Wednesday, August 5, 2009

Pembangkang cuba kelirukan rakyat – Khairy




REMBAU – Tindakan pembangkang mendalangi perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara semalam sekadar ingin mengelirukan rakyat kononnya ia menandakan kebangkitan rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, perhimpunan yang mencetuskan kekacauan di Kuala Lumpur itu sebenarnya agenda parti terbabit mempolitikkan isu berkenaan bagi kepentingan pemimpinnya.

“Isu ISA ini sudah lama dipolitikkan dan yang keluar semalam bukannya masyarakat umum tetapi ahli politik pembangkang di mana mereka diwajibkan oleh ketua mereka supaya menghadiri perhimpunan tersebut.

“Ahli politik pembangkang dan penyokong mereka yang berarak dan berkumpul di ibu pejabat pergerakan parti itu di Kuala Lumpur. Lainlah kalau rakyat jelata yang bangkit tetapi ini bukan, cuma ahli parti pembangkang yang membuat kacau,” kata beliau.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Rembau di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan merangkap Menteri Besar.

Khairy pada masa yang sama berkata, tindakan parti pembangkang mewajibkan ahlinya menghadiri perhimpunan tersebut sudah menandakan sikap terdesak mereka.

0 comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP