Tuesday, March 30, 2010

Khairy Setuju Anwar Diberi Seminggu Perjelas Isu 1Malaysia

Tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan mengenai dakwaan kononnya slogan 1Malaysia ditiru dari Israel adalah adil, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

"(Timbalan) Speaker tidak menentukan bahawa Ketua Pembangkang perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan secara serta-merta (sebaliknya) telah memberi satu minggu untuk beliau memberi penjelasan tentang apa yang dibangkitkan. Itu bukan satu bentuk keputusan yang dibuat sewenang-wenangnya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Isnin.

Keputusan Timbalan Speaker itu dibuat dalam persidangan dewan sebelum itu, selepas Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) membangkitkan isu percanggahan kenyataan Anwar mengenai Gagasan 1Malaysia pada 17 Mac lepas semasa membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Abdul Rahman berkata berdasarkan muka surat 76 Hansard (catatan) Parlimen bertarikh 17 Mac, Anwar telah menyatakan bahawa pada 2009, syarikat perunding Apco Worldwide telah memberikan nasihat berhubung konsep 1Malaysia kepada Najib.

Menurut Anwar, syarikat yang sama juga telah memberikan nasihat berhubung slogan 1Israel pada 1999 kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel ketika itu.

Abdul Rahman berkata syarikat perunding berkenaan tampil membuat penafian sehari selepas itu.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Barisan Nasional kawasan Rembau, berkata BN memandang serius perkara itu kerana ia boleh mengelirukan rakyat.

Beliau berkata sekiranya Anwar gagal membuktikan apa yang dikatakannya sebelum ini adalah benar dan sahih, maka beliau perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP