Tuesday, March 2, 2010

BN jangan leka konflik pembangkang

Dilema, kecelaruan dan konflik dalaman pakatan pembangkang hendaklah dijadikan iktibar kepada ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak leka dan seronok dengan keadaan berkenaan.

Sebaliknya, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ia hendaklah menjadi sebab untuk ahli BN meneruskan agenda yang dimahukan oleh rakyat dan bukan berantakan seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

‘‘Kelemahan parti lawan ketika ini bukan menunjukkan kekuatan kita.

‘‘Jadi saya lebih mementingkan cara kita dapat membina kekuatan sendiri dari segi menjalankan program dan pendekatan BN kepada kemahuan dan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia pada Kejohanan Futsal Piala Menteri Besar Negeri Sembilan di Kompleks Rakan Muda di Paroi dekat sini hari ini.

Langkah itu katanya, lebih penting daripada bergantung pada kelemahan orang lain.

Mengenai pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengenai ada di kalangan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai ‘bajingan’ serta ‘balaci’, Khairy menjelaskan, ia adalah isu dalaman parti masing-masing.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mengakui ia sedikit sebanyak memperlihatkan kegoyahan dalam parti pembangkang.

Justeru beliau optimis, jika UMNO dan BN melihat situasi itu sebagai jalan untuk memperkukuhkan benteng, maka pada saat ini, ia hendaklah meneruskan agenda kepentingan rakyat.

‘‘Kita perlu tahu bukan mudah untuk pengundi datang kembali kepada BN.

‘‘Saya tidak mahu nanti wujud pula satu senario di mana orang muda langsung tidak menyebelahi mana-mana parti pada pilihan raya kelak.

‘‘Di negara maju perkara itu berlaku dan sebab itulah jumlah pengundi di kalangan orang muda amat kurang kerana sudah hilang keyakinan terhadap semua parti di negara mereka,” ujarnya.

Pada majlis itu Khairy menyampaikan hadiah serta piala kepada pemenang kejohanan futsal yang berakhir lewat petang ini.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP