Khairy dikambing hitamkan
Kekalahan Barisan Nasional pada PRU12 mempertahankan 4 negeri dan gagal menawan Kelantan sebenarnya adalah merupakan satu kekalahan yang seharusnya dipikul bersama oleh semua pemimpin UMNO dan juga ahli UMNO dan jangan hanya melatakkan kesalahan berkenaan hanya kepada beberapa individu sahaja.
Kemenangan besar BN pada pilihanraya 2004 banyak melekakan pemimpin UMNO dan detik bermulamya kejatuhan UMNO adalah ketika mulanya krisis jambatan di mana ianya mengakibatkan kejatuhan moral UMNO yang ditelanjangkan sendiri oleh pemimpin yang sepatutnya sedang berehat dan menghabiskan sisa hidup bersama anak cucu dan selebihnya beribadah kepada Allah swt.(ITU KATANYA KETIKA MOVIE ..I CAN'T I CAN'T DI PWTC)
Suka atau tidak suka kita perlu menerima hakikat ini, apabila krisis ini bermula, ruang menghentam kepimpinan Barisan Nasional dan cubaan menjatuhkan dan menggugat kedudukan Perdana Menteri yang membatalkan jambatan bengkok ini oleh kerana kepentingan dan pertembungan perniagaan adalah satu punca kekalahan kita.
Tidak dinafikan bahawa pemimpin besar ini telah banyak menjejaskan dan menyumbang kepada kekalahan Barisan Nasional apabila beliau telah banyak mengkritik perdana menteri dari dalam UMNO sendiri.
Kesempatan ini telah di ambil oleh penulis-penulis laman web dan juga blog-blog untuk terus memburukkan keadaan parti Barisan Nasional. Hampir keseluruhan pemimpin UMNO berada dalam keadaan tersepit dan ramai pula yang mencari jalan selamat dengan mendiamkan diri dan berdiri di atas pagar.
Ada juga yang berkata , ramai juga di antara mereka yang memperlekehkan peranan blog dan juga laman web kerana kebanyakkan mereka lahir selepas era kepesatan ICT.
Keadaan ini terus menerus berlaku sehingga Anwar Ibrahim dan juga pemimpin pembangkang yang lain terus mengambil kesempatan untuk memburukkan keadaan dengan restu pemimpin besar ini sendiri.
Pemimpin besar ini ketika ini lebih berminat untuk menghentam Presiden UMNO daripada Anwar mahupun Lim Kit Siang atau Hj Hadi Awang. Malahan mereka boleh duduk semeja dan bersama -sama dengan satu tujuan untuk menjatuhkan Perdana Menteri .
Antara 'vehicle' yang digunakan oleh pemimpin besar ini adalah untuk menghentam Khairy Jamaluddin , atas tiket menantu Pak Lah. Khairy digambarkan sebagai manusia buruk yang menghasut Pak lah dengan tujuan agar dapat menjatuhkan Pak Lah dan juga menamatkan karier politik Khairy itu sendiri.
Dalam pada itu pemimpin besar ini melahirkan pula anaknya untuk manjadi hero sebagai penyelamat. Banyak kerosakan yang telah dilakukan dan kerosakan itu bukan hanya sekadar sebelum pilihanraya sahaja malahan ianya terus dicetuskan sehinggalah pilihanraya selesai.
Bagi pemimpin besat ini , UMNO boleh hancur sama sekali dan ianya pernah berlaku dan pemimpin besar akan memulakan UMNO Baru. Yang penting orang yang tidak beliau ingini perlu tersisih dari UMNO. Apa yang berlaku sekarang , bukanlah usaha menyelamatkan UMNO.
Apa yang berlaku sekarang adalah usaha untuk menguburkan UMNO dan digantikan dengan UMNO baru II. Tak kiralah berapa UMNO baru yang akan ditubuhkan , usaha itu pasti akan diusahakan.
Khairy hanya mangsa keadaan yang dihitamkan untuk agenda politik bagi menjatuhkan Pak Lah. Anak atau menantu Presiden mahu pun Perdana Menteri bukanlah satu perkara baru dalam Politik. Malahan di negara maju seperti Amerika juga mengamalkan politik sedemikian , Dua Bush , junior dan senior menjadi Presiden.
Singapura juga mengamalkan perkara yang sama dan tidak pula menjadi satu isu yang paling besar anak pemimpin besar ini juga mungkin akan mengikuti jejak bapanya.
Apa bezanya menantu dan anak? Kita tahu , rakyat tidak memberikan undi kepada BN bukan kerana mereka sukakan atau mengagungkan Anwar Ibrahim mahu pun Hj Hadi atau Lim Guan Eng.
Rakyat memberikan undi kepada barisan alternatif adalah desakan dari siapa? Siapa yang membuat rakyat bosan kepada BN ? Mereka memberikan undi kepada Barisan Alternatif kerana mereka tidak ada pilihan dan bosan dengan isu-isu yang dimainkan oleh mereka yang katakan sayangkan UMNO tetapi dalam pada itu tidak sabar untuk menjatuhkan pemimpin UMNO sehingga sanggup membuka pekong di dada dengan niat ......... (tidak perlu kita sebut, amat memilukan).
Anwar pula mengambil kesempatan atas kelemahan ahli UMNO ini dengan strategi Hindraf dan himpunan Bersih. Khairy bukanlah faktor utama kekalahan BN , faktor utama kekalahan BN adalah BN sendiri.
Nota:Masih teringat akan sebuah buku yang jijik karya penulis agung Shanom Ahmad yang berjodol taik ...kenapalah Shahnom tulis buku ini.