Tuesday, March 11, 2008

Khairy tidak pengaruhi saya – PM

KUALA LUMPUR 10 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan menantunya, Khairy Jamaluddin tidak mempengaruhinya terhadap apa yang beliau lakukan.

Perdana Menteri berkata, dakwaan bahawa Khairy mempengaruhi beliau hanyalah satu persepsi sahaja.

‘‘Khairy tidak pernah berkata bahawa saya perlu terima cadangan ini, laksanakannya dan dia tidak pernah melakukan perkara itu.

‘‘Dakwaan itu hanyalah satu persepsi. Ia adalah satu persepsi yang salah dan saya tahu orang ramai mempunyai pelbagai persepsi mengenai Khairy kerana hubungannya dengan saya sebagai bapa mertua dan menantu,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Abdullah mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam bahawa Khairy, yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO, merupakan punca prestasi buruk BN dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 yang berlangsung kelmarin.

Abdullah memberitahu, apa yang beliau dan Khairy lakukan mungkin berlaku pertembungan kerana ia memperkatakan polisi yang sama.

‘‘Ia adalah polisi kerajaan dan menjadi tanggungjawab semua ahli untuk memahami polisi tersebut dan bercakap mengenainya.

‘‘Semua orang juga berhak untuk memberi cadangan dan Khairy bercakap secara terbuka dan kenyataan itu dikeluarkan oleh media, ia juga diperkatakan semasa Perhimpunan Agung UMNO,’’ katanya.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP