Thursday, January 3, 2008

Tindakan Soi Lek berhenti wajar – Perdana Menteri



PUTRAJAYA – Tindakan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek meletakkan semua jawatan parti dan kerajaan setelah mengaku terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita adalah satu langkah yang wajar, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri menegaskan, keputusan Naib Presiden MCA itu dibuat setelah mengambil kira kesan-kesan buruk yang mungkin menjejaskan imej parti dan kerajaan.

“Saya anggap ia satu keputusan yang wajar memandangkan perkembangan (isu) yang berlaku begitu singkat.

“Saya ucapkan terima kasih kepada beliau yang telah mengambil kira kesan-kesan buruk yang mungkin menimpa parti dan kerajaan. Beliau telah mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku,” kata Abdullah pada sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di sini petang ini.

Beliau mengulas langkah Soi Lek meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, semua jawatan parti dan Ahli Parlimen Labis berkuat kuasa serta-merta hari ini.

Menurut Perdana Menteri, keputusan itu dibuat oleh Soi Lek selepas menilai reaksi rakyat yang tidak menerima permohonan maafnya.

Menteri itu semalam secara terbuka mengaku dirinya adalah orang yang melakukan hubungan seks dengan seorang wanita dalam rakaman cakera video digital (DVD) yang salinannya diedarkan secara meluas di Johor sejak empat hari lalu.

Abdullah berkata, mesyuarat Kabinet pagi ini tidak membincangkan atau membuat keputusan mengenai kedudukan Soi Lek kerana ‘apa yang berlaku adalah berkaitan (hal) peribadi beliau’.

Katanya, Menteri Kesihatan itu ada menghadiri mesyuarat tersebut tetapi tidak membuat sebarang kenyataan.

Abdullah percaya isu membabitkan Soi Lek tidak akan menjejaskan persiapan Barisan Nasional (BN) untuk menghadapi pilihan raya umum.

‘‘Saya tidak nampak ia menjejaskan persiapan pilihan raya umum BN kerana kita tidak kekurangan tenaga yang diperlukan untuk teruskan persediaan,” katanya.

Ditanya sama ada isu membabitkan pemimpin MCA itu boleh dianggap ‘sesuatu yang perit’ bagi BN ketika melangkah ke tahun baru 2008, beliau berkata: “Apa juga yang kita rancang untuk dilaksanakan dalam tahun baru ini termasuk rancangan Kementerian Kesihatan yang ditetapkan, kita akan teruskan.

“Yang berkait dengan Kementerian Kesihatan, ia akan diputuskan oleh Jemaah Menteri.”

Abdullah berkata, Jemaah Menteri akan menentukan siapa yang akan memangku jawatan Menteri Kesihatan sekiranya ia tidak dipenuhi secara tetap oleh sesiapa.

Mengenai kekosongan portfolio kesihatan dalam Kabinetnya, Abdullah berkata, beliau akan membincangkan perkara itu dengan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting kerana ia merupakan jawatan kerajaan yang diperuntukkan kepada parti MCA.

Mengulas sama ada isu membabitkan Soi Lek perlu disiasat oleh polis, beliau yang juga Menteri Keselamatan Dalam Negeri berkata: “Kes ini melibatkan pencerobohan peribadi dan ia berupa satu kesalahan di bawah Kanun Keseksaan. Pihak polis tentu ingin berjumpa dengan beliau bagi mendapatkan kenyataan dan maklumat.”

Mengenai kemungkinan pilihan raya kecil diadakan bagi kerusi Parlimen Labis, Abdullah berkata, ia tidak perlu kerana tempoh mandat kerajaan memerintah kini kurang daripada dua tahun.

Dalam hubungan ini, Perdana Menteri turut mengingatkan semua wakil rakyat BN supaya sentiasa menjaga moral masing-masing kerana ia adalah perkara utama yang dimahukan rakyat selain perkhidmatan yang baik.

‘‘Selain melaksanakan tugas dan amanah dengan baik, isu moral juga diambil kira oleh rakyat,” ujarnya.

10 comments:

Anonymous,  January 3, 2008 at 10:07 AM  

BERANI KERANA BENAR TAKUT KERANA SALAH... TABIK SOI LEK....

Anonymous,  January 3, 2008 at 11:38 AM  

bila pulak khairy nak berenti? ke nak tunggu video lucah dia release dulu, baru nak letak jawatan..hehe

Anonymous,  January 3, 2008 at 11:38 AM  

Jeng..jeng..jeng..
Chua Soi Lek dah letak jawatan kerana dia mengaku terlibat dlm aksi video seks...apa pun aku "salute" kat dia sebab walaupun dia org kafir sebagai pemimpin dia bertanggung jawab diatas perbuatannya...boss kau sikhairy yg ko ampu-ampu tu bila lagi? Aku dengar dia pun ada buat hal mcm Chua..tak takut ke kalau org dedahkan sikit masa lagi ?
Cuba tinjau kat blog anti khairy..itulah ...pesan pada dia lain kali jgn suka panggil org beruk!!! kan dah kena..hooreyyyyy...

Anonymous,  January 3, 2008 at 4:28 PM  

Kalau si Khairy ada skandal sex video, aku nak tengok reaksi bapa mentua.......

Anonymous,  January 3, 2008 at 5:52 PM  

rupanya chua soi lek letak jawatan disebabkan dia lupa pakai kondom masa main gan prempuan tu. sebab dia yg lancarkan kempen guna kondom masa bermain gan prempuan. itu salah satu punca

Anonymous,  January 4, 2008 at 10:33 PM  

Any political figure who is proven to have sex scandal should resign from all political and public posts, right Khairy?

Anonymous,  January 6, 2008 at 5:03 PM  

jinggo, cerita hadiah bantal tak ada ke??????

Anonymous,  January 6, 2008 at 9:39 PM  

khairy ko pun jangan lah nak suka sangat! video panas ko tu jangan lupa pula ye! hehehe! seronok ye dapat betina tu! hehehe!

kakitidur January 9, 2008 at 2:05 PM  

Kalau nak tengok Khairy masa muda bolehlah cari di YOUTUBE. Taip "__ menantu ____". Cari sendirilah. Susah aku menyelongkar YOUTUBE tu baru jumpa. kalau nak tahu kena bayar.

Anonymous,  January 16, 2008 at 5:18 PM  

Parti MCA mmg amalkan disiplin yg tinggi tapi Umno ni mcm sial aje. Mana tak nye, Rahim Tamby Chik pun d kutipnya balik & majoriti muka kabinet tertinggi Umno ni kaki betina belaka. Kalau dah PM suka meraba, apatah lagi anak buahnya. Dah tentu lebih hamlau..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP