Monday, March 17, 2008

Henti tekan Mukhriz - Pemuda Johor

ISU PANAS

KUALA LUMPUR 16 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO Johor menggesa semua pihak menghentikan desakan agar Datuk Mukhriz Mahathir dikenakan tindakan disiplin atau dipecat daripada parti kerana ia akan lebih mengeruhkan lagi keadaan.

Ketuanya, Razali Ibrahim berkata, ini kerana sebarang keputusan mengenai kedudukan beliau akan diputuskan pada Mesyuarat Exco Pemuda UMNO yang akan bersidang selepas pembentukan Kabinet.

Katanya, Pemuda UMNO Johor yakin perkara itu akan diputuskan secara bijaksana oleh barisan Exco Pemuda yang diterajui Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Pemuda Johor mengharapkan agar tidak ada kenyataan sama ada untuk memecat, mengambil tindakan apa saja, kerana ia tidak membantu kepada perkara yang saya nyatakan tadi.

"Kalau saya buat kenyataan menyebelahi mana-mana pihak, saya juga tidak bertanggungjawab," katanya.

Rabu lalu, Mukhriz selaku Ahli Parlimen Jerlun menulis surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri selepas kekalahan luar jangka banyak calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Kontroversi berhubung Mukhriz bukan pertama kali timbul, sebaliknya pada Perhimpunan Agung UMNO 2006, Exco Pemuda UMNO itu ketika diminta mengulas ucapan dasar Presiden, mendakwa tiada perkara baru yang disampaikan.

Dalam perkembangan berkaitan, Razali berpendapat, Mukhriz tidak perlu meminta maaf dalam masa terdekat kerana ia akan menghilangkan rasa hormat banyak pihak kepadanya.

Katanya, sebagai seorang pemimpin, beliau perlu mempertahankan prinsipnya dan bersedia menghadapi apa jua akibat tindakannya.

"Saya tidak fikir Mukhriz kena minta maaf sekarang sebab saluran yang telah ditetapkan ialah pada mesyuarat Exco, orang akan hilang hormat kalau dia minta maaf sekarang.

"Sebagai seorang pemimpin, beliau kena berpegang pada prinsip dan bersedia menghadapi akibatnya," katanya.

Razali turut mengakui Pemuda UMNO Johor menyayangi Mukhriz dan dalam perbincangan sebelum ini pihaknya telah dapat melihat siapa yang menjadi aset kepada Pemuda UMNO.

Bagaimanapun, katanya, apa yang membezakan seorang pemimpin itu dengan pemimpin lain ialah bagaimana mereka mengawal sesuatu keadaan.

37 comments:

bro_jinggo March 17, 2008 at 1:30 PM  

Memang patut Pergerakan Pemuda UMNO Johor menggesa semua pihak menghentikan desakan agar Datuk Mukhriz Mahathir dikenakan tindakan disiplin atau dipecat daripada parti kerana ia akan lebih mengeruhkan lagi keadaan.

Kenyataan yang dibuat oleh Mukhriz terlalu biadap dan memalukan...

Beliau sepatutnya mempertahankan Pak Lah bukannya mengutuk Pak Lah.Adakah beliau mahu jadi pembelot.

Anonymous,  March 17, 2008 at 1:53 PM  

Pak lah dah kalah teruk, masih tak tau malu nak mengundur diri. Sedarlah yang rakyat perlukan pembaharuan daripada segala rasuah,mat rempit, dan anasir anasir hina yang dibawa oleh kebanyakan orang BN.

Long live Malaysia's Kings!!! May God save her from all these bastards who dwell in hypocrisy and racial biasness.

Anonymous,  March 17, 2008 at 2:20 PM  

MASA SESUAI UNTUK UNDURKAN DIRI...

Anonymous,  March 17, 2008 at 2:22 PM  

mana khairy nie...

tak kuar tv pon.???

Pak metua dah bend ker???

Selalu dia yang kua bagi komen...

ker.. pegi siap2 nak jadi menteri...

Anonymous,  March 17, 2008 at 2:23 PM  

boo kalau dah dasar pembelot tu, pembelot jugak. KAMI MENYOKONG PENUH PADA KEPIMPINAN PAK LAH.

Anonymous,  March 17, 2008 at 2:24 PM  

Saper lah yang gantung 2...

tulis lah dari umno maner...

senang nak salurkan peruntukkan...

APER LAH...

BONSAI,  March 17, 2008 at 2:25 PM  

TERUSKAN PERJUANGAN MU PAK LAH. KAMI TETAP BERADA BERSAMAMU.

CHE GU BAD KURAP,  March 17, 2008 at 2:28 PM  

saya menyokong sekiranya mukhriz dipecat. kalau boley cepat sikit agar saya boleh mengantikan tempat nya. he.. he.. he..

KJ Club,  March 17, 2008 at 2:33 PM  

Kami menyokong Pak Lah. Perjuanganmu harus diteruskan.Kami yakin pada kepimpinan Pak Lah. Yang merosakankan UMNO adalah Mukhriz. Pembelot.

hungarygalz,  March 17, 2008 at 2:36 PM  

Ntah si Mukhriz nie mmg dah kena rasuk ker...Apa hak dia nak suruh PM kita meletak jawatan...Sepatutnya Orang Melayu terus bersatu untuk mengelakkan negara kita tergadai suatu hari nanti bukannya bertegang lidah nak suru orang letak jawataan......

jibek,  March 17, 2008 at 2:37 PM  

Mukhriz ni dah nyanyuk kot... sama macam pak dia sekarang. Suka dok melalut mende bukan2. Pak dia dulu kan yang suh paklah
bertanggungjawap atas kekalahan BN dan suh letak jawatan. La ni anak dia pulak dok buat kalut... alahai.... pak tuh mahathir dan anak nya MUKHRIZ... takkan carik publisiti murahan kot. Singkirkan saja mukhriz ni... dasar pembelot x sedar diri!!!! macam ni ke nak jadi pemimpin???Tak di nafikan besarnye jasa TUN MAHATHIR pada negara kita ni... tapi itu bukan TIKET yang boleh dijadikan pas masuk untuk menghentam perdana menteri sekarang sesuka hati....!!!!Sebagai bekas perdana menteri.. dan anak kepada bekas perdana menteri (TUN MAHATHIR & MUKHRIZ) sila tunjukkan tauladan yang baik kepada rakyat... Tolong hormati pemimpin yang ada sekarang ini. Kalian sudah banyak berbakti... jadi apa salahnya bagi sokongan kepada pemimpin yang ada sekarang... bukannya menabur garam di luka yang masih berdarah....

Anonymous,  March 17, 2008 at 2:43 PM  

aPER LAH KORANG

Anonymous,  March 17, 2008 at 2:44 PM  

CAKAP TAK SERUPA BIKIN...

Anonymous,  March 17, 2008 at 2:45 PM  

AKU SUKA KALAU KHAIRY JADI MENTERI NIE...

BOLEH LA LOBI PROJEK SIKIT...

YANG BENAR : PENGIKUT SETIA

sayangkan melayu,  March 17, 2008 at 2:48 PM  

assalmmulaikum

aku tak salahkan mukhriz dalam hal ni. kiranya dia jujur dalam memberikan pendapat.

dia juga tidak biadap dalam memberikan pendapat. dn surat itu diserahkan kepada pak lah seperti yg paklah cakap,"kalau ada komplen pasal saya, tulis surat dan hantar kepada saya, CC kepada najib dan semua yang berkepentingan. saya tidak takut"... ingat lg masa kes khairy jual saham dan interbiu paklah dengan bernama?.. hehe melayu mudah lupa!

keputusan PRU12 sudah terang2 menunjukkan pilihan rakyat. rakyat rata2 menolak kepimpinan yang ada sekarang, apa lagi yang nak dibincangkan.

jika pak lah jujur dalam kepimpinan beliau, beliau sepatutnya berundur diri lebih awal sebelum disuruh berbuat demikian.

saya rasa semua orang sudah matang dan tahu pemimpin mana yang memimpin untuk rakyat dan pemimpin mana yang 'gila kuasa'.

saya bukan dr pembangkang, cuma saya mahu perubahan yang menguatkan melayu, bukan mengeyangkan anak menantu sendiri.. fikirlah wahai bloggers semua...

assalmmulaikum

blues untuk rakyat March 17, 2008 at 5:44 PM  

khairy lari kat singapore....

dia takuttttttttt....

ho...ho....ho...

jantan bacullll......

penyokong umno,  March 17, 2008 at 5:55 PM  

Pak Lah tak perlu berundur. Kami akan mempertahankan Pak Lah kerana kami pengikut setia Pak Lah.
Soal undur atau tidak adalah keputusan beliau sendiri.Dan kami akan memastikan Pak Lah akan terus menerajui UMNO.

Jangan terlalu cepat melatah wahai saudara UMNO ku, ini bukan masanya kita berpecah belah.

Pak Lah memerlukan sokongan dari kita semua, marilah kita semua memberi sokongan yang padu pada beliau.

karikatu,  March 17, 2008 at 6:05 PM  

blues untuk rakyat!!! jangan jadi macam budak2 baru nak belajar menulis. Matang la sikit bro...

ko ni memalukan kaum je la...

pecinta UNMO,  March 17, 2008 at 6:56 PM  

Undurlah dikau anak badawi..tidakkah ko sedar ko sedang merosakkan agama bangsa dan negara!!

Anonymous,  March 17, 2008 at 10:04 PM  

Sejak kebelakangan ini pak lah kelihatan seperti orang sasau apabila membuat kenyataan.Muka pucat macam mayat akibat terperanjat.

Lebeh baik undur saja sebelum diaibkan.Perjuangan pak lah dah selesai. Pak lah tidak layak jadi pemimpin negara mungkin pemimpin rumah tangga bolehlah.Ataupun jadi imam surau ok juga.

Get rid of this bad rubbish. Jahanam negara kalau orang bodoh jadi pemimpin.

Anonymous,  March 17, 2008 at 10:36 PM  

Mukhriz memang berani....
Berani kerana apa?
Berani kerana nak selamatkan parti dan bangsa...
Berani untuk apa?
Berani untuk kembalikan menyatukan bangsa melayu...

Pada UMNO ....lihatlah perjuangan sebenar...tiada yang kekal dalam dunia ini.Kita hanya manusia ..
Pada UMNO....terimalah segala kritikan dan pandangan....
Pada UMNO....ubahlah segala pemikiran....
Pada UMNO...kembalilah pada agama,bangsa dan negara...
Pada UMNO...lihatlah dunia ini....terlalu kecil sebenarnya...
Pada UMNO...janganlah sombong untuk mewakili bangsa melayu.....
Pada UMNO...sesungguhnya ..inilah balasan yang selama ini mengkianati bangsamu....

pokok,  March 17, 2008 at 11:06 PM  

Silap la bro... Mukhriz berani kerana sebab2 tertentu. ada kepentingannya sendiri.Kerana ingun mempertahankan kroni dan sekutunya.

Kalau tak ada angin, takkan pokok bergoyang.

bro_jinggo March 17, 2008 at 11:16 PM  

pecinta UNMO said...
Undurlah dikau anak badawi..tidakkah ko sedar ko sedang merosakkan agama bangsa dan negara!!
-----------------------------------
Macam kau tu bagus sanggat. Jangan menghukum seseorang dengan hanya menunding jari. Bro... apa yang KJ lakukan sekarang adalah usaha untuk membangunkan negara.

Sampai bila kita mahu hidup ditakat ini sahaja.Kita mesti berani menerima perubahan dinegara kita ini. Jangan asyik dok nak membangkang sahaja.memang best jadi pembangkang ni. Boleh buat apa yang kau suka tapi agak2 la sikit. Sejauh mana perjalanan kau, jika asyik nak membangkang apa yang orang lain buat.Sendiri jaga periuk nasi sendiri, sudah la...

Raja Petra bin Raja Kamaruddin March 18, 2008 at 1:49 AM  

Here is the latest blog created by my conscience, the real reflection of me: Raja Petra bin Raja Kamaruddin …

RAJA MONGREL!

Hear me confess at http://rajamongrel.blogspot.com/ ie. Raja Mongrel dot Blogspot dot com

Yours truly
Raja Petra bin Raja Kamaruddin (Now & Official)
King Sultan Raja Prophet Nabi Petra Kamaruddin (In Progress … Note no more ‘Bin’ in my name)

Anonymous,  March 18, 2008 at 10:13 AM  

dah banyak hari sy tunggu hero kita ni kuar tv (khairy). mana dia ilang aaa? sepatutnya dia kuar la tv bg sokongan kat pak lah..pak lah pun backup dia apa...

Anonymous,  March 18, 2008 at 10:48 AM  

rindunya lama tak nampak khairy kat TV...takkan lepas BN kalah teruk dah senyap dah...

Anonymous,  March 18, 2008 at 12:16 PM  

Khairi gi cuti kat pulau perhentian, ikan duyung menunggu disana..
dah abis cerita panas politik baru dia muncul semula
Tahniah la org gombau, dapek lapangan terbang ckit ari nanti.
tak tau pulak la den tanah sapo yg akan terkorban.. harap2 jgn terkono tanah kampung den dah la..
den dongar kabar angin (kus2) org batu hampar (klu xsilap) la untung dokek dgn gumah dio org...
peh nie berlumbo2 la org boli kapal terobang....

P/S... nak boli yg remote control yor.. nanti leh tumpang main kek org batu hampar (klu xsilap)... free dah la.. jgn la charge lak pulak esok yor

Anonymous,  March 18, 2008 at 12:48 PM  

http://minaq-jinggo.fotopages.com/

bro_jinggo March 18, 2008 at 2:09 PM  

RAJA PETRA YANG JAMBU DAN TIDAK BERTELUR

Sudah agak lama penulis tidak menulis perihal Raja Petra yang dikenali umum sebagai Raja Penyebar Propaganda ini. Namun itu bukan bermakna penulis menyerahkalah atau tunduk dengan telunjuk Raja Pembohong itu tetapi diam kami semata-mata untuk menunggu tindak balas beliau atas cabaran kami selama ini.

Tidak beberapa lama dahulu, Raja Petra mendakwa mempunyai senarai nombor telefon beberapa orang ahli puteri UMNO yang boleh dijadikan alat pemuas nafsu. Beliau juga ‘mengugut’ andaikata KPMU tidak berhenti dari terus mengasak dan menghentam beliau, pendedahan tersebut akan dilakukan.

Namun sehingga ke hari ini, hari yang ke 87 beliau gagal untuk membuktikan apa yang beliau dakwakan itu. Mereka yang sering mengikuti penulisan beliau pasti perasan, Raja Petra jenis yang suka baling batu sembunyi tangan. Kebanyakkan cerita fitnah yang beliau paparkan pasti tidak mempunyai bukti yang kukuh.

Apabila ada yang mempertikai kesahihan cerita yang beliau bawa, Raja Petra akan senyap dan mula membuka topik dan cerita lain. Lihat sahaja bagaimana beliau dengan rakus dan gelojohnya menuduh KPMU kononnya dibayar dan sebagainya.

Tidak lupa juga apabila beliau mendakwa kononnya Azalina membayar RM2750.00 seorang sebagai ‘cybertroopers’ UMNO. Tapi apabila KPMU meminta beliau membuktikan tuduhan itu sehingga ke hari ini langsung tidak timbul mengenainya.

Itulah sifat sebenar yang ada dalam Raja Petra yang terkenal dengan sombong, ego, bongkak, penipu, kaki kencing dan sebagainya ini. Walaupun agak keterlaluan untuk menuduh beliau dengan sebegitu banyak sifat negetif tapi itulah dirinya yang sebenar.

Walaupun penulis tidak berpeluang untuk mengenali beliau secara dekat, tapi apabila meneliti dan membaca setiap tulisan yang beliau hasilkan, penulis dapat menilai karekter sebenar beliau. Tidak cukup dengan itu beberapa teman yang pernah bersekolah dengan beliau juga bersetuju dengan tanggapan yang penulis berikan ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, di zaman persekolahanya Raja Petra dikenali sebagai ‘jambu’ dikalangan para pelajar ‘senior’. Bagi yang pernah dan biasa duduk di asrama pasti mengetahui apa yang dimaksudkan dengan ‘jambu’ ini. Penulis tidak berminat untuk mengulas lanjut mengenai isu jambu ini, namun pada yang terasa ‘sendiri mau ingatlah.

Di kalangan rakan sebaya pula, beliau telah diberi gelaran ‘kera sumbang’ kerana sering mengasingkan diri dari pelajar-pelajar lain. Beliau telah ‘memulaukan’ dirinya sendiri kerana merasakan dirinya hebat dan lebih bagus berbanding pelajar lain.

Tingkah laku beliau yang bongkak dan sombong itu telah mengundang rasa kurang senang di kalangan pelajar yang lain. Rata-rata pelajar yang sebaya dengan beliau menyampah dengan belaiu yang suka memandang rendah pada orang lain ini. Pada beliau hanya insan yang bernama RAJA Petra sahaja yang hebat dan bagus.

Orang lain semuanya ‘haprak’ pada pandangannya, sehinggakan beliau terlepas pandang ‘kehapprakkan’ yang penuh dalam dirinya.
Buat KPMU berhentilah dari terus mencabar ‘Si Raja Petra’ ini kerana beliau bukan tidak mempunyai telur, tapi telur yang ada sebagai tanda kelakian beliau telah dikorbankan semasa Hari Raya Qorban’ yang lalu.

petikan dari kpmu.net

Mat Kilau March 20, 2008 at 12:40 PM  

Siapa yang ada telor je yang berani membangkang.... siapa yang suka duduk celah kangkang kairi je yang akan sokong pak lah...

dah kalah cam nie pun tak sedar diri...

pergi jahanam la kao kairi...
sorok la muka kau tu kat celah kangkang bini.... hahahaha

nak jadi pm paling muda konon...
hidup pun tumpang tuah bini... lagi tak sedar diri...

padan muka BN.. sekarang baru la kau tahu langit tu tinggi ke rendah...

Anonymous,  March 22, 2008 at 11:27 PM  

paklah oh paklah.....
adakah ko masih ketidoran???
or ko msih berdengkor....??
or tido bersame kery yg lme mghilang 2???

Anonymous,  March 22, 2008 at 11:27 PM  

paklah oh paklah.....
adakah ko masih ketidoran???
or ko msih berdengkor....??
or tido bersame kery yg lme mghilang 2???

Anonymous,  March 24, 2008 at 11:03 AM  

Sebenarnya, Mukhriz memang betul apabila beliau meminta Presiden dan MT UMNO bertanggungjawab keatas semua kekalahan UMNO-BN dalam pilihanraya Umum ke-12.

Ini disebabkan oleh apa yang dikatakan oleh YABhg. Tun Mahathir bahawa Melayu "Mudah Lupa".

UMNO lupa bahawa kekuatan UMNO juga bergantung dengan sokongan semua lapisan Rakyat Malaysia.

Jangan cepat tarik keris, menindas bangsa atau kaum minoriti Malaysia yang lain.

Ingat, Rakyat Malaysia dari Keturunan yang lain juga mau hidup. Bukan Orang Melayu saja.

Kita boleh jadikan "Bumi Malaysia yang Gemilang" ini sebagai syurga sekiranya semua Rakyat Malaysia berkehendakan.

zahra_azlia March 29, 2008 at 9:43 AM  

Tak pernah ada sesiapa yang dapat menongkat langit. Tiada yang kekal. Semoga kerajaan zalim ini akan diberikan pembalasan di dunia dan akhirat oleh Yang Maha Esa. Takkan kami biarkan Khairy menjadi pemimpin kami. Pak Lah seorang pemimpin yang lemah dan tidak wajar menjadi pemimpin kami. Semoga dengan doa kami semua, negara ini akan dibebaskan dari pemerintahan zalim BN. Amin

Anonymous,  April 3, 2008 at 11:08 AM  

saudara blogger, sejak akhir-akhir ini saya melihat saudara KJ kurang kelihatan di dada-dada akhbar mahupun media arus perdana. Kelantangan dan idea-idea saudara Kj amat dirindui oleh rakyat-rakyat Malaysia. Harap saudara Blogger boleh menasihatkan saudara KJ untuk kembali menyemai idea dan komen-komen membina beliau.

Anonymous,  April 3, 2008 at 11:11 AM  

Sambungan dari atas, saudara blogger perlu juga melampirkan sumbangan-sumbangan KJ dalam menghancurkan UMNO pada PRU 12 untuk tatapan umum

Anonymous,  April 5, 2008 at 9:21 PM  

Budus giler penulisan http://prokhairy.blogspot.com/. Tak pandai menulis dok diam-diam. Budak tingkatan 5 lebih menulis dari anda. Orang UMNO memang jenis penjilat/ pengipas. Budus.

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin

About This Blog

Web blog ini bukanlah laman web rasmi YB Khairy Jamaluddin , web blog ini adalah tanda sokongan kami Pro Khairy yang membayangkan sokongan kami tidak pernah terhenti kepada beliau.

Apa juga badai , fitnah dan niat yang tidak baik bukanlah halangan kepada kami yang akan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin kerana nawaitu kami yang mahu melihat pemimpin ini terus gagah di persada politik tanah air.

Kami menulis bukan kerana nama harta atau wang berjuta , kami menulis kerana perjuangan dan kesetiaan yang lahir dari nawaitu yang ikhlas , Kami percaya Allah SWT sahaja yang maha kuasa yang akan menentukan yang boleh menghukum dan memberikan balasan setimpal kepada yang berniat jahat kepada kami dan pemimpin yang kami sayangi.

Kami akan teruskan perjuangkan dan terus menyokong YB Khairy Jamaluddin.

Kumpulan Pro Khairy.


PROKJ FAN CLUB CHAT ROLL

Followers

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP