Pembangkang Mula Lesu
Pembangkang kucar kacir: Saga Perlantikan Menteri Besar & Exco Perak Berterusan
www.kpmu.net
Belum lagi seminggu menguasai Kerajaan Negeri Perak, pembangkang telah menunjukkan kelemahan pakatan mereka apabila gagal untuk mencapai kata sepakat bukan sahaja dalam hal pelantikan Menteri Besar Perak, tetapi juga perlantikan Exco Kerajaan Negeri tersebut.
Terbaru, Parti Keadilan Rakyat yang dikuasai oleh Anwar Ibrahim dan keluarganya, melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap komposisi Exco Negeri Perak dan kini mengugut untuk tidak akan menyertai pentadbiran negeri Perak.
Sebelum itu, Lim Kit Siang, yang juga menguasai parti DAP dengan anaknya, Lim Guan Eng, mengarahkan ahli Dewan Undangan Negeri dari parti DAP untuk tidak hadir ke majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin. Arahan ini adalah disebabkan oleh kemarahan DAP apabila calon PAS, telah dipilih sebagai Menteri Besar, walaupun DAP telah memenangi lebih banyak kerusi di negeri tersebut. Dalam pilihan raya yang lepas, DAP telah memenangi 18 kerusi DUN, diikuti dengan 7 kerusi dimenangi oleh PKR dan 6 kerusi oleh PAS.