...
KJ aku tau ko ni kaki betina dgn kata lain kaki burit....
muka ko tu dah menggambarkan segala-segalanya..
jadi jgn ingat rakyat Malaysia akan berdiam diri bila kaki burit bercita-cita nak jadi PM...cukuplah kaki tido yg jadi PM...lepas ni takde dah k..
Post a Comment