Monday, August 10, 2009

Pas dicabar keluar pakatan pembangkang


BUKIT MERTAJAM 9 Ogos - Pas dicabar keluar daripada pakatan pembangkang berikutan tindak-tanduk DAP dalam gabungan itu yang tidak menghormati prinsip perjuangan yang dibawa Pas selama ini.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perkembangan politik di Selangor dan Pulau Pinang membuktikan Pas tidak dihormati ekoran kenyataan pemimpin-pemimpin DAP yang mengguris hati pemimpin serta penyokong Pas.

''Saya nak lihat sejauh mana komitmen Pas kepada pakatan itu. Kita nak tengok sama ada Pas sanggup korbankan maruahnya kerana nak jaga DAP sebab hendakkan kuasa atau sanggup berdiri atas prinsip yang benar,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Mertajam di sini hari ini.

Khairy berkata, di Pulau Pinang misalnya, kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelutong, Jeff Ooi jelas mencabar kesabaran penyokong Pas yang selama ini memberi kekuatan kepada keutuhan pakatan pembangkang di negeri itu.

Malah katanya, satu-satunya wakil rakyat Pas yang memenangi pilihan raya umum lalu tidak mendapat sebarang tempat dalam barisan Exco kerajaan negeri.

''Oleh kerana kita akan ada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir dan Pas akan bertanding, saya cabar Pas menuntut jawatan Exco daripada kerajaan negeri pimpinan DAP agar suara Pas didengari.

''Jika kerajaan negeri DAP dan Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tidak menghormati parti itu dengan tidak memberi jawatan Exco, saya sarankan Pas keluar daripada pakatan pembangkang di Pulau Pinang,'' katanya.

Menurut Khairy, pakatan pembangkang bukan sahaja tidak mempunyai semangat setiakawan yang tinggi seperti yang diamalkan Barisan Nasional (BN), malah tidak menghormati sumbangan Pas.

Berbeza dengan BN katanya, parti-parti komponen masih diberi ruang menganggotai Kabinet walaupun mereka tidak memenangi banyak kerusi di Parlimen pada pilihan raya umum lalu.

''Sebagai contoh, MIC dan Gerakan hanya memenangi dua kerusi tetapi masih diberikan peluang menjadi menteri dan timbalan menteri kerana BN sentiasa menghargai sumbangan rakan-rakan lain,'' tambahnya.

Mengulas persediaan pergerakan itu menjelang Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir, Khairy berkata, Pemuda lebih selesa menggunakan pendekatan bersederhana dan berjumpa pengundi secara peribadi.

Bagaimanapun katanya, paling penting pada masa ini ialah mewujudkan perpaduan di kalangan ahli UMNO di Permatang Pauh supaya jentera dapat digerakkan dengan lebih lancar.

''Saya sudah mendapat jaminan daripada Ketua Pemuda UMNO Permatang Pauh, Mohd. Zaidi Mohd. Said bahawa Pemuda akan menyokong siapa sahaja yang akan dipilih pucuk pimpinan sebagai calon di kawasan itu,'' jelasnya.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP