Friday, January 11, 2008

Henti panggilan 'Indon': Khairy


HUBUNGAN AKRAB: Khairy beramah mesra dengan belia dari Indonesia pada Dialog Malindo 2008, di Shah Alam.

Istilah dianggap menghina, boleh jatuhkan maruah rakyat negara jiran

SHAH ALAM: Rakyat diminta berhenti memanggil warga Indonesia di negara ini dengan panggilan 'Indon' kerana istilah atau gelaran itu dianggap menghina dan menjatuhkan maruah rakyat negara jiran itu.

Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin, berkata beliau menerima banyak bantahan pemimpin politik dan pemimpin belia yang kurang senang dengan panggilan itu dan digunakan secara meluas termasuk media cetak dan elektronik.

Khairy berkata, rakyat Indonesia tersinggung dengan panggilan itu yang didakwa seolah-olah rakyat Malaysia memandang rendah serta tidak menghormati mereka sebagai jiran serumpun yang berkongsi banyak persamaan.

"Jika kita tahu panggilan ini menyakitkan hati mereka (rakyat Indonesia), saya percaya kita perlu berhenti menggunakan panggilan itu.

"Saya berharap media massa yang menjadi saluran untuk mempopularkan panggilan itu dapat memenuhi permintaan rakyat Indonesia," katanya pada sidang akhbar selepas menjadi pembicara khas pada hari terakhir Dialog Malindo 2008, di sini semalam.

Khairy berkata, rakyat Malaysia juga akan marah jika dipanggil gelaran yang menyakitkan hati oleh negara jiran dan permintaan supaya menghentikan penggunaan gelaran itu tidak dipedulikan.

Sementara itu, wakil Ketua Umum Komite Nasional Pemuda Indonesia (KNPI), Hamka M Noor, berkata panggilan Indon yang popular di negara ini bagi merujuk kepada rakyat Indonesia termasuk Tenaga Kerja Indonesia (TKI) dianggap merendahkan taraf rakyat negara itu.

Katanya, panggilan itu tidak pernah wujud di negara berkenaan dan media negara ini yang bertanggungjawab mempopularkannya perlu berhenti dan menggantikannya dengan perkataan Indonesia.

Hamka berkata, panggilan itu sangat sensitif di kalangan rakyat Indonesia terutama belia kerana ia berkait rapat dengan maruah rakyat di sebuah negara berdaulat dan merdeka.

Sebelum itu, Khairy ketika dialog itu berkata, Malaysia dan Indonesia yang berkongsi banyak bersamaan sejarah dan sosio budaya tidak perlu campur tangan negara asing termasuk Amerika Syarikat bagi menyelesaikan perselisihan faham.

Katanya, kedua-dua negara yang mempunyai hubungan mesra seperti abang adik itu boleh menyelesaikan salah faham secara baik hasil kerjasama erat yang sudah wujud sekian lama.

Tiga isu utama menimbulkan tidak puas hati golongan muda kedua-dua negara yang kerap menjadi topik hangat di internet dan blog ialah isu kedaulatan, TKI dan sosio budaya.

Beliau berkata, perselisihan faham timbul kerana Indonesia menganggap Malaysia semakin angkuh dan tidak memiliki budaya sendiri, manakala Malaysia pula memandang negatif terhadap pekerja negara itu yang dicop pembawa banyak masalah jenayah.

"Persepsi negatif sesama sendiri ini berlaku kerana kedua-dua negara tidak mempunyai kata sepakat di samping saling menyimpan syak wasangka antara satu sama lain," katanya.

Khairy berkata, Malaysia tidak pernah menyembunyikan atau cuba menutup kes jenayah membabitkan rakyat negara itu termasuk penderaan pembantu rumah oleh majikan seperti kes Nirmala Bonat.

Katanya, Malaysia dan Indonesia, sepatutnya melupakan perbalahan isu remeh yang sengaja diperbesarkan dan memberi tumpuan kepada dua cabaran utama iaitu kelangsungan ekonomi bagi menghadapi saingan China, India dan Vietnam selain memperbetulkan tanggapan negatif terhadap Islam.

Katanya, rakyat Malaysia dan Indonesia mempunyai semangat kenegaraan berbeza tetapi ia mesti terkawal supaya tidak sampai pada tahap ekstrem sehingga boleh mengancam keselamatan negara.

"Rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian ekonomi, manakala Indonesia pula lebih kepada tradisi budaya. Kita sama-sama pegang semangat ini tetapi jangan sampai ada percanggahan yang boleh mengeruhkan hubungan baik dua negara," katanya.

5 comments:

Anonymous,  January 12, 2008 at 9:11 PM  

cewah2.. macam sopan santun sangat je si khairy tu.

Anonymous,  January 13, 2008 at 8:46 PM  

Boleh tak sesiapa sampaikan dengan si-beruk jantan hitam sekor ni,bahwa saranan nya itu cempelang bunyi nya.

Orang yang kurang sopan santun nya nak mengajar orang lain.Geli geliman apabila keluar dari mulut si beruk sekor ni.

Perangai dan pesona nya kelihatan macam penyagak... kalau berlakon drama boleh jadi ketua penjahat.

Anonymous,  January 13, 2008 at 10:04 PM  

AHHHHHHHHH

AKU TETAP PANGGIL INDON
INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,INDON,

KAU SAPA NAK HALANG AKU PANGGIL INDON,
SUKATI AKULAH

Anonymous,  January 23, 2008 at 4:32 PM  

oklah kalo begitu aku panggil ko je INDON kj....selesai masalah kan.

atau ko suka org panggil ko beruk lagi...terpulanglah...ko pilih ye.

Anonymous,  January 24, 2008 at 9:01 AM  

SP,

1. kalau org india....
kita panggil keling sbb india negara dia dan orgnya dipanggil keling...

2. kalau org melayu
kita panggil melayu sbb Malaysia negara dia dan orgnya dipanggil melayu/cina/keling kalau semua Malaysian...

3. Abis kalau org indon
kita panggil dia INDON sbb negara dia indonesia yg duduk situ sure INDON...

tak payah nak bela sgt INDON ni diaorg jenis tak kenang budi.... tgk je kat negara INDON... media massa kutuk negara kita teruk giler kita je kat sini nak berlembut....

teruskan berlembut sampai org pijak kepala kita...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP