Friday, April 10, 2009

Khairy menyeru semua ahli pemuda memberikan sokongan padu kepada YAB Perdana Menteri


Satu pertemuan dan majlis ringkas minum pagi telah diadakan pagi tadi di mana YB Khairy Jamaluddin telah menjemput penyokong beliau dan juga Exco Pemuda UMNO Malaysia untuk bersama beliau bagi bertukar pendapat dan mendengar pandangan dari ahli-ahli Pemuda. Dalam ucapan ringkas YB Khairy telah menjelaskan kedudukan sebenar dan menyeru agar semua penyokong beliau untuk menerima keputusan Kabinet dan membantu beliau untuk melaksanakan kerja parti yang telah di amanahkan oleh Perdana Menteri. Beliau juga menyeru agar ahli UMNO tidak melabelkan diri mereka sebagai orang-orang pemimpin pemuda tertentu dan perlu membuang anggapan berkenaan kerana semuanya adalah Pemuda UMNO . Mereka mesti bersatu dengan semangat setiakawan sebagai Pemuda UMNO dibawah satu payung.

YB KJ juga menyeru agar semua ahli Pemuda UMNO untuk memberikan sokongan padu kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak Perdana Menteri Malaysia kerana beliau juga selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia akan terus setia dan memberikan sokongan yang padu kepada YAB Perdana Menteri. Beliau juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang telah membantu dan menyokong beliau semasa pemilihan dahulu dan baliau benar-benar berharap semua penyokong beliau jangan merasa kecewa… Meminjam kata-kata Ali Rustam , Dunia Belum Kiamat, Esok Masih Ada.

Beliau juga mengucapkan Syabas kepada dua pemimpin pemuda yang telah dipilih sebagai Timbalan Menteri dan beliau amat berbangga kerana pemuda diwakili oleh dua orang Timbalan Menteri. Beliau berkata , beliau sebenarnya tidak meletakkan harapan untuk menjawat jawatan dalam kerajaan ketika bertanding untuk merebut kerusi Ketua pemuda UMNO dan kerana itu beliau tidak merasa kecewa apabila dipanggil oleh Perdana Menteri sehari sebelum penamaan senarai kabinet.

Pemuda akan menjadi sebuah pertubuhan yang tidak terikat dan bebas untuk menyuarakan apa juga permasalahan yang diperjuangkan kerana beliau tidak terikat didalam kerajaan dan beliau berharap Pemuda akan menjadi sebuah sayap yang digeruni oleh kawan dan lawan seperti di zaman Datuk Harun Idris dahulu. Untuk mencapai matlamat ini pemuda perlu bersatu dan memupukan semangat setiakawan. Beliau juga berharap agar semua yang hadir untuk menyampaikan apa yang telah beliau nyatakan dan berharap semua ahli Pemuda memahami akan pendirian beliau . Ucapan beliau telah disambut dengan penghormatan berdiri oleh lebih dari 300 ahli dan pemimpin pemuda dengan laungan KJ KJ KJ KJ . Majlis selesai pada jam 12.00 tengah hari sebelum mereka semua beredar menunaikan solat Jumaat di masjid Putra Jaya.

23 comments:

Anonymous,  April 10, 2009 at 3:22 PM  

KJ muka berok...hahahahahahahaha sudalah, org tak suka ko pun tak sedar lagi...join pkr nak?

zedmagel April 10, 2009 at 3:26 PM  

Bro Jinggo,

Saya slaute Ketua Pemuda Malaysia, walaupun tidak dilantik sebagai menteri beliau tetap memberikan sokongan padu kepada YAB PM. Saya harap saudara khairy akan lebih dapat menumpukan usaha menarik genarasi muda rapat dengan UMNO yang beliau pimpin sekarang.

Jika KP diberikan jawatan dalam kabinet. KJ mungkin jadi seorang yang defensif, jika tiada jawatan lebih mudah beliau untuk terus bersuara lantang dan tegas dalam meniup semangat Melayu dalam jiwa pemuda. Bro Jinggo, jika mungkin kita ada sesuatu agenda besar boleh dikongsi bersama.Terus berjuang bro.

Bro Jinggo April 10, 2009 at 3:51 PM  

http://abangtuah.blogspot.com/

BPN - ERA BARU BERPOLITIK.
Salam Kepada Semua Blogger BPN,

Mamak sentiasa mengikuti perkembangan BPN sejak diusulkan oleh Pang5 yang pada ketika itu hanya mempunyai ilham dan iktizam. Mamak amat kagumi perjuangan Pang5 ini.

Seorang yang mamak sentiasa kagumi dengan perjuangan ialah sahabat baik Mamak Abang Tuah. Kami dan ramai blogger-blogger UMNO yang muda suatu masa dulu berjuang bermati-matian di blog Pemuda Enggang.

Ketika itu ramai blogger UMNO atau yang masih di dalam kekeliruan dikumpulkan oleh Abg Tuah untuk berhempas pulas dengan bandit-bandit dari pakatan yang penuh dengan fitnah..memaki..hamun..ugutan berserta dengan perkataan lucah yang tak pernah mamak yang tua nie dengar selama ini.

Kami tetap bersabar dan kadangkala kami terpaksa menjawab berjela-jela untuk mematahkan tuduhan blogger pembangkang. Dalam pada itu persahabatan di antara kami sebagai blogger pro UMNO menjadi lebih akrab dengan mengenali satu sama lain melalui hati bukan hanya dibibir sahaja.

Kami akan mempertahankan beramai-ramai sekiranya sahabat kami diserang bandit sehingga bandit itu di neutralkan. Ramai blogger pembangkang pada asalnya, kami jadikan rakan dan mereka kembali balik dalam UMNO..ini kejayaan kami di blog Pemuda Enggang kerana bila kami berbicara kami berbicara melalui hati bukan hanya menulis menyedapkan pembaca untuk mendapatkan jumlah pengunjung.

Di Pemuda Enggang yang kami sukai ialah moderator tak pernah tapis komen bloger pembangkang kerana beliau tahu kita ada jawapannya. Mamak yakin BPN akan menjadi medan blog UMNO yang hebat suatu hari kelak.

Walau pun blogger BPN tidak diiktiraf seperti blogger Rocky Bru, Blogger Datuk kadir Jasin dan Nobisha yang sering di jemput oleh MSM atau lain-lain tetapi yakinlah blogger BPN yang terdiri dari golongan muda ini juga akan menjadi lebih hebat dan menyerlah suatu hari nanti.

Era orang muda mengambil tempat dalam politik melalui blogging telah berlaku di Amerika untuk Presiden Obama. Maka keadaan ini akan berlaku juga di PR13 nanti sekiranya kerajaan pandai gunakan golongan orang muda dalam politik nescaya ada manfaatnya.

Maka mamak yang tua nie harap semua blogger BPN perlu bersatu dengan hati yang luhur dan ke arah satu perjuangan dan satu matlamat. Maka UMNO akan subur kembali seprti sebuah pohon yang rendang yang menghasilkan buah yang lebat. Buah yang lebat nescaya gugurkan buah yang ranum kebawah dan hasilnya boleh dirasai oleh semua pihak. Mamak ucapkan terima kasih pada semua blogger BPN yang sentiasa mendukung UMNO untuk masa depan negara dan bangsa Melayu. Wasssalam.

P/s: dari katil Hospital yang keras dan membosankan kerana di larang merokok...ha..ha


SUARA HATI PENULIS… (ABG TUAH)

- SALAM MAMAK HJ. TERIMA KASIH DI ATAS ARTIKEL YANG BAIK DAN BERSEMANGAT INI. JUGA KAWAN BERASA SEDIH MENDENGAR MAMAK TAK SIHAT DAN MASUK HOSPITAL. KENAPA MAMAK TAK HABAK AWAI-AWAI..BOLEH KAMI IAITU TUAH, APAI, BROKUNTAKITE DAN SEKUPANGDUAS DATANG MELAWAT MAMAK.

MAMAK JAGA KESIHATAN ELOK-ELOK YA..DOA KAMI AGAR MAMAK CEPAT SEMBUH…UNTUK PENGETAHUAN MAMAK KAMI SEMUA SAYANG KAT MAMAK HAJI YANG SORANG NI.

OH YE MAMAK…AKHIRNYA KAWAN TELAH DAPAT BERTEMU DAN BERKUMPUL BEBERAPA KALI DENGAN APAI, BROKUNTAKINTE DAN SEKUPANGDUAS…MAMAK TENTU TERPERANJAT WALAU PUN BARU PERTAMA KALI MENGENALI WAJAH MASING-MASING TAPI TAK SANGKA RUPANYA KEMESRAAN KAMI SEUMPAMA ADIK-BERADIK. YE..MAMAK RUPANYA KAMI TELAH MENGENALI HATI MASING-MASING SELAMA BERBLOGGING.

ANTARA YANG KAMI BUALKAN ADALAH KISAH PERJUANGAN KITA SEMUA DAN NAMA MAMAK SENTIASA TAK LEKANG DARI BIBIR KAMI, MUNGKIN KERANA RINDU KAMI HENDAK SANGAT BERSUA DENGAN MAMAK…HEHEHE…

OK MAMAK JAGA KESIHATAN…WASSALAM.
_________________________________

Bro Jinggo

Salam Hurmat Otai Mamak, abg tuah dan Ahli BPN sekalian….

Saya amat terharu dengan luahan yang diluahkan oleh Otai Mamak…

Bagi saya apa yang diluahkan oleh Otai Mamak adalah bertepatan dan saya menyokong dari hati saya sendiri dengan sejujur-jujurnya…

Di kesempatan ini juga saya mahu berkongsi sedikit pengalaman pahit saya ketika berjuang dialam maya menentang barisan pembangkang, sebelum BPN ditubuhkan….

Mungkin jua pada waktu itu saya dan Otai mamak, abg tuah dan rakan2 yang lain berada di aliran yang lain, maklumlah ketika itu bloggers pro umno tidaklah begitu besar bilangannya…

Saya akui ketika itu saya dan angkatan seperjuangan saya berasa agak sukar untuk menentang barisan pihak pembangkang, kerana mereka terlebih dahulu menerokai dunia alam saiber ini…

Sehinggalah satu hari saya disarankan oleh panglimacyber untuk bersatu tak kiralah anda dari aliran yang mana, pro mana UNTUK MEMERTABATKAN DAN MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU!!!

Terus terang saya katakan saya bertuah kerana menjadi ahli BPN, kerana diBPNlah saya mempunyai ramai kenalan bloggers dan mempunyai rangkai yang terhebat dan digeruni oleh pihak pembangkang… Bahkan hubungan saya dengan rakan-rakan BPN yang rapat dengan saya bagaikan abg dan adik…
Dan saya juga percaya satu hari nanti ada diantara bloggers BPN yang akan mencipta nama seperti Rocky bru, Nobisha, Datuk Kadir Jasin Dll…

HARAPAN SAYA AGAR BLOGGERS PRO UMNO DAPAT BERSATU DIBAWAH NAUNGAN PARTI KERAMAT PARTI UMNO !!!HENTIKAN PERBALAHAN DIANTARA SESAMA KITA!!! TANAMKAN SIKAP KETERBUKAAN DIDALAM UMNO!!! AYUH KITA PERTAHANKAN HAK KITA!!! KEMBALIKAN KEGEMILANGAN UMNO!!! PERTAHANKAN MARUAH UMNO!!! KALAU BUKAN KITA !!! SIAPA LAGI YANG AKAN MEMPERTAHAN UMNO!!! KITA BUKAN BLOGGERS YANG LEMAH!!! BERJUANGLAH!!! BERJUANGLAH!!! BANGKIT!!! SEMARAKKAN JIWA ANDA DENGAN SEMANGAT PEJUANG-PEJUANG UMNO DULU KALA!!!

Salam Perjuangan

BJ

Bro Jinggo April 10, 2009 at 3:57 PM  

Terima kasih zedmagel...

Saya hargai dan tabik dengan pendapat dari saudara.


Salam Perjuangan
Salam Setiakawan

BJ

P/S Zed emailkan email saudara pada saya... agar senang kita berhubung nanti...

PEJUANG CYBER April 10, 2009 at 4:08 PM  

Sokong KJ!!!
Sokong YAB DS NAJIB!!!

MAAFLAH RAKAN-RAKAN BLOGGERS PRO UMNO, JIKA BAHASA SAYA ATAU MANA-MANA AYAT SAYA MENYINGGUNG PERASAAN RAKAN-RAKAN YANG LAIN…

KERANA UMNO PARTI KERAMAT AKU TAK RELA MELIHAT UMNO DIHANCURKAN OLEH SAUDARA UMNO SENDIRI!!!
SUDAH TIBA MASANYA KITA BERSATU!!! SUDAH TIBA MASANYA KITA BERGANDING BAHU UNTUK MEMULIHKAN SEMULA LUKA LAMA DALAMAN UMNO!!!

JIKA PERANG SAUDARA DIDALAM UMNO BERTERUSAN SAYA PERCAYA PRU YANG AKAN DATANG!!! UMNO PASTI AKAN BERKUBUR!!!

BERJUANG DENGAN SIKAP YANG TERBUKA… BERSATULAH DIBAWAH SATU NAUNGAN YANG MANTAP DAN DIGERUNNI OLEH BLOGGERS PAKATAN RAKYAT!!!

YANG PASTI SENAPANG PATAH AKAN KUBURKAN PAKATAN RAKYAT!!!

Anonymous,  April 10, 2009 at 4:09 PM  

Pirrraaahhhhhhh

Umno nak bersatu konon! hak tui!!!

Anonymous,  April 10, 2009 at 4:15 PM  

wanita melayu cina

Saya hairan kenapa barisan2 pemuda yang dah besar panjang tapi tak da otak ke atau masa kocik tak di didik oleh omak n bapak kau orang tentang nilai2 islam dalam memilih pemimpin.KJ tu dah sah2 bersalah politik wang or r u going to say orang yang dok kat badan disiplin tu bongok ..........buat silap....Kami ni rakyat biasa yg tak da pangkat apa pun dlm parti umno n kalau kaya kau orang je kaya.Tapi makin susah rakyat jelata ni......ada mata ada telinga n boleh beza mana orang jahat n tidak.Atau u all semua ni dah kena beli.Tu borak orang kat warong2 kopi tau.N apa pasal nak kira voting paper ambil masa yg lama.Tak tau kira ya.sian.Sedangkan by election yg puluhan ribu dapat siap awal keputusannya inikan pula tak sampai seribu....Hairan kan.Kami ni rakyat jelata dah nampak bila KJ menang memang by election pasti kalah.Menang kat swak pun sebab org swak tak tahu org PKR.Depa tau org UMNO jelah.Kami ni kalau KJ didapati tidak bsalah n menang Ketua pemuda tak le rasa tertipu salah masuk parti tapi bila dia MENANG n memang didapati bersalah kenapa tak di beri hukuman.Itu menjadi tanda tanya ramai orang kat luar or kau orang kat dalam could not b bother dengan suara2 dr orang mcm kami ni.Janji poket kau orang penuh je ke.Macam Datuk Norza nak pijat PWTC pun tak boleh.Dia ada chicken pox koT??????Kj relax .......Boleh tanding lagi.
Pikir2 sendiri.Rakyat jelata nampak cuma kami tak boleh buat apa2.Tunggu next election je lah.Kalau nak makan projek jangan MAKAN semua........Melayu kat bawah ramai lagi yang susah.Renung2 kanlah.Jangan sampai rakyat dapat lihat pentadbiran PAS,PKR n DAP lebih bebas rasuah dari UMNO yang asyik nak benteras rasuah TApi c what happens..........

Anonymous,  April 10, 2009 at 4:33 PM  

MOI, JANGAN TERLALU PERCAYA DENGAN PERSPEKTIF YANG DIBUAT OLEH PEMBANGKANG.

ISAC

gotahlantun April 10, 2009 at 4:53 PM  

SYABAS KJ DENGAN SIKAP ANDA ITU,
SEMUA YANG TERJADI ADA SEBAB MUSIBABNYA.

TERASA MASA KJ MASIH JAUH LAGI..
SEMUANYA ITU AKAN DITENTUKAN ALLAH.
RANCANGLAH SEBAIK MUNGKIN DAN BERSERAHLAH PADA ALLAH.

EDEN SOKONG KAU!!!

badang,  April 10, 2009 at 5:13 PM  

sabar ada masanya tapi kalau terus terusan hentam pak lah and kj mana boleh tahan Siapa yang bagi jatoh umno tapi dia tolak balak ke pak lah.

ISAC,  April 10, 2009 at 5:14 PM  

PR, KALAU ORANG DIA BUAT SALAH...TOK2 KETUA DIA X KONDEM DEPAN KHALAYAK...UMNO, KES RASUAH PARTI SENDIRI PUN NAK INFORM SATU DUNIA...KAN X PASAL2 DAPAT PUBLISITI NEGATIF..

badang,  April 10, 2009 at 5:15 PM  

kalau ikut sejarah siapa hero maday atau pak lah, kj atau mukriz atau hang tuah atau hang jebat

Captain Jack April 10, 2009 at 5:16 PM  

Sudah tiba masanya kita bersatu!!!
HIDUP UMNO!!!

Anonymous,  April 10, 2009 at 5:18 PM  

Pro-KJ sedia bersatu.... Bagaimana pun dengan Pro TUN?

Anonymous,  April 10, 2009 at 5:46 PM  

UMNO akan selamat lagi 2 -3 bulan bila KJ disabit keslahan yg sedang disiasat sekarang:

1. penyalahgunaan harta kerajaan apabila menggunkana Kediaman Rasmi PM untuk berkempen

2. rasuah politik

3.kes kes yg sedang dibuka satu persatu , untuk permulaan penjualan MV Agusta hanya dgn 1 euro yg dah titup oleh burung tiung pak lah (shahriri samad) dan kini disiasat kembali oleh PAC

4.kita tunggu bila kes ECM LIBRA dibuka kembali

dgn terkeluarnya KJ dari UMNO maka akan kukuhlah UMNO .....

setakat penyokong kj nak mengamuk..biaq pi lah ..sikit aje..besar chet je penyokong KJ....

kekekeke

drputera

Anonymous,  April 10, 2009 at 7:21 PM  

Kenapa macam orang2 yang dekat2 dengan Pak Lah semua dibuang jawatan menteri, hahahaha..

Ni nota ringkas kepada ketua pemuda UMNO kita yang ingin menarik balik sokongnan golongan pengundi muda.saya adalah pelajar lepasan Universiti,tetapi saya nak komplen berkenaan masalah pengangguran yang melanda negara kita sekarang.

Ramai pelajar2 melayu agak terkilan dengan situasi pengangguran sekarang,di mana banyak syarikat swasta enggan memberi peluang kepada graduan bumiputera.Soalnya mungkin bagi mereka graduan bumiputera tak bagus,tak mengapa mungkin itu sudah anggapan mereka,tapi sekurang-kurangnya panggillah interview sebelum judge.Ini nak kene panggil interview pun susah.Masalah ini byk dialami oleh student yang mempunyai CGPA 3.0 ke 3.5 dan dari IPTA tempatan,sewajarnya tidak begitu sukar mencari pekerjaan.

Lebih menerukkan lagi,sbg cth yg SEDIKIT, syarikat2 seperti CIMB,AMBANK yang mempuyai CEO melayu,tetapi iklan2 yang diletakkan di jobstreet,anda akan biasa ternampak perkataan ini "bahasa mandarin preferable".Saya syorkan kepada mereka tak payalah susah2,letak sahaja bumiputera tak dibenarkan apply kan senang.Tak usahlah kita cerita pasal Public bank,UOB bank,Hong Leong Bank dan sbgnya.

Jadi,soalan saya yang sebenarnya,walaupun ekonomi memang dipegang oleh orang bukan bumiputera,tetapi apakah langkah2 kerajaan untuk mengatasi masalah di atas ini?takkan dengan buat program untuk lepasan graduan boleh menjamin mendapat peluang pekerjaan sedangkan nak kene shortlisted untuk interview pun susah.Sekiranya keadaan ini berterusan,tak mustahil di sebalik keasyikan menarik pengundi cina dan India,UMNO akan hilang banyak pengundi melayu,kerana rakyat tak nampak adakah UMNO betul2 memperjuangkan nasib orang melayu ataupun menjaga hati orang2 melayu kelas atasan.

SameerKhan April 10, 2009 at 7:27 PM  

I absolutely salute the call from YB KJ to fully support the new Prime Minister of Malaysia, Dato Seri Najib in propering our country further.
I have been following prokhairy.com for years and years and it is amazing to see that YB KJ has got a group of very loyal supporters unlike many other active politicians.
I will always support Pemuda UMNO and YB KJ's cause.

HIDUP UMNO!
HIDUP PEMUDA!
Salam Setiakawan.

Anonymous,  April 10, 2009 at 8:22 PM  

hidup semua
hidup setia kat wang

yang 300 orng tu boleh tau sapa yang mungkin dapat ganjaran masa undi hari tu kot hrehehe

apapun takziah

NONG April 10, 2009 at 9:23 PM  

Salam Setiakawan..
TAHNIAH untuk KJ atas kejayaan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.
Semoga KJ akan betambah matang dalam merealisasikan misi dan visi dalam politik beliau dengan jayanya.

Terkejut juga saya dengan pelantikan Datuk Mukhriz sebagai Tim.Menteri,pun begitu saya berharap agar perlantikan beliau adalah atas dasar wibawa kepimpinan yang beliau miliki dan bukan atas sebab2 tertentu.

Untuk KJ,
Tumpuhkanlah perhatian pada Parlimen dan Pemuda UMNO seluruh Malaysia dan buatlah kerja sebaik dan seikhlas mungkin kerana saya percaya masa depan mereka yang bekerja keras atas usaha sendiri akan lebih kekal lama dalam jiwa rakyat berbanding mereka yang atas dasar tertentu.

Anonymous,  April 10, 2009 at 10:09 PM  

Bagi saya DS Najib telah melakukan satu kesilapan yang besar bila tidak melantik KJ sbg menteri sebaliknya melantik ketua cabang umno yg lain.

tetapi sekiranya kita berada di tempat najib, kita pun terpaksa berbuat macam tu.

najib seperti yg kita kenali merupakan seorang yang suka 'play safe' dan tak nak ambil risiko dihentam bekas PM ke4. sepatutnya najib diberi peluang mengemudikan negara ini tanpa dikuasai oleh sesiapa di belakangnya.

Diharapkan KJ akan terus bersabar. Kalau sudah rezeki anda, takkan ke mana, cuma mungkin cepat atau lambat sahaja, masa yang menentukan.

Generasi Pejuang Bangsa April 11, 2009 at 12:22 AM  

saya memang tidak puas hati barisan kabinet ini tanpa ketua pemuda UMNO.

walau apapun keputusan telah dibuat dan YB KJ sendiri minta penyokong2 nya bersabar dan menerima keputusan dengan hati yang terbuka walaupun ramainya kecewa.

saya sebagai ahli Pemuda UMNO akan sentiasa berdiri teguh di belakang Ketua Pemuda YB Khairy ..Pemuda kini bebas dan tidak terikat dengan kerajaan dan kali ini kita akan menjadi pembela rakyat dan pendesak kerajaan .. apa yg tidak betul kita kritik demi membawa suara golongan muda terutamanya.

rafify ramlan April 11, 2009 at 1:50 AM  

kerja untuk parti adalah lebih penting..bersama-sama membentuk pasukan yang baru..jawatan menteri bukan menjaminkan seseorang masa depan karier politik pemimpin..tahniah KJ..teruskan perjuangan...

Anonymous,  January 25, 2010 at 10:44 PM  

Bukan lagi terkejut, tambah hairan, tapi takpe kerana anggap saja mungkin mereka tak tahu dan tak faham yang rakyat dah tahu lagi faham. YB. KJ teruskan perjuangan rakyat tahu siapa kalah dan menang, benda remeh je...

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP