Wednesday, March 31, 2010

Video - Khairy dakwa tokoh Apco sahabat Anwar juga

Read more...

Tuesday, March 30, 2010

Pembangkang Tidak Konsisten, Kata Khairy

Pakatan Rakyat didakwa tidak konsisten kerana mereka sendiri tidak mengamalkan apa yang mereka sendiri perjuangkan, baik mengenai pendirian pucuk pimpinan parti, juga keputusan yang dibuat di negeri-negeri yang dipimpin mereka.

Anggota Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin berkata pembangkang mempersoalkan keputusan kerajaan melantik Datuk Seri Dr Jamaluddin Jarjis (BN-Rompin) sebagai Duta Besar ke Amerika Syarikat, sedangkan pada masa sama mereka masih menerima Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) yang kini dibicarakan atas tuduhan liwat, sebagai Ketua Pembangkang.

Walaupun ada laporan polis dibuat terhadap Jamaluddin, namun beliau tidak didakwa tetapi beliau masih dikatakan telah mencemar imej negara, katanya ketika membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Dewan Rakyat di sini hari Khamis.

Terdahulu, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) membangkitkan mengenai pelantikan Jamaluddin yang didakwanya mencemar imej negara kerana terdapat laporan polis dibuat terhadap beliau sebelum ini.

Khairy berkata ia berbeza dengan Barisan Nasional (BN) yang mempunyai pendirian yang konsisten, di mana pemimpin-pemimpin yang didakwa di mahkamah perlu meletakkan jawatan dan membersihkan nama mereka terlebih dahulu, termasuk bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhamad Taib dan bekas Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi Tan Sri Kasitah Gaddam.

"BN cukup jelas mengenai perkara ini. Kita tidak beri ruang bagi sebarang kekaburan," katanya.

Khairy berkata Pakatan Rakyat juga tidak menunjukkan konsistensi apabila mereka setuju "mensubkontrakkan" dasar ekonomi Pakatan Rakyat kepada DAP seperti yang didedahkan Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) sebelum itu, juga berkenaan pilihan raya kerajaan tempatan, yang hanya diusulkan oleh Selangor dan Pulau Pinang.

"Yang minta hanya kerajaan Selangor dan Pulau Pinang. Hanya DAP dan PKR, tapi PAS berdiam diri dalam hal ini. Kelantan dan Kedah tak cakap langsung malah dalam rangka kerja dasar bersama, komitmen untuk mengadakan pilihan raya dicairkan kepada komitmen untuk memperkukuhkan kerajaan tempatan.

"Di sini macam mana kita nak percaya, kononnya kata pakatan nak ada sistem dua parti tapi sebenarnya berpecah dalam soal pokok. Dalam soal pilihan raya kerajaan tempatan pun tak ada kata sepakat," katanya.

Khairy berkata beliau juga menerima rungutan daripada kontraktor-kontraktor kecil di Selangor di mana mereka yang mempunyai sedikit kaitan dengan Umno bukan saja tidak diberikan kontrak, malah disenarai hitam.

Beliau berkata pembangkang juga sering membangkitkan soal kebebasan media, tapi tidak membenarkan wartawan dari Utusan Malaysia untuk membuat liputan sidang akhbar mereka, malah TV Selangor, yang disediakan oleh kerajaan Selangor langsung tidak memberi liputan kepada BN.

Sebelum itu Khairy mencadangkan agar kerajaan dan swasta bekerjasama bagi menggubal dan merangka modul latihan praktikal yang akan dijalani oleh seseorang pelajar institusi pengajian tinggi sebagai panduan oleh syarikat-syarikat yang menerima pelajar berkenaan.

Beliau berkata ia bagi memastikan pelajar tersebut menerima latihan yang sepatutnya sebagai persediaan mereka memasuki alam pekerjaan sebenar, dan kementerian dan universiti juga perlu memantau pelajar yang menjalani latihan praktikal tersebut.

Selain itu dicadangkan juga pihak kerajaan mengkaji untuk memberi insentif seperti potongan cukai lebih kepada majikan yang mengambil pelajar untuk latihan praktikal, manakala universiti juga perlu memberikan perlindungan insurans kepada pelajar tersebut, katanya.

Read more...

Khairy Setuju Anwar Diberi Seminggu Perjelas Isu 1Malaysia

Tindakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee memberi masa seminggu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan mengenai dakwaan kononnya slogan 1Malaysia ditiru dari Israel adalah adil, kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.

"(Timbalan) Speaker tidak menentukan bahawa Ketua Pembangkang perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan secara serta-merta (sebaliknya) telah memberi satu minggu untuk beliau memberi penjelasan tentang apa yang dibangkitkan. Itu bukan satu bentuk keputusan yang dibuat sewenang-wenangnya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini Isnin.

Keputusan Timbalan Speaker itu dibuat dalam persidangan dewan sebelum itu, selepas Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) membangkitkan isu percanggahan kenyataan Anwar mengenai Gagasan 1Malaysia pada 17 Mac lepas semasa membahaskan usul Menjunjung Kasih Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Abdul Rahman berkata berdasarkan muka surat 76 Hansard (catatan) Parlimen bertarikh 17 Mac, Anwar telah menyatakan bahawa pada 2009, syarikat perunding Apco Worldwide telah memberikan nasihat berhubung konsep 1Malaysia kepada Najib.

Menurut Anwar, syarikat yang sama juga telah memberikan nasihat berhubung slogan 1Israel pada 1999 kepada Ehud Barak, Perdana Menteri Israel ketika itu.

Abdul Rahman berkata syarikat perunding berkenaan tampil membuat penafian sehari selepas itu.

Khairy yang juga Anggota Parlimen Barisan Nasional kawasan Rembau, berkata BN memandang serius perkara itu kerana ia boleh mengelirukan rakyat.

Beliau berkata sekiranya Anwar gagal membuktikan apa yang dikatakannya sebelum ini adalah benar dan sahih, maka beliau perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan dewan.

Read more...

Thursday, March 25, 2010

Khairy: I'm a centrist radical

Almost a year into leading Umno Youth, Khairy Jamaluddin is of the view that spouting political rhetoric should end.


Khairy, 34, said the movement and BN should instead focus on improving their performance and delivery of services to the people.

In this, he stepped off the path beaten by his predecessor, Hishammuddin Hussein.

Concluding a three-part interview, Khairy also referred to the BN Youth Lab project, which aims to find solutions to problems faced by the younger generation.

Excerpts of the interview follow. The content has been edited for language and brevity.

Malaysiakini: Umno Youth is usually viewed as being outspoken in politics, but some perceive that you are not living up to this image.

Khairy Jamaluddin: Times are changing and Umno Youth cannot solely be seen as doing a political job. This is a new political era in which emphasis should be given to values, performance and delivery. This is in line with what Prime Minister Najib Abdul Razak said. Our job is not solely (in) politics.


I want to bring a new culture into Umno where the focus is on delivery and solutions, not rhetoric. I have no problems with rhetoric. If you ask me to go to the Australian High Commission to protest, it's not a problem, (laughs) but this should not be the only thing we do. We must bring about something new.

Today's political age is based on ideas, not sentiment. The time for rhetoric is over. I realise that the mainstream media writes as if it is criticising me as being lesu (weak). The word has been used on past Youth leaders like (Mohd) Nazri (Abdul Aziz), (Ahmad) Zahid Hamidi, Hisham(muddin) Hussein. If you do not demonstrate, you (are deemed to be) weak. (But) I think that era is finished.

Now is the time to (use) our wits and mind, not just to shout. I do not have a problem with (demonstrations) but times are changing. I respect those who have demonstrated in the past, but my message is that times are changing...If you want to maintain the old ways, then you can join Perkasa.

People see you as a person who has undergone a complete transformation. When you were deputy Umno Youth head, you seemed to be extreme, but now you are seen as being liberal to all races.


That is because I am the leader (laughs). I feel that the buck stops here with me. In the past there was leeway, as I shared a partnership with Hishammuddin. But now, I am Umno Youth chief and I have to not only be a leader for Umno but also BN. Hence, the outlook that I bring must be accepted by all especially after the PM brought up the idea of 1Malaysia.

I tell my BN counterparts that, in the past, the benchmark for Umno Youth was how far it could go in being radical. Now I say we must remain radical, but 'centrist radical'. If people come up to me and say I am not radical, I will reply I am 'centrist radical'.

The comment has been made that you are active within BN but not in Umno.

I have not disregarded Umno as it is the anchor party for BN. This is something which cannot be denied. But if you look at my schedule I go to more Umno activities then to BN ones. However, at the national level, we have to put BN at the forefront as that is our brand. It is the ticket on which we contest in the general election.

Are MCA and MIC so weak that Umno has to lead them?

It is not a problem of the component parties. The notion that Umno wants to take over the roles of MCA or MIC does not arise. Every party has its share of problems. Now it is the MCA and MIC. Who knows it could be Umno next, God forbid!

There is no party which can say it is immune (to problems). We are a political party not a Parent- Teacher Association. What is important is that we must move as a team regardless of any problem. We should stand together through thick and thin.

You have many ideas and are like an admiral leading a fleet, but you are seen as somewhat of a lone ranger.



I see the members are trying to understand the new politics which I try to bring. It is difficult to change the political DNA which has been in place for a long time. I get my lesson and inspiration from the PM who brought about the 1Malaysia concept. But it requires some adjustment among Umno members themselves. If in the past, members were Umno-centric, then 1Malaysia requires us to be Malaysia-centric. We need time...Najib (left) and I are committed to this change of political DNA.

Do not get me wrong. Dr Mahathir Mohamad admitted in his final year as Umno president that change among Malays was the most difficult task. So you cannot expect major change when Najib has been PM for only a year, just as I have been leading the movement for a year.

In your speech during the Umno Youth assembly you emphasised the need to adopt a centrist approach and so on. But how do you plan to change the mindset of Umno Malays?

It must start with the leader. Change is driven from the front. But I also note that even the best of ideas will go to waste if the rank-and-file are not receptive. It would result in me being seen as an ineffective leader who cannot manage.

There must be commitment and there must be training which focuses on a centrist Malaysia and on 1Malaysia. The PM also has stressed this at Umno meetings.

It is not that we have do away with the Malay agenda, but we want to further the agenda to the point where Malays can be confident about themselves. It is not about giving false hope by providing various tongkat (walking sticks). We must give hope to Malays that they can ... compete in a borderless world.

One initiative in addressing problems affecting youth is the formation of the BN Youth Lab. What's this all about?

The idea was mooted when I led the Umno Youth exco in calling on the PM last month. He suggested that we create a lab as a mechanism to better understand issues relevant to the younger generation. It is an exercise in creating touch-points between the government and the youths, in formulating youth-friendly policies. The project began this month and will run for three months.

The lab will be conducted in a manner similar in some respects to the National Key Result Area Labs, but with modifications. BN Youth will deal with issues of education or unemployment, for example. The lab will engage a cross-section of youths.


At its core, the lab will consist of 20 permanent members below the age of 40, and who are from different segments of the youth population. They will discuss, debate and brainstorm for about a month, to come up with ideas and proposals. Throughout this process, the lab will engage with relevant ministries and departments to ensure that ideas churned out are workable and feasible.

But participation in the lab is much more comprehensive than just 20 heads thinking about potential youth-friendly policies. We will employ social media platforms such as Facebook and Twitter to interact with youths of various backgrounds, ages and political affiliations. From surveys and polls conducted both online and via telephone, we can better gauge the aspirations of young people.

The second phase will comprise focus groups made up of individuals not directly involved in the first phase of telephone surveys and of brainstorming. The focus groups will be a means through which we stress-test ideas proposed by the lab - these groups will be invaluable in informing us whether the proposals are appropriate or otherwise.

The lab will also organise a number of town-hall meetings, where young professionals, youth leaders and relevant ministers or department representatives can interact to resolve the issues.

For instance, we might find out that housing is a particularly important issue for many who have just graduated and wish to start a family, but cannot afford to own a house. The lab can recommend a special scheme - say a scheme which provides a special loan facility for recently married young couples with a stable source of income, so that they can purchase a house. (This would be needed) especially (for those) in urban areas.

We will continuously engage and stress-test our proposals and ideas... the BN Youth Lab aims to be solutions-based, so whatever we propose in the final report must be a product of vigorous examination at all levels. However, we cannot expect the lab to resolve all youth issues.

How would the lab address issues linked to the standard of living and education?

The process is very important. Lab members must discuss and propose solutions based on relevant data, statistics and government policies that are in place.


The brainstorming sessions must be conducted in a context where the individuals involved are equipped with appropriate knowledge to speak on the issues. We must avoid the habit of some Malaysians who hold very hardened opinions but from a position of ignorance. Even in Parliament, this is often the case.

As the lab is solutions-based, we are working towards policy proposals that address the issues and problems of the youths, but these must also be ideas that are workable. To that end, it is imperative that any policy proposal suggested in the lab is taken to the relevant stakeholders for feedback.

One problem is that wages in Malaysia are low...

From the employers' perspective, there will not be an increase in wages if it does not correspond with a rise in productivity. We understand the employers' (stance), that wages will be raised when productivity or skills increase.

The problem as the PM has mentioned is we are in the middle-income trap. Pay is stagnant and our skills are nothing to shout about. So how can employers pay higher wages if we do not show higher competitiveness and productivity?

In Parliament I have mentioned that we are caught in the vicious cycle of mediocrity. Wages are not rising, people do not possess skills. This is our problem and when inflation (rises)... we cannot do anything. A long-term solution is to increase productivity by improving the education system and training, which should be a lifelong process.

Another way is to implement a minimum wage in certain sectors. It is something which I initially did not accept on an ideological basis. However, if implemented in certain sectors, it may not distort the market. I also recognise that we need to raise the disposable income of the lower- and middle-income people.

If we can free the government of subsidies, we can ensure this can be channelled to them (the poor so that they have) higher disposable income. Eighty percent of the population have a disposable income of RM3,000 or less.

For youth who are starting out, wages could be less than RM1,500. It is insufficient, as they have to repay loans on the house, car and education. What is left is almost nothing. There will be no savings. The government can assist by taking funds from the subsidies, which are used to finance unproductive activity, and channel these to people to stimulate consumption.

The era where people rely on the government to drive the economy has ended. The government can no longer spend, as it will result in expansion of the budget deficit. We must implement new government intervention directed at increasing the capacity of the productive workforce to stimulate consumption.

Some political parties may question why BN is given preferential treatment. Why not extend this to others?


I welcome other parties to come up with similar labs and engage with the various ministries and agencies. I shared my ideas with Koh Tsu Koon (minister in the Prime Minister's Department) and he has co-operated with us. There is nothing political. We do not seek government assistance or funds but are merely churning ideas which can be given serious consideration. The opposition can do the same, we do not have a problem with that.

As the Umno Youth head, you have not been offered a ministerial post. What do you have to say about this?
I am still a kid and hence, (need) guidance. People mistake it as a convention or a right to be appointed minister. (But this) is at the pleasure of the PM.

I do not have a problem. Its not a problem for me, so why it should be a problem for you? Furthermore, I am still young at 34 (laughs).

Read more...

Wednesday, March 24, 2010

KJ: Anwar pernah umumkan GST


Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, idea memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebenarnya pernah diumumkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi menteri kewangan l17 tahun lalu.

“Ini yang akan saya bangkitkan dalam parlimen, menteri kewangan pada tahun 1993 telah sebut bahawa 'saya (menteri) akan memperkenalkan satu cukai baru untuk menggantikan SST (cukai jualan dan perkhidmatan'.

“Walaupun dia tak gunakan (perkataan) GST, maksudnya sama,” kata Khairy dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu.

Mengulas isu kontroversi tersebut, ahli parlimen Rembau dan menantu mantan perdana menteri itu berharap “kita jangan mudah lupalah apa yang kita cakap dulu.”

Berikut petikan wawancara dengan Khairy:

Terdapat keraguan terhadap pelaksanaan GST, apa pandangan YB berhubung isu ini?

Secara dasarnya saya sokong usaha untuk distrukturkan semula sistem percukaian kita. Sebab kalau kita lihat hari ini, sistem percukaian kita terlalu bergantung kepada cukai secara langsung seperti cukai pendapatan dan korporat.

Dan akhirnya, sistem ini, apabila tidak seimbang antara cukai langsung dan tak langsung, ia menyebabkan kedudukan di mana pendapatan kerajaan tidak menentu. Jadi kita hendakkan sistem yang lebih stabil. Dalam negara maju perkara ini lebih kurang sama.

Kita perlu lihat kepada rombakan kepada sistem percukaian yang ada tanpa membebankan rakyat dengan cukai baru atau kadar (cukai yang) lebih tinggi. Berbalik kepada GST ini, kenapa kita perlu rombak percukaian kita kepada sistem baru?

Pertama, asas (ekonomi) kita perlu seimbang antara cukai langsung dan tak langung.

Kedua, kalau kita lihat antara 5 hingga 15 tahun akan datang hasil minyak kita akan lebih kurang daripada hari ini. Jadi kita kena dapat sumber pendapatan yang lebih stabil dan baru untuk menggantikan sumber yang dibawa Petronas selama ini.

Jadi saya melihat GST sebahagian daripada penstrukturan semula (percukaian). Kenapa GST? GST bukan cukai baru tetapi pengganti kepada cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang sedia ada, antara 5 hingga 10 peratus.

Malah, ini yang akan saya bangkitkan dalam parlimen, menteri kewangan pada tahun 1993 telah sebut bahawa, 'saya (menteri) akan memperkenalkan satu cukai baru untuk menggantikan SST. Walaupun dia tak gunakan (perkataan) GST, maksudnya sama.

Tahun berapa?

Tahun 1993. Menteri kewangan (itu) namanya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dia sendiri kata dalam ucapannya 'saya akan bangkitkan (perkara ini) dalam parlimen'. Kita jangan mudah lupalah apa yang kita cakap dulu.

Kita kena faham, GST ini cukai yang boleh kita tuntut balik daripada kerajaan. Satu lagi kesilapan (dengan mendakwa) cukai GST 4 peratus, tetapi oleh kerana dikenakan di setiap peringkat pengeluaran, (peringkat) kilang pemborong, pengedar, peruncit, maka (jumlahnya) 16 peratus.

GST ini dikenakan kepada banyak syarikat dan produk, ia dapat dituntut balik. Contohnya apabila pengilang kenakan bayaran 4 peratus pada pemborong, pemborong itu boleh tuntut balik 4 peratus itu daripada kerajaan apabila buat tuntutan GST. Akirnya rakyat akan dikenakan dengan GST 4 peratus sahaja. Itu yang penting.

Mungkin benar apabila GST diperkenalkan, ada sedikit peningkatan kos. (Tetapi) sekali sahaja, (pada) beberapa barangan.

Tetapi daripada segi inflasi, peningkatan harga yang berterusan tidak akan berlaku. Saya telah bangkitkan perkara ini kepada kementerian kewangan. Saya kata, pastikan bahawa dalam jangka masa panjang, inflasi neutral. Beban cukai pun saya rasa kurang daripada apa yang sedia ada.

Ketiga, (kepada) syarikat, ramai keluar kenyataan kata tak setuju denagn GST. Tetapi kalau ada cukup masa sebelum pelaksanaan, GST sesuai untuk SME (perusahaan kecil dan sederhana). Sebenarnya perkara ini tidak akan menjadi masalah besar.

Saya difahamkan oleh kementerian kewangan, banyak syarikat yang telah setuju dengan pelasksaan GST. Malah ada syarikat yang sepatutnya tak payah bayar GST, pilih GST, sebab dia hendak tuntut (balik) daripada syarikat besar. Jadi GST ini selaraskan semua sistem supaya pungutan cukai jagi lebih sistematik.

Satu lagi saya hendak sebut soal pelaksaan, saya bangkitkan, salah satu kebimbanggan syrikat kecil ini ialah kecekapan kerajaan dalam membayar tuntutan kepada syarikat. Syarikat ada aliran tunai kalau lambat sampai kepada kastam. Sebab ada persepsi bahawa agensi kerajaan ini sangat perlahan. Kalau tuntutan pembayaran balik lambat akan jejaskan aliran tunai. Saya tanya pada kementerian kewangan dan kastam, bersediakah kalau dalam akta GST itu diletakkan satu jangkamasa pembayaran balik.

Kementerian kewangan kata, kita sedia, sebab kita yakin dapat laksanakannya dengan baik.

Kalau kerajaan sudah bersedia, kenapa perlu tangguh?

Saya rasa tahap kesediaan itu belum sampai tahap yang saya rasa perdana menteri dan menteri kewangan kedua rasa puas. Kita kena ingat, Datuk Sei Najib (slogannya) pencapaiaan diutamakan. Bila kita laksanakan sesuatu, kita kena pastikan betul-betul dapat laksanakannya dengan baik. GST bukan melibatkan seorang dua, ia melibatkan semua. Berapa puluh ribu syarikat, kita mesti pastikan semuanya ok.

Berapa lama boleh tangguh?

Itu terpulang kepada kerajaan. Tetapi kita hendak pastikan GST bila dibentangkan dan bila parlimen lulus, dapat dijalankan secara teratur dan berkesan. Itu terpulanglah kepada kerajaan.

Tidak ada keperluan yang mendesak untuk ke arah itu?

Saya rasa apa pun usaha kita perlu segerakan untuk mensturkturkan semula sistem percukaian kita. Saya hendak tekankan semula, GST itu banyak perkara yang disalahfaham. Saya sendiri bangkitkan banyak perkara. Saya kritik sebab saya tak mahu perkara ini membebabkan rakyat. Tetapi kalau saya sendiri dapat jaminan bahawa kerajaan mampu buat, saya rasa tidak ada masalah.

Masalah dalam GST, untuk buat tuntutan semula, sebagai individu, sukar untuk mereka simpan resit?

Tidak, pengguna biasa tak perlu tuntut balik kerana kamu di penghujung (end point). Macam kamu bayar SST.

Berdasarkan apa yang YB kata, orang macam kami perlu baca dua kali (untuk memahaminya). Bagaimana YB hendak cerita dengan orang (pengundi) di Rembau?

Ya betul. Saya mengaku bahawa perkara itu bukan mudah. Saya pun susah juga hendak mahir dalam GST ini. Sebab itu kita kena turun ke bawah. Saya kata, pertama, adakah perkara ini akan tingkatkan inflasi? Tidak. Bila kamu kata tidak, kita turun ke bawah dan beritahu perkara ini tidak akan membebankan raykat.

Maksudnya bila pengundi di kawasan saya pergi beli barang di mana-mana, setelah GST diperkenalkan barang itu sama harganya. Maka buktinya di situ.

YB tidak bimbang isu ini akan menjadi duri dalam daging kepada BN dalam pilihan raya umum yang akan datang?

Memang itu keputusan politik yang perlu dibuat pimpinan parti. Cuma saya nyatakan, kalau sekiranya hendak dilaksanakan, kita bersedia. Saya antara pengkritik utama GST dalam kerajaan. Bukan kritik kerana tidak mahu dilaksanakan, tetapi kritik hendak pastikan ia bersedia. Saya kata sekiranya tidak bersedia jangan buat.

Kalau tangguh, dalam pilihan raya (terjadi) dua perkara. Pertama, pelabur asing kata ini satu dasar pusing balik, tidak konsisten. Kemudian pembangkan akan turun juga, (berkempen) kalau undi BN pasti dia akan kenakan GST. Lebih baik kita buat sekarang dan buktikan tidak ada peningkatan (harga). Akhirnya GST ini bukanlah isu.

Berapa lama YB perlu masa hendak terangkan perkara ini pada orang Rembau?

(Ketawa) Jangan pandang rendah orang Rembau. Kamu pandang rendah orang Rembau. Janganlah. Orang Rembau ini cerdik pandai, pilih wakil rakyat daripada Universiti Oxford (ketawa).

Versi Facebook

Read more...

Tuesday, March 23, 2010

KJ: Tiada agenda rahsia Umno dengan PERKASA

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menjadi popular dalam masa yang singkat kerana membawa mesej yang “tidak mampu ditolak orang Melayu”.

“Orang Melayu mana hendak tolak mesej PERKASA? (Pengerusinya Datuk) Ibrahim Ali datang berkata, dia datang sebagai orang Melayu, sebagai NGO yang berkecuali, tidak berpolitik, ahli parlimen bebas, (berkata) saya hendak mempertahankan orang Melayu, Raja-Raja Melayu dan agama Islam.

“Siapa hendak kata tidak setuju? Jadi ramailah yang tertarik. Tidak ada sesiapa cakap macam ini sekarang. Jadi semua orang pergi (pada PERKASA),” kata Khairy ketika diminta mengulas penyertaan ramai ahli Umno dalam NGO itu.

NGO pimpinan ahli parlimen Pasir Mas itu dalam masa singkat meraih sokongan orang Melayu di seluruh pelusuk negara, sehingga menimbulkan tanggapan ia mampu mengambil alih peranan Umno yang dilihat tidak lagi agresif mendepani isu-isu kaum tersebut.

Dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini minggu lalu, Khairy yang sejak awal enggan membandingkan langsung antara Umno dan PERKASA berkata, peranan mereka lebih menyeluruh daripada NGO tersebut.

“(Kita) bukan sahaja hendak mempertahankan (Melayu), tetapi kita juga hendak majukan orang Melayu, perkasakan bangsa mereka. Jadi mesejnya berbeza sepenuhnya,” katanya.

Menyifatkan dirinya sebagai radikal berhaluan tengah, Khairy berkata Umno yang telah mengharungi cabaran parti pelbagai aliran sejak daripada tahun 1946 lagi tidak akan terjejas dengan kehadiran PERKASA.

“PERKASA bukan kenderaan Umno. Kita yakin degan perjuangan kita sendiri. Umno sudah harungan semua ini bukan baru lagi, sejak tahun 1946.

“Zaman itu kita tewaskan British, haluan kiri, Dr Burhanuddin Helmi, Ahmad Bustamam, haluan tengah, haluan kanan, semua haluanlah. Kita terus hidup,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Damansara.

Khairy tak setuju retorik PERKASA

Read more...

Monday, March 22, 2010

16 September: Pemuda UMNO serahkan pihak berkuasa siasat


Pergerakan Pemuda UMNO menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan mengatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengaitkan Yang di-Pertuan Agong dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam "Rancangan 16 September" beliau.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, sekiranya pendedahan itu benar, tindakan Anwar tersebut nyata telah mencemarkan imej institusi diraja, istana dan ATM.

"Apa yang penting di sini adalah pendedahan Datuk Seri Zahrain (Mohamed Hashim) itu telah menimbulkan pelbagai masalah.

"Sama ada benar atau tidak, saya serahkan kepada pihak berkuasa untuk buat siasatan sebab sudah ada beberapa laporan polis dibuat termasuk oleh Pemuda (UMNO) Selangor dan Pemuda (UMNO) Wilayah," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar sebelum perlawanan akhir Liga Bola Sepak Subang dan program Juara Rakyat UMNO di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Subang, Datuk Ir. Muhammad Bushro Mat Johor dan Ketua Pemuda UMNO Subang, Harison Hassan.

Khairy mengulas pendedahan Zahrain yang merupakan Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru di Dewan Rakyat Rabu lalu, berhubung rancangan Ketua Pembangkang itu untuk mengambil alih kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

Terdahulu hari ini, Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Rizalman Mokhtar dan Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd. Ghazali membuat laporan polis berhubung pendedahan Zahrain itu.

Dalam perkembangan sama, kata Khairy, persidangan Dewan Rakyat bukan sahaja bertujuan membahaskan isu berkaitan rakyat tetapi juga untuk membincangkan isu integriti dan kredibiliti para pemimpin dalam negara.

"Jika benar Anwar sanggup mencemar dan menyalahgunakan nama istana dan ATM, itu menyentuh secara langsung (tentang) kredibiliti kepimpinan dan asas demokrasi negara kita. Saya rasa ini penting untuk rakyat nilai," jelasnya.

Sementara itu, beliau yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) memberitahu, generasi muda negara khususnya di dalam BN mengharapkan supaya pemilihan MCA pada 28 Mac ini menjadi noktah kepada segala masalah dalaman parti itu selama ini.

Katanya, proses pemilihan itu menunjukkan ahli-ahli MCA telah diberikan hak mereka sepenuhnya untuk memilih para pemimpin mengikut perlembagaan parti.

Beliau memberitahu, UMNO khususnya Pemuda bersedia memberikan kerjasama penuh kepada para pemimpin MCA yang bakal dipilih demi menjayakan gagasan 1Malaysia.

Read more...

Saturday, March 20, 2010

Pemuda Turun Padang, Dahulukan Kepentingan Rakyat Sabak Bernam


Oleh S.A Najmuddin

Kuala Lumpur, 17 Mac – Suara rakyat didengari, realiti hidup rakyat ditinjau sendiri pemimpin Pemuda UMNO dan BN dari semasa ke semasa tanpa kenal perit jerih, panas atau hujan yang perlu didepani.

Barisan kepimpinan Pemuda UMNO-BN menyahut cabaran dan amanah yang dianjurkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk sentiasa mendahulukan kepentingan dan faedah hidup rakyat.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin bersama rakan barisan kepimpinan Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabak Bernam akan turun padang bertemu mesra penduduk di kawasan berkenaan Sabtu ini.

Program tersebut adalah kesinambungan program Pemuda Prihatin yang telah berjalan di beberapa kawasan seluruh negara beberapa bulan lalu. Tumpuan utama kepada aspek kegiatan bersama masyarakat selain membantu mereka yang memerlukan.

Pada program sehari itu, pelbagai aturcara bersama penduduk telah dirangka yang antara lain program Jom Bersihkan Kampung, Kenduri Rakyat, perasmian mesyuarat PIBG Sek, Men Keb, Seri Bedena, Autoshow Pemuda BN Sabak Bernam dan Makan Malam Bersama Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Program Jom Bersihkan Kampung akan diadakan di Kampung Parit 10 yang akan turut dibantu oleh pelajar-pelajar Kolej Tekat seramai 200 orang dan tumpuan lokasi gotong-royong adalah surau, masjid, kawasan perkuburan, parit serta semak samun.

Manakala untuk kenduri rakyat, ianya akan diadakan di rumah Naib Ketua UMNO Sabak Bernam, Abd Halim Din dan dijangka lebih 1,000 penduduk akan hadir dan perasmian mesyuarat PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Bedena pula akan berlangsung di dewan sekolah terbabit.

Program Autoshow Pemuda BN Sabak Bernam pula melibatkan pelbagai acara sukaneka seperti futsal dan acara sukan yang lain. Selain itu, turut diadakan pameran kereta serta gerai-gerai yang dijangka akan menarik 2,000 pengunjung.

Dan akhir sekali, makan malam Ketua Pemuda UMNO bersama Pemuda BN Sabak Bernam akan berlangsung di Dewan Sepaktakraw Bagan Nakhoda Omar (BNO).

Read more...

Friday, March 19, 2010

KJ VS DSAI


Petikan dari Hansard Parlimen 17 Mac, di mana Khairy Jamaluddin membangkitkan beberapa isu sewaktu ucapan Anwar Ibrahim. Anwar terpaksa meminta backup dari Saifudin dan Gobala untuk mempertahankan diri. KJ dengan selamba mengasak Anwar, walaupun diprovok pelbagai sudut, KJ tetap stady mengasak Anwar sampai Anwar terkelu....

Petikan melibatkan YB Khairy Jamaluddin (REMBAU) sewaktu Sesi Perbahasan Titah Diraja oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (PERMATANG PAUH) - 17 Mac 2010

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: [Bangun] Ya, Rembau hendak mencelah. Terima kasih kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Tahniah, masih lagi jadi Ketua Pembangkang walaupun parti sudah hilang beberapa kerusi.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Dia tak jadi menteri pun, cakap besar. [Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih Yang Berhormat Padang Serai.

Dr. M. Jeyakumar Devaraj [Sungai Siput]: Yang Berhormat Rembau hendak jadi Menterikah?

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Terima kasih, terima kasih Padang Serai, terima kasih. Saya tahu Yang Berhormat Padang Serai sokong saya. Saya tahu Yang Berhormat Padang Serai sokong saya. [Dewan riuh] Berbalik kepada apa yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Permatang Pauh tadi, Yang Berhormat Permatang Pauh banyak membangkitkan isu, bagi penjelasan kononnya kerajaan pakatan ini tidak berdiskriminasi. Banyak contoh yang diberi bahawa adil dan saksama mengikut semua kaum.

Namun begitu, di sini Yang Berhormat Permatang Pauh juga menyalahkan UMNO menyatakan bahawa ini semua UMNO yang canangkan.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Betul!

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: “Ini semua propaganda UMNO yang mengatakan bahawa pakatan ini anti Melayu dan sebagainya”. Cuma saya hendak bagi tahu kepada Yang Berhormat Permatang Pauh, minta pandangan dia. Mungkin di atas kertas nampak persetujuan itu cantik ditandatangani oleh Tok Guru Marang dan sebagainya, tidak ada masalah. Cuma persepsi ini wujud dan persepsi ini bukanlah persepsi yang hanya ditulis dalam Utusan Malaysia ataupun disebut oleh orang UMNO sahaja. Saya ambil petikan bahawa ada seorang pemimpin pembangkang yang dikatakan “chauvinist, dictatorial and communist minded”. Ini merujuk kepada Yang Amat Berhormat Bagan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Ini bukannya datang daripada Utusan Malaysia. Ini bukannya datang daripada orang UMNO, tetapi ini datang daripada Yang Berhormat Bayan Baru yang satu ketika dahulu a leading light of

Parti Keadilan Rakyat.

Sekarang ini Yang Berhormat Permatang Pauh boleh bagi bermacam-macam alasan kononnya tersilap pilihlah, you are sorry because you choose a wrong candidate. Akan tetapi masalahnya ialah dia ini adalah seorang rakan karib, orang kuat kepada Parti Keadilan Rakyat yang sanggup keluarkan kenyataan yang tersebut. Jadi Yang Berhormat Permatang Pauh boleh cuba menipu ataupun mengelirukan Dewan dengan beberapa fakta tetapi masalahnya perkara ini datang daripada orang Keadilan sendiri yang sudah hilang kepercayaan kepada Yang Berhormat Permatang Pauh. Terima kasih.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Patut Menteri yang cakap!

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Itu pun satu percubaan yang baik tetapi dalam soal fakta Yang Berhormat Rembau tidak boleh lari. You boleh pusing kenyataan komiti, tetapi Genting Highlands sebagai tauke judi boleh, Kampung Tersusun kepada orang-orang Melayu tidak boleh. Itu tidak dijawab sampai sekarang.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tidak, kenapa tidak dijawab

soal kenyataan...

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya jawab, saya akan jawab.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Jawab itu dulu!

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Jangan bimbang, jangan bimbang. Saya bukan Rembau, saya Permatang Pauh. [Ketawa] Saya akan jawab tetapi saya hendak katakan ini, bagus juga kerana “menteri kapal selam” pun datang [Dimaksudkan kepada Menteri Pertahanan] [Ketawa] Saya bagi tahu, bagi angka ini, 60,000 geran Melayu Terengganu, 102,000 geran Melayu kampung di Perak dibatalkan oleh UMNO, Barisan Nasional. Ini tidak dijawab. Kalau dikatakan kita bagi kepada 47,000 keluarga Cina, saya akui dan saya rasa ini keputusan yang tepat. Kita bantu orang Cina yang susah.

Mengapa Yang Berhormat boleh mempertahankan dasar, mempertahan tauketauke judi yang kaya-raya, gunung, bukit, pulau bagi tidak mengapa. Itu belum jawab. Saya hendak jawab isu yang dibangkitkan...

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Bukan Yang Berhormat mempertahankan tauke judi yang sama sewaktu menjadi Menteri Kewangan? Bukan Yang Berhormat menari bersama dengan anak tauke judi tersebut sewaktu menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Okey.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Jawab soalan itu dahulu.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang

Berhormat, Yang Berhormat...

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya joget sedikit.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat, Yang Berhormat tidak boleh cakap benda lepas itu absolve sendiri.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya jawab Yang Berhormat, jangan bimbang, saya jawab.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Apa yang berlaku pada masa yang lampau.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya joget sedikit kah...

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat tidak boleh. Yang sebut tentang tauke judi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Boleh, no problem.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Kita masih ada lagi video yang Yang Berhormat berdansa, berdansa bersama anak kepada... [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat. Sudah Yang Berhormat, duduk Yang Berhormat. Selain daripada Yang Berhormat Permatang Pauh Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ini Ketua Pemuda UMNO menari sedikit dengan India, joget, dosa besar. Menta kedarah arak, okey. [Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Siapa kata Yang Berhormat?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Sama macam politik.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Siapa kata Yang Berhormat?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Anak perempuan miskin di Pahang minum beer...

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat hendak mengelak dari jawab soalan pertama tadi...

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya jawablah ini. Dengarlah sekejap.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Jawab dahulu. Ini pergi melancong ke Genting Highlands, kerana Yang Berhormat yang berdansa dengan anak tauke judi itu tersebut.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya Yang Berhormat.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Jawab dahulu.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya ulang jawapan.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa pembesar suara]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya ulang jawapan. Isu yang dibangkitkan oleh Yang Berhormat Pasir Salak ialah kita bicara soal dalam Pakatan Rakyat, kita kata kita tandatangani dokumen ini. Akan tetapi dalam pelaksanaannya, kita dukung Cina, itu kenyataan dia. Saya jawab berdasarkan fakta, angka. Okey, dan saya tanya balas selepas jawab berdasarkan angka bahawa das yang dituduh itu tidak benar. Jalan mana yang ditukar menjadi jalan Cina di Pulau Pinang? Saya anak Pulau Pinang, jalan mana yang digantikan dari bahasa Melayu ke bahasa Cina? Jalan mana?

Seorang Ahli: Menari...

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Menari memang, saya joget, ya! Itu saya sudah sebut. Pemimpin UMNO kalau nampak saya menari sedikit, itu setiap hari dia tunjuk. Pemimpin UMNO mentakedarah arak atau judi, itu none issue. [Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Itu bukan soalnya Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Itu jawapan saya.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Soalnya bukan Yang Berhormat Permatang Pauh berjoget. Kalau joget itu tidak ada masalah. Yang Berhormat Permatang Pauh berjoget dengan anak tauke judi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Kemudian saya hendak sambung...

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Itu masalah dia.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya ingat kita tunjukkan orders sedikitlah Yang Berhormat. Yang Berhormat Rembau, duduk Yang Berhormat. Begitu juga dengan Yang Berhormat Padang Serai.

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, saya dengar suara Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Ketua Pembangkang hendak bercakap pun tidak boleh dengar. Dengar you seorang punya suara.

---

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ini macam pemerintahan Pemuda UMNO lah. Mana peduli peraturan. Dia masa Perdana Menteri dahulu, menantulah yang jadi dapat semua. Sebelum itu, anak.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua...

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Sekarang isteri dan anak.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Tuan Yang di-Pertua, dia mula lagi sudah. Tadi soalan tidak dijawab. Soalan yang saya bangkitkan tidak dijawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya sudah jawab, saya...

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Soalan tadi tidak dijawab Tuan Yang di-Pertua.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya dengar Yang Berhormat Rembau, kita perlu tunggu dahulu. Kalau dia kata dia hendak jawab. Tunggu dengar dia jawab dahulu. Akan tetapi kalau tiap-tiap satu ayat perkataan hendak kita bantah, mungkin jawapan itu pun tidak sampai.

Beberapa Ahli Pembangkang: [Bersorak]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Tidak payah Yang Berhormat. Saya bukan perlukan sorakan orang Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: Akan tetapi Anak Tun Mahathir pun best. Boleh... [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua, yang dibangkitkan juga masalah ternakan khinzir. Ternakan khinzir di Kedah dibangkitkan oleh Yang Berhormat Labis mengatakan bahawa kita... Bukan ternakan ya?

Seorang Ahli: [Bercakap tanpa menggunakan pembesar suara]

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Penyembelihan khinzir. Penyembelihan ini di masa UMNO selama 30 tahun, tidak berlesen. Keduanya, bantahan penduduk ada. Yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan, kawasan babi ini 30 tahun beroperasi. Tidak ada lesen. Akan tetapi UMNO tidak ambil tindakan. Pencemaran alam sekitar berdekatan dengan Sungai Kedah dan penempatan. Bantahan penduduk setempat tidak diambil tindakan. Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri Kedah ialah memindahkan dengan persetujuan syarikat penyembelih ini ke tempat baru di kawasan Kampung Tok Pawang Semeling. Ini yang dilakukan, salah apa lagi ini?

Tidak ada lesen, tidak bantah. Apabila kita pindah, dibantah. Jadi saya harap hal-hal ini kalau kita rujuk kepada fakta, termasuk soal Cina, Melayu, India, kita rujuk kepada fakta. Saya bagi tahu sekurang-kurangnya Pulau Pinang, Selangor ada target khas membasmi kemiskinan tegar yang tidak dilakukan oleh negeri-negeri lain.

Dibangkitkan juga soal Raja-Raja Melayu. Yang Berhormat Pasir Salak mengatakan bahawa kita ini menentang raja-raja. Baca Hansard sahajalah, daripada 89-93. Apa kata pemimpin-pemimpin UMNO daripada Raja-Raja? Apakah kita konsisten untuk menyatakan bahawa kita ini mendaulatkan sistem Raja. Dalam Perlembagaan jelas dan pendirian kita jelas.

Ada hal yang kita rujuk ke mahkamah kerana kita rasa keputusan nasihat yang diberikan oleh Menteri Besar atau kerajaan atau Perdana Menteri tidak bertepatan. Akan tetapi tidak konsisten. Dalam kes Perak. Ahli-ahli Yang Berhormat dari UMNO semuanya mahu raja seolah-olah kuasa mutlak sampai Mahkamah Persekutuan memberi keputusan 5-0. Maknanya keputusan mutlak Raja-Raja. Dalam Peruntukan Perlembagaan 43(5) ada beberapa peruntukan khusus kuasa Raja-Raja termasuk menerima peletakan jawatan atau pemecatan atau pelantikan. Saya rujuk ini ke mahkamah dalam isu pemecatan 1998. Apa mahkamah kata? Kuasa mutlak Perdana Menteri. Jadi yang mana satu? Hendak suruh kita hormat Perlembagaan undangundang, keputusan hakim. Ada dua kes. Satu keputusan 5-0 kuasa mutlak Raja-Raja kerana memihak kepada UMNO.

Dalam kes yang saya bawa 43(5) dan saya bawa dengan yakin kerana Tuanku Almarhum Tuanku Jaafar di hadapan saya Dato’ Seri Puan Hajah Sharifah Azizah binti Dato' Syed Zain dan Tuanku Najihah memaklumkan Baginda Yang di-Pertuan Agong ketika itu tidak memperkenan. Tidak dimaklum dan tidak diperkenan pada 2 September 1998. Maka melihat kepada peruntukan Perlembagaan 43(5), kita bawa. Apa keputusan mahkamah? 3-0. Keputusannya Agong tidak ada kuasa sama sekali walaupun dalam 43(5), Agong mesti dimaklumkan dan diperkenan pelantikan Menteri dan pemecatan. Kuasanya, kuasa Perdana Menteri kita tidak pertikai. Akan tetapi prosesnya adalah dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong.

Apa keputusan Mahkamah Persekutuan? 3-0. Kuasa mutlak pada Perdana Menteri. Jadi ini yang harus kita perhatikan kalau kita betul-betul pertahankan semangat perlembagaan. Semalam Perdana Menteri menyebut semangat Perlembagaan. Apaapa perubahan ikut prinsip Perlembagaan. Kemudian diulang oleh Ahli-ahli Yang Berhormat UMNO tetapi yang saya tekankan ini prinsip Perlembagaan. Saudara tanya bahawa dalam Pakatan Rakyat tidak ada keputusan itu. Sebab itu saya bawa dokumen ini yang ditandatangani saudara kata pelaksanaannya tidak seberapa.

Isu lain. Pertama tuduhan bahawa kita tidak tunduk kepada prinsip Perlembagaan ini tidak tepat. Ini yang saya jelaskan dahulu. Kalau masalah yang dikatakan pelaksanaannya tidak tepat seperti mana yang kes geran tanah Terengganu baik, Perak baik saya sudah jelaskan. Saya ada seperkara kecil sahaja sentuh bila Perdana Menteri dalam ucapan sebentar tadi menjawab isu yang saya bangkitkan sebelum berehat makan tengah hari tentang PERMATA.

Saya tidak pertikai peranan Yang Amat Berbahagia isteri Perdana Menteri menjalankan projek PERMATA. Saya tidak ada halangan bahkan bersetuju kalau langkah-langkah yang baik. Saya hanya pertikai mengapa satu projek ini dimasukkan dengan diminta dalam Titah Diraja memberikan perhatian dan pujian. Mengapa puluhan projek lain yang diusahakan oleh pemimpin-pemimpin wanita itu tidak diambil kira kerana draf itu akhirnya adalah draf dan titah ucapan itu dikemukakan oleh Perdana Menteri.

Saya hendak sentuh sedikit tentang 1Malaysia. 1Malaysia 1Gagasan tidak payah kita pertikaikan, hendak menyatupadukan rakyat. Bunyinya lunak tetapi saya cuma hendak ingatkan cadangan yang dikemukakan oleh APCO syarikat perunding antarabangsa yang ditunjangi oleh dua tokoh Israel, bukan Yahudi, tokoh Israel. Ia ada Yahudi tetapi isunya bukan isu Yahudi isu dari Israel. Bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan satu lagi seorang lagi bekas Duta Israel ke Jerman. Bukan orang Yahudi di tempat lain ini orang Israel yang mendukung fahaman Zionis yang menindas rakyat Palestin yang mengepung Gaza. Orang ini yang menerajui APCO dan APCO. dibayar oleh Perdana Menteri untuk menasihat.

Tidak jadi isu kepada UMNO. Mesti sokong dan amin semua tetapi satu perkara yang penting bila kita sebut 1Malaysia. Pada tahun 1999 APCO harum namanya kerana diambil oleh Ehud Barak, sekarang Menteri Pertahanan yang ada pertemuan khas dengan Menteri Pertahanan Malaysia baru-baru ini. Ehud Barak Perdana Menteri Israel 1999 mengambil APCO dan APCO menasihatkan Ehud Barak supaya menggunakan slogan baru untuk Israel. 1999 satu Israel. 2009 APCO menasihat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib 1Malaysia. Selainnya tafsiran sendiri. Akan tetapi orang-orang ini kemudian memfitnah kita sebagai alat Yahudi sekarang ini alat China, perkakas China. Orang-orang ini juga terlibat dalam pentadbiran Perdana Menteri yang lalu menyambung bantuan pelobi yang diketahui oleh Ahli Parlimen Putrajaya. Apa dia? Menggunakan khidmat seorang pelobi Yahudi terkenal di Amerika yang juga tauke judi yang menipu Red Indians kerana membina kasino dan menipu mereka. Jack Abramoff namanya.

Jack Abramoff dibayar oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk mendekatkan Perdana Menteri dengan pentadbiran Amerika Syarikat pada ketika itu George W. Bush. Ada congressional notes yang mengesahkan apa yang saya sebut pada hari ini. Jadi oleh yang demikian jangan kita pakai hentam kromo memfitnah orang pada hal kenyataannya tentang Jack Abramoff dan APCO. Itu yang nyata. Saya hendak tanya mana dia ustaz, ustazah Menteri agama? Apa pendirian mereka dalam isu-isu seperti ini? Jangan tanya Setiausaha Agung UMNO tanya yang lain.

Ini Jack Abramoff bukan masalah dia Yahudi dia itu pelobi yang NeoCon, neoconservative, pandangannya ekstrem dan yang paling parah menipu kepada dalam membina kasino di tanah orang Red Indians di Amerika Syarikat dan tidak dibayar. Kita bicara soal 1Malaysia.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat Permatang Pauh. Pertamanya Yang Berhormat Permatang Pauh terima kasih bagi laluan sekali lagi. Saya hendak tanya manakah bukti yang kaitkan APCO itu dengan kempen 1Israel, bukti kukuh yang kaitkan bahawa APCO itu adalah pencetus kepada kempen 1Israel yang diperkenalkan Perdana Menteri Israel Ehud Barak pada tahun 1999.

Kedua, Yang Berhormat Permatang Pauh perlu clarify sedikit sebab dalam ucapan tadi seolah-olah APCO ini diterajui oleh duta ataupun bekas-bekas Duta Israel. Mereka ini bukanlah executive dalam APCO mereka ini adalah sebahagian daripada International Advisory Board. Sama dengan ramai lagi 20, 25 orang lagi dalam Advisory Board APCO.

Ketiga tadi Yang Berhormat Permatang Pauh sebut tentang kaitan dengan NeoCon. Benda ini perlu dibangkitkan sekali lagi sebab saya tidak boleh benarkan Yang Berhormat Permatang Pauh berucap tanpa segan silu atas hipokrasi sendiri. Apakah kaitan Yang Berhormat dengan Paul Wolfowitz? Kalau kita kata tentang NeoCon dialah God Father kepada Neoconservative di United State di Amerika Syarikat. Yang Berhormat Permatang Pauh sendiri terima jawatan Chairman of Future Foundation daripada World Bank pada waktu itu diterajui oleh Paul Wolfowitz.

Jadi di sini jangan kita hipokrit. Kalau dikaitkan kita dengan NeoCon yang ada agenda yang begitu buruk untuk menindas dunia Islam. Yang Berhormat Permatang Pauh you are complicit as well dengan izin.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Sekurang-kurangnya dia mengaku kalau you are complicit as well maknanya they are involved with the Yahudi. Okey thank you very much.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: But are you complicit? Are you complicit?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya. Ketua UMNO the fact that your are admitted you are complicit they shameful. Tokoh Melayu pertahan Islam complicit dengan NeoCon.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Are you complicit? Are you complicit?

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Okey. Let me, let me reply. Jangan biadab, jangan biadab biar kita terangkan biar saya jawab.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Daripada tadi tidak jawab soalan saya? Soalan saya Bayan Baru, soalan saya NeoCon tidak jawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Bukan bapak mentua awak jadi Perdana Menteri sekarang.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat Permatang Pauh tidak boleh elak, tidak boleh elak tidak boleh lari kena jawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Ya. You bukan menantu Perdana Menteri sekarang.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Yang Berhormat Permatang Pauh kena jawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Saya hendak sebut. Ya sayajawab, saya jawab.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: You kena jawab. You cannot answer me.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: You tanya saya jawab let me reply.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: You are not answering my question. You are helpless. You cannot answer.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: You see in display arrogant of Pemuda UMNO.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: This is not arrogant. Saya minta tolong jawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Dia kalah kita jawab tidak boleh.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Saya minta tolong jawab.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Tuan Yang di-Pertua.

Beberapa Ahli: [Menyampuk]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat, Yang Berhormat tolong Yang Berhormat. Yang Berhormat.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Sebagai bekas Ketua Pemuda... Tolong jawab sedikit.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sila Yang Berhormat Permatang Pauh yang lain pun jangan Yang Berhormat tolonglah.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Yang lain boleh tegur Tuan Yang di-Pertua tetapi puncanya Yang Berhormat Rembau.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Saya sudah tegur Yang Berhormat, saya sudah tegur.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: Terima kasih Tuan Yang di- Pertua terima kasih.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Minta laluan Yang Berhormat Permatang Pauh, minta laluan.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: To

wrong doesn’t make a right Yang Berhormat.

Datuk Seri Anwar Ibrahim [Permatang Pauh]: You are right Tuan Yang di- Pertua.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Terima kasih, terima kasih Yang Berhormat Permatang Pauh atas laluan. Dia tidak sukar kita memahami keberanian Yang Berhormat Rembau kebelakangan ini untuk dilihat berani mencabar Ketua Pembangkang. Sifirnya mudah. Memang pemilihan parti tidak dapat jadi Menteri. Itu sahaja. [Dewan riuh] Maknanya perbahasan ini sekarang diikuti oleh Perdana Menteri, perbahasan ini sekarang diikuti oleh Perdana Menteri. Jadi keberanian itu akan memberi markah dan peluang untuk dilantik jadi Menteri. Itu sahaja.

Beberapa Ahli: [Menyampuk] [Riuh]

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Jadi itu fakta, fakta. Jadi apakah...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat tolonglah saya pun hendak dengar Yang Berhormat Machang Yang Berhormat.

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Apakah Yang Berhormat Permatang Pauh bersetuju tidak susah kita memahami budaya dalam politik UMNO. Maknanya, dosa besar dalam UMNO ialah menegur dan berkata benar kepada pemimpin. Itu dosa besar, ya. Parti agama, bangsa, negara. Judi dan arak okey. Jangan cabar kita. Kita boleh tunjuk berapa kerat dalam ini. Berapa banyak botol arak dia togok dalam lawatan-lawatan Pemuda UMNO dahulu. [Disampuk] Jangan sebut. Kita boleh sebut. [Dewan riuh]

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: [Bangun] Berapa banyak lesen judi... [Dewan riuh]

Seorang Ahli: Duduk.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Okey Yang Berhormat.

Tuan N. Gobalakrishnan [Padang Serai]: [Bangun]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat. Sudahlah Yang Berhormat Pasir Salak. Yang Berhormat Pasir Salak dan Yang Berhormat Rembau duduk dahulu.

Datuk Ir. Haji Idris bin Haji Haron [Tangga Batu]: Duduklah dahulu. [Dewan riuh]

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Padang Serai duduk juga.

Seorang Ahli: Hah, terima kasih...

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Berapa banyak lesen judi diluluskan dahulu?

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang Berhormat Rembau duduk dahulu.

Tuan Khairy Jamaluddin Abu Bakar [Rembau]: Menteri Kewangan dahulu?

Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail [Machang]: Jangan cabar! Kita tahu.


(Source: parlimen.gov.my)

Read more...

Monday, March 15, 2010

Pemuda BN lancar Rally 1Malaysia


Pemuda Barisan Nasional (BN) akan melancarkan program Rally 1Malaysia pada 17 April nanti bagi mendidik dan menarik lebih ramai generasi muda menghayati konsep 1Malaysia.

Pengerusinya, Khairy Jamaluddin berkata, program yang bakal dilangsungkan di Stadium Nasional itu akan dirasmikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Penyertaan nanti terbuka kepada semua generasi muda tanpa mengira latar belakang bagi mendidik mereka mengenai konsep 1Malaysia.

"Walaupun konsep 1Malaysia telah diterima baik khususnya oleh golongan muda tetapi program seperti ini penting bagi memastikan semangat tersebut sentiasa subur,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan mesyuarat Pemuda BN di Wisma MCA, di sini hari ini.

Menurut Khairy, pada pelancaran program Rally 1Malaysia itu nanti, pihaknya juga akan melancarkan satu lagi program susulan iaitu Jom One Malaysia.

Jelasnya, Jom One Malaysia merupakan program jelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak bagi memperkenalkan lagi konsep 1Malaysia khusus kepada penduduk di kawasan pedalaman.

Dalam perkembangan berasingan, Khairy berkata, keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan bacaan kali kedua dan ketiga Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk menjelaskan kepada rakyat mengenai cukai tersebut secara tepat.

"Kita melihat masih ramai rakyat yang tidak memahami dengan jelas apa itu GST dan pada masa yang sama juga, isu ini menjadi modal kepada pembangkang untuk memfitnah kerajaan," katanya.

Read more...

Friday, March 5, 2010

Pembangkang hadapi masalah jika terus diterajui Anwar

Pakatan pembangkang akan terus mengalami masalah dalaman jika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih kekal sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini bukan lagi majoriti di Parlimen yang mewakili pakatan itu ekoran ramai ahlinya telah keluar parti.

"Walaupun PKR kini bukan lagi majoriti yang mewakili pakatan itu, Pas dan DAP masih memberi penghormatan kepada Anwar untuk menjadi ketua. Ini luar biasa kerana parti yang lebih majoriti iaitu DAP seharusnya diberi penghormatan untuk menjadi ketua.

"Mungkin pakatan pembangkang tidak yakin kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Pas juga tidak yakin dengan Kit Siang dan terpaksa memberi sokongan kepada Anwar.

"Saya lihat apabila bukan majoriti diberi mandat menjadi ketua ia pasti akan mengundang masalah kerana rakyat akan bertanya siapa kuasa sebenar yang mewakili mereka untuk membuat keputusan jika timbul satu isu besar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menerima kunjungan hormat Pemuda Parti Progresif Penduduk (PPP) di Menara Datuk Onn di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Pemuda UMNO, Datuk Megat Firdouz Megat Junid dan Ketua Pemuda PPP, Jamaludin Gulamhan.

Selasa lalu, DAP dan Pas menyatakan akan terus memberi sokongan kepada Anwar walaupun PKR bukan lagi majoriti ekoran ramai ahli Parlimennya yang meletak jawatan.

Read more...

Thursday, March 4, 2010

Konflik PKR bukan kayu ukur kekuatan UMNO – Khairy

Ahli-ahli UMNO diingatkan supaya tidak leka dan mengandaikan kononnya parti terbesar orang Melayu itu semakin kuat ekoran tindakan beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar dari parti itu.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin menegaskan, keadaan yang berlaku dalam PKR itu tidak ada kena mengena dengan UMNO.

Katanya, ia cuma boleh memberi gambaran bahawa parti yang diterajui oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu semakin ditolak oleh rakyat.

Apa yang penting, kata beliau, UMNO perlu muncul sebagai sebuah parti terbaik dalam konteks membela, menjaga dan memelihara kebajikan rakyat.

“Jangan sesekali kita andaikan UMNO menjadi kuat berikutan keluarnya beberapa pemimpin PKR sejak akhir-akhir ini. Tindakan pemimpin-pemimpin terbabit tidak ada kena mengena dengan kita.

“Keadaan itu tidak boleh dijadikan kayu pengukur terhadap kekuatan UMNO dan mesej ini perlu disampaikan kepada semua pihak di dalam UMNO,’’ katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Pemuda UMNO di Menara Datuk Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan keluar PKR oleh beberapa pemimpin parti itu antaranya bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim; Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim; bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin dan Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng.

Khairy sebelum ini pernah memberi reaksi bahawa dilema, kecelaruan dan konflik dalaman pakatan pembangkang hendaklah dijadikan iktibar oleh BN supaya tidak leka dan seronok dengan keadaan berkenaan.

Dalam pada itu Khairy berkata, konflik yang berlaku dalam PKR ketika ini adalah berpunca daripada hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan khususnya Anwar.

Read more...

Tuesday, March 2, 2010

BN jangan leka konflik pembangkang

Dilema, kecelaruan dan konflik dalaman pakatan pembangkang hendaklah dijadikan iktibar kepada ahli Barisan Nasional (BN) supaya tidak leka dan seronok dengan keadaan berkenaan.

Sebaliknya, kata Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ia hendaklah menjadi sebab untuk ahli BN meneruskan agenda yang dimahukan oleh rakyat dan bukan berantakan seperti yang berlaku dalam pakatan pembangkang.

‘‘Kelemahan parti lawan ketika ini bukan menunjukkan kekuatan kita.

‘‘Jadi saya lebih mementingkan cara kita dapat membina kekuatan sendiri dari segi menjalankan program dan pendekatan BN kepada kemahuan dan kepentingan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia pada Kejohanan Futsal Piala Menteri Besar Negeri Sembilan di Kompleks Rakan Muda di Paroi dekat sini hari ini.

Langkah itu katanya, lebih penting daripada bergantung pada kelemahan orang lain.

Mengenai pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengenai ada di kalangan pemimpin Islam yang bersetuju dengan cubaan pihak tertentu membatalkan sambutan Maulidur Rasul sebagai ‘bajingan’ serta ‘balaci’, Khairy menjelaskan, ia adalah isu dalaman parti masing-masing.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau mengakui ia sedikit sebanyak memperlihatkan kegoyahan dalam parti pembangkang.

Justeru beliau optimis, jika UMNO dan BN melihat situasi itu sebagai jalan untuk memperkukuhkan benteng, maka pada saat ini, ia hendaklah meneruskan agenda kepentingan rakyat.

‘‘Kita perlu tahu bukan mudah untuk pengundi datang kembali kepada BN.

‘‘Saya tidak mahu nanti wujud pula satu senario di mana orang muda langsung tidak menyebelahi mana-mana parti pada pilihan raya kelak.

‘‘Di negara maju perkara itu berlaku dan sebab itulah jumlah pengundi di kalangan orang muda amat kurang kerana sudah hilang keyakinan terhadap semua parti di negara mereka,” ujarnya.

Pada majlis itu Khairy menyampaikan hadiah serta piala kepada pemenang kejohanan futsal yang berakhir lewat petang ini.

Read more...

1Malaysia diterima orang muda

Gagasan 1Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengembalikan sokongan dan keyakinan orang muda kepada kerajaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pendekatan baru itu telah memulihkan kepercayaan mereka terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN) bagi memperjuangkan nasib mereka selepas menolaknya pada pilihan raya umum lalu.

Beliau berkata, ia disebabkan pendekatan daripada gagasan 1Malaysia itu memberikan penekanan kepada pemimpin supaya turun padang untuk mendekati rakyat.

"Pada tahun lepas kita berjaya menambah keahlian sebanyak 25,000 orang dan ini jelas menunjukkan pendekatan yang diamalkan oleh kerajaan mendapat sokongan daripada orang muda.

"Ia juga menunjukkan sokongan dan keyakinan orang muda terhadap gagasan 1Malaysia yang mana Perdana Menteri mahukan pemimpin sentiasa turun padang," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Tabung Orang Muda Berbakti Kelantan (Tombak) di sini malam tadi.

Tabung tersebut dilancarkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Turut hadir Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Sapian.

Tombak yang disasarkan dapat mengumpul RM500,000 pada tahun permulaan ini akan memberi tumpuan membantu golongan muda yang berdepan dengan masalah kemiskinan bagi meneruskan pelajaran atau menimba kemahiran.

Khairy berkata, pendekatan pemimpin turun padang membolehkan mereka mendapat maklum balas secara terus daripada rakyat.

''Perdana Menteri telah menunjukkan contoh jumpa rakyat di jalanan turun ke bawah untuk melihat sendiri apa yang berlaku.

''Kita tidak mahu lagi bergantung laporan agensi kerajaan walaupun ia penting, kita tidak mahu lagi bergantung maklumat daripada pemimpin di bawah, kita mahu pemimpin sendiri menyelami masalah rakyat," katanya.

Sementara itu, katanya, Kerajaan Pusat tidak pernah mengabaikan rakyat negeri ini walaupun diperintah oleh Pas.

Menurutnya, sudah sampai masanya perubahan dilakukan memastikan negeri ini dibangunkan dengan lebih baik selepas hampir 20 tahun diabaikan.

Read more...

Percepatkan keahlian terbuka BN

Pergerakan Pemuda UMNO menyokong penuh supaya cadangan pelaksanaan sistem keahlian terbuka Barisan Nasional (BN) dipercepatkan bagi menambah sokongan.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, semua pihak tidak perlu bimbang dengan sistem tersebut kerana bertujuan meningkat keahlian parti.

Beliau berkata, perkara itu akan dibincangkan secara mendalam pada mesyuarat Exco pergerakan tersebut pada minggu depan.

"Saya secara dasarnya menyokong supaya sistem ini diadakan dan dipercepatkan kerana ia akan membawa kebaikan kepada parti.

"Perkara ini akan saya bawa pada mesyuarat Exco minggu depan sebelum saya mengemukakan cadangan dan pandangan Pemuda UMNO serta BN kepada Perdana Menteri," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Karnival Belia dan Sukan Negeri Kelantan anjuran Pemuda UMNO Kelantan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Sapian dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN baru-baru ini berkata, satu konvensyen BN akan diadakan untuk membincangkan cadangan meminda Perlembagaan BN bagi menerima individu, parti politik atau NGO yang menyokong parti itu menjadi ahlinya secara terus.

Utusan Malaysia hari ini pula melaporkan beberapa pemimpin BN meminta supaya sistem keahlian terbuka parti itu dipercepatkan dan tidak sepatutnya dipandang negatif.

Mereka berpendapat, isu bakal calon pada pilihan raya yang bukan daripada komponen BN tidak perlu dibangkitkan sama sekali.

Khairy berkata, isu bakal calon tidak sewajarnya menjadi penghalang untuk mempercepatkan cadangan itu kerana Perdana Menteri telah memberikan garis panduan dari awal lagi.

"Perdana Menteri telah jelaskan kriteria-kriteria bakal calon pilihan raya iaitu mereka yang berkredibiliti serta mesra rakyat tidak kira sama ada pemimpin parti atau tidak.

"Jadi ini tidak perlu menjadi isu kerana calon akan dipilih berdasarkan kriteria itu dan tujuan utama sistem ini dibuat adalah untuk menambahkan keahlian," katanya.

Read more...

Isu royalti minyak: Jangan terperangkap dengan Ku Li

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah disifatkan sengaja mengumpan kepimpinan UMNO agar mengambil tindakan keras terhadapnya termasuk memecat beliau apabila terus mengeluarkan kenyataan mengenai isu royalti minyak.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, kepimpinan parti tidak boleh terperangkap dengan 'permainan' bekas Menteri Kewangan itu kerana ia sengaja dicipta supaya beliau dianggap sebagai hero sekiranya dikenakan tindakan atau dipecat.

Beliau berkata, pihaknya akan mengadakan pungutan suara di peringkat akar umbi berhubung pendirian mereka atau tindakan yang perlu diambil terhadap Tengku Razaleigh.

"Masalahnya, hari ini saya melihat Ku Li (Tengku Razaleigh) mungkin mengumpan parti untuk buat sesuatu kepada beliau kerana saya nampak dia tidak akan keluar parti.

"Dia tidak akan buat kesilapan yang sama dua kali ketika keluar parti dahulu, dia mengumpan kepimpinan parti untuk memecatnya atau dikenakan tindakan kerana mahu dianggap sebagai hero," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Karnival Belia dan Sukan Negeri Kelantan anjuran Pemuda UMNO Kelantan di Kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Kelantan di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Sapian dan barisan Exco Pemuda UMNO Malaysia.

Khairy sebelum itu diminta mengulas tindakan Tengku Razaleigh yang terus mempersoalkan langkah kerajaan Persekutuan berhubung isu royalti minyak Kelantan.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata, beliau akan menunggu pandangan ahli-ahli UMNO terlebih dahulu sebelum memutuskan tindakan lanjut.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, apa yang dilakukan oleh Tengku Razaleigh bertentangan dengan prinsip dan pendirian parti berhubung isu royalti petroleum itu.

"Pemuda menganggap kenyataan Perdana Menteri semalam sebagai satu isyarat kepada kita untuk mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan di akar umbi tentang tindakan yang perlu diambil terhadap Ku Li,'' katanya.

Menurut beliau, ia bukan soal pendirian atau diskriminasi tetapi soal prinsip parti yang telah membuat keputusan berhubung isu pembayaran tunai (royalti).

"Kepimpinan perlu bijak membuat keputusan. Dari satu sudut kalau kita ambil tindakan dia akan ambil kesempatan.

"Tetapi kalau tidak (dikenakan tindakan), dia akan terus mengeluarkan kenyataan serta menjadi duri dalam daging," katanya.

Read more...
Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP